Hanya seorang sahaja penjawat awam dipecat (dibuang) kerja setakat ini berdasarkan laporan siasatan pembaziran dana dalam laporan audit Auditor-General 2012.
Menurut ketua setiausaha kerajaan, Tan Sri Doktor Ali Hamsa, pekerja itu adalah antara 85 kakitangan yang dihukum kerana masalah yang ditemui. 84 yang lain itu ada yang diberi amaran, dibekukan gaji dan ada yang dikenakan denda lain.
Antara masalah yang dijumpai dalam laporan audit Auditor-General 2012 ialah pembaziran mencecah 2 Billion ringgit untuk pelbagai tuntutan seperti sistem keselamatan sekolah dan juga peralatan dengan harga yang terlampau seperti jam berharga RM3810 yang sebenarnya bernilai RM100 sahaja.
Untuk laporan terbaru 2013, seramai 48 pegawai kerajaan dilaporkan sedang disiasat.
Presiden badan pemerhati jenayah rasuah Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata masalah ini tidak akan pernah selesai selagi pihak berkuasa sendiri tidak serius. Sebagai contoh, denda RM 2.4 juta kepada 1Bestari dot net seumpama cubit-cubit sayang sahaja berbanding harga projek itu yang menelan belanja 1.5 billion
Sesetengah siasatan kes mengambil masa betahun-tahun, menyebabkan begitu banyak masa dan peluang untuk menghapuskan bukti dan saksi juga bertukar jauh ataupun ada yang sudah meninggal dunia.
Adalah satu pengkhianatan yang besar membenarkan perkara ini terus berulang-ulang tanpa solusi.
Apa yang sedih ialah kerana si pengkhianat itu sebenarnya bukan orang miskin yang tak cukup makan, tapi orang kaya lagi berpangkat yang perutnya tak pernah puas dan tahu erti cukup.
Dari pangkat paling bawah sampai paling atas, semua tamak haloba.
Semasa aku kat GMI baru-baru ni aku jumpa bekas technician MAS. Sempat juga sembang sikit. Dia cakap pernah terjumpa dompet duit penumpang kapalterbang dalam matawang Dollar. Aku cakap "waa, untung la kau". "Takdelah, aku pulangkan," katanya bersahaja..
Syukurlah masih ada insan jujur dalam dunia ini.