Sabtu, November 18, 2023

sabtu yang gemilang

 
Pagi pagi gerak ke Melaka. Kenduri anak kak Izan. Sama hari dengan convo. 

Balik kenduri rehat kejap, terus ke altec pula layan game. 

Juara kumpulan. Menang dengan Pali (Fadli) Mara dan Ahmad Saufi. Tewas dengan Afifi. 

Aku dan Pali layak. Afifi lagi power kalau ikutkan.



Jumaat, November 17, 2023

jumaat berkat


Sebelum gerak ke AF, aku turun dulu ke L3 kali ni dengan bro Naz yang nak hantar dokumen ke sana. Bila Naz jumpa Asri, sembang la dulu, kami sama2 mendengar luahan rasa dari Asri.

Pukul 10 am kami sudah ada kerja di KT1. Angkat diploma dalam kotak. Sekejap je siap dengan ada orang kuat Saiful dan Mus. 
Lepas solat jumaat ada sikit lagi kerja. Angkat rostroom dan kerusi di dewan utama. 
Sampai ke 5 30 juga di sana. Nasib baik petang ada bantuan dari Syed Mizi. 


Khamis, November 16, 2023

what can I say

T hari keluar ke Bangi beli sekeping emas dari mesin atm di PG Bangi untuk hadiah kepada anak kak Izan.

Boleh tahan panasnya. 

Sebelum balik layan dengan Lan. 

Petang selsema teruk sampai ke malam. Teruk sangat. Sakit sampai ke kepala. Walaupun aku cuba tak ambil ubat tapi akhirnya terpaksa telan panadol sampai 2 biji. 

Rabu, November 15, 2023

masih cuti

Firas tak pergi sekolah sebab demam katanya. 

Aku masih cuti lagi. Boleh bertenang dan settle kan hal kereta dan motor.

Kat tempat kerja sibuk dengan preparation nak convo Sabtu ni. Pelbagai benda kena settle seperti kerusi, meja dan pintu dewan. 

Lepas hantar kereta aku panggil Grab untuk ke GMI. Sampai ke GMI terus ambik motor dan hantar kasut kakak Ulya yang tertinggal dalam kereta.

Makan tengah hari order grab dari Villa Seafood. Aku ambil sendiri. 

Petang masih ada masa kalau nak gi training tapi tengok langit gelap je, perasaan malas mula datang. Jadi, aku layan tidur kat rumah.

Nad beritahu abah dah berurut denagn Mok Wan. 

Selasa, November 14, 2023

Selamat sampai di Kajang

Pagi2 nak gerak selipar kakak Ulya tak jumpa. Ma cari pun tak jumpa. Sekali kasut aku pun tak ada. Selipar Firas pun tak ada. Misteri sungguh.

Apa nak buat. Kami terpaksa gerak je lah. Perjalanan yang agak jauh. Dalam pukul 8 am ke rumah Su. Tapi tak berkesempatan jumpa.

Gerak ke Pekan. Sampai zuhur. Lepas solat makan di rumah Kak Tini. Kak Tini masak sotong masak pedas yang sedap. 

Dalam pukul 330 gerak naik ke Kajang. Lalu jalan Kuala Pilah. 

Sebelum hantar Kakak, kami makan dulu di Suhaila Tomyam.

950 sampai Sungai Tangkas. 

1030 sampai Kajang Utama. 

Isnin, November 13, 2023

sarapan dan mendobi

Lepas sarapan di Alibaba terus ke dobi.
Pukul 1 nak ke rumah abe Pis pula.
Petang hantar Irfan, esok kami dah nak gerak ke Pekan.

Sempat pasang penutup pagar jaring plastik. Beli dekat hardware kawasan situ. RM7 juga semeter. Kalau beli kat Shopee jauh murah dapat.

Sampai dalam pukul 1 rumah abe Pis. Terus dia ajak makan nasi. 

Dari Kok Majid terus gerak Telaga Bata. Sunyi dah. Yang ada anak anak saudara.

Ahad, November 12, 2023

ke KB Mall

Pagi sarapan dulu di Alibaba. Kemudian mendobi kejap. Lepas tu terus ke Kota Bharu. 

Pergi cari barber tak jumpa, jadi terus lajak ke Jaafar Rawas cari madu kelulut

Kat Jaafar Rawas ni banyak buku2 agama dan produk2 sunnah. Macam macam jugalah. Ada gam arab lah, buah buah pelbagai jenis dan minyak wangi yang mahal jenis oud yang disebut oleh Ustaz Azhar Idrus. 

Lepas tu ke KB Mall. 

Cuba banana bro. Meriah benar. Nasi dan lauk banyak. Kena 100 lebih.

Potong rambut je belum. Kalau ada mesin kan senang.

Balik KB Mall singgah poting rambut Irfan. Lepas siap Irfan mengamuk tak puas hati. Hmm.

Esok dah nak masuk sekolah.

Malam terus minum madu kelulut. Alhamdulillah dinihari tak semput. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.