Ma ajak ke Bunut Sarang Burung. Abah pula ajak ke Chabang Empat. Tapi mujur keduanya setuju untuk sama2 ke Bunut Sarang Burung dahulu.
Jadi, tanpa dirancang aku pun bawa abah dan ma ke rumah mek di Bunut Sarang Burung, Tumpat.
Mek ni adalah ibu kandung kepada ma aku. Suami mek pula, ayah Ali adalah bapa tiri ma aku.
Ayah Ali agak uzur sebab baru lepas kena minor stroke.
Semasa kami sampai ayah Ali masih bersemangat, tengah layan radio.
Ayah Ali walaupun dalam keadaan lemah, masih gagahkan diri bangun bergerak ke luar ruang tamu. Ayah Ali badannya sangat lemah dan bertongkat
4 stand.
Kuih putu yang ma beli ada 3, aku makan 1 dan selebihnya ayah Ali makan.