Ahad, Oktober 19, 2014

Kisah sedih hari ini


Aku sangat sedih hari ini sebab team aku main dan siap jadi tuan rumah lagi untuk acara ping pong, tapi apa daya, aku kerja. Aku habis kerja pukul 7. Sampai rumah pukul 8. Sepatutnya kalau aku terus je pergi ke Bangi, Insya Allah sempat lagi sebab game final lepas Maghrib.

Tapi aku tak tahu la pulak. Aku cuma sampai sana pukul 9. Sampai je orang semua dah nak balik. Sedih gila aku rasa. Apa daya, tak ada rezeki ku. Niat aku nak balik kerja awal pun tak jadi sebab kat kilang mesin jalan cam biasa.

Tahun depan entah aku ada lagi kat Bangi ni sebab mungkin kalau wife aku dapat bertukar aku akan tinggalkan Bangi ni yang sangat indah dan bermakna bagiku kerana kat sini aku boleh main ping-pong dan aku dah bergaul mesra dengan geng-geng otai ping pong Bangi setelah sekian lama aku pendamkan niat itu.

Aku harus terima takdir ini dengan hati terbuka.  

Itu kisah aku. Tapi hari ni juga ada satu lagi kisah yang jauh lebih sedih berlaku. Pagi dalam pukul 11am berlaku eksiden di Karak, highway KM25. Petang kat kilang member cerita dekat aku.

Eksiden motor superbike di Highway Karak ini menjadi perhatian ramai kerana melibatkan kehilangan 2 nyawa. Geng motor besar dalam 30 buah yang tengah konvoi ini sedang turun bukit bila ada trelar melintang atas Highway. Bila geng motor besar ni sampai yang kat depan tu berhenti la. Apa lagi yang belakang tak sempat nak brek. So terjadilah kemalangan.

Kemalangan ini agak teruk keranan tiga biji motor terbakar terus. Seorang rider meninggal kerana terbakar. Seorang lagi tercampak dan meninggal di bawah kereta Honda City.

Video ngeri kemalangan yang di tapis ada di You tube.  Takziah untuk mereka.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Al Fatihah.

Sabtu, Oktober 18, 2014

Meja ping pong mini


Meja ping pong mini secara asasnya ialah sebuah meja ping-pong yang memiliki standard meja ping-pong antarabangsa ITTF dari segi lantunan dan spesifikasi material, cuma ia dibuat dengan saiz berskala kecil.

Banyak jenama terkemuka seperti Joola, Stiga, Tibhar dan Butterfly ada membuat meja saiz skala kecil ini. Masalah kita di Malaysia ialah untuk mencari kedai kerana tak banyak pembekal meja skala kecil ini. Meja kecil pun seronok, tak percaya tengoklah video bawah ni.



Saya ni adalah peminat tegar sukan ping-pong. Nak kata terer sangat tu tak ada la, cuma saya ada kesungguhan untuk berlatih, belajar dan terus belajar. Anak-anak pun terikut la minat bila tengok abah dia asyik pegang bet ping-pong je hari-hari.

Sebenarnya dah lama saya mencari meja ping pong mini untuk main ping pong dengan anak saya dekat dalam rumah. Susah la jugak nak cari meja ping-pong mini kat malaysia ni. Kat luar negara ada la tapi kosnya mahal, baik saya beli meja ping pong yang standard jer.

Tapi yang terbaru kini kat Malaysia dah ada jual tu meja ping pong mini yang selama ini saya cari. Harganya kira tak la mahal sangat. Nak tahu kat mana boleh dapat meja ping pong mini ni?

Senang je. Anda boleh beli secara online dari laman web Lazada malaysia. Lazada ni laman jualan online antara yang terbesar di Malaysia. So tak payah risau. Lagipun ada program "pay on delivery", maksudnya barang sampai baru bayar. Ok sangat la tu.

Best jugak ni. Bila saya akan beli ni? Hujung bulan kot. Tunggu gaji masuk dulu. Buat masa ni saya main ping-pong kat Kelab ping pong di Bangi. Best. Sakit badan main ping pong tapi puas hati. Jom.  

Sabtu, September 20, 2014

Siapa Mentri Besar Selangor?


Khabarnya KDYMM Sultan Selangor akan mengumumkan siapa Mentri Besar Selangor yang baru pada hari selasa ini.

Orang Selangor kini dalam keadaan berteka-teki. Tiada siapa tahu dengan jelas siapa bakal Mentri Besar yang baru. Adakah Sultan akan memilih Wan Azizah yang mempunyai sokongan majoriti ADUN atau orang lain yang tidak ada sokongan majoriti ADUN seperti Wan Azizah?

Keadaan menjadi tidak jelas atau samar bagi Wan Azizah kerana pihak istana telah memberi signal yang mereka tidak suka calon yang dianggap boneka. Dengan signal ini peluang Wan Azizah menjadi tipis kerana Sultan pastinya susah mahu tukar pendirian secara tiba-tiba pula. Jadi maknanya Sultan akan memilih selain dari Wan Azizah. Maka siapa orang itu?

Jika Sultan memilih calon dari parti PAS maka bermakna orang ini akan mendapat keadaan yang agak sukar kerana dia tidak ada sokongan majoriti. Pun begitu kalau ADUN menggulingkan orang ini bermakna ADUN akan menderhaka kepada Sultan atau setidaknya membuat Sultan berasa terhina. Adalah tidak logik hal ini akan berlaku. Takkanlah ADUN sampai tergamak memalukan Sultan Selangor?  

Jadi kerana itu keadaan menjadi teka-teki. Saya sendiri merasa terpanggil untuk membuat ramalan. Saya bukan tok nujum, tapi saya pernah membuat ramalan untuk 10 kerusi parlimen dalam PRU baru-baru ini dengan semua ramalan yang tepat.

Jadi untuk kerusi MB Selangor kali ini saya ingin membuat ramalan atau jangkaan.

Ramalan sahaja : Menteri Besar Selangor yang baru ialah Dr Hairi Yunus ADUN Sijangkang.

Update : 22 September 2014 Azmin Ali telah dilantik sebagai Mentri Besar Selangor.

Ahad, September 14, 2014

Cikgu Mat Razi yang saya kenal


Pada tahun 1990 saya ialah murid sekolah rendah darjah 6. Saya bersekolah semula di sekolah lama saya iaitu SK Bunohan di kampung Bunohan dalam daerah Tumpat setelah abah bertukar kerja di Kota Bharu.

Di sekolah ini saya mula kenal cikgu Mat Razi, iaitu antara cikgu yang paling menonjol di SK Bunohan. Cikgu Mat Razi mengajar kami subjek matematik. Dia kelihatan tegas namun cukup prihatin pada muridnya. Cikgu Mat Razi pada masa itu ialah seorang pemuda tampan yang agak segak namun sederhana dan bersahaja. Senyuman manis beliau pastinya memukau sesiapa sahaja yang tersua dengan beliau. Beliau mengajar teknik "istimewa" hafal sifir secara mudah agar murid boleh hafal sifir tanpa perlu susah payah paksa otak.

Semasa SK Bunohan menyertai Kuiz Sains dan Matematik cikgu Mat Razi adalah antara guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus murid bersama seorang lagi guru yang bernama cikgu Kamaruddin. Semasa SK Bunohan akan menyertai kuiz ke peringkat negeri Kelantan Cikgu Mat Razi telah memilih saya sebagai salah seorang wakil sekolah yang terdiri dari 4 orang murid terpilih. Saya cukup rasa bertuah pada masa itu maklumlah dapat wakil sekolah (pertandingan peringkat negeri) dan berjalan-jalan jauh sikit dari kampung walaupun hanya ke daerah lain sahaja. Pada masa itu rasa macam jauh sangat pergi iaitu ke SK Temangan di Machang.

Selepas itu saya memang suka dengan subjek matematik dan sangat teruja dengan kelas matematik bersama cikgu Mat Razi. Beliau adalah antara cikgu yang saya segani, hormati dan sayangi.

Lepas habis darjah 6 dan UPSR yang agak bagus (3A dengan matematik A) saya bersekolah di SMK Falahiah di Pasir Pekan. 2 tahun lebih saya di Pasir Pekan dan menetap di asrama. Bila tingkatan 3 saya berulang dari kampung dengan menumpang kereta Iswara abah yang berulang kerja di Kota Bharu.

pic from twitter @Cikgu Mat Razi.
Tak lama lepas tu saya dapat berita cikgu Mat Razi telah berkahwin dengan anak tok nebang (status macam tok penghulu) kampung saya. Rumah tok nebang pula dekat saja dengan rumah abah. Cikgu Mat Razi pula tinggal bersama isterinya di rumah tok nebang dan kemudian membina rumah kecil sahaja di depan rumah tok nebang. Pastinya saya antara orang yang paling gembira dengan perkembangan ini.

Di depan rumah tok nebang (seberang jalan) ada surau kecil yang dah uzur. Cikgu Mat Razi lah yang "menghidupkan" surau ini. Beliau jadi imam, tok bilal, dan makmum (sebab tak ada orang datang) bila waktu Zohor dan asar. Kadang-kadang bila saya pergi hanya saya, cikgu Mat Razi dan seorang lagi pak cik tua pengayuh beca dekat situ yang setia pergi ke surau.

Tak lama lepas tu surau tu dirobohkan dan khabarnya ada peruntukan dari kerajaan untuk bina surau yang lebih kukuh. Surau baru dibina kali ini lebih kukuh dan dekat dengan rumah kecil cikgu Mat Razi ( tak perlu seberang jalan) yang menumpang tanah mertuanya itu. Cikgu Mat Razi lah yang jadi imam di situ. Bila bulan puasa dialah imam sunat terawih dan bila hari raya dialah baca khutbah walaupun agak tak lancar dan tersekat-sekat tak macam khutbah imam masjid bunohan yang dah "expert". Kini khutbah beliau pastinya dah setanding tok imam masjid (pendapat saya).  

Disamping mengajar cikgu Mat Razi juga membuka kedai runcit kampung secara kecilan. Tapi perniagaan itu tak lama sebab kurang sambutan agaknya lagipun dah ada kedai runcit yang besar di kampung itu yang lebih menjadi tumpuan. Susah nak bersaing lagipun cikgu Mat Razi selalu sibuk dengan sekolah dan urusan kemasyarakatan lain.

Cikgu Mat Razi memang aktif dan peramah dengan orang kampung. Dia jadi terkenal dan mudah didekati. Bila ada tahlil cikgu mat Razi tak ada masalah nak jadi ketua atau "kepala" tahlil. Kampung sekitar Telaga Bata, Nechang Bunohan dan tempat yang terdekat situ semuanya kenal sangat bila sebut nama cikgu Mat Razi. Cikgu Mat Razi kelihatan cukup sederhana dengan serban jubah dan kopiah. Suaranya lantang dan membaca dengan jelas dan kuat bila jadi imam. Cigku Mat Razi juga pergi ke Mekah tak lama kemudian. (Big deal- sebab kampung saya ramai orang miskin)  

Cikgu Mat razi bukanlah fanatik sangat bab politik dan dia tak banyak bercakap pasal politik bahkan saya sendiri tak tahu apa parti politik yang cikgu Mat Razi sokong. Cuma ibu saya pernah beritahu saya surau lama dulu tu pernah TPM Muhyiddin Yassin datang. Surau kecil itu pula bila ada ceramah yang datang ialah arwah Pok Teh Mail guru quran saya (orang BN) dan seorang lagi tokoh agama yang ada kaitan dengan arwah Pok Tih.

Yang saya perasan ialah satu perkara iaitu cikgu mat Razi tak pergi sembahyang jumaat ke kampung Bunohan iaitu masjid terdekat dari rumah mertuanya tempat cikgu Mat Razi tinggal. Masjid Bunohan dikatakan masjid PAS sebab imamnya sokong PAS. Cikgu Mat Razi biasanya sembahyang jumaat di kampung asal beliau iaitu Simpangan. Begitu juga orang-orang BN di kawasan kampung saya akan pergi ke mana-mana masjid lain yang terdekat...hmm.  
 
Bila saya dapat tahu cikgu Mat Razi jadi calon BN untuk Pengkalan Kubor saya agak terkejut bercampur bangga. Barulah saya tahu cikgu Mat Razi "orang BN". Mungkin saya banyak tak tahu lain-lain cerita tentang Cikgu Mat Razi sebab saya tinggal di Kajang dan balik kampung hanya bila ada cuti raya dan sebagainya. Tapi bila sesekali balik cikgu Mat Razi akan terus bertanya khabar dan menyapa mesra saya, bekas muridnya.  Tak pernah pula saya terfikir yang cikgu Mat Razi ni orang aktif dalam parti UMNO. Sebab gaya beliau berjubah serban orang fikir dia PAS atau setidaknya simpati pada PAS.

Perkembanagn terbaru di mana cikgu Mat Razi menjadi calon BN Pengkalan Kubor berlaku dengan pantas. Penyokong Asyraf Wajdi Dasuki pun berbunyi sebab katanya Asyraf lebih layak. Asyraf memang la lebih tinggi akedemik dan minda tapi saya rasa Asyraf ni dah terlalu bandar sangat. Duduk buat kerja pun di KL dan bertaraf orang bandar. Sedangkan Pengkalan Kubor kawasan yang seherhana saja. Asyraf pun tak lepas bila bertanding ketua pemuda Tumpat melawan Rosidi yang juga local boy sahaja yang tak-ada-kerja-tetapi-tapi-banyak-duit  itu. Jadi Asyraf rasanya elok sambung kerja akademik beliau sahaja.

Calon PAS Wan Rosdi saya tak kenal langsung. Kontraktor katanya. Setiausaha PAS Tumpat pangkat dia dalam parti, pastinya lebih senior berbanding Cikgu mat Razi yang cuma AJK UMNO Tumpat sahaja. Namun pada pendapat saya Cikgu Mat Razi ada peluang menang kerana sentimen di Pengkalan Kubor agak terbuka dan ramai juga pengundi Siam yang pastinya tak berapa nak beri undi pada PAS.

Itulah secebis kisah tentang Cikgu Mat Razi yang saya kenali. Nama saya memang ada dalam daftar pemilih untuk DUN pengkalan Kubor. Namun saya tak akan balik mengundi sebab saya sibuk kerja lagipun saya bukanlah penyokong mana-mana parti samaada UMNO atau PAS.

Isnin, Julai 28, 2014

Aidilfitri 2014


Nampaknya tema Aidilfitri 2014 kali ini ialah merah untuk anakku.


Irfan dan Firas di pagi raya rumah atok mereka.

Firas bergaya dengan potongan rambut baru. Aku pula kelihatan sangat pucat sebab sepanjang pagi raya itu aku teruk diserang asma. Selamat hari Raya Aidilfitri 2014M.

Sabtu, November 23, 2013

Modal untuk berniaga


Ramai orang berkeinginan untuk berniaga dan berjaya, namun satu perkara yang sering menjadi penghalang ialah soal modal. Mereka yang bernasib baik memiliki sanak saudara yang kaya raya pastinya akan meminjam wang dari mereka untuk dijadikan modal berniaga. Bagaimana pula dengan orang-orang biasa yang tidak ada "connection", mana mahu cari modal?  

Ya soal modal ialah antara soal pokok yang paling utama bila mahu berniaga. Ada juga yang menjadikan soal tidak ada modal sebagai alasan jitu kenapa saya tidak begitu maju dan berjaya. Modal berniaga sememangnya penting, terutamanya jika anda mahu terlibat dalam perniagaan peringkat tinggi. Namun sebenarnya ada yang boleh berjaya walaupun modalnya kecil sahaja. 

Jika anda mahu mencari modal berniaga, mintalah bantuan dari agensi yang benar-benar membantu dan memiliki "track record" yang telah terbukti seperti MARA, Kementerian Pembangunan Usahawan dan lain-lain agensi kerajaan seperti TEKUN dan sebagainya. Jika anda meminjam dari bank, mereka akan mengenakan bunga yang akan membebankan anda di kemudian hari. Ini bukan sahaja menyusahkan, bahkan ia juga dilarang oleh agama. Jadi pandai-pandailah anda berusaha mencari modal untuk berniaga. 

Saya berniaga secara kecilan sahaja. Walaupun saya masih bekerja makan gaji, saya tetap berniaga secara sambilan. Berniaga dengan syarikat seperti Bio-Asli tidaklah memerlukan modal yang terlalu besar. Saya juga tidak perlu menyewa kedai untuk menyimpan stok barang. Jadi risiko untuk rugi sudah menjadi amat rendah. 

Bio-Asli memiliki rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang ampuh. Apa yang Bio-Asli minta dari saya ialah usaha mencari pelanggan. Jadi itulah yang saya buat. Berusaha mencari pelanggan untuk syarikat. Setiap jualan yang saya buat saya akan dapat untung sekitar RM20. Dah lama saya melibatkan diri dengan perniagaan Bio-Asli iaitu sekitar lewat tahun 2007. Sekarang ini Bio-Asli masih wujud dan masih gagah berdiri! Inilah ciri syarikat yang kita mahu, semakin tua semakin gagah.  

Berniaga bukanlah suatu hal yang mudah, tapi ia menjanjikan satu kepuasan yang sukar untuk dijelaskan dengan perkataan. Marilah kita berniaga demi pembangunan diri dan masyarakat. Usaha, tekun dan disiplin. Itulah 3 modal insan yang paling bernilai untuk berjaya dalam dunia perniagaan.

Modal buat blog ialah rajin menulis. Itu tak perlukan banyak duit kan? 

Rabu, November 06, 2013

Jalan jalan Mines Resort


Tarikh pergi : tak ingat sekitar 2013 kot.


















Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.