Jumaat, Jun 04, 2021

Day 4 Lockdown

Semalam. 

Boleh tahan panjang jenuh saya beratur tadi kat Mydin. Beli ciput jer pun. 
Walaupun hanya bahagian essential sahaja yang buka, orang ramai sebab kaunter bayaran tak banyak. 

Baju, Elektrik dan segala bagai yang tak penting semua dia seal, tadi nak naik pun tak boleh, sebenarnya (elektrik kat atas). 

Tapi jangan risau nak habaq ni.

Mydin dah bergabung jual secara online dengan PG Mall. So boleh la order setakat nak beli tisu atau plastik sampah tak payah la turun buat sesak lagi keadaan. Silap haribulan boleh menaikkan statistik. 

Yang customer PG boleh terus login pgmall.my guna password sama macam beli Public Gold. 

Yang rakyat biasa boleh la register dulu, free saja kalau shopping bayar la, apa cer. Install apps dia PG Mall, ada kat Google Apps.

Ok sign up bawah ni dulu, free jer. 

👇👇👇


Ps: saya beras pun beli online.

Selasa, Jun 01, 2021

Lockdown Day 1


Sebenarnya lock down ini kali ini, iaitu lockdown 3. 0 full lockdown
telah memberikan beberapa tekanan juga kepada aku dari aspek mental. Iaitu aku tak tahu apa yang paling produktif yang boleh aku buat. 
Sama ada aku nak hustle. Keluar atau fokus buat kerja secara online di rumah. Tekanan itu membuatkan aku hilang arah juga. Akibatnya aku tak buat dengan bagus keduanya. Hustle pun tak. Duduk rumah pun tak buat apa. Nak pergi jogging pun hanya sekadar impian saja. Bangun pagi saja terus nak makan lepas makan nak tidur. Petang mengantuk malam pun tidur. Apa jer benda berfaedah yang aku buat, baca buku kot. 

Sabtu, Mei 29, 2021

Aku masih di sini

Selasa ini mula full lockdown.

Aku masih di sini.
Mencari erti.
Membuai mimpi.
Yang tak pasti.
Mahu jadi.
Adi. 

Gigi. 
Gusi. 
Besi. 

Aku ada kerja tapi.... 

Kat luar bahaya. 

Kedai online. 

Sila daftar kedai online maka anda boleh berniaga. Boleh menjual dan boleh membeli. 

Impian saya sebenarnya nak beli motorsikal Yamaha Zuma. Dijangka keluar tahun depan. Harga sekitar 15 ribu. Boleh tahan. Mana nak dapat duit. 

Kena berniaga. Main saham boleh juga tapi tu lah, ada risiko. Kena berani lah. 

Jom daftar kedai online. 



Jumaat, Mei 28, 2021

Rabu, Mei 26, 2021

Hari ni cuti sempena hari wesak.


Dua tiga ari lepas. Bil. Call nak bayar

Cuti maksud dia tak payah report kat cik Ta. 

Selasa, Mei 25, 2021

15 hari yang seksa

Hari ni baru dia settle. Adoi. Syukurlah. Nyaris aku nak mengamuk kat website diaorang, 😬. Hampir 2 kali sehari aku dok log in log out. 

Tafsir mimpi.

Bernikah dengan isteri orang? Seorang MILF seakan doctor. Disebabkan tekanan melampau aku seperti mempertimbangkan untuk lepaskan dia.

Lepas tu ada terjumpa ayoh Su linda kat majlis kahwin di kampung. Seakan rumah arwah cik. Ayoh Su nampak baik dan nak ambil hati aku?

Pelik macam dalam Fb? 

Kad Touch N Go

Kepada yang masih mencari kad Touch n Go boleh dapatkan secara online. 


Sila klik gambar di bawah untuk terus membuat pembelian.


Penggunaan kad Touch n Go kini sudah begitu meluas. Ia bukan sekadar untuk bayar tol sahaja seperti pada awal kegunaannya. 

Plaza tol pun sekarang dah tak ada yang terima duit tunai saya rasa. Semua pakai cashless. 

Untuk bayar pelbagai urusan kini sudah meluas, nak tak nak mesti kena pakai kad Touch n Go. Kalau pergi shopping complek, macam Evo di Bangi, Metro Point Kajang, Kompleks Metro kajang, kalau nak parking kena ada kad touch n go juga. 

Kalau nak beli secara terus boleh cari di farmasi Watsons. Kalau nak beli secara online boleh cari di PG Mall, Shopee dan Lazada. Kalau susah sangat boleh pakai IC yang ada simbol Touch n Go, cuma kena topup nilainya dahulu. 

Tahukah anda, kad Touch N Go mula dilancarkan pada

18 March 1997 

Jom dapatkan kad Touch N Go. 
Kalau sekarang belum ada tu kiranya anda masih terlekat pada tahun 1997 😁


 

Isnin, Mei 24, 2021

klinik kajang bandar tek medical check up

Lepas siap buat pemeriksaan kesihatan Irfan, kami kandas sebab hujan lebat juga. 

Silap aku sebab parking jauh satu hal, tak bawak payung satu hal. Maklum sajalah hari tu kelam kabut juga takut terlewat sampai appointment pukul 2, lepas solat zuhur makan lagi, dan terhegeh hegeh nak gerak. Walaupun dekat tapi dengan jem boleh tahan. 

Pun begitu syukurlah proses tu agak lancar juga walaupun mulanya agak kekok. Syukurlah semua dokumen penting Irfan dan bawak.

Kena beringat sediakan payung sebelum hujan lain kali. 

Ahad, Mei 23, 2021

Turun

Jumpa Lan tewas 0-4
Jumpa Bayu tewas 2-4

Bayu dah beli robot, so dia boleh berlatih la dalam pkp. 

De Xandra body mist

Bila sebut minyak wangi maka jenama yang paling ke depan pastinya De Xandra. Pewangi badan De Xandra, body mist. 
Terdapat dalam 5 pilihan. 

Untuk membeli sila klik link 

👇         👇         👇
SINI      SINI      SINI

Sabtu, Mei 22, 2021

Nak buat apa?

Nak kerja malas. Kerja ada. Tapi gaji sikit. 

PKP. 

Apa nak buat? Melangut saja pun letih wei. 

Malam tadi aku mimpi pergi Jepun, dah seronok tapi dompet aku jatuh. Kaget. Kelam kabut. 

Nampak sangat tu keinginan meluap luap tapi tak dapat capai lagi la selagi krisis kesihatan ni belum selesai. Tak tahu la bila ya sempadan antarabangsa nak buka semula. 

Sementara tu, boleh la kumpul duit dulu. Jom buat business online dengan aku. 


Ada banyak barang menarik yang kita boleh beli dan boleh buat bissness. 


Jumaat, Mei 21, 2021

Day 6 Puasa 6

Alhamdulillah puasa 6 ke 6 jatuh pada jumaat yang mulia. Syukur sebab dapat sempurnakan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal.

Pagi ke SMK Sungai Ramal hantar Bi uruskan buku teks. Lama juga kat sini sampai 12. Balik singgah sekolah Bi pulak untuk simpan buku buku tadi. 

Sembahyang jumaat tak sempat masuk sebab limit. Sembahyang zuhur kat luar masjid secara berjamaah sebab tak dengar suara kat dalam masjid. Mic off? 

Tukar tayar belakang motor Honda aku kena rm 75. Ingat nak tampal jer rupanya teruk sangat. Tipis. Berlubang sana sini Duit tak cukup nak bayar, terpaksa patah balik ke rumah. Jalan kaki pulak. 

Fizikal penat tapi mental pun penat juga. 

Jom buat business online dengan aku. 


PG Mall ni sekarang pun banyak jual barang spare part motosikal dan kereta. In fact kalau nak beli motosikal secara online pun boleh beli kat PG Mall. Kalau tak percaya install la apps PG mall tu dan tengok sendiri. Register dulu ya, register free jer, 😁

Khamis, Mei 20, 2021

Day 5 puasa 6

Bi nak gi sekolah.

Aku masih mengantuk. Tak tau nak buat apa.

Check PG punya income lah. Bulan ni mama dapat anugerah perak. 

Tengahari lepas zuhur aku dengan Bi keluar jap cari lauk. 

Siapa nak buat bisness boleh register dulu.

Rabu, Mei 19, 2021

Day 4 Puasa 6

Bi nak gi sekolah jap lagi, katanya. Tapi last last tak jadi pula. 

Irfan ada kelas online pagi2. 

Aku layan youtube je.

Keluar tengahari sekejap saja, keringkan baju dan cari lauk. Lepas zuhur suasana gelap mendung macam nak hujan.

Aku tenang tenang saja tapi dalam hati tetap gundah, berfikir hal hal masa depan.

PKP ni aku duduk rumah jer. Sekali tengok macam best kan tapi dalam hati Ya Allah macam. Nak gila la. Ya lah, sebab rasa macam diri ni tak berguna. Makan tido makan tido. Apa lagi nak buat? 

New weekly target : 500.
Hu hu. Anda boleh tolong ya. 
Share. Like. Komen. 

Jom buat business online dengan aku. 

Selasa, Mei 18, 2021

Day 3 puasa 6

Pagi2 Irfan ada kelas online.

Firas birthday hari ni.

Beli kek dari jiran Hazami. 
Kaki aku kenapa tiba2 gatal semacam.
Nak zuhur cuaca bertukar gelap macam nak hujan. 

Harga perak dan emas nampak seperti sedang menaik. Harga bitcoin pula nampak semakin kendur. 

Petang aku rasa macam kena buat sesuatu la. Hantar barang ke. Hilang sikit boring. Tapi tu lah, bahaya pula kat luar. 

Jom buat business online dengan aku. 

Isnin, Mei 17, 2021

Day 2 Puasa 6

Tengahari hari jadi mendung tiba2.
Aku duduk saja. 
Panas sekejap tengahari. 
Nak repair motor pun malas. 
Bi pergi sekolah. 
Petang dah mendung semula. Macam nak hujan. 


Jom buat business online dengan aku. 

Ahad, Mei 16, 2021

Day 1 puasa 6

Puasa 6 hari ni start. 

Teruknya mimpi selepas tidur (tertidur) lepas solat subuh. 

Terkandas di tempat yang jauh dengan kenderaan yang sukar dan tak pasti bila sampai rumah, dengan cuaca tak menentu. 

Tengah hari ke Evo cari lauk. 

Petang ke rumah Iza ambik ketupat yang ma kirim dari kampung melalui Cik Yah. Lepak sekejap saja rumah Iza. 

Lidah masih sakit. 

Tayar motor pancit. Balik dari rumah Iza, nasib baik boleh jalam sikit sikit. 

Tunggu berbuka puasa. 

Jom buat business online dengan aku. 



Sabtu, Mei 15, 2021

Raya ke 3

3 Syawal 1442.

Pagi pagi aku keluar jogging dengan Bi kat Tasik Chempaka. Lepas jogging beli sarapan kat Mc D. Ramai beratur kat pandu lalu. Lepas makan baru teringat Mc D ni ada kaitan dengan Israel? 
Salah ke aku? 

Lidah aku masih sakit. Tengok kat cermin nampak ketara dia punya bengkak. Nak makan punya la seksa. 

Macam orang tua gitu, sebab terpaksa kunya perlahan2 dan kalau boleh gigi depan saja. 

Daging langsung tak mampu la nak kunyah. Ayam pun siksa. Tak tau la macam mana.

Badan pun dah rasa macam nak demam ni sebab lama sangat tanggung sakit.

Ya Allah.

Petang aku ajak Bi gi klinik Assalam. Doktor bagi ubat tahan sakit dengan ubat sapu. 

Jumaat, Mei 14, 2021

1 Syawal 1442


Kenangan di pagi 1 syawal 1442. 
Hari Raya jatuh pada semalam iaitu khamis. 

Hari jumaat aku sempat jadi seorang yang terawal jadi sempat la solat jumaat. 

Petang aku sakit lidah. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.