Ahad, November 17, 2024

tewas tipis dengan adik kecil

Walau dah lead set 2 - 1 tapi itulah keindahan game pingpong. Kita hadap dan kita telan tanpa serik.
Silap aku bila tengah lead 2-1 aku masih play safe dah tak beri tekanan pada lawan. 
Dia pula lepas coaching mula tukar serve ke arah forehahd aku dengan top spin heavy, beberapa kali juga aku kantoi. 
Aku boleh baca cuma lambat flip walaupun beberapa kali ada juga dia kantoi dengan pimple.
Apapun, lessen learnt and enjoy saja. 

Sabtu, November 16, 2024

convocation gmi

Sampai dalam 650 terus bertugas jaga parking. 
Pukul 8 lebih minum dengan kawan2. 
Pukul 1 gerak balik lepas ambik nasi arab. 

Jumaat, November 15, 2024

menunggu jawaban

Penantian satu penyiksaan. 
Harap dapat satu putus yang baik.
Aku hanya mencoba. Membuat apa yang terdaya. Berusaha sekuatnya.

Lewat petang hujan lebat sampai bocor dewan. Esok dah la event besar.

Mai dan Sam ajak minum. Ke L2 lah kita bilik SEPD Raha. Terima Kasih Raha.

Jawaban nampaknya tiada. 

Khamis, November 14, 2024

serangan asma

Pagi2 dah wasap Dr F. Tunggu jawaban hingga petang. 

Kena serangan asma di tempat kerja sebelah petang dekat store fyp. Mujur lah tak melarat sangat.

Tapi penat tu ada. Balik awal tak ajak Lan sparring. Honda Future belum isi minyak. 
 

Rabu, November 13, 2024

nyaris kantoi minyak

Menolak juga sikit, hampir nak kantoi. Minyak dah nak habis sangat.
Buka tank kosong. Motor Honda Future patut jimat tapi tulah, meter minyak rosak. 
Mujur sempat ke stesen minyak Shell.
Kerja pagi ni persiapan Konvokesyen, susun kerusi.
Dapat perkhabaran Tun Daim telah pergi. 

Selasa, November 12, 2024

mendung tak bererti hujan

Takwil mimpi: PP dengan Safa
Mendung je hari ni. 
Petang ke KT3 susun meja kerusi. 

Petang nak training rupanya bet tak bawa. Jarang aku lupa benda penting camni. 

Terpaksa pinjam Mai punya. Tewas mudah dengan mr P. 

Isnin, November 11, 2024

mendung di Bangi

Pagi2 dapat tugasan jaga parking di hari konvo nanti. Sabtu ni InshaAllah. 
Petang terus training dengan kawan2 yang kuat ketawa. 

Ahad, November 10, 2024

Sireh Double S2

Untuk sireh 2 aku bergabung dengan Lan pula. Dulu sireh 1 dengan Mai. 

Gruping dapat no 3. Menang 1 je dengan pair masjid Rinching. Itu pun agak susah dan struggle. Tewas dengan student KUIS dan pair Nasir. 

Pusingan KO jumpa balik KUIS tapi kami berjaya menebus kekalahan di grup. Seterusnya jumpa Ustaz Madi dan Sham. Yang ni kami tewas.

Sebenarnya aku dah nak balik. Tak sangka ada hadiah. Alhamdulillah ada juga manis. Tempat ke 5-8.

Sabtu, November 09, 2024

takwil mimpi

1. Abah repair rumah ketuk2 di tempat tinggi sehingga aku risau

2. Jadi menantu, ramai tamu

Jumaat, November 08, 2024

asma terkawal cuma letih sikit

Pagi2 jump rope 100 dulu sebelum ke dewan. Lepas tu keletihan. Nak angkat kerusi terasa lemau. Aku hanya bantu susun je yang mana ada.
Sempat singgah jap melihat Tesla dalam perjalanan ke dewan. 

Khamis, November 07, 2024

asma terkawal

Malam tadi 2 kali neb sebelum tidur dan 2 kali waktu dinihari.

Petang ada sedikit semput tapi masih terkawal. Nafas ada bunyi sikit. Kepala sakit sikit. 

Harap alat bantuan senaman nafas cepat dapat. 

Balik agak lewat harini, dengan sedikit pertambahan pemain iaitu suami Mai. 

German dilanda krisis. Menteri Kewangan dipecat. Sokongan terhadap kerajaan ditarik.

 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.