Jumaat, November 03, 2023

Kelebihan madu kelulut

Madu kelulut adalah sejenis madu yang terhasil dari perut lebah kelulut. 

Beza ketara lebah kelulut berbanding lebah biasa ialah dari segi saiznya yang lebih kecil dan juga sifatnya yang tidak menyengat. Ada yang memanggilnya sebagai lebah lalat. 

Sifat madunya sedikit berbeza iaitu lebih cair dan kurang pekat. Ini menjadikan madu ini lebih senang sebenarnya untuk diamalkan secara konsisten. 

Rasanya sedikit masam manis, berbeza dari madu biasa yang manis sahaja.

Pengalaman saya sendiri selepas mengamalkan madu kelulut nampak memberikan kesan baik pada kesihatan. 

Sebagai seorang pesakit asma yang perlu mengambil pam, saya berani memberikan testimoni bahawa madu jenis kelulut ini memberikan kesan yang baik kepada kesihatan.

Banyak kajian telah dilakukan dan banyak yang menyatakan madu kelulut punya kelebihan tersendiri. 

Bahkan kebaikan madu ini diceritakan dalam rancangan National Geographic Society, antaranya selain penyelidikan akademik di universiti terkenal.

Oleh kerana sifatnya yang tidak menyengat, kelulut lebih dekat kepada manusia dan ia dipelihara serta dijadikan perusahaan ternak. 

Diceritakan bahawa madu kelulut lebih berkhasiat kerana saiz kelulut yang lebih kecil menjadikan ia mampu ke tempat yang lebah biasa tidak boleh capai. 

Bergantung pada musim dan bunga jenis apa yang kelulut itu berhampiran maka madu yang terhasil adalah pelbagai tingkat kualiti. 

Ada dakwaan megnatakan madu kelulut mampu memberikan kekuatan tenaga zahir dan batin. Boleh membantu kencing manis, jantung dan sakit sakit sendi.

Pun begitu janganlah anda cepat percaya, kerana hanya anda yang perlu merasai sendiri dan ceritakan kisah anda. 

Madu kelulut yang saya amalkan adalah jenis kelulut liar dari hutan Belum di Perak. 

Jangan risau, anda boleh dapatkan madu kelulut liar ini secara online dari shopee.

Lihat @ Beli Madu Kelulut 

Khamis, November 02, 2023

Kembali bersemangat

Yes. Shopee affiliate dah open semula.

Hari ni repair bench di lab L10. Lab Tengku. Minggu depan dia ada short course, ajar geng polis bab komunikasi radio. Jadi kena setup lab sikit kasi cun.

Aku dan bro Naz buat dan bersihkan kawasan bench dari pagi walaupun Tengku ada kelas. Tengku suruh buat je macam biasa walaupun dia dengan kelas teori sedang berjalan. 

Plan nak apply cuti tapi tak sempat nak ke office sebab siapkan bench sampai 5 lebih. 

Sempat buat booking kereta dengan trevo. 

Sebelum balik layan dengan Lan. Balik hujan. 


Rabu, November 01, 2023

welcome november aka 11

Tugasan pagi mengangkat dan menyusun kerusi meja. Walaupun hari ni aku tak dalam jadual bertugas namun tetap turun membantu. 

Risau juga tengok Saiful hempas macam nak marah. Harap semua ok la.

Lepas siap di dewan aku terus gerak balik ke Lab. 

Selasa, Oktober 31, 2023

Isnin, Oktober 30, 2023

baju bi beli

Hari ni tolong Taufik angkat meja dari L14. Hantar ke bilik dia. 

Ahad, Oktober 29, 2023

stay at home

Pagi2 lepak rumah, rehat. 

Keluar jap buat lala. 

Sabtu, Oktober 28, 2023

ke trx

Ada event di menara Public Gold KL di menara Public Gold trx. Dapat jumpa Azizi Ali dan tak sangka pula duduk sebelah kak Lopa yang begitu aktif. 

Banyak dapat ilmu hari ini dan dapat juga beli emas 1 gram melalui mesin atm di menara PG.

Azizi Ali menandatangani buku buku lama tulisan beliau. 

Jumaat, Oktober 27, 2023

jumaat hari berkat

Ada sikit kerja untuk angkat kerusi meja dari atas ke bawah. Petang lepas jumaat tak ada apa sangat cuma kena deal pasal kontraktor nak datang hari sabtu. Aku tak boleh datang sabtu. 

Khamis, Oktober 26, 2023

boss yang disayangi

Apa ciri boss yang korang sayang? Susah nak menentukan dengan cabaran kerja hari ini.

Hari ni gaji keluar. Tapi bulan ni banyak komitment. Road tax dan insurance kereta hujung bulan ni.

Berusaha. 

Rabu, Oktober 25, 2023

kurang positif

Terserempak Pik angkat tangga sambil naik motor. Geleng kepala dia. 

Petang Pik ke lab. Angin dia semacam.

Malam tadi tak kena asma. 

Selasa, Oktober 24, 2023

hari yang positif

Hari ni ada tech akan mula tugas di AF. Semoga semua baik2 saja. 

Hidup ni singkat saja. Buat yang terbaik.

Kalau tak ada apa yang baik nak dicakapkan, lebih baik diam saja. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.