Isnin, Ogos 01, 2016

Ahad, Julai 31, 2016

189


189.
Ogos bulan merdeka kita mula dengan harga yang begitu hampir dengan 190.

189


189 per gram.

Inilah harga terakhir bulan Julai 2016 dengan rekod tertinggi 191 selama dua hari pada 10 dan 11 Julai.

Untuk Ogos mungkin harga akan memanjat ke paras 195.....mungkin, kita tunggu dan lihat.

Sabtu, Julai 30, 2016

Jumaat, Julai 29, 2016

Khamis, Julai 28, 2016

186


186. Untung la siapa yang beli awal.

Rabu, Julai 27, 2016

184


184. Gmi beri kenaikan gaji sebanyak 9 pct.

Seawal jam 3 pagi aku dah terbangun akibat asma.

Selasa, Julai 26, 2016

184


Add GAP 5

Isnin, Julai 25, 2016

Ahad, Julai 24, 2016

Sabtu, Julai 23, 2016

Jumaat, Julai 22, 2016

Khamis, Julai 14, 2016

186


Hari ini harga turun lagi RM 1 kepada 186 se gram.

Masih mahal berbanding harga sebelum hari raya iaitu sekitar Rm 176.

Jom melabur dengan menyimpan emas. Emas adalah harta kerana emas mempunyai nilai dan menyimpan nilai.

Duit hanyalah kertas cetakan dengan ayat tergantung.

Krisis ekonomi yang bakal melanda US akan menjejaskan negara Malaysia kerana Malaysia banyak menyimpan duit US Dollar.

Ahli ekonomi sendiri tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan krisis ini kerana ini adalah krisis terbesar dalam sejarah tamadun manusia.

Hutang negara US bakal mencecah 20 Trillion.

Semua orang bakal lemas dalam lautan hutang.

Rabu, Julai 13, 2016

187


Hari ini harga emas turun lagi sebanyak RM 2 menjadi RM 187.

Masih mahal sebab semasa aku beli sebelum Hari Raya harganya ialah RM 176.

Harga emas bakal naik dan aku rasa ia bakal mencecah RM 200 se gram sebelum hujung tahun ini.





Selasa, Julai 12, 2016

189


Harga emas Public Gold hari ini ialah RM 189 turun sedikit daripada semalam RM 190. Ini perkara biasa kerana adanya aktiviti jual beli maka adanya pergerakan turun naik. Pun begitu nilai emas tetap tinggi.

Hari ini hari seronok untuk orang Portugis sebab Portugal kelmarin dulu (Ahad) telah menang piala Eropah. Ronaldo menjadi wira walaupun dia cedera dan terpaksa diusung keluar padang tetapi pada babak penamat dia muncul menjadi pembantu jurulatih yang begitu menonjol sekali. Sejarah akan mencatat bahawa Ronaldo adalah Kapten Portugal yang menjulang Portugal sebagai juara Eropah.

Portugal bersama Sepanyol dahulu adalah antara negara Eropah yang kaya raya dan kuat. Portugal pernah menakluk Melaka lalu membina kota A Famosa yang masih ada sisanya di Melaka sehingga ke hari ini.

Walaupun begitu Eropah kini berada dalam keadaan merudum dan gawat ekonominya. Ini adalah bahana bank yang memain dan memanipulasi duit dengan mengambil bunga. Akibatnya ialah duit menjadi susut nilai. Rakyat biasa menjadi miskin bukan sebab tiada duit tetapi sebab nilai duit telah ditekan dari sehari ke sehari. Duit semakin kecil nilainya sehingga tahap paling teruk sekali.

Untuk kekal kaya kita haruslah menyimpan emas kerana emas mempunyai nilai secara fizikal di dalam badan emas itu sendiri. Duit tidak ada nilai melainkan apa yang ditulis dan dijamin oleh kerajaan. Kalau kerajaan kata duit itu tak laku, maka tak lakulah duit itu. Nilai duit kertas terletak pada jaminan kerajaan.

Kerajaan pun tak berani memberi jaminan secara nyata. Tengoklah sendiri cara duit Malaysia dicetak. Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai "dot dot dot". Ayat yang ditulis adalah ayat tergantung dan tidak lengkap dengan alasan hiasan tapi hakikatnya tetap ayat tidak lengkap. Kenapa tidak tulis ayat lengkap? Semaklah sendiri.

Untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa inflasi maka antara terbaik yang ada ialah dengan membeli dan menyimpan emas tulen. Mulakan menyimpan emas hari ini kerana masa tidak akan pernah menunggu kita. Emas akan terus menjadi mahal bila harga komoditi lain menjadi mahal.

Dengan bank utama Eropah seperti Deutch Bank berada dalam keadaan terumbang ambing, dan nilai hutang negara USA semakin lama semakin tidak terbayar, kita semua bakal berdepan dengan krisis ekonomi yang terlalu sukar dan terlalu getir untuk digambarkan.

Pakar ekonomi US sendiri pun tidak tahu bagaimana lagi mahu membayar hutang melainkan dengan terus menerus mencetak dan mencetak dan mencetak duit. Namun perkiraan matematik adalah tetap dengan nombor matematik. US tidak boleh lari dan satu masa nanti akan tidak boleh mencetak duit lagi kerana duit sendiri sudah tidak bernilai umpama daun pokok sahaja kerana sudah teramat bayak cetakan-cetakan  yang dibuat demi menampung hutang negara.

Isnin, Julai 11, 2016

191


Harga hari ini kekal RM 191 se gram. Harga ini dijangka naik dan rasanya bakal melepasi paras RM 200 sebelum hujung tahun ini. 

Aku sendiri merasa sangat cemas dan sudah tak sanggup lagi nak menunggu sehingga akhir tahun. 
Maklumlah bulan 9 nanti ada lagi peristiwa besar yang bakal menggegar market iaitu bakal Perdana Menteri British yang baru bakal naik dan akan membawa keluar British daripada Kesatuan Eropah. 

Peribadi: Abang ipar aku yang masih muda pada pandangan aku dimasukkan ke wad ICU Hospital Serdang.  Injap jantung tersumbat.  Aku harap segalanya selamat dan beliau tabah menghadapi keadaan sukar ini. 

Ahad, Julai 10, 2016

191


Hari ini harga emas ialah RM 191 segram. Naik RM 1 berbanding semalam. Kalau trend ini berterusan, harga emas boleh menjangkau RM 200 se gram sebelum tahun 2016 tamat. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Begitulah harga emas yang menggerunkan bagi mereka yang tidak menyimpan emas, hanya mampu berangan-angan sahaja. Percayakah anda satu masa yang tidak terlalu lama dahulu harga emas ialah RM 40 se gram.

Kini semuanya sudah berubah. Semuanya mahal. Durian, buah tempatan dan buah import. Sayur dan berbagai komoditi yang biasa semuanya mahal. Itu bukan barang mewah ya. Dulu kalau ada RM 10 masuk kedai makan jenis restoren boleh la bersiul riang. Kalau hari ini bawa RM 10 masuk restoren rasa macam nak berpeluh juga.

Itu bab makan. Bab komoditi tak kurang bezanya. Harga sewa rumah naik juga. Contohnya sewa apartment di Bangi seksyen 7 ialah RM 800. Kalau dulu sewa apartment seperti ini RM 500 pun sudah kira mahal. Namun apa daya, nilai duit jatuh setiap masa.

Kalau anda simpan duit bermakna duit anda bocor setiap masa kerana nilai duit semakin jatuh dan jatuh. Nilai emas pula naik dan semakin naik.

Sabtu, Julai 09, 2016

190


Harga emas (Public Gold) hari ini ialah RM 190 se gram. Harga ini membuat aku berpeluh juga kerana semasa aku mula berjinak membeli emas (Public Gold) harga emas ialah RM 176 se gram.

Harga emas tertinggi setakat dua tiga hari ini ialah RM 192 se gram.

Aku rasa sebelum harga menjadi tahap melepasi RM 200 se gram baiklah cepat-cepat beli. Harga emas tidak ada penamat. Berapa yang manusia sanggup itulah harga dia akan pergi.

Tadi aku cuba beli durian Musang King dekat Raub, tapi sebiji pun RM 100 lebih. Aku tak sanggup. Ada orang lain yang sanggup. Itulah harganya begitu.

Untuk mendapat maklumat yang lebih rasmi sila layari laman sesawang rasmi public gold.

Perhatian, sila beli emas di tempat yang betul, jangan jadi mangsa penipuan emas.

Ahad, Jun 26, 2016

Urutan untuk melegakan serangan asma


Sila urut di kawasan yang ditunjukkan di dalam gambar di atas

Jumaat, Jun 24, 2016

186


Pada jam 6.56 petang harga mendadak naik kepada RM 186 satu gram. Agak terkejut juga saya kerana baru pagi tadi saya beli harganya RM 178 satu gram.

Berikut hanyalah pendapat saya yang masih tersangat kurang ilmu tentang emas. Harga mendadak naik apabila Britain membuat keputusan keluar dari Kesatuan Eropah. Perdana Menteri Britain James Cameron mengumumkan bahawa dia meletakkan jawatan.

Peristiwa dalam negara pula yang tidak kurang gemparnya ialah Tan Sri Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir dipecat dari UMNO. Shafie Afdal pula digantung. Selain itu, Yayasan Perdana yang diketuai Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir pula telah disekat dari menerima bantuan kerajaan.

178


Harga ini ialah untuk emas Public Gold sahaja. RM 178 satu gram.
Hari ini saya sudah bermula program GAP dengan public Gold.

Mari menyimpan emas sebagai pelaburan jangka panjang.

Emas semakin bernilai. Bermulalah dari sekarang.

Esok ada seminar emas di Putrajaya. Jom kita bersama menimbu ilmu tentang emas.

Rabu, Jun 22, 2016

amalan ditolak di setiap lapis langit kerana perkara berikut


mengumpat
takbur
ujub
hasad
niat bukan kerana allah
maslahat umat tidak hirau
sisa rasa tak ikhlas

33.22


Pendapatan Nuffnang setakat hari ini.

Masih slow.

Sabtu, Jun 18, 2016

Senarai Plaza tol TIDAK terima duit tunai, cuma touch n go sahaja diterima bermula 1 Jun 2016


BESRAYA
Plaza Tol Mines
Plaza Tol Loke Yew

Lingkaran Luar Butterworth
Plaza Tol Bagan Ajam :
Plaza Tol Perai :
Plaza Tol Sungai Nyior :

Grand Sepadu
Plaza Tol Bukit Raja :
Plaza Tol Kapar :
Plaza Tol Kapar Moc A :
Plaza Tol Kapar Moc B :

Jambatan Kedua Penang
Plaza Tol PB2X :

SILK
Plaza Tol Sungai Ramal :
Plaza Tol Bukit Kajang :
Plaza Tol Sungai Long :
Plaza Tol Sungai Balak :

SKVE
Plaza Tol Ayer Hitam :
Plaza Tol Saujana Putra :
Plaza Tol Teluk Panglima Garang :
Plaza Tol Pulau Indah

Jumaat, Jun 17, 2016

Emas


Bila sebut emas pasti semua orang tahu yang ia adalah suatu benda berharga. Pingat emas contohnya ialah simbol kepada kemuncak kehebatan manusia. Kenapa begitu dan apa itu sebenarnya emas? Emas sebenarnya ialah salah satu unsur kimia. Simbol kimia bagi emas ialah Au dengan nombor atom 79.

Salah satu sifat utama emas ialah ia stabil tetapi boleh ditempa. Stabil bermaksud emas tidak bertindakbalas atau berinteraksi dengan unsur kimia yang lain. Emas tidak akan berkarat seperti besi bahkan asid paling kuat pun tidak sesekali menjejaskan emas. Oleh itu emas tahan dalam keadaan asalnya selagi tidak diusik malah tidak pernah akan pudar akan warna keemasannya.

Emas memang banyak kegunaannya seperti dalam industri tetapi dalam sejarahnya yang sangat panjang, ia selalunya menjadi barang kemas berharga selain sering dijadikan asas kepada duit. Emas dijadikan sandaran nilai selama lebih 5000 tahun.

Kalau anda ingat cerita harta karun, itu semuanya kan kepingan emas dan perak. Sebab itulah kalau sesiapa yang terjumpa harta karun akan teruja, walaupun karun dah lama meninggal. Bayangkan apa jadi kalau karun simpan hartanya dalam bentuk duit kertas? Dah sah-sah la sesiapa yang berjumpa harta karun akan kecewa sebab duit itu pastinya dah tak laku.

Nilai emas diukur dengan berat dalam gram (g) dan Aun (Oz). 1 Oz = 31.1 gram. Tidak seperti duit kertas hari ini, nilai duit emas kekal di dalam kepingan emas itu sendiri sampai bila-bila. Duit kertas semakin lama semakin murah (kuasa beli turun), tetapi kepingan emas semakin hari semakin berharga.

Sebagai bukti, 2000 tahun yang lalu, 1 gram emas cukup untuk membeli sepasang persalinan lengkap seorang lelaki. Hari ini pun 1 gram kalau ditukar masih bernilai lebih kurang RM 160, cukup untuk membeli sepasang persalinan lengkap seorang lelaki.

Duit kertas pula nilainya, jangankan 2000 tahun, dengan 120 tahun dahulu pun dah jauh beza.
Seringgit hari ini berbeza dengan seringgit pada tahun 1897 dengan begitu jauh. Tengoklah harga barang di  bawah.



Emas selalu dianggap sebagai kayu ukur ketakutan atau kerisauan manusia. Bila manusia risau yang duit kertas sudah tak bernilai, emaslah yang akan mereka cari. Manusia risau bila harga barang semakin naik mendadak maka duit menjadi tidak berkuasa lagi.

Contohnya mudah. Katakan saya ada RM 100 ribu dalam EPF, cukup (kononnya) untuk membeli sebuah rumah sekarang. Tetapi saya belum 55 tahun dan saya tidak boleh usik duit itu. Walaupun duit Rm100 ribu banyak tetapi saya risau kerana pada umur saya 55 nanti Rm100 ribu sudah tidak cukup untuk membeli rumah kerana sudah tidak ada lagi rumah berharga rm 100 ribu.

Sebenarnya harga naik adalah akibat kepada satu fenomena. Fenomena itu ialah bilangan duit kertas bertambah dan berlegar-legar merebut barang, akibatnya harga barang (komoditi) pun naik dan naik. Duit bertambah kerana manusia bertambah. Manusia membeli rumah dengan pinjaman. Beli harga 100 ribu tapi bayar 200 ribu termasuk bunga. Fenomena pertambahan ini tidak berlaku pada emas.

Cara berfikir yang betul bila membeli emas ialah emas sebagai "senjata sulit" dalam keadaan susah. Ini kerana nilai emas di dalam tubuhnya kekal tanpa mengira keadaan kegawatan ekonomi atau tidak. Tidak seperti anda membeli saham kalau ekonomi gawat dan saham menjunam, emas tetap emas. Emas adalah seumpama benteng harta anda kalau contohnya berlaku negara Malaysia bankrup. Bila ini berlaku, duit berjuta dalam bank pun dah payah sebab silap-silap bank itu sendiri pun dah TUTUP.

Emas adalah harta sebenar dalam apa keadaan ekonomi sekalipun. Tapi jangan beli emas dengan angan-angan nak "buat duit" atau menunggu harga emas jatuh. Lebih baik anda beli emas sedikit-sedikit saja setiap bulan dan teruskan kumpul emas sampai anda benar-benar berharta. Dengan disiplin ini barulah boleh kumpul emas. Apa sekalipun matlamat anda, anda akan rugi kalau asyik menunggu dan menunggu tanpa membeli emas walaupun 1 gram.

Tidak perlu risau tentang emas susah nak jual atau salah masa jual emas semasa harga rendah. Emas sentiasa bernilai tinggi di mana-mana sahaja di dalam dunia. Bahkan tahukah anda sebenarnya lebih mudah untuk anda menjual emas daripada membeli emas. Begitulah berharganya logam yang di panggil emas ini.

Kesimpulannya emas adalah pelindung anda semasa kegawatan ekonomi. Emas membuat anda tidak risau dengan kenaikan harga barang, tidak seperti duit kertas, naik sikit dah berpeluh dan mengeluh. Setiap orang perlu menyimpan sedikit emas untuk perlindungan di masa gawat. Kalau tak percaya, tanyalah taukeh kedai pajak gadai.


Orang yang berilmu dan bijak akan menyimpan emas.

Selasa, Jun 14, 2016

Makanan yang perlu dikawal pesakit asma.

Makanan bergoreng seperti keropok. Pisang goreng dan sebagainya.
Pizza.

Minuman sejuk dan bergas.

Isnin, Jun 13, 2016

Jumaat, Jun 03, 2016

Lagi kegunaan kad Touch n Go


Gunakan kad Touch n Go untuk menaiki komuter atan LRT dan nikmati diskaun.





































Masih belum ada kad Touch n Go? Dapatkan di SINI.

Khamis, Jun 02, 2016

Di mana boleh topup kad Touch n Go


Memandangkan lebuhraya SILK sudah tidak menerima lagi duit tunai maka kelam kabut juga aku mencari tempat nak topup kad Touch n Go.

Dah la malam hari, kalau nak gamble redah jer agak berisiko takut kaunter tambah nilai tak buka. Disebabkan dan ada temujanji dengan ustaz di Semenyih aku mesti cari juga sampai dapat tempat untuk topup kad Touch n Go.

Berikut ialah senarai kedai atau lokasi yang anda boleh topup kad Touch n Go:

99 Speed Mart. (Percuma)

7 Eleven. (Cas perkhidmatan)

Stesen minyak Petronas. (Cas perkhidmatan)

Kiosk layan diri Touch n Go Alamanda Putrajaya. (Percuma)

ATM Maybank. (Cas perkhidmatan)

Kaunter tambah nilai lebuhraya terpilih. (Percuma)

CARING Pharmacy (Percuma sehingga 1 July 2016)

Pejabat-pejabat Khidmat Pelanggan Touch n Go (Percuma)

RnR terpilih contohnya RnR Gombak - kiosk topup

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi pihak Touch n Go careline di nombor 03-27148888

Rabu, Jun 01, 2016

Hujan

Rekod hari ni dengan Lan.
Best of 7 menang.
Best of 5 kalah.

Cara meningkatkan stamina.
Lompat tali skipping 100 kali setiap hari.
Kawal minda. Bangun awal. Buat kerja rumah seperti sidai kain dan sebagainya.

Hujan masih renyai-renyai.
Aku terkandas di GMI. Tak sanggup aku meredah hujan.

N nampak tua bila pakai kacamata.

Selasa, Mei 31, 2016

Salah makan, terus semput


Malam tadi makan goreng pisang dan banyak makanan bergoreng.

Pagi-pagi dah semput.

Agak lama aku tak pakai inhaler. Pagi tadi terpaksa juga sedut inhaler.

Pergi kerja masih mampu lagi buat skipping pagi-pagi sebanyak 50 kali.

Isnin, Mei 30, 2016

Rekod hari ini


Agak seimbang perlawanan dengan Lan.

Aspek yang perlu ditingkatkan ialah serangan arah forehand. Serangan forehand ialah kekuatan Lan, jadi aku mesti seimbangkan dengan juga membuat serangan forehand yang ampuh.

Stamina mesti ditingkatkan. Salah satu cara tebaik meningkatkan stamina ialah dengan lompat tali skipping, seperti orang bertinju berlatih.

Dengan stamina barulah boleh pergi jauh mengawal bola ke arah kiri dan kanan.

Sementara itu aku agak simpati dengan cara MU memecat Van Gaal. MU bukan boleh naik dengan cepat walaupun mengambil Mourinho. Aku rasa untuk tahun pertama dengan Mourinho mereka tetap akan gagal meraih piala Liga Inggeris, itulah sekadar satu ramalan aku.

Sila baca posting ini setahun dari sekarang.

Ahad, Mei 29, 2016

Anda masih tidur?

























Itulah tajuk yang menakutkan.

Hari ini aku keluar makan ke Bangi, pagi order air suam. Tengahari pun order air suam sahaja. Itupun masih mahal lagi (kos keseluruhan).

Lepas tu bila pergi ke pasaraya Alamanda. Dua paket durian sampai RM 50. Walaupun ada rasa nak beli tapi aku masih mampu berfikir secara waras lagi. Aku terfikir kalau macam ni ada baiknya mereka naikkan saja sampai RM 100, baru bagus. Biarlah orang kaya saja yang dapat makan durian.

Pesta bunga Putrajaya dulu aku pernah masuk PERCUMA. Beberapa tahun kemudian dia kenakan cas RM 2. Ini yang terbaru dah jadi RM 7.50. Alahai baiknya mereka. Terus buat RM 10 kan senang biar bunga tu semua layu di tasik madu kan bagus?

Sabtu, Mei 28, 2016

Ada apa dengan Sungai Besar


Akan ada peristiwa besar di Sungai Besar. Peristiwa itu ialah pilihanraya kecil kawasan parlimen Sungai Besar.

Apa kaitan aku dengan Sungai Besar? Aku bekerja dan menetap di Selangor jadi peristiwa di Sungai Besar berkait dengan aku. Lagipun syarikat aku bekerja memiliki kilang di Sungai Besar iaitu di Sabak Bernam.

Siapa akan menang di Sungai Besar? Adakah Dr Rani dari PAS atau YB Budiman dari BN? atau mungkin juga wakil Pakatan Harapan?

Yang menjadi sedikit pelik ialah PAS dan BN yang dahulu berlawan tapi kini sudah mula nak berkawan. Begitulah dunia politik Malaysia yang semakin hari semakin pelik.

Aku masih menunggu pengumuman dari YB Dato Sri Azmin Ali, Mentri Besar Selangor.

Khamis, Mei 26, 2016

Notis dari Lembaga Lebuhraya Malaysia



Maklumat umum kepada pengguna lebuhraya berikut.

Sila ambil perhatian kepada semua pemandu yang melalui lebuhraya berikut: Duit tunai tidak lagi di terima.

Sila ambil maklum dan sila sebarkan maklumat ini untuk kemudahan bersama. Terima kasih.












Hari ni rehat


Badan sakit-sakit juga layan main ping-pong ni. Penatnya hanya tuhan yang tahu. Sampai tertidur dalam keadaan duduk di tempat kerja tadi.

Berpeluh umpama kau masuk marathon. Aku rasa metabolisma aku terlalu tinggi. Bila main ping-pong peluh yang amat. Baju basah lenjun. Aku rasa agak segan nak duduk lepak dekat teman-teman risau mereka rasa kurang selesa. Tapi di sebalik semua itu ada tersembunyi kepuasan.

Ping-pong sesuai menjadi sukan semua peringkat usia. Tak banyak sukan yang begitu menyeluruh seperti ping-pong. Aku pernah kalah dengan datuk umur 73. 

Tadi dekat facebook aku tengok ada yang bermain competitive tournoment dalam circuit veteran berumur 93 tahun.

Wow. 

93 tahun adalah usia emas tapi masih berlawan dengan situasi tekanan tournoment yang bukan calang-calang. Arwah datuk aku semasa meninggal pada usia 83 sudah lemah fizikalnya, tapi jantungnya masih kuat juga. Kulitnya pun masih cantik secara relatif. Tapi arwah ditakdirkan meninggal selepas menghadapi kemalangan. 

Keadaan bila bermain tournament adalah amat berlainan berbanding game biasa. Pengalaman aku sendiri ialah tangan aku menggeletar bila nak buat servis. Itu baru tournoment kecil. Ini pada usia 93 tahun wakil Malaysia. Bila tournoment kita akan menggeletar bukan kerana kita terlalu ingin menang. Kita menggeletar kerana kita sedang mempertaruhkan reputasi dan juga harga diri kita. Tapi semua itu mestilah kita hadapi dengan positif kalau ingin maju. 

Juara tournoment Bangi yang lepas juga adalah seorang veteran yang sudah lama bermain tournoment.  

Jom main ping-pong!

Rekod hari ini


Lawan Abg Lan, kalah lagi. Kelemahan aku ialah suka layan rally dan lambat bertindak mematikan bola.

Lawan Pak Hamid kalah 0-4
Aku tak ada confidence untuk attack, Pak Hamid pula ada back hand ampuh dan serve pun boleh tahan.

Lawan Fazli Menang 4-0
Fazli corak dia senang aku baca.

Lawan Coisox kalah 3-0
Tak ada stamina jangan lawan Coisix, nanti kau benci ping-pong pulak.

Lawan Anuar menang 3-1
Back hand boleh tahan, cuma spin dia tak konsisten dan banyak buang serve.

Selasa, Mei 24, 2016

Rekod malam ini


Lawan Abang Mazlan kalah 1-4

Kekuatan Abang Mazlan, walaupun dia berusia tapi teknik spin yang sangat berbisa dengan "placing" bola kiri dan kanan yang ampuh, terlalu ampuh sehingga tak terdaya nak buat apa-apa tambahan lagi aku yang tak ada fitness. Aku pula langsung tak boleh "attack" dengan sedemikian rupa, cuma harap bola sedikit tinggi baru berani buat, itupun banyak yang tak menjadi.

Lawan Kaspul menang 4-0
Kaspul cuba membuat spin tapi teknik dia masih lemah. Dia perlukan banyak  pendedahan lagi.

Lawan Ezrin Kalah 4-0
Ezrin memakai getah Tenergy 05 Butterfly yang sangat berbisa dari segi kelajuan. Kelemahan dia cuma kelajuan itu kadang-kadang bila "timing" salah bola dia senang "out". Tapi bab spin memang aku kalah. Kalau nak cuba menang aku kena cari getah Sriver sekurang-kurangnya.

Lawan Aizal (coisox) Kalah 3-2
Coisox sangat berbisa dengan teknik "chop" atau memancung bola. Teknik spin dia juga agak luarbiasa kerana bola terlalu rendah pun masih boleh di spin. Dia juga mahir dan cekap membaca bola servis aku dan placing bola dia kalau menjadi bermakna aku akan makan tanah.

Kelemahan aku pula ialah takut membuat serangan selain kekurangan tahap kecergasan. Metabolisma juga terlalu tinggi. Baru sedikit bermain berpeluh macam lari marathon.

Sabtu, Mei 21, 2016

Baju idaman


Bila aku check masuk Nuffnang pagi ini, seperti dijangka tiada duit masuk. Inilah nasib blogger ciput seperti aku. Pendapatan tak menentu, sekejap ada sekejap tak ada. Jumlah terkumpul pun belum cecah RM 35. Belum cukup pun nak beli baju idaman aku.

Untuk informasi anda, duit Nuffnang kena kumpul sehingga melebihi jumlah RM 50 baru boleh claim. Jadi entah berapa bulan lagi baru aku dapat claim aku pun tak tahu. Betapalah susah dan payah untuk mencari makan dengan menulis blog.

Baju idaman aku bukanlah mahal pun, cuma RM 39 jer pun. Campur pos jadi semua RM 45. Itu pun aku terpaksa tangguhkan dulu hasrat itu sebab yalah, sebab duit belum cukup. Bertahun-tahun bekerja keras, dan belum capai target.

Itu pun kerajaan bercadang nak kenakan cukai pada pendapatan secara online. Aku cuma berharap kerajaan akan lebih bertimbang rasa terhadap rakyatnya.

Sepatutnya hari ni aku ada game di Bangi, piala ADUN Bangi. Tapi aku menarik diri dan duduk di rumah sahaja sebagai menghormati kematian Makcik sebelah isteri aku. Arwah pergi semalam iaitu pada jam 1 petang jumaat.

Al-fatihah.

Jumaat, Mei 20, 2016

Pendapatan seorang blogger


Hari ni 0. Tak ada duit masuk.

Tak ada apa-apa perubahan.

Personal note:
Petang tadi dalam pukul 1 Cik Su, isteri kepada ayah Su, adik bongsu mak mertuaku telah meninggal dunia.

Pemergian arwah dalam usia muda memang mengejutkan juga. Anaknya masih kecil dan belum pun masuk ke sekolah rendah.

Al-fatihah.  

Rabu, Mei 18, 2016

Firas demam

Firas tak sihat. Pergi klinik malam-malam hari. 

Lepas pergi klinik sempat lagi turun bs2. 

Selasa, Mei 17, 2016

Berita baik untuk blogger


Hari ini aku terbaca satu berita gembira yang patut dikongsikan bersama oleh blogger-blogger yang sedang berusaha macam orang gila untuk mencari sedikit duit lebih.

Berita ini datang dari surat khabar The Star. Berikut ialah sedikit petikan yang aku ambil:

Quote. KUALA LUMPUR: The Ministry of Finance (MOF) is looking to tax online businesses next year, in line with the growing Internet-based sector.

Treasury Secretary-General Tan Sri Dr Mohd Serigar Abdullah said on Tuesday the MOF had requested the Inland Revenue Board (IRB) to conduct a thorough evaluation of the matter.

"We need to tax these people who are also earning an income which is taxable.

"Otherwise, it will be revenue lost for the government with more and more businesses going into the sharing and digital economies," he told reporters after delivering his key note address at the Financial Reform for Economic Development in Asia Public Sector Forum 2016, here today.

He said the IRB, which had formed an online business and commerce division, is also working with the Companies Commission of Malaysia (SSM), as part of the  evaluation.

"We are also interested in getting those undertaking online businesses to register with the SSM, to enable us to track how much they earn," he added.

Irwan also said a study by the Land Public Transport Commission (SPAD) on Uber / Grab part-time taxi drivers, showed their earnings could reach up to RM7,000 per month, which is taxable income.

The current taxable income is around RM3,000 to RM4,000 per month. 

Unquote. 

Aku tak sabar pula nak membantu kerajaan kerana banyak sekali syarikat kerajaan yang rugi dan aku mahu tolong seperti 

MAS, PROTON, KTM, POSLAJU, Perwaja Steel dan syarikat 1MDB. 

Takkanlah nak harap Ananda Krisnan jer, sampai bila kan? 





Gila selfie

Aku dapat penyakit baru. Nama penyakit ni ialah gila selfie.

Isnin, Mei 16, 2016

Birthday Firas ke3

Inilah sebahagian gambar sambutan birth day Firas yang dibuat di rumah pengasuhnya.



Semoga semuanya gembira..

Selamat Hari Guru

Terima kasih kepada cikgu yang mengajar kami sehingga menjadi pandai. Berikut ialah senarai sekolah saya.

1985-1987    Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat.
1988-1989    SRK Nik Yusoff Nik Lodin, Rantau Panjang
1990             Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat

1991-1995    Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah

1996             Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia -menarik diri selepas 2 semester

1997             Institut Kemahiran MARA, tamat dengan diploma.


  



Ahad, Mei 15, 2016

Perkahwinan TTO Suffian

Majlis di Balakong, petang Sabtu.. Hmm kenapa aku kelihatan begitu kurus?

TTO ialah panggilan untuk pensyarah di tempat kerja aku. Ia merujuk kepada Technical Training Officer. Aku bukan TTO. Aku cuma technician biasa yang menjaga makmal. 

Sampai juga aku akhirnya ke Balakong ya. Balakong terletak di kawasan Cheras jaya. Latar belakang gambar tu ialah SMK Cheras Jaya.  

Apapun selamat pengantin baru kepada TTO Soffian. 

Rumah idaman


Tidak salah untuk mengidam, maksudnya mempunyai mempunyai kemahuan untuk memiliki sesuatu.

Rumah contohnya.

Rumah bukanlah murah sekarang ini. Terutama sekali di bandar. Walaupun bandar yang satu ketika dahulu dianggap kampung seperti Bangi.

Rumah banglo lagilah.

Aku perlu ada sekitar RM 2 juta untuk membeli rumah banglo di kawasan Bangi. 2 juta adalah jumlah yang agak besar dan di luar jangkauan aku.

Aku cuma mampu berangan-angan.

Jumaat, Mei 13, 2016

Friday the 13th

Hari ni tak ada peningkatan apa-apa. Perasaan frust dan penat mula muncul dalam diri ini. Mujur juga tadi ada close satu produk Yasaka, dapat juga mengubat duka lara ini. Sekurang-kurangnya adalah sedikit duit poket sementara tunggu gaji.

Berniaga memang penuh risiko tapi bila dapat buyer macam tadi fuh perasaan dia terlalu sukar untuk diceritakan atau digambarkan. Apapun aku perlu menunggu esok untuk berjumpa dengan dia. Harap-harap segalanya akan berjalan dengan lancar.

Hari ni tak ada apa yang terlalu istimewa untuk dicatitkan. Aku pun agak penat. Esok ada kenduri di Cheras tak tahulah aku larat atau tak nak pergi. Cheras Jaya, Balakong pulak tu. Tempat ni aku tak biasa sangat.

Otak pun agak serabut juga memikirkan banyak hal.

Oh ya pagi tadi aku sarapan seorang diri jer, tapi ada pak cik ni tegur aku maka bersembang jugalah dengan dia. Sampai satu tahap dia boleh pulak tepuk lengan aku kerana terlalu teruja bersembang walaupun sebelum ni tak pernah kenal.

Oklah aku nak berehat, sembahyang lepas tu tidur.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.