Rabu, Februari 04, 2015

Aku tanya apa khabar Amkor?

Muka penat lepas habis kerja

Aku tanya:

Apa khabar Amkor?

Dah seminggu aku tinggalkan Amkor. Rasa macam tak percaya aku dah tinggalkan Amkor.

Kehidupan luar dari Amkor memang mencabar. Apatah lagi kerja tempat baru.

Antara benda kat tempat kerja baru yang tak macam Amkor ialah:

1. Tak ada cover benefit medical untuk aku dan anak-anak. Kata bos boleh claim untuk diri sendiri RM40, that's all. So apa-apa hal aku kena pergi klinik kerajaan atau keluar duit sendiri kalau pergi swasta.

2. Tak ada kupon makan. Tak ada kantin.
Tempat kerja aku company local je. Makan sendiri tanggung. Tempat makan: Pandai-pandai cari kat luar masa rehat.

3. Tak ada punch kad. Tak boleh bagi alasan terlupa bawa punch card. Dia pakai punch "thumb" iaitu scan ibu jari. Mana ada orang lupa bawak ibu jari kan? He he.

4. Tak ada uniform. Pakaian bebas asalkan smart macam aku, he he.

5. Staff dia tak ramai macam Amkor. Maksud aku staff yang macam aku, Customer Service.

6. Bonus tahunan aku tak sure. Increament Insya Allah ada.

7. OT boleh tahan banyak. Larat tak larat je lah. Apapun dompet aku sekarang nipis la dah tak tebal macam kerja Amkor dulu. So kena pandai-pandai cari income lain selain kerja ni. Tapi korang jangan risau, setakat nak belanja sate InshaAllah lepas, so datang sini call aku boleh belanja.

Update kehidupan peribadi pulak:
Aku dan 2 orang anak teruna

So baru-baru ni Irfan demam dengan agak teruk selepas seminggu masuk sekolah. Mungkin kejutan budaya. Pagi sekolah petang pun sekolah.

Agak risau jugak sebab dia macam meracau dan nampak "benda" sambil bercakap dan senyum macam kena sampuk. Bawak klinik swasta lepas makan ubat esoknya macam ok tapi tadi dia macam demam lagi. Esok kena follow up lagi.

Firas pulak masa buat check-up doktor suspek dia ada masalah Thalassemia. Esok kena buat check up lagi untuk confirmkan sama ada dia pembawa atau pengidap atau macam mana.

So itulah hidup aku. Agak mencabar sedikit. Tapi aku sekarang ada banyak masa. Tempat kerja dekat je. Aku naik motor. Nak naik basikal pun boleh tapi anjing banyak la pulak. Takut pak cik. Ha ha.

Rabu, Januari 28, 2015

Petua atasi batuk


Masalah batuk yang berpanjangan boleh menggangu keselesaan dan jika berlarutan boleh merebak hingga jadi sesak nafas dan sakit dada.

Aku sendiri mengidap batuk dan asma yang teruk sejak balik dari dinner tahunan Amkor (kes salah makan). Aku tak mahu pergi klinik,sebaliknya berusaha mencari penawar secara tradisional. Jadi inilah hasil apa yang aku buat dan selidiki untuk dikongsi.

Atasi masalah batuk secara tradisional, home remedies.

Ubat hospital biasanya berkesan tapi ia boleh memberi efek kepada kesihatan jangka panjang.

Berikut adalah amalan perubatan tradisional yang boleh kita usahakan. Anda boleh memilih usaha yang dirasakan sesuai dengan anda.

1. Bakar beberapa ulas bawang putih. Buang kulit yang kehitaman dan makan isi yang sedang suam-suam panas itu. Awas ia akan membuat dada anda merasa hangat dan panas, jadi jangan terlampau banyak. Apapun, insyaAllah kaedah ini berkesan menghilangkan batuk.
Pengalamanku - aku terlebih makan hingga termuntah.

2. Minum air rendaman buah tin yang direndam selama semalaman. Habiskan air sekali dengan buah.
Pengalamanku - air buah tin payah turun jika buah tidak dikopek.

3. Minum air kelapa muda asli tanpa gula dan ais.
Pengalamanku- harga kelapa muda agak mahal iaitu rm3.50

4. Amalkan madu asli yang dicampur limau nipis (lemon) setiap pagi.
Pengalamanku- Perlukan disiplin yang  tinggi.

5. Amalkan minum cuka buah seperti cuka epal organik.
Pengalamanku- Sangat perit minum cuka.

6. Minum air halia seperti teh halia untuk memanaskan badan.
Pengalamanku- tak berapa gemar

7. Mengamalkan pengambilan habbatus sauda
Pengalamanku- Dada memang terasa panas.

8. Cuba rawatan homoepathy atau rawatan dengan tabib Cina, biasanya mereka guna herba.
Ubat tabib Cina ni biasanya agak mahal.

9. Banyakkan minum air kosong yang dibacakan selawat atas nabi SAW.
Pengalamanku- perlu buat lebih kerap.

Anda ada cadangan lain?

Sila dapatkan rawatan doktor di klinik atau hospital jika anda mengidap batuk yang berpanjangan. Tips di atas adalah sekadar perkongsian penulis untuk rawatan batuk secara alternatif atau orang putih cakap home remedies.

Selamat berusaha.

padihutan

Isnin, Januari 26, 2015

Hari terakhir di Amkor


Hari ni aku datang buat kali terakhir (sebagai pekerja) ke Amkor untuk buat clearence. Aku sampai awal pagi 10 minit sebelum 7 pagi, dan kemudian lepak rest room sementara tunggu orang ofis masuk dalam pukul 8.30 pagi.

Dalam sekiatr pukul 11 lebih semua urusan clearance dah selesai dan mereka cakap akuboleh balik dan tak perlu tunggu sampai habis waktu kerja untuk punch out.

So that's it. Tamatlah perjalanan aku sebagai technician kilang Toshiba / Amkor.

Aku bekerja di sini bermula 1 December 2000 semasa ia dipanggil Toshiba Electronic Malaysia. Aku berhenti bermula hari ini 26 January 2015 semasa ia dipanggil Amkor Technology Malaysia. Hampir 15 tahun. Technician, bukan apa-apa jawatan lain. Technician kilang atau (Katak bawah tempurung). He he gurau je.

Gaji semasa mula tahun 2000 ialah rm 987. Gaji semasa berhenti 2015 ialah rm 2300. 15 tahun beb.

Perasaan: Sedih jugak. Terharu. Takut tak leh survive. Sebak dan lain-lain.

Sempat la jugak jumpa beberapa orang yang lama seperti Madam Mistilah (TE), Sharifuddin (supritendent), Kok(supervisor), Ho(manager), Azizur Rahman (director beb) dan geng-geng technician.  

Aku akan berehat satu hari dan hari rabu InsyaAllah bekerja di tempat baru, iaitu syarikat dftracker.com

Oh ya, kenapa aku berhenti Amkor?

Entahlah, faktor pertama ialah aku penat meredah setiap kali kerja 100 km pergi balik,
Rm 20 duit minyak dan Rm 9.70 duit tol untuk setiap pergi balik. Naik motor boleh layan tapi motor pun ada risiko lain dengan jarak 47 km melalui highway.

Faktor ke dua ialah Irfan yang dah masuk sekolah darjah 1 perlu diurus sekolah pagi dan petang.

Faktor ke tiga ialah Dd7 tutup dan aku boring nak kena belajar dekat department baru.

Faktor ke empat ialah Alhamdulillah ada tawaran kerja yang dekat dengan rumah maka aku pun terimalah.

Terima kasih semua.

Arigato. Sayonara.

Sabtu, Januari 24, 2015

Suamiku Mr perfect ten


Suamiku Mr Perfect Ten adalah sebuah filem yang diangkat dari garapan asal versi novel. Kalau dah novel, plot cerita ini pastinya penuh dengan twist dan drama bertaraf tinggi seumpama filem hindustan tanpa tarian.

Kehadiran Aaron Aziz sebagai teraju utama filem ini adalah faktor utama filem ini pecah panggung. Dialah penyelamat filem ini dari sebuah kisah hambar tema ulangan tentang perebutan harta, keluarga dan percintaan kepada sebuah kisah percintaan yang benar-benar epik tarafnya.

Dengan kisah biasa yang agak mendatar tentang harta, cinta dan keluarga, Aaron Aziz sebagai Zarif ternyata berjaya membawa wataknya dengan berkesan sekali hingga penonton lagi sekali menitis air mata di akhir babak filem ini.

Watak Zarif yang jatuh cinta pada seorang perempuan yang baru mengandung akibat dinodai teman lelaki bukan sebarangan orang mampu buat sama ada dunia sebenar atau lakonan. Berjumpa secara kebetulan dan jatuh cinta dalam waktu penerbangan dari London ke KL. Zarif sanggup berlakon sebagai suami Alia agar ibu Alia tidak menanggung malu akibat anaknya dinodai.

Dari detik itulah mereka mula mengenali satu sama lain hingga menimbulkan bibit percintaan walaupun Zarif sudah bertunang. Dari itu jadilah ia sebuah percintaan kompleks ditambah lagi dengan tunang Zarif sendiri yang telah curang tanpa pengetahuan Zarif.

Filem ini bagaimanapun tidaklah terlalu berat dan diselitkan unsur humor sehingga budak kecil pun kedengaran ketawa begitu kuat.

Watak Lisa Surihani sebagai Alia juga agak sukar kerana ia perlu membuat watak yang sedang keliru kerana cintanya pada Zarif dan perasaan kasihan pada anaknya yang bakal lahir tanpa bapa yang sah.

Drama bermula bila bekas teman lelaki Alia mendapat kemalangan lalu mula insaf dan kembali menagih cinta Alia dikala Alia mula menyukai Zarif.

Menonton filem ini pastinya mengembalikan nostalgia filem Ombak Rindu dan pastinya penonton cuba membayangkan jika Maya Karin atau Siti Saleha yang menjadi Alia pastinya air mata lebih banyak lagi yang meleleh keluar.

Apapun, Suamiku Mr perfect ten adalah sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton seisi keluarga.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.