Sabtu, Oktober 26, 2024

hantar motor

Motor masuk bengkel. Aku suruh CK tukar disc dan brake. Disc depan nipis sangat dah. 

Alang alang tu tukar tayar depan sekali. Tukar tayar kena tambah kos lagi dalam rm 80.

CK kata upah dia pula rm 50. Ok la tu sebab banyak juga barang tukar, bukan tayar je tapi disc, brake, hose dan caliper.

Exercise jalan kaki balik rumah. Bila CK beritahu dah siap pun jalan kaki lagi. 

Jumaat, Oktober 25, 2024

jumaat berkat

Seawal pagi ada Majlis bacaan Yaasin di surau. Boss dah bising pagi2 tanya kenapa technician tak memunculkan diri. Kami ada je, cuma lewat sikit. 

Jumaat hujan agak lebat. Terpaksa tunggu hujan reda. 

Petang practice dengan Lan 5 30. 
Tewas 4 berbalas 5 set, duce.

Bawa balik barang motor. Berat juga barang spare part motor aku. 

Selasa, Oktober 22, 2024

46 hari ini

Alhamdulillah, genap umurku ke 46 tahun hari ini. Inilah rupa seorang berusia 46.

Hari ni agak semput, tiba tiba serangan asma datang waktu menghampiri petang, membuat aku sedikit panik. 

Lepas asar aku turun. Petang sempat dengan Lan dan Mai. Lan memberi tekanan kuat sebelum aku sudahkan di set terakhir.

Malam aku ajak Lan bergabung game double Sireh. 

Ahad, Oktober 20, 2024

healing lagi

Sebelah petang, second round. 
Sebelah pagi gruping. 

Double sireh siri 1. Pencapaian yang bagi aku, agak okla sebab lepas gruping jugak. Menang satu dengan pair ustaz. 

Pagi2 dalam 9 lebih dah start main group. Lepas siap gruping aku balik dulu. Petang datang lagi dengan motor pulak.

Dalam 3 lebih baru second round mula. Gelabah juga menunggu sebab tak berapa yakin sebenarnya adakah layak ke second round sebab menang 1 je.
Sempat la aku merayap ke kedai buku Pustaka Rakyat Semenyih. Main satu game terus tewas.

Sabtu, Oktober 19, 2024

Mencari duit

Bagaimana mahu cari duit. Mahu beli motor scooter ev. "Excited" sangat nak beli sebab ada rebate. Tak tahu kenapa aku gila sangat dengan Zeeho ae4. 

Hari ni ke ioi sebab Bi nak berlatih bowling. Kena tunggu lama jugak sebab agak ramai orang. Tapi berbaloi penantian itu. 
Kat bawah ada promosi pelancongam Sabah. Jadi bergambar la sikit. Bi dapat ketip kuku percuma. 
 

Jumaat, Oktober 18, 2024

dingin pagi berbalut panas mentari

Aku yang masih di sini. Datang dah awal. Pun begitu, awal pagi ternampak dan hampir terserempak dengan CEO sedang berjalan datang ke EED.  Rupanya ada produksi awal pagi bicara tentang belanjawan di lab kereta.

Lepas siap order tiket, lepas settle segalanya, baru dapat berita yang tak berapa sedap didengar. Berita pasal staff tidak dibenarkan join game di Penang, networking Game.

Minggu depan kita cuba buat rayuan la. 

Ahad, Oktober 13, 2024

hasrat ke gunung tak tercapai

Dah lama sebenarnya aku berangan nak panjat gunung Angsi di Negri Sembilan. Tapi tulah, anganku belum kesampaian. 

Sudahnya kami hanya keluar ke Metro Point Kajang. Minum petang di Secret Recipe. 

Lepas maghrib ke Level atas. Bi berlatih bowling. Lepas habis main bowling aku dan Firas layan billiard pula.

Lepas tu shopping sikit sebelum balik. 

Selasa, Oktober 08, 2024

Mencari rezeki

Aku wasap Lan di Mekah, tanya keputusannya untuk game networking Penang. Dia kata "On". 

Jadi aku sebagai manager kena susun team pingpong. Ya, kadang bukan mudah. Ada ujian, onak dan duri. Apapun, kita cuba yang terbaik, sebaik mungkin. 

Hari ni Bi test JPJ. Dia pergi sendiri dengan agen sekolah memandu. Siap ambil cuti lagi. 

Keputusan agak mengecewakan, dia gagal untuk jalanraya.


Isnin, Oktober 07, 2024

lagi 3 weeks

Apa yang aku kira ni.
Sebenarnya aku kira duit gaji yang akan sampai pada hujung bulan 10.

Ahad, Oktober 06, 2024

Arwah Izzat

Sempat sampai dalam pukul 11 pagi. Arwah Izzat dah selamat bersemadi. Di perkuburan Islam Precinct 20.

Pakcik sepupu ku, arwah Izzat. 
Anak bongsu PokSu Kedah. Arwah baru mencecah 32 tahun usia dan masih belum berumah tangga. Datuk saudara ku PokSu, aku terikut panggilan ma. Kena panggil tok su sepatutnya.

Sempat sampai dengan Nadiah dan Rafiq ketika bacaan doa talkin. 

PokSu menangis semasa doa talkin, MokSu pula memang sugul.

Lepas hantar Nad dan Rafiq, singgah jap tengok Maryam. Lepas tu kami gerak ke kenduri Puan Intan di sekolah. 

Lepas kenduri ke Mantin pulak, Bi belajar memandu sampai petang. 

Balik terus singgah makan dan solat maghrib di Metro Point. 

Sabtu, Oktober 05, 2024

healing

Kalau ikutkan, sakit rasanya. Tapi aku ok je.
Dah lead 2 set. 
Set ke 3 pula 5-1.

Tetapi akhirnya tetap kalah.
Begitulah dunia ping pong yang kejam dan tanpa belas kasihan. Yang lemah akan diratah. Expect no mercy from your opponents. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.