Jumaat, Julai 10, 2020

Sejuta Impian

Semua orang pasti ada impian. Impian dan pengharapan dalam hidup adalah lumrah kita insan di alam fana.

Impian saya ialah nak memiliki sebuah banglo sederhana mewah dengan kawasan yang lapang sedikit untuk berkebun dan bersukan. Tak perlu terlalu gah. Cukup untuk hidup dengan sedikit rasa gembira. Ada kawasan lapang untuk saya letakkan sebiji meja ping pong. Mungkin ada sikit ruang untuk anak bermain badminton. Mudah saja impian saya kan.

Tapi untuk merealisasikan impian mudah itu mungkin agak sukar juga dengan faktor harga rumah zaman sekarang. Kalau di Kota Bharu, ibu negeri Kelantan untuk mendapatkan apa yang saya impikan itu kos yang diperlukan adalah sekitar sejuta Ringgit Malaysia.

Mampukah saya mengumpulkan duit sebanyak sejuta sedangkan nak kumpul 100 ribu pun saya hingga saat ini masih belum dapat. Masa pun bukan ada banyak sangat.

Jumaat mulia ini sangat indah dalam dakapan kesejukan saya berkongsi impian saya dengan anda. Bermimpilah apa jua impian. Mimpi boleh jadi realiti andai kita berusaha dengan sehabis daya.

Jom kejar mimpi itu sama-sama. 😍😘

Tambah satu lagi nak mimpi, boleh? Toyota Cross new SUV. Thailand dulu sampai. Harga 120k boss. 

#apaceritahariini
1. Majlis ringkas sempena persaraan Dr Zubi, aku jadi emcee. 
2. Malam melayan PPH. Menang dengan C dan C partner  Lokman (kali pertama turun lepas PKP) aku partner Mai. 

Khamis, Julai 09, 2020

Seribu kesal, sejuta hampa

Ya begitulah hidupku ini. Penuh kesal dan ada ketikanya hampa dengan apa yang terjadi. Namun hidup perlu terus. Tak usah pandang belakang. Jalan terus. Usah dibuai gelora rasa.

Mungkin akan ada silap sana sini. Ada terbuat benda yang tak sepatutnya buat. Itulah aku manusia biasa yang lemah. 

Tiba-tiba teringat aku kat lagu To Ki. Bab dia tarik kau kau... "kemunafikan, makhluk bernama manusia...."

Semalam harga emas naik tinggi menjulang. Harga perak pun ikut sama naik. Namun aku tetap masih belum mahu jual emas. Sayang aku pada emas begitu menebal. Walaupun harga emas dah naik gila-gila. Namun akhirnya aku ambil keputusan untuk jual perak.

Malam tadi aku jadi bingung. Bingung lalu aku membuat perkara yang tak patut. Aku menyesal. Hidup aku penuh dengan sejuta kekesalan. Oh, kenapakah harus begini. 

Maaf kan aku (minta maaf pda diri sendiri).

Tengahari aku berlari dengan Honda Future ku ke Bangi. Sampai sana guard kata tak boleh masuk kalau tak buat appointment. Aku cepat2 terangkan yang aku datang nak serahkan perak sekilo. Nasib baik dia ok dan benarkan aku masuk. 

Masalah kedua resit pembelian aku dah hilang. Aku beritahu Zahrah (staff Public Gold Bangi). Dia kata tak apa asalkan ada tag asal pada silver tu. Fuh lega lagi.

Jadi begitulah hari ni aku berjaya jual semula sekilo perak yang aku beli lama dulu kepada Public Gold. Untung tak banyak sangat tapi jadi la sebab target harga yang aku tetapkan dah tercapai. Balik kat office aku monitor harga perak tengok dia naik lagi mencanak-canak.

Aku senyum jer lah. Duit akan masuk dalam akaun bank aku selepas tiga hari bekerja kata Zahrah. Kalau pakai Maybank cepat sikit. Aku bagi akaun CIMB so kena tunggu lama sikit.

Apa apa pun misi aku success. 

Rabu, Julai 08, 2020

Jom menulis blog dengan phone, hu hu.

Gambar aku dan bang Naz di tempat kerja. 




Kelakar la aku ni. Hari ni harga perak start naik, tapi aku bertindak terlalu awal. Aku dah jual perak aku yang sekilo tu. Hmmm sedih gak rasa. Namun apa daya, benda dah berlaku. Lagi pun target harga aku dah capai. 2700 saja target aku. Malam dia naik mungkin tak lama dia akan cecah 3000 tu. Tak pe la. 



Isnin, Mei 25, 2020

Raya 2020 dalam PKP


Nampaknya kita beraya kali ini masih dalam keadaan PKPB. Tidak dibenarkan rentas negeri. Cuma boleh beraya sekadar keluarga terdekat dan tidak boleh melebihi 20 orang. Mesti amalkan SOP dan penjarakan sosial juga. Tidak boleh bersalam.

Jadi semalam aku pergi beraya di dua tempat sahaja. Satu rumah adik di Damansara dan yang kedua rumah di Shah Alam rumah kakak ipar. Anak perempuan dia (kakak ipar aku) punya lah bagus, siap lepak kat luar jer, tak mau masuk dalam rumah pun. Dia sedang mengandung dan suami dia pula alahan pada kucing.

Aku dan keluarga pun dah datang dari jauh ni kita orang masuk juga. Tak ramai pun rumah kakak ipar aku, cuma ada suami dia. Aku pun ini pertama kali berjumpa dengan suami baru dia. Seorang yang agak otai dengan memakai baju melayu merah siap degan kain samping berlambang UMNO.

Aku pun rasa agak segan takut tak pandai nak berbual maklumlah dia ni otai tapi aku akhirnya boleh jer masuk sembang-sembang santai sahaja. Jadi tak payah la bercerita panjang ya, kita layan jer gambar-gambar ni.





















Ahad, Mei 17, 2020

Bateri kereta buat hal lagi


Tadi lepas asar nak keluar beli lauk, tiba-tiba kereta dah tak boleh start. Nampaknya bateri buat hal lagi. Baru December lepas aku tukar, ni baru Mei, tak sampai setahun pun, bateri keretaku dah "kong" semula.

Sebenarnya aku dah syak benda ni akan berlaku bila hari tu lampu belakang kereta aku tak padam. Walaupun aku dah pastikan lampu aku dah padamkan, tapi entah ada short kat mana, lampu belakang ni dia tetap menyala. Bila nampak tu aku dah risaukan bateri.

Dengan seminggu lagi nak Raya, dan motor pun masuk bengkel. Esok aku dah kerja nampaknya kena la cari kenderaan awan seperti GRAB. Aku tak punya banyak pilihan nampaknya. Nasib baik jugalah, pasar tempat aku dan isteri nak pergi tu tak jauh sangat, jadi kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. 

Untuk lebih jimat, aku rasa baik aku order bateri secara online dekat Lazada. Tapi aku kena pastikan dahulu saiz bateri sebab kalau beli salah saiz nanti masalah lain pulak akan timbul. Sebelum panggil pomen untuk repair apa salahnya aku cuba dahulu buat apa yang boleh kan, manalah tahu kan kalau jadi, syukurlah.

Begitulah, bila dekat nak Raya ni macam-macam ujian melanda. Aku perlu banyak bersabar dan berlapang dada.

Ramai degil nak balik kampung


Hari raya kali ini nampaknya berbeza dari biasa. Kali ini Hari Raya bakal disambut dalam keadaan kita masih berada dalam PKP (B). Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Merentas negeri adalah dilarang oleh pihak kerajaan.

Namun hujung minggu ni begitu ramai yang masih cuba untuk balik kampung dengan merentas negeri. Disebabkan kedegilan ini maka kerajaan kini bertegas akan mengkompaun atau denda sesiapa yang tertangkap cuba melakukan kesalahan cuba balik kampung.

Ya kita faham hasrat anda mahu berhari raya di kampung bersama ibu dan bapa. Kita faham anda mahu berjumpa sanak dan saudara di kampung halaman. Tapi anda harus tahu yang kita bukan berada dalam keadaan normal. Kita masih berperang dengan virus yang mampu membunuh dengan ubat masih belum dijumpai.

Kenapa anda masih cuba juga melakukan perkara yang dilarang? Kenapa anda harus buat-buat tak faham? Kenapa anda berfikir semuanya akan OK? Kita selalunya berfikir begitu. Kita fikir semuanya akan OK. Tapi hakikat hidup bukan begitu. Dalam hidup ini kadang-kadang ada ujian yang datang. Kadang-kadang ada tragedi yang berlaku. Dan kadang-kadang benda itu menimpa kita.

Kita tidak seharusnya berfikir untuk kepentingan diri sendiri. Ya hari Raya cuma setahun sekali. Tapi bukankah selama ini sudah bertahun-tahun dan sudah berkali-kali kita menyambut hari Raya dengan sempurna. Kalau sesekali kita terpaksa berkorban demi negara dengan hanya kali ini sahaja kita tak balik kampung, apa salahnya? Takkanlah pengorbanan yang sebegitu kecil itu pun kita tak mampu lakukan?

Lihatlah selama ini pasukan hadapan saban tahun sudah biasa berkorban bekerja pada hari Raya. Polis, askar, jururawat, mereka ini sudah biasa bekerja pada hari Raya. Jangan lah kita ini begitu manja dan begitu pentingkan diri sendiri.

Negara kita masih belum tamat berjuang untuk melawan musuh yang tidak kelihatan ini. Marilah kita sumbangkan apa saja yang kita mampu. Janganlah kita pula menjadi selut yang mahu mengeruhkan lagi suasana.   

Jumaat, Mei 15, 2020

Jangan alpa


Hidup ini penuh dengan cabaran. Keadaan di Malaysia ini masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga. PKP B ini pun masih belum tamat lagi tempohnya. Aku sendiri masih merasa takut untuk keluar dengan sewenang-wenangnya.

Harga emas hari ini kembali naik ke paras tertinggi dalam ringgit malaysia. Harga GAP ialah 159.

Keadaan ekonomi Malaysia nampak masih OK secara luarannya, namun kita tahu banyak juga yang terkesan dan kehilangan pekerjaan.

Jangan kita alpa. Keadaan pandemik yang melanda belum pulih sepenuhnya. Namun sudah banyak premis-premis yang sudah mahu beroperasi sepertti biasa. Semasa saya cuba masuk ke Tesco Semenyih tadi, ramai orang yang beratur untuk masuk maka saya batalkan hasrat untuk masuk.

Minggu depan ada seminggu  lagi saya akan bekerja sebelum menyambut Hari Raya. Hari Raya kali ini sedikit berbeza kerana tiada lagi amalan kunjung mengunjung. Kita mesti terus berjaga-jaga dan jangan alpa.     

Jumaat, Mac 06, 2020

Nak jadi jutawan dengan ASB? Ini faktanya






















1. Anda hanya boleh membeli unit ASB hanya sehingga RM 200 k sahaja. Kalau dah capai 200 k maka apa yang anda boleh buat ialah tunggu sahaja ia berkembang sehingga ke angka sejuta unit.

2. Untuk menunggu sehingga sejuta anda perlu menunggu sehingga 26 ke 27 kali pembahagian dividen asb atau bersamaan jangka masa sekitar 26 hingga 27 tahun!

3. Jika anda bermula dengan 200 k simpanan semasa berumur 20 tahun, anda akan mempunyai harapan menjadi jutawan semasa beumur 50 tahun.

4. Kiraan ini adalah tepat dengan syarat kadar dividen ASB mestilah paling sikit 6 peratus dan ke atas.

5. Segalanya adalah matematik dan ini bukanlah khayalan untuk menjadi jutawan.

6. Sekiranya ada orang bersembang nak jadi jutawan, pastikan dia ada duit 200 k dan masa sekitar 26 tahun untuk mencapainya.

7. Untuk capai lebih cepat dari 27 tahun, anda bolehlah berniaga contohnya dengan syarikat pg mall.




Rabu, Februari 26, 2020

Tempoh sukar buat Malaysia


Ini adalah satu tempoh yag sukar buat negara Malaysia.

Sejak isnin lepas negara tiada Perdana Menteri bila Tun M meletak jawatan secara mengejut, tanpa diduga oleh sesiapa. KDYMM Agong telah berkenan menerima perletakan jawatan Tun M tetapi terus melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim.

Sebagai rayat biasa aku hanya berdoa yang baik baik saja.

Aku pun sokong dan ada pendirian. Sayangnya aku bukanlah seorang MP jadi aku tak boleh nyatakan sokongan pada mana2 pihak. Maksud aku, buat masa ini hanya pendirian seramai 222 orang MP yang bakal diambil kira  untuk membentuk kerajaan. Semoga kerajaan selepas ini adalah antara yang terbaik juga. 

Ahad, Februari 09, 2020

Best ke Lazada ?


Saya percaya ramai yang sudah biasa membeli di laman e dagang tersohor Lazada. Pelbagai barangan ada di Lazada. Dari yang murah hingga paling mahal seperti motorsikal, ya ada semua tu.

Bagaimana pengalaman anda membeli di Lazada? Pasti best bukan? Saya sendiri sangat suka membeli di Lazada. Antara paling besar pernah saya beli ialah hand phone sebanyak 2 kali. 

Ada seorang rakan kerja saya ni bila dia dah mula kenal Lazada, macam ketagih dia nak membeli. Kalau tak membeli boleh ushar-ushar saja pun dah jadik, hu hu.

Dia dulunya seorang yang skeptik dengan pembelian secara online. Tapi selepas dia kenal Lazada, semunya berubah. Malah dia ni, berani saya katakan kini telah menjadi antara pembeli tegar barangan dari Lazada. Kalau dalam masa beberapa lama tak beli dari Lazada, macam tak sah, hu hu.

Lazada adalah antara website e commerce yang tersohor di Malaysia selain dari Shopee. Saya biasa beli Lazada tapi Shopee tak biasa lagi. Dengar cerita Shopee ni pun hebat juga, maklumlah Ronaldo kot yang jadi duta Shopee, jadi memang powerlah.

Tahukah anda, selain dari 2 laman sesawang e commerce tersebut, terdapat satu lagi laman e dagang yang bagus iaitu PG Mall. Apa itu PG Mall? Konsep dia sama jugak macam Lazada, iaitu laman web e dagang, bezanya ialah ia adalah syarikat Malaysia.

Saya percaya suatu masa nanti PG Mall akan mampu bersaing, lalu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Lazada dan Shopee. Untuk makluman anda, PG Mall ini ialah anak syarikat kepada Public Gold yang berpangkalan di Pulau Pinang. Kalau anda sebagai rakyat Malaysia mahu menjual produk anda sendiri, maka platform PG Mall juga adalah satu pilihan yang bagus.

Apa yang bagi saya best tentang PG Mall ialah ia berkolaborasi dengan sebuah kedai buku yang kebetulan memang saya suka kedai itu. Kedai yang saya maksudkan itu ialah bookxcess. Bookxcess mendakwa mereka adalah kedai buku terbesar di negara ini. Di Tamarind Square ia di buka 24 jam guys! Saya suka bookxcess sebab harga buku dia murah tetapi berkualiti.

Saya selalu juga lepak di kedai bookxcess Cyberjaya. Tempat itu bagi saya memang happening jugak. Harga buku di bookxcess bagi saya murah sangat dan sangat berbaloi-baloi. Kalau anda kaki buku atau ulat buku sangat rugi kalau anda tak pernah sampai ke bookxcess. Serius saya berani katakan setakat ni saya belum jumpa lagi kedai buku yang lebih best daripada bookxces, dari sudut tawaran buku dan harga.

Bookxcess cawangan Cyberjaya  terletak di dalam Tamarind Square Cyberjaya. Ada macam-macam kedai yang happening kat dalam Tamarind Square ni guys. Kalau tak percaya try lah ushar dalam tweet berkenaan Cyberjaya, nama Tamarind square pasti naik.

Saya cerita panjang pun tak guna, anda kena selidik sendiri lah ya. Ok Ciaow.

Khamis, Mei 30, 2019

Kelebihan Akaun Emas GAP Public Gold


Produk Public Gold yang paling bagus untuk anda yang mahu melabur emas tetapi mempunyai kekangan dari segi modal, ialah dengan membuka akaun emas GAP. Akaun emas GAP ni lebih kurang sama macam akaun deposit bank, cuma baki anda di update dalam bentuk gram emas. Anda boleh keluarkan duit sama ada dalam bentuk tunai atau boleh keluarkan dalam bentuk emas fizikal, tertakluk kepada baki simpanan anda dengan syarat baki minima mestilah 1 gram. 

Anda boleh membuka akaun dengan modal minima serendah Rm 100.  

Dengan adanya kemudahan akaun emas GAP ini, ia membolehkan lebih ramai orang awam memiliki emas 24 karat dengan lebih mudah. GAP ialah singkatan kepada Gold Accumulation Programme. 

Pemilik akaun diberi 2 pilihan. 
1. boleh keluarkan emas fizikal 24 karat LBMA 
2. simpan terus dalam unit gram emas sampai bila-bila (namakan pewaris).
3. boleh terus jual (tanpa perlu ambil emas fizikal) kalau rasa nak jual, terutama bila harga naik.
4. harga GAP adalah bersandarkan harga "spot" emas sedunia.

Tiada upah simpan dikenakan selagi anda belum keluarkan emas daripada akaun anda. 

Boleh jual balik emas fizikal atau tanpa fizikal. Boleh beli top up gram secara online. 

Dengan adanya akaun GAP, anda ibarat berada di barisan depan untuk melakukan transaksi emas, tidak kira jual atau beli. Anda berada di barisan hadapan untuk bertindak bila berlaku perubahan besar pada harga emas dunia.

Boleh keluarkan emas fizikal dengan berat yang anda pilih sendiri, terdapat pelbagai saiz yang boleh dikeluarkan dari serendah 1 gram sehingga paling berat 1000 gram (sekilo), tertakluk kepada baki gram anda.

Kadar minimum untuk membuka akaun GAP cuma serendah rm100.

Syarat yang dikenakan untuk kekal aktif cuma anda perlu tinggalkan baki minima 1 gram sebagai tanda aktif. 1 gram terakhir ini pun boleh dikeluarkan kalau anda sudah tidak mahu menyimpan melalui GAP.  

Cara buka: bank in kepada akaun public gold, nombor
5571 3923 8048 (Maybank). Simpan bukti resit (kalau guna ATM) download resit transaksi kalau guna maybank2u.   


Hubungi dealer anda untuk dia register. Bila dah dapat password sementara, login dan tukar password sendiri, kemudian dah boleh buat sendiri. Boleh rujuk dealer anda bila ada persoalan.
Rujuk harga di laman rasmi Public Gold berikut 


www.publicgold.com.my

Ahmad Sadli Ibrahim 
Authorised Dealer Public Gold
PG00073921

www.wasap.my/60129108905

Rabu, Mei 29, 2019

Akaun Emas GAP Public Gold


Produk Public Gold 
Kemudahan akaun emas GAP. GAP ialah singkatan kepada Gold Accumulation Programme. 


Pemilik akaun diberi 2 pilihan. 
1. boleh keluarkan emas fizikal 24 karat LBMA 
2. simpan terus dalam unit gram emas sampai bila-bila (namakan pewaris).
3. boleh terus jual kalau nak. 

Tiada upah simpan. 
Boleh jual balik. 
Boleh keluarkan emas fizikal dengan berat yang anda pilih, tertakluk baki gram anda.
Minimum untuk buka akaun cuma rm100.

Cara buka: bank in kepada akaun public gold, nombor
5571 3923 8048 (Maybank). Simpan bukti resit (kalau guna ATM) download resit transaksi kalau guna maybank2u.   


Hubungi dealer anda untuk dia register. Bila dah dapat password sementara, login dan tukar password sendiri, kemudian dah boleh buat sendiri. Boleh rujuk dealer anda bila ada persoalan.
Rujuk harga di laman rasmi Public Gold 

www.publicgold.com.my

Ahmad Sadli Ibrahim 
Authorised Dealer Public Gold
PG00073921

www.wasap.my/60129108905

#satugramsatubulan
#akaunGAP
#PublicGold

Pilihan emas yang boleh dikeluarkan melalui akaun GAP

Masak aku Raya tahun ni


Tadi aku hantar lagi kereta ke bengkel. Baru jer tukar tayar dah habis RM 514. Ni nak sentuh bab gearbox pulak, alamat dia kena la lagi dalam 300 (estimate). Wow, duit dah la tinggal seribu jer. Alamat dia beraya dalam keadaan poket kosong lah aku.

Balik kerja aku terus pergi check, pomen tu cakap tak sempat buat lagi. Tadi test drive dengan dia memang dia akui ada masalah sikit dengan gearbox kereta aku. Masalah ni agak serius iaitu lambat berlaku tukaran gear dari semasa kereta slow kepada laju. Meter kelajuan pun statik jer, tak bergerak langsung bila kereta bergerak.

Kereta aku ni adalah kereta "rare" iaitu Kia Spectra, dah banyak "makan" duit. Nak tak nak aku kena repair jugak sebab nak balik raya kali ni jauh wei. Kalau dia buat hal, eh tak sanggup aku nak bayangkanlah.

Aku harap esok dia akan siapkan kereta, tadi pun aku tak boleh buat apa walaupun dah janji dengan wife nak bawak dia pergi klinik, terpaksa tangguh suruh dia telan jer apa ubat yang ada, panadol dan sebagainya. Nasib baik la sakit dia tak melarat. Plan nak bukak puasa kat Masjid Hasanah pun terbaksa dibatalkan, susah rupanya bila tak ada kereta ni.

Yang pasti raya tahun ni kenderaan pastinya akan semakin banyak. Nasihat aku, berpada-padalah bawak kereta tu jangan laju sangat. Semua orang pun nak balik kampung, jangan fikir diri sendiri jer. Jangan potong sebelah kiri, dan bertimbang rasalah di atas jalan raya.

Selamat Hari Raya.


Sediakan payung sebelum hujan


Waktu rehat tengahari aku keluar sekejap ke kedai tayar antara yang paling berprestij di area Kajang, terletak di Jalan Bukit, Kajang. Nama kedai dia ialah Silicon Auto. Aku suka datang sini sebab servis dia bagus, layanan mesra dan ada tempat menunggu yang selesa dalam bilik kaca berhawa dingin.

Aku tukar dua bijik tayar belakang jenama Toyo. Harga sebijik cuma rm 160. Kiranya kalau dua bijik baru 320. Tapi aku kena 514. Dia tukar brake pad, cas alignment, ketuk camber dan cas cas lain.

Bayangkan kalau aku bawak duit cuma ngan ngam dah sah la tak cukup. Aku pun bukan bersedia dengan duit cash. Jadi terpaksa la pakai kad kredit dulu (aku akan bayar secepat mungkin). Sebelum balik tauke dia siap bagi 2 botol besar air Mirinda dan 2 bekas untuk isi kuih raya. Sebotol jer aku ambik, lagi satu aku terus suruh Irfan beri kepada Bu Hasmah.   

Jadi cerita dia kat sini ialah kita kena sediakan tabung kecemasan sebab kadang kadang akan ada benda berlaku yang di luar bajet kita, yang kita tak terjangka.

Jadi kalau nak simpan emas boleh roger aku ya.

wasap.my/60129108905


Isnin, Mei 27, 2019

Pos Ar Rahnu Bangi


Tadi tengahari aku ke Pos Ar Rahnu cawangan Bangi. Kalau tak silap aku ia terletak kat Bandar Baru Bangi Seksyen 1, hehe aku tahu Bangi jer. Kedudukan dia tersorok sikit. Aku ke sini untuk sambung surat pajak emas yang aku pajak awal tahun 2019 dulu.

Kalau anda pajak emas di Pos Ar Rahnu, tempoh untuk tebus balik emas tu ialah enam bulan. Kalau dalam masa enam bulan tu masih tak dapat langsai maka boleh sambung lagi enam bulan dengan syarat dah bayar upah jaga terlebih dahulu.

Upah jaga emas yang aku pajak agak mahal jugak sebab emas yang aku pajak agak berat. Ya untuk maklumat, kadar upah jaga emas tu semakin naik kalau emas tu semakin berat. Jadi kalau anda pajak emas yang ringan jadi tak terasa sangat bayar upah jaga. Macam kes saya, kira ok jugaklah upah jaga dalam RM60 lebih sebulan sebab pinjam hari tu RM 4 ribu, itu pun belum pinjam maksimum, boleh pergi 5 ribu lebih dengan emas yang aku pajak tu.

Kalau boleh aku tak nak pajak lama-lama tapi apakan daya, banyak komitment setiap bulan menyebabkan aku tak konsisten bayar tebus balik. Untuk makluman, korang kalau pajak dekat Ar Rahnu, dia punya bayar balik nak tebus emas tu adalah fleksibel, korang boleh jer bayar berapa yang korang mampu. Cumanya kalau korang bayar sikit lambatlah dapat tebus balik emas tu, itu jer.

Kaedah pajak emas ini sebenarnya membantu juga bila terdesak nak pakai duit. Selain itu dia macam memaksa disiplin menyimpan dengan reward pada akhir cerita dapat emas. Jadi semangat nak menyimpan tu berkobar-kobar. Walaupun emas tu memang emas korang punya.

Jadi aku target akhir tahun boleh dapat balik la emas tu. Seronok main emas ni sebenarnya sebab dia ada banyak cabang boleh main. Boleh jual, boleh pajak, boleh tunggu harga naik dan boleh jadi modal pusingan berniaga. Rugi kalau korang tak main emas sebenarnya. Tapi kena ada ilmu dan main dengan syarikat yang betul lah.

Oklah, kalau korang nak buka akaun emas GAP boleh roger aku ya. wasap.my/60129108905

Ahad, Mei 26, 2019

Dari Cyberjaya ke Kajang


Hari ni berbuka puasa di masjid Raja Haji Fisabilillah yang terletak di Cyberjaya. Lepas habis sembahyang maghrib terus lari ke Surau Al Muhajirin di Kajang pulak. Sempat la buat sembahyang Isyak dan sunat Terawih dalam 8 rakaat.

Ramai jer orang berbuka puasa di masjid Raja Haji Fisabilillah. Suasana dalam masjid pun tenang jer dengan kubah hijau (dari dalam) berukiran khat yang cantik. Aku sebenarnya cuak nak balik lewat sebab takut kereta meragam. Hmm dah la raya dekat ni.

Sebenarnya tengahari lagi kami dah keluar mula-mula ke Putrajaya dulu, lebih tepat ialah ke Alamanda. My wife nak cari kain tudung dan sarung sembahyang untuk dibelikan kepada mama.

So harga tudung siti khadijah tu agak mahal juga, dengan tak test muat ke tak, main agak agak jer saiz. Nasib baik kedai tu cakap boleh pulangkan semula dalam masa sebulan kalau tak padan saiz. Fuh bagus jugak tu.

Aku rileks jer la hari ni, siap layan cerita John Wick lagi. Tapi terus terang aku takut sangat kalau dekat dekat raya ni kereta meragam. Kalau dulu ada jugak kereta back up. Sekarang ni kalau kereta meragam betul betul susah aku jadinya. 

Sabtu, Mei 25, 2019

Raya dah dekat


Raya Aidilfitri 1440 Hijrah nampaknya sudah semakin dekat. Lagi seminggu lagi aku kerja, lepas tu cuti Raya. Sekolah hari ni dah cuti, untung lah yang kerja cikgu dah boleh balik kampung. Semalam result eg tukar keluar kan.

Ramai sibuk membuat persiapan Raya, terutama sekali persiapan membeli baju raya dan bahan bahan utama lain lah. Pagi-pagi (tak la pagi sangat sebab layan tidor) aku keluar ke PKNS Bangi, port popular orang Bangi shopping Raya.

Jangan lupa PKNS Bangi 2 June tu, Ziana Zain turun ha ha. Aku tak dapat la layan sebab 1 June Insya Allah dah gerak balik kampung melalui Lebuhraya Pantai Timur. 

Bajet Raya tahun ni aku sederhana saja, sehabis sederhana kot. Duit gaji pun cuma 2000 jer, so tolak hutang sana sini, tinggal berapa jer la. Duduk pulak kawasan Kajang ni yang harga makan dia boleh tahan mahal.

Anak nak basikal jadi terpaksa la belikan jugak, wife aku pun yang belikan. Harga basikal anak 230 selepas less. Aku nak kena beli tayar kereta lagi ni sebab nak balik kampung. Dua bijik tayar belakang nak kena tukar sebab dah nak licin dah ha, ha.

Nak simpan untuk anak pun tak lepas bulan ni. Harap nanti anak ada duit raya, tu jerlah duit simpanan mereka. Untuk diri sendiri, nak top up ASB pun rasanya tak mampu. Simpan emas jer lah sikit, walaupun sekarang ni mahal sikit sebab isu US trade war dan dengar ada isu dengan Iran pulak.

Ya aku memang terfikir. Hidup ni susah jugak kalau tak ada duit. Duit memang bukan segalanya, tapi banyak benda kot boleh buat kalau ada duit.

Hidup penuh cabaran. Simpanlah emas untuk masa hadapan. Roger saya untuk buka akaun GAP. Wasap 012-9108905, ini ha ada gambar emas 1 gram edisi Hari Raya. Comel kan.



wasap.my/60129108905


Rabu, Mac 06, 2019

Jangan macam ni Bangi


Membuka kedai di kawasan Bandar Baru Bangi mungkin idea yang baik. Tetapi anda harus juga lihat dan kaji bisness apakah yang paling menguntungkan. Mungkin boleh buka kedai makan atau kedai menjual barangan kosmetik umpamanya? 

Orang Bangi memang terkenal suka bergaya dan makan dengan bergaya juga. Sebab tu kat Bangi banyak kedai yang hipster dan juga kedai makan yang "viral" pun banyak.

Orang Bangi suka berbelanja menghabiskan duit gaji. Jangan macam ni orang Bangi.

Fikirlah akan masa depan yang bakal tiba. Masa depan anak dan juga pewaris kamu.

Bangi banyak orang bijak dan pandai.

Ramai professor dan guru yang hebat.

Bangi banyak institusi pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia antara yang gah, tapi banyak juga universiti swasta dan institusi kecil yang lain.

Orang Bangi, jom kita simpan emas. Jangan memalukan Bangi ya.

Kenapa aku tulis macam ni?

Sebab Bangi punya cawangan adalah paling mengecewakan berbanding dengan cawangan lain. Kenapa Bangi sukar? Adakah kerana orang Bangi sudah terlalu takut dek akibat terlalu banyak penipuan yang telah terjadi menyebabkan mereka menjadi fobia?

Selasa, Februari 12, 2019

Membeli emas secara online


Membeli emas secara online kini sudah tidak mustahil lagi. Banyak website yang sudah menyediakan perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil kira. Saya akan kongsikan tip tip sekiranya anda mahu membeli emas secara online agar pembelian anda berjalan baik dan memuaskan hati.

Pertama sekali cari laman web yang sudah dipercayai ramai. Laman web yang menipu biasanya akan tutup selepas beberapa ketika kerana ramai orang sudah hilang kepercayaan maka mereka sudah tidak akan kembali lagi membeli. Dalam kes ini PG Mall adalah salah satu laman yang benar kerana ia adalah anak syarikat Public Gold. Public Gold pula telah menjalankan perniagaan emas sejak 2008 lagi dan kini sudah menjangkau tahun ke 10 dalam bisness yang sama.

Buat belian secara skala kecil dahulu. Ini paling mudah. Jangan terus membeli barangan yang mahal kalau anda belum pasti kesahihan sesuatu laman web. Contohnya kalau beli emas janganlah sampai beli yang berharga 2k. Di PG Mall ada jual cincin yang berharga 200 lebih sahaja. Anda boleh cuba beli barangan emas yang kecil ini terlebih dahulu.

Bertanya pada yang pakar. Dalam hidup ini kita bukan tahu semua perkara. Maka bertanya adalah sesuatu yang tinggi nilainya. Tak perlu malu untuk bertanya.

Dalam hal ini, saya yang merekomen laman PG Mall kerana saya sendiri adalah dealer syarikat Public Gold, iaitu parent company kepada PG Mall. Saya pertaruhkan kredibiliti saya sendiri sekiranya saya merekomenkan laman web yang menipu kepada anda. Duit boleh dicari tapi kalau orang hilang kepercayaan kepada anda, sampai mati pun anda akan tetap tidak akan diberi kepercayaan lagi walau untuk duit sekupang, apatah lagi sejuta.

Guna naluri anda sendiri. Laman web PG Mall sangat presentable dan cantik. Anda lihat dan anda nilaikan sendiri bagaimana laman web ini dibangunkan. Ia bukan dibuat sambil lewa atau secara melepaskan batuk di tangga. Ia sangat sistematik dengan ada sistem bayaran dan bank bank yang memberi kepercayaan kepada laman web ini.

Insuran kepada emas yang anda beli. Faktor kehilangan untuk emas atau apa saja barang yang anda beli akan pasti tetap ada walau dari lama web mana sekalipun anda membeli. Sebab itulah anda kena pastikan ada insuran pada barang kemas yang anda mahu beli. Di PG Mall pembelian emas anda adalah dilindingi oleh insurans. Maka ini akan memberikan ketenangan minda kepada anda.

Selamat membeli emas secara online. Untuk register sila klik gambar. 

bit.ly/RegisterPGmallfree

Register FREE saja. Kalau beli barang baru kena cas, ok.  

   


Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.