Sabtu, Februari 09, 2019

Kelebihan menyimpan emas


Emas adalah logam istimewa yang mempunyai aura yang tersendiri. Sesiapa yang menyimpan emas pasti sudah mengalami dan merasai kehebatan aura ini. Apakah keistimewaan menyimpan emas? Keistimewaan menyimpan emas adalah begitu hebat namun ramai yang tidak sedar, terutama sekali kaum lelaki. Itulah yang saya cuba huraikan dalam artikel ini.

Emas adalah satu komoditi yang berharga dan bernilai tinggi bagi semua manusia di dunia. Kalau anda simpan emas sama seperti anda menyimpan harta atau duit juga. Berbanding dengan duit kertas, nilai emas ada pada badan emas itu sendiri dan bukan pada jaminan kerajaan seperti duit kertas yang biasa kita pakai. 

Cuba kita bandingkan apa jadi kalau kita simpan duit berbanding simpan emas. Contohnya kita simpan duit kertas selama lima tahun kat bawah tilam. Selepas lima tahun, harga barangan secara kebiasaannya akan naik, maka duit yang kita simpan itu walaupun tidak terjejas nombornya, tapi kuasanya untuk membeli sesuatu sudah berkurangan.

Contoh paling mudah ialah kalau kita simpan seratus ribu ringgit, kononnya nak beli rumah. Selepas lima tahun, rumah itu sudah menjadi seratus lima puluh ribu, maka duit itu sudah hilang kuasa beli begitu sahaja. Nampak tak betapa duit boleh jadi begitu kerana duit nilainya tidak ada pada badan.

Berbeza pula dengan emas kalau kita simpan. Nilai emas ada pada badan emas itu sendiri. Apa sekalipun yang terjadi pada ekonomi (nilai ringgit jatuh umpamanya atau inflasi teruk, peperangan dan sebagainya) emas adalah tetap emas. Harga emas kita tak nafikan ada masa dia naik dan ada masa dia turun sedikit, namun kalau kita perhatikan dalam tempoh jangka panjang secara kebiasaanya harga emas akan meningkat naik.

Apa yang saya nak ceritakan ialah beza antara simpan duit dengan emas. Saya bukan mahu menidakkan kuasa duit kertas, tapi emas itu sendiri memiliki fungsi tersendiri yang sangat istimewa dalam kita membina portfolio kewangan yang mantap. Jadi kalau kita ada simpanan ASB contohnya, apa salahnya kita pelbagaikan portfolio kewangan kita dengan cara mengalih sedikit simpanan ASB itu kepada bentuk yang lebih kalis inflasi dengan menyimpan sedikit emas.

Keitimewaan emas jarang disedari oleh kaum lelaki kerana pada umumnya mereka fikir emas adalah perhiasan wanita. Pemikiran ini ada betulnya akan tetapi mereka perlu tahu yang menyimpan emas dalam bentuk jongkong adalah satu pelaburan bijak yang mampu memberikan kekuatan pada portfolio kewangn kita. Kalau kita membina portfolio kewangan dengan menyimpan emas dengan cara membeli emas fizikal secara betul dari syarikat emas yang jujur dan telus maka harapan untuk membina kekayaan sebenarnya menjadi lebih cerah.

Berbalik pada aura emas yang saya ceritakan di awal tadi. Kalau kita simpan emas fizikal dan setiap hari kita melihat dan memegang emas tersebut, akan timbul satu naluri aneh dalam jiwa kita. Apakah naluri itu?


Naluri tersebut ialah akan timbul rasa sayang pada emas tersebut dan seboleh mungkin kita tidak mahu menjual atau berpisah dengan emas tersebut. Kita juga akan menjaganya dengan sepenuh hati. Satu lagi naluri ialah timbul perasaan mahu menambah lagi jumlah emas yang kita miliki. Itulah fitrah manusia dengan emas. Tanyalah sendiri pada mana-mana penyimpan emas kalau anda rasa ragu-ragu dan mereka akan membenarkan kenyataan saya ini.

Dengan adanya naluri yang saya nyatakan tadi, apa akan berlaku? Apa yang berlaku ialah bila kita simpan emas, tanpa sedar kita berusaha mengumpul harta secara semulajadi. Itulah sebabnya kita panggil emas itu adalah sebagai magnet kepada kekayaan. Siapa ada emas, dia kaya. Cubalah simpan sikit dulu.  

Ini kisah benar yang berlaku pada mentor saya encik Syukor Hashim. Ketika itu beliau ialah seorang penolong pengurus di salah sebuah universiti swasta. Dia membeli emas 20 gram setiap kali dapat gaji. Dapat saja gaji benda pertama dia buat ialah dia beli emas 20 gram. Tuan tuan tahu tak apa yang berlaku?

Selepas suatu masa, dalam sedar tak sedar 20 gram yang Encik Syukor beli itu tiba-tiba sudah terkumpul menjadi 50 keping, bersamaan dengan sekilo! Sekilo emas tuan tuan! Harga sekilo emas ialah sekitar 180 ribu ringgit tuan tuan. Bayangkan kalau bentuk duit boleh simpan dan kumpul sampai 180 ribu? Ya mungkin boleh tapi saya percaya naluri manusia bila dia simpan jer, sampai 50 ribu dia dah nak ambil duit tu sebab seronok nak belanja. Nampak tak beza dia?   

Naluri manusia dengan duit kertas tak sama dengan naluri pada emas. Contoh paling mudah ialah bila kita dapat bonus atau duit cash hasil rezeki terpijak. Naluri manusia biasanya dia akan terus fikir mana kedai yang aku nak pergi ni. Barang itu aku dah lama nak, barang ini aku nak kena ada. Dia tidak akan fikir mahu simpan, tak akan ada begitu. Manusia sangat suka pada keseronokan berbelanja. Walau berjuta pun habis. Tengok saja yang dapat duit tanah kat Langkawi apa jadi pada mereka?

Kisah kedua pula berlaku pada diri saya sendiri. Saya berkahwin pada tahun 2007 dengan pihak wanita (isteri saya) meminta wang hantaran sebanyak RM 7000. Selepas berusaha, saya pun berjaya kumpul duit ketika itu walaupun masih muda. Apa yang berlaku ialah emak mertua saya mengarahkan anaknya supaya membeli semua duit hantaran itu barang kemas apa saja dalam bentuk emas.

Isteri saya pun mengikut saja arahan itu dan membeli emas rantai leher, gelang dan lain lain dengan semua duit hantaran itu sampai hampir nilai RM 7000. Apa yang berlaku ialah hari ini, selepas berbelas tahun berkahwin, barang kemas itu masih ada! Nilai RM 7000 itu pun mungkin bukan lagi RM 7000 tapi sudah lebih! Cuba bayangkan kalau isteri saya guna RM 7000 itu untuk membeli beg berjenama atau kasut mahal apa agaknya akan berlaku ?

Tuan tuan, menyimpan duit bukan satu perkara mudah. Kalau berjaya simpan sekalipun pasti akan datang cubaan dan godaan dalam pelbagai bentuk. Itulah sebabnya ada tiga perkara kenapa manusia gagal menyimpan duit. Ada tiga saja sebab duit simpanan selalu bocor.
1. Seronok berbelanja
2. Salah melabur
3. Kawan pinjam

Tuan tuan kita tidak mampu melawan naluri. Sebab kita manusia biasa, kita kan ikut naluri. Ada ke manusia yang mampu melawan naluri atau kehendak hati?

Itulah sebabnya ramai manusia gagal menyimpan. Bukan sebab dia tidak ada kesedaran. Bukan sebab dia malas. Bukan sebab dia tidak ada duit lebih. Bukan sebab dia tak ada motivasi.

Sebab manusia gagal menyimpan ialah dia cuba melawan naluri kemanusiaan itu sendiri. Inilah perkara yang tidak di ajar di kursus kewangan. Mereka tidak ajar tentang naluri manusia. Apa yang mereka beritahu ialah simpan duit dekat institusi A, B dan C. Labur dalam saham itu, labur dalam saham ini. Guna strategi begitu dan begini. Ya mungkin ada yang berjaya, tetapi selagi manusia tidak mampu memahami naluri dirinya sendiri dia akan gagal menyimpan. Kalau berjaya menyimpan pun cuma sekerat jalan saja.       

Banyak cabaran bila simpan duit kertas ni. Contohnya bila kita dah berjaya kumpul seratus ribu. Wow sangat hebat. Tapi apa yang akan berlaku pada otak? Otak akan memberitahu apa yang kena beli! Otak akan memberitahu kedai mana kena pergi! Otak akan mencadangakan hotel mana paling best, negara mana kena pergi dan kereta mana paling gempak. Itu belum masuk lagi bab bila kita terpaksa pakai duit dulu sebab ada keperluan contohnya kereta rosak. Katakan nak kumpul seratus ribu. Bila dah usik duit tu, nak dapatkan semula semangat menyimpan yang hilang itu mudah tak?

Itulah sebabnya kena simpan sedikit emas. Bila ada emas kita dah tak usik duit simpanan. Bila ada keperluan mendesak nak pakai duit kita pajak saja emas itu. Sekurang kurangnya hati tak rasa lemah semangat melihat duit simpanan menjadi kurang. Bila semangat menyimpan dah tak ada, apatah lagi bukan senang nak ke hulu ke hilir simpan duit dalam bank, sampai bila nak mula menyimpan? Beratur panjang bagai, bila sampai mereka kata ASB off line. Pernah kena?

Angka itu (duit simpanan) walaupun tak begitu penting tetapi ia akan memberi kuasa magis pada semangat kita. Contoh bila kita lihat duit kita kurang, maka semangat nak menyimpan pun jadi kurang, betul tak? Maka itulah ramai orang walaupun gaji besar, mereka tak menyimpan. Kalau menyimpan pun, sekerat jalan saja. Yang berjaya simpan baguslah. Jangan usik duit simpanan. Bila perlukan duit cash, pajak emas. 

Itu lah istimewanya ada emas.

Ada sesiapa nak bangkang?    

Khamis, Januari 31, 2019

Pencapaian Januari 2019


Januari adalah bulan yang selalunya ramai orang sibuk. Sibuk dengan anak sekolah, sibuk dengan azam tahun baru, sibuk dengan kira-kira kewangan dan sebagainya.

Macam mana azam tahun 2018 sudah capai ke? Untuk aku sendiri, azam tak tercapai, agak sedikit tersasar sebenarnya.

Untuk tahun ini aku sudah ke Alor Star untuk kursus JLT. Balik saja aku diuji dengan ujian besar yang membuat aku sedar dan insaf.

Bukan senang mahu berjaya dalam bidang ini. Rasanya hanya mereka yang cukup kental hatinya sahaja yang akan survive dalam bisness ini.

Ada yang mudah, macam Julius hari ini. Ada juga yang begitu payah. Entahlah, aku sendiri pun sebenarnya tak faham.

Aku hanya boleh berusaha sehabis baik, sehabis daya. Kadang kala aku akui aku ini bukanlah kuat sangat.

Yang penting ialah aku tak boleh tinggal buat 5 basic, ingat tu. Stranger prospecting pun aku kena improve banyak lagi.   



Isnin, November 19, 2018

Menulis semula ok


Rasanya macam baru jer aku beli diari 2018 tapi sekarang aku dah terfikir nak beli diari 2019 pula. Tapi kan aku ada blog ni. Aku boleh jer menulis kat blog ni macam diari. Tapi tulah, menulis kat blog ni macam tak sama sangat dengan tulis diari.

Sebabnya bila menulis diari aku lebih ikhlas dan lebih telus sebab aku tahu tak ada siapa akan membaca diari aku. Kalau kat blog ni semua orang boleh baca, jadi aku punya luahan rasa pun agak tersusun dan ada beberapa benda terlalu intim untuk dikongsi, walaupun dalam diari aku akan tulis, begitulah adanya.

Walau bagaimanapun aku akan cuba untuk menulis dengan jujur dan telus. Kadang-kadang aku menulis perkara-perkara yang bodoh saja. Bila menulis blog ni banyak kenangan manis dan pahit dapat kita rakamkan untuk kita baca kembali di kemudian hari.

Aku berazam untuk lebih rajin menulis terutama sekali menjelang tahun 2019 yang bakal menjelang tak lama lagi. Aku punya tulisan banyak berkisar tentang akitiviti aku iaitu emas dan ping-pong. Emas sebab aku jadi dealer Public Gold manakala ping-pong ialah aktiviti sukan yang paling aku gemari.

Aktiviti aku sekejap lagi ialah keluar semula ke GMI untuk bermain ping-pong dengan geng ping pong hensem, ha ha ha. Main ping-pong waktu malam, sedih kan. Proffesional main waktu siang, aku pula main waktu malam.

Untuk perkembangan Public Gold, aku baru jer terlepas acara JLT di Janda Baik, aku tak ikut sebab bajet aku agak terhad. Walau bagaimanapun aku tetap ikuti perkembangan JLT dari jauh. Aku kagum dengan mama yang baru jer dapat membuat sejarah bila dia berjaya lock seorang customer yang beli emas satu kilo semasa acara JLT. Tahniah mama!

P/S : mama ialah offficial speaker Public Gold. Hubungi saya untuk membeli emas Public Gold.

Isnin, September 24, 2018

Dendam kau begitu kuat kucing


Semalam aku marah sebab kau berak lagi kucing. Berak depan rumah aku. Dengan tahi seumpama tahi manusia. Kenapa aku masih bersabar?

Aku penat membersihkan tahi kau. Kau berak walaupun aku buat baik pada kau. Aku siap beli makanan jenama friskies.

Semalam sebab aku terlalu marah aku tuang friskies tu dekat kawasan najis kau yang aku sengaja biarkan. Mesti kau akan seksa makan makanan yang hampir dengan tahi kau. Rupanya kau makan juga sampai licin!

Lepas tu kau berak jauh sikit. Aik? tahu pulak kau berak jauh sikit?

Tapi kau berak kawasan laluan jiran yng lain. Maka aku mengalah, aku sapu tahi kau.

Tadi petang aku balik kerja kau berak lagi.

Aku terpikir nak guna cara jahat. Tapi aku masih bersabar, masih waras.  

Ahad, September 23, 2018


Aku sebenarnya merancang (plan) nak jumpa Encik Syukor di Ampang semasa beliau berceramah pada 21 haribulan jumaat lepas. Namun balik kerja aku rasa sangat lemau. Ya, lemau bila seharian berada dalam air-cond dan balik (naik motor) dalam keadaan gerimis yang renyai-renyai maka badan aku pun menggigil semacam. Punyalah aku ni mudah kesejukan.

Bila minum teh pula, badan pun mula lah merasa malas nak bergerak lagi. Nak keluar rumah memang terasa sangat malas tahap gaban. Apatah lagi bila memikirkan aku terpaksa berada lagi dalam aircond MRT Kajang yang sejuk gila itu lagi sekali. Maka otak aku pun mengalah pada kemahuan badan. Otak kata kena pergi tapi badan kata jangan pergi. Akhirnya badan yang menang. Aku ikut kemahuan badan.

Akibatnya urusan aku mahu mengambil tandatangan encik Syukur tidak kesampaian. Maka terpaksalah tunda rancangan ini ke bulan depan pula kerana bulan ini encik syukur dah habis ceramah kawasan KL.

Kalau keadaan terlalu mendesak aku mungkin terpaksa jumpa encik Syukor di Melaka. Aku rasa itu adalah keadaan 'worst comes to worst'. Harapnya tidak begitu, penat wo nak drive ke Melaka lepas tu menapak pulak ke Kelantan.

Keadaan kucing sebenarnya yang worst dah. Aku pun tak tahu nak buat apa lagi. Dendam mereka pada aku sangat menebal nampaknya. Makanan mahal aku bagi kat kau kucing, kau bagi aku tuba sebagai balasan ya. Kau kencing berak seperti mahu buat aku sakit jiwa. Kau berjaya la kucing. Aku hampir sasau.       

 

    

Selasa, Ogos 28, 2018

Bunga emas


Selain emas jongkong LBMA, Public Gold juga mengeluarkan emas edisi Bunga Emas. Bunga emas ialah emas yang berukir dengan corak yang mempunyai tema tertentu yang popular. Antara tema menarik yang di keluarkan oleh pihak Public Gold ialah corak batik dan corak naga. Selain itu terdapat juga corak kaligrafi cina yang mengandungi maksud yang mendalam.

Sekiranya anda berminat dengan bunga emas kini adalah masa yang sangat sesuai kerana harga terbaru bunga emas ini telahpun diselaraskan dengan emas LBMA biasa yang tidak bercorak rumit seperti bunga emas.

Kalau dahulu ramai yang membeli emas terpaksa melupakan bunga emas kerana faktor harganya yang lebih mahal dan susutnilai yang tinggi. Kini dengan pelarasan harga dan susut nilai yang sama dengan emas LBMA, memiliki bunga emas bukan lagi sebagai item koleksi peminat tegar sahaja. Pelabur emas biasa juga boleh memiliki bunga emas tanpa risau akan kosnya lagi.

Sekiranya anda berminat dengan bunga emas, bolehlah hubungi saya untuk maklumat yang lebih lengkap. Sebagai salah seorang dealer Public Gold, saya akan bantu anda dengan sehabis baik.

Public Gold ada cawangan di semua negeri kecuali Perlis.

www.wasap.my/60129108905
 

Rabu, Ogos 08, 2018

Ahad, Ogos 05, 2018

Gila ping pong


Semalam balik dari KPM Beranang dah dekat pukul 10 malam. Game ping pong belum habis lagi, baru peringkat quarter final. Mata aku pun dah tak tahan, pedih dan mengantuk. Perut pun masih kosong. Ada brader sebelah aku makan bau makanan pun membuat aku terliur jugak.

Jadi aku ajak semua anak dan isteri balik. Terus pergi cari kedai makan.

Begitulah rutin hidup ku, hujung minggu jer aku cari game ping pong.

Hari ahad keluar berjalan lagi. Tapi dekat dekat jer. Pergi "jogging" di stadium Kajang. Lepas "jogging" pekena pulak sate Kajang.

Balik rumah aku dapati kucing masih tak puas hati dengan aku. Tak tahu kenapa kucing begitu dendam dengan aku. Aku pun dah tak berdaya nak marah lagi. Aku cuma diam saja mengenang nasib diriku yang sadis ini.   

Sabtu, Ogos 04, 2018

Cerita cikgu Nazri


Cikgu Nazri ialah salah seorang Priority Dealer Public Gold yang saya kenali. Ini kisah yang beliau ceritakan di dalam seminar beliau. Ceritanya ialah bagaimana beliau memberikan hadiah emas kepada emaknya setiap kali menjelang hari raya!

Raya tahun ini 2018 adalah kali ke 3 cikgu Nazri menghadiahkan emas 1 gram kepada emaknya. Kisah ini ialah bagaimana reaksi emaknya setiap kali cikgu Nazri memberikan hadiah emas.

Ceritanya begini.

2016 - Cikgu Nazri hadiahkan emas 1 gram edisi raya kepada emaknya. Emak cikgu Nazri bertanya, "nak buat apa dengan emas ini?" Cikgu Nazri cakap, "simpan ajerlah mak."

2017 - Cikgu Nazri hadiahkan emas 1 gram edisi raya kepada emaknya. Emak cikgu Nazri diam saja.

2018 - Cikgu Nazri lambat sikit hadiahkan emas 1 gram edisi raya kepada emaknya. Emak cikgu Nazri bertanya, "tahun ni tak ada emas ke?" Giliran cikgu Nazri pulak yang senyum.

Saya dan Cikgu Nazri

Emas edisi Raya 2018

Emas edisi Raya 2017

Sia sia jer mandi darah


Nak marah pun aku dah penat lah wei. Dah aku mandi darah pun kau masih lagi buat benda yang sama? Kau masih tak puas hati dan nak mencabar aku?

Esok nampaknya aku terpaksa bermain cara jahat.

Balik ceramah cikgu Nazri aku dapati kau masih membuat kerja jahat kau. Apakan daya aku lagi? Aku dah penat kejar kau. Esok aku akan settlekan kau.

Jaga kau kucing!

Dua kali kau buat
dua kali aku buat.

Jumaat, Ogos 03, 2018

Mandi darah wei.


Malam ni berperang dengan kucing yang suka lah sangat berak depan pintu rumah jiran aku sebab jiran tu dah pindah, maka kucing-kucing tu bermaharaja lela, berak sesuka hati saja.

Aku kejar sampai tingkat atas. Kucing tu lari berdesup. Tak sempat nak kejar do. Cara nak atasi kucing berak ialah letak air merah dalam bekas air mineral. Jiran atas aku siap buat kubu lagi. Macam nak berperang betul lah.

Esok jumaat sudah. Dah bulan 8 tapi masih tak ada berita. Goyang aku. Apa yang goyang? Tempat kerja aku lah yang goyang wei. Dengar cerita hutang banyak. Jangan buat hutang bro, kalau tak nak merana masa depan.

PS: Pesanan di atas adalah untuk diri aku sendiri. 
    



Jumaat, September 22, 2017

Mudahnya simpan emas dengan akaun GAP Public Gold


Ramai orang berhasrat menyimpan emas sebagai salah satu instrument pelaburan tapi terdapat beberapa kekangan yang akan saya huraikan.

Faktor keselamatan:
Emas adalah barang berharga. Ramai takut menyimpan emas sebab faktor takut dirompak atau takut kehilangan. Jadi ramai takut nak simpan sendiri emas sebagai aset.

Faktor akaun emas tanpa ada emas sebenar yang wujud.
Kalau buka akaun simpanan emas dengan bank pula banyak yang tidak patuh syariah (emas tidak wujud) kerana sekadar bermain harga, tidak ada emas fizikal. Antara yang patuh syariah pula tak banyak dan institusi tertentu saja yang ada contohnya seperti Kuwait Finance House (emas wujud). Kalau nak sewa peti keselamatan pula ramai tak sanggup atas faktor kos.

Faktor keselamatan adalah antara faktor ramai orang fikir dua kali bila nak mula menyimpan emas, padahal menyimpan emas ternyata sangat bagus sebagai aset kalis inflasi dan pelaburan jangka panjang.

Masalah seterusnya pula ialah faktor modal. Harga emas memang agak mahal bagi kebanyakan orang yang biasanya cuma sedia menyimpan sekitar 200 sahaja sebulan. Kalau anda ada duit 200 berani tak anda nak masuk kedai emas?

Selepas mengkaji masalah ini maka Public Gold memperkenalkan sistem simpanan emas melalui akaun GAP, singkatan dari Gold Accumulation Programme. Tujuan GAP ialah membantu seramai mungkin orang yang mahu meyimpan emas tetapi mempunyai masalah dari segi tempat selamat nak simpan emas dan juga masalah modal yang terhad tapi berhasrat nak melabur secara konsisten dengan instrument emas fizikal.

Akaun emas yang disandarkan emas fizikal.

GAP adalah sama seperti kaun emas Kuwait Finance House, kita boleh beli emas dan Public Gold akan simpankan emas itu bagi pihak anda secara percuma. Kita boleh keluarkan emas fizikal serendah satu gram daripada akaun GAP itu bila kita mahu. Kelebihan GAP berbanding Public Gold ialah kita boleh mulakan pembelian serendah satu gram manakala KFH pula mesti mulakan dengan 10 gram . Dengan GAP kita mesti tinggalkan baki satu gram untuk akaun kekal aktif manakala KFH pula kena tinggalkan dua gram untuk kekal aktif.

Kelebihan GAP Public Gold

Boleh beli emas berketuleanan 999.9 dengan bajet yang minimum bermula 1 gram
Boleh simpan emas anda dengan public gold secara percuma tanpa had masa atau jumlah berat, tanpa apa apa-apa yuran tambahan seperti upah simpan dan sebagainya.
Boleh menambah simpanan 1 gram pada bila bila masa secara online dengan mudah dan tanpa ikatan kontrak wajib beli setiap bulan dan sebagainya.
Boleh ambil emas fizikal dari mana mana 18 cawangan yang ada
Boleh keluarkan semua baki yang ada dalam GAP tetapi tinggalkan satu gram kalau mahu kekal aktif
Boleh berurusniaga 24 jam secara online tak perlu ke ofis meredah traffic jam, cari tempat parking dan beratur di kaunter
kadar premium yang berpatutan

Perbandingan GAP Public Gold dengan KFH
Ketulenan emas. Emas Public Gold berketulenan 999.9 manakala emas KFH berketulenan 995
Pembelian pertama. Public Gold boleh bermula serendah satu gram. KFH bermula mesti 10 gram.
Susut nilai. Kadar susut nilai Public Gold adalah berbeza mengikut berat emas. Kadar susut nilai emas KFH pula ialah 6% untuk semua berat.
Syarat Pengeluaran. Public Gold anda tidak boleh keluarkan semua baki dalam akaun GAP, kena tinggalkan baki 1 gram. KFH pula anda kena tinggalkan baki 2 gram.
Pengeluaran inter branch.
Caj pengeluaran. Public Gold ada membuat caj semasa membuat pengeluaran iaitu kadar premium. KFH tidak ada cas.
syarat belian semula.
waktu urusniaga


Sipa yang bermanfaat dengan GAP?

Minat dengan emas tapi modal kecil
Minat dengan emas tapi risau aspek keselamatan
Minat dengan emas tapi tempat tinggal agak jauh dari kedai emas
Minat beli emas dengan konsisten sedikit sedikit jangka masa panjang

CARA MEMBELI EMAS DENGAN akaun GAP Public Gold

1. Transfer duit ke dalam akaun.

(a) Masukkan Duit

Bank-in / online transfer / ATM transfer duit ke akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di bawah berdasarkan harga per gram GAP harian di www.publicgold.com.my:
♢ 5571 3923 8048 (Maybank) (GAP)

♢ 3167 52 0833 (Public Bank)

(b) Whatssap Maklumat Belian

Wassap maklumat di bawah dan attach slip bayaran ke nombor handphone Public Gold di +6017-4866 916:
¤ Nama Penuh
¤ No. Kad Pengenalan
¤ No. Telefon
¤ Email
¤ Jumlah Bayaran
¤ Tarikh dan Masa Bayaran
¤ Introducer : PG0073921 Ahmad Sadli


Nota:
KALAU ANDA TAK PAKAI WASSAP, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan maklumat pembelian yang sama juga.

(c) Semak GAP Statement

Tunggu Public Gold proses dalam masa 2 hari bekerja. Kalau dah terima email USERNAME, login website untuk semak GAP Statement selepas 2 HARI BEKERJA. Gunakan nombor Kad Pengenalan 12 digit sebagai PASSWORD sementara.

(d) Keluarkan emas fizikal

 Kalau baki GAP ada 11 gram (contoh), anda boleh keluarkan emas fizikal 10 gram. Telefon cawangan terdekat untuk buat temujanji. Kena tinggal baki 1 gram sebagai tanda aktif. 


Apa-apa persoalan, wassap saya +6012-9108905 (SADLI).



Sekian, terima kasih.

Khamis, September 21, 2017

Sabtu, September 09, 2017

Jemput Datang ke Bangi


Anda dijemput untuk hadir ke seminar emas di Bangi pada hari isnin ini. Berikut ialah maklumat

Tempat : Public Gold cawangan Bangi, Bandar Baru Bangi. ( Sebelah Menate' Bangi )
Tarikh  : Isnin, 11 September 2017
Masa    : 8. 30 Malam - 10.30
Acara   : Ceramah kepentingan dan rahsia emas  ( 90 minit)
               Jualan Fire Sales emas setengah gram dan satu gram edisi YDP Agong.  ( 10 minit)
             
               Cabutan bertuah untuk pembeli emas                                                         (   5 minit)                                                      
               Cabutan bertuah untuk semua yang hadir                                                   (  5 minit)
             
Bersurai. Masa adalah anggaran sahaja dan tidak semestinya tepat.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : Wasap 012-9108905

Masuk adalah Percuma, tetapi mesti register untuk cabutan bertuah.
Tulis nama Ahmad Sadli Ibrahim PG code PG00073921 di bahagian introducer anda.

Bawa duit kalau mahu beli emas sahaja.
RM 130 untuk setengah gram dan RM 250 untuk satu gram edisi YDP Agong.

Nota: Di Pos Office emas edisi khas YDP Agong dijual pada harga 280. Harga 250 ini adalah untuk mereka yang hadir pada seminar ini sahaja.

Jumaat, September 08, 2017

Cubaan

Sudah 3 hari harga GAP berada pada paras 198. Ini adalah rekod tertinggi sejak GAP mula diperkenalkan. Sebelum ni rekod paling tinggi harga GAP ialah 197. Melihat trend ini aku percaya tidak mustahil harga boleh mencecah 200 sebelum akhir tahun?

Oklah, cerita pasal kehidupan aku pula.
Sudah 3 hari adik aku, Doktor Siti menjalani hidup di perantauan, berjauhan dari family di Kajang dengan memulakan tugas sebagai doktor pakar di Melaka sebaik habis cuti Raya Aidiladha dan cuti khas sukan SEA.

Dunia pula bergolak dengan pelbagai krisis. Amerika dengan masalah perang, ekonomi dan banjir taufan. Masalah hutang negara pun ditangguh dulu. Myanmar pula dengan askarnya hal pelarian mereka iaitu orang Rohingya keluar kerana tentera mengamuk. Semua krisis ini adalah antara punca yang melonjakkan harga emas dunia.

Sebelah malam seminar Public Gold aku hadir seorang saja sebab Firas nampak tak ok. Semput dan lelah dia semakin borak kata orang Kelantan. Di Bangi mama ada, abang Long ada. Nasib aku ada luck dapat hadiah thumb drive yang comel. Habis seminar terus balik tergesa-gesa sebab Bi cakap Firas makin teruk lelah.

Firas diserang asma agak teruk memang dari petang lagi. Pergi klinik pun tak jalan. Doktor suruh masuk hospital. Dah lewat pagi ni, maka terpaksa stay back dulu di rumah, tengok keadaan dia subuh nanti.

Pagi pagi pergi hospital dan akhirnya Firas ditahan di ward. Bi terpaksa minta cuti pagi Jumaat itu juga. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.