Anda juga boleh memilih untuk melabur perak dengan Public gold. Pelaburan perak adalah suatu sektor yang masih baru kerana lebih ramai orang memandang emas. Perak juga sebenarnya adalah komoditi yang mampu menyimpan nilai intrinsik dalam tempoh yang panjang.
Kelebihan perak ialah ia adalah komoditi yang punya nilai tetapi tidak seperti emas yang mempunyai ikatan emosi yang kuat. Pemilik emas biasanya amat sukar berpisah dengan emas. Disinilah perak mempunyai kelebihan.
Anda boleh bermain dengan perak dengan proses jual dan beli secara pantas tanpa terlalu terikat pada emosi seperti emas. Perak sebenarnya mampu menjana keuntungan dalam jangka masa panjang.