Jumaat, Mac 17, 2017

Batteri kong

Batteri kong. Tukar sama kia pomen. Rm260. Rm250 tak dapat ma. Redha.

Cara nak tahu batteri kong. Bila start langsung x ada bunyi.  

Harga emas mencanak naik

Khamis, Mac 16, 2017

Definisi inflasi


Definasi inflasi ni senang saja.

Duit yang sama nilai dahulu boleh beli rumah sederhana tapi kini dah tak boleh dah.

Contoh, saya ada RM 50 ribu sekarang. Saya nak beli rumah tetapi dah  tak boleh sebab rumah yang sama itu sekarang harga dia sudah menjadi RM 200 ribu.

Abang Naz beli rumah yang sama pada tahun 2000 dengan harga RM 50 ribu.
Rumah yang sama itu kini harga dia dah jadi RM 200 ribu.

Walaupun saya ada duit RM 50 ribu tapi saya tak dapat beli rumah itu dengan harga itu sekarang.

Inflasi maksudnya begitulah. Nilai masa yang berubah menyebabkan kuasa beli  semakin turun. semakin tinggi inflasi semakin turunlah kuasa beli duit yang sama jumlah untuk barang yang sama itu.

Inflasi kita kena ukur pada harga rumah. Kita tak boleh ukur dengan harga baju sebab ia bukan nilai yang mutlak pada manusia. Nilai tertinggi pada manusia ialah rumah. Itulah tanda aras atau kayu ukur inflasi untuk sesebuah negara. Jadi kalau menteri kata kadar inflasi masih rendah anda ukur sendiri dengan paras harga rumah. Jangan ukur dengan harga baju atau harga gula. Jangan mudah terpedaya.

Inflasi sudah terlalu teruk dan tinggi di negara ini.

Harga paras sederhana

Rabu, Mac 15, 2017

Nuffnang buat aku lagi


Aduhai jenuh aku duduk periksa Nuffnang langsung tak gerak. Tak ada penambahan income. Kalau aku betul-betul full time blogger maacam mana? Jenuh nak menunggu duit.

Harga emas nampak gaya macam nak turun.

Satu apa pun tak jadi. Kaki sakit.

Apa boleh buat, nasib baik ada ubat Beprozalic yang mahal dekat RM 18.

Selasa, Mac 14, 2017

Apa matlamat anda


Kehidupan berlangsung tanpa henti. Rasa waktu berlalu begitu singkat.

Aku tak hadir PG1 malam ni. Terlalu malas aku. Nak pergi Bangi yang dekat pun malas apatah lagi nak pergi Ampang lagi la bermimpi.

Sebut pasal mimpi malam tadi mimpi best jugak. Hmm.

Malam ni aku turun Bangi tapi bukan pergi belajar emas tapi pergi layan ping-pong.

Game ping-pong masih belum kemas.

Oh ya aku belum buat kerja yang sepatutnya lagi. Esok dah kesuntukan masa. Alamak, macam mana ni. Aku hanya mampu bertawakkal sahaja. Harap usahaku tak sia-sia.

Esok malam seminar dah start tapi aku belum buat kerja. Adus.

Ahad, Mac 12, 2017

Sarapan pagi kedai mamak


Pagi ahad ni sesekali nak jugak kan makan pagi atau sarapan kedai mamak. Salah ke aku nak ada hajat macam tu?

Jadi kat Kajang ni antara kedai mamak yang paling common atau biasa yang mampu aku pilih ialah kedai Ayza yang terletak dekat dengan Kajang Centre Point yang juga dekat dengan pasar Kajang. Lokasi yang biasa sahaja. Tak ada apa-apa yang istimewa.

Jadi isteri aku order nasi goreng ayam. Salah ke?

Kami cuma rakyat biasa. Harga dia ialah RM 8 boss.........

Kami cuma 4 beranak saja makan.

Total semua dekat RM 29 sekali dengan satu coklat bulat satu jer untuk anak aku yang kecik. Salah ke?

Itu baru sarapan boss..........

Kau cakap Malaysia ni negara makmur? Kau fikir lah sendiri. Aku bukan nak merungut atau apa. Jauh sekali nak jadi tak bersyukur dengan rezeki. Aku cuma nak cakap kehidupan tiba-tiba menjadi perit disebabkan harga makanan semua naik. Makan boss, bukan beli baju. Aku ni beli baju dalam setahun belum tentu beli lagi.

Hakikat ini kalau tak percaya cuba tanya mana-mana pengusaha makanan. Adakah mereka bercadang nak naikkan harga, maka majoriti akan kata kalau tak naik mereka akan susah. So macam mana tu boss?

Ini semua adalah fenomena yang berlaku di Malaysia yang satu masa dahulu tidak berlaku.

Percaya atau tidak satu masa dahulu gaji seorang cikgu berkelulusan diploma keluar maktab lagi cuma dekat-dekat RM 600 sahaja. Hari ini dengan RM600 kau boleh habiskan dengan sekali makan sahaja di restoren mewah boss, serius aku cakap.

Fenomena ini berlaku amat perlahan tetapi tak pernah berhenti, percayalah.

Tempat reload kad touch n go dengan cas tambahan


7-Eleven (except MyKad cardholders)   List of locations 
 99 Speedmart List of locations  
 AEON Co (M) Bhd List of locations 
 Ayamas Shoppe Sdn Bhd List of locations 
 myNEWS.com List of locations 
 MYDIN List of locations 
 Giant    List of locations  
 Each-A-Cup List of locations 
 POS Malaysia Berhad List of locations
 Antop Sdn Bhd (Hospimart) List of locations
 Cold Storage (Applicable within East Malaysia)  List of locations
 Mammamia Ice Cream- Tesco Extra Bandar Bukit Tinggi Klang
- Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur 
- Tesco Extra Mutiara Damansara
- Tesco Kepong Village Mall, Bandar Manjalara
 88 SP Mart 
 New Shanghai Restaurant 
 Station One Cafe

Jumaat, Mac 10, 2017

Tempat reload kad touch n go tanpa cas tambahan


Self-Service Kiosk (SSK)  Senarai Penuh
Watsons  List of locations
Tesco  List of locations 
Giant  List of locations
KK Super Mart List of locations
Guardian Pharmacy List of locations
Cold Storage (Applicable across Peninsular Malaysia)      List of locations
Touch 'n Go Hubs  - The Sphere, Bangsar South
 - Nu Sentral Hub
 - Wisma Nufri, Johor Bahru
Touch 'n Go SPOTs  List of locations
Touch 'n Go POS  List of locations
Airport Coach - Jalan Stesen Sentral 5, Brickfields.
 - KLIA 2, Bus Station KLIA, GF Block C, Short Term Car Park (STCP), KL International Airport.
VeCare Pharmacy No 14, Jalan Murni 1, Taman Desa Murni Sg Dua, Butterworth, Pulau Pinang.
CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd Lot 2 & 4, Jalan P/7, Seksyen 13, Kawasan Perindustrian Bangi.
Bank Negara Malaysia (BNM) Medan Kupang 5 - Stall 5, Medan Kupang, BNM 
Bank Negara Malaysia (BNM) Medan Kupang 9 - Stall 9, Medan Kupang, BNM
RHR 1, BNM HQ  Bank Negara Malaysia (BNM)
RHR 2, BNM Lanai Kijang 
RHR 3, BNM Sasana Kijang
Multimedia Development Corporation (MDeC)  List of locations
Clear Marque Sdn Bhd Lot 55737, Jalan Kuching, Kuala Lumpur
The Alice Smith School (Secondary Campus) - 3, Jalan Equine, Taman Equine, Seri Kembangan.
Caltex Petrol Station - Jalan Pudu, Kuala Lumpur
 - Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur
 - Bandar Laguna Merbok, Sg Petani, Kedah
 - Taman Impian Emas, Skudai, Johor
 - Jalan Kapar Batu 5, Klang, Selangor
 - Jalan Tun Dr Ismail, Taman Desa, Kuala Lumpur
Shell Petrol Station - Lebuhraya Baru Pantai, Taman Desa, Kuala Lumpur 
PETRONAS Petrol Station  - Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur
 - Lebuh Puteri, Bandar Puteri, Selangor
 - Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, Ampang, Selangor
 - R&R Bentong
Caring Pharmacy List of locations
MPH Bookstores List of locations
NZ Curry House - Menara Standard & Chartered (Jalan Sultan Ismail)
 - G Tower (Jalan Tun Razak)
 - Plaza Usahawan Genting Kelang (Taman Danau Kota)
 - Wangsa Link
 - Wangsa Maju
 - Taman Mutiara Gombak
 - Jalan Ampang
 - KLIA 2
 Jasons Food Hall Lot No. G1, Ground Floor, Bangsar Shopping Centre, 285, Jalan Maarof, Taman Sa, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah  Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
 Mercato d'Marketplace G26, Ground Floor, Jalan Sri Hartamas 1, 50480, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50480, Malaysia

Jumaat nan berkat

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.