Selasa, Disember 30, 2014

Motor Rkv200 keeway benelli dah rosak


Inilah motorku Rkv200 keluaran Benelli Keeway atau juga Keeway. Motor 200 cc ni aku guna untuk berulang-alik ke tempat kerjaku di Telok Panglima Garang sejauh 47km. 

Sekali pandang motor Keeway ni nampak bergaya jugak la, ala ala moto besar. Harga motor ni adalah RM7500 iaitu lebih murah dalam RM1000 berbanding motor Yamaha Fz yang cuma 150cc (tapi Yamaha FZ jauh lebih laju).


Aku mula ambil motor ni pada awal bulan December 2013 dari tangan member aku sendiri yang mulanya cerita motor ni boleh kejar superbike? 

Dari pengalaman aku sendiri, jangankan nak kejar superbike, nak potong motor LC pun tak de harapan langsung.

Lagi satu cerita, aku try la tanya member aku kat Kemaman apa pendapat dia tentang motor Keeway Benneli terutama model RKV200 yang aku nak ambik ni. Mulanya dia negatif. Lepas aku tunjuk gambo awek baju kuning tu kat dia, terus dia cakap OK beli. Ha hah lawak kan. 

Kini pada hujung December 2014 aku nak update kisahnya dan keadaannya.

Benelli ialah syarikat motor dari Itali yang telah menjual kepentingan syarikat kepada Keeway iaitu syarikat China. Walaupun tidak segah Ducati, tapi Benelli mampu membuat model yang tampak bergaya. 

Model Rkv ini ialah jenis CKD iaitu pemasangan dibuat di kilang tempatan di Bukit Beruntung. Dengan kebanyakan parts dari China, kilang di Bukit Beruntung berusaha membuat motor yang boleh diharap dalam jangka panjang.

Motor ni aku dah siap bayar cash yang mana balance terakhirnya nya  ialah RM1566. Motor ni member aku beli dari salah satu kedai motor yang tersohor di Puchong iaitu Chai Ken Motor

Geran masih atas nama member aku dan aku tidak teruja nak tukar nama. Kenapa? Kerana motor ni dah lama tersadai dan aku pun tak tahu nak buat apa. Semua kedai motor dari Kajang hingga Semenyih semuanya tak mampu repair dengan sempurna.

Masalah motor Keeway aku ni.

Aku ni bukan tahu apa  pasal motorsikal. Aku cerita setakat yang aku faham jelah.

Motor ni memang tegap binaannya. Aku berulang 47 km Alhamdulillah tak ada masalah sangat. Angin lintang dari lori boleh di hadapi. Hujan dan panas aku tempuhi. Tayar Pirelli memang lasak, cuma sekali ada bocor kecil dan nasib baik aku sempat tampal kat kedai di Telok.

Pernah sekali terbalik semasa aku cuba parking bawah teduhan kat RnR Air Hitam, dalam keadaan hujan, lantai basah dan licin. Masa aku nak naik ramp, tayar licin. Dengan badan aku yang kecik dan motor yang berat, aku hilang kawalan. Agak aku akan ada rosak teruk, tak sangka body dia tahan dan tak ada apa sangat melainkan calar kecil yang tak ada sesiapa perasan. Aku sendiri bernasib baik pakai helmet masa tu sebab belakang kepala terhantuk pada tiang. Nasib baik masa tu ada seorang brader tolong angkat motor.

Masalah bateri yang mudah rosak - sensitif sangat? Kalau aku balik kampung dan motor ni tak start dalam 4 hari, maka siaplah. Bateri akan lemah dan kemudian tak boleh start. Bawak kedai dan cas bateri. Masalah ni terjadi beberapa kali. Sangat rumit sebab tak ada penghidup tendang kaki. Kali terakhir bateri motor ni bermasalah aku lambat sikit bawak ke kedai untuk cas bateri, tak sangka bermula pula satu episod baru tahap kerosakan dia.

Sekarang motor ni karburretor dia dah rosok mengikut kata pomen. Karburretor rosak maknanya bahagian kebuk pembakaran bermasalah, akibatnya motor akan semput lalu mati bila ada pertukaran gear dari gear tinggi ke gear rendah. Makan plug. Motor ni pulak tak ada penghidup manual penendang kaki. Lepas repair kali terakhir motor ni langsung dah tak power dan tak boleh pergi jauh. Cuma 70 km sejam aje, itu pun dia mati lepas tukar gear rendah. Dulu masa dia ok kelajuan maksimum ada la dalam sekitar 130 km sejam. Takkan la setiap kali aku nak gerak kena tukar plug? Gila apa. Natijahnya motor ni tersadai macam tu saja.

Apa perlu buat.
Jika mahu servis motor Keeway ni kena bawak ke KL Batu 2 Jalan Ipoh tempat dia punya servis centre, dekat dengan IPD Sentul. Kalau pakai towing dari Kajang ada la cas RM150. Hari tu masa angkut ke Semenyih aku dah kopak Rm100.

Nilai motor Keeway. 
Aku ternampak ada mamat yang jual motor model ni dengan harga RM2000 dalam website Mudah. Dalam keadaan motor ku yang rosak ni ada ke orang nak? Aku  penat keluar masuk bengkel motor.

Nasihat saya.
Kalau anda bercadang nak cari motor kuasa sederhana, beli je lah Yamaha FZ habis cerita. Walaupun Fz cuma 150cc tapi dia jauh lebih laju dan jimat minyak, lagi dia punya enjin pakai injection. Kalau bateri kong pun masih boleh start pakai penendang kaki. Tambah Rm1000 pun tak apa kalau pakai puas hati. Jadikan kisahku sebagai iktibar buat kalian.

Update terkini: Motor dah dijual kepada seorang brader dari Johor dengan nilai RM 2700.

Iklan: korang tahu tak sekarang boleh beli motor online kat shopee. Siap hantar rumah. Klik bawah. Baca review. 

Sabtu, Disember 27, 2014

101 pengajaran dan iktibar dari peristiwa banjir besar pantai timur 2014


1.   Dugaan tuhan datang dari semasa ke semasa
2.   Kita adalah hamba tuhan yang lemah lagi kerdil
3.   Harta benda, dan anak-anak adalah ujian
4.   Kita masih kurang prihatin dengan alam
5.   Kita perlu bertegur sapa dengan jiran
6.   Kita perlu menjaga sungai dan alam sekitar
7.   Kita perlu menjaga kebersihan sungai
8.   Kita tak patut terlalu tamak menebang balak
9.   Hutan perlu di jaga sebaiknya
10. Bukit tak boleh ditarah sewenangnya
11. Generasi muda perlu dipupuk cintakan alam
12. Kerajaan tak patut boros
13. Dana kecemasan perlu ada
14. Bomba adalah tugas mulia
15. Kerajaan pusat dan negeri perlu sefahaman
16. Kita masih belum faham fenomena alam
17. Penduduk berdekatan sungai berisiko tinggi rumah musnah akibat banjir
18. Kita mudah leka sewaktu senang
19. Bencana tidak mengira pangkat atau status
20. Kita mudah menunding jari kepada orang lain
21. Kita suka membuang sampah merata-rata, ia hanyut ke sungai
22. Kita perlu bermuafakat
23. Kita perlukan pemimpin yang prihatin
24. Kita perlukan pemimpin yang cekap
25. Wang bukan segalanya dalam keadaan bencana, tapi kasih sayang dan kemanusiaan
26. Internet amat berguna menyebar maklumat tapi ada yang mengambil kesempatan
27. Kita patut belajar sedikit asas teknik berenang
28. Kita patut mendengar nasihat orang tua
29. Kita patut sentiasa menghubungi orang tua
30. Kita patut bermurah hati menderma semasa lapang
31. Kita perlu belajar teknik asas "survival"
32. Bumi kita semakin tua
33. Kita hanya musafir di muka bumi
34. Kita tak perlukan kereta yang mewah
35. Kita perlukan ramai orang yang alim dan muqarrabin (dekat dengan tuhan)
36. Kita perlukan ramai pemuda berhati mulia
37. Kita perlukan ramai pemudi bistari
38. Kita perlu akrab dengan ramai orang
39. Kita perlukan sahabat yang prihatin
40. Kita perlu memiliki sifat sabar
41. Kita perlu belajar dari sejarah
42. Kita perlukan teknologi sains yang mantap
43. Kita perlukan banyak helikopter, jentolak dan segala teknologi canggih
44. Kita perlukan tentera yang mantap
45. Kita perlu banyak berzikir dan beribadat
46. Kita perlukan NGO yang aktif
47. Kita perlukan badan swasta yang prihatin
48. Kita tak perlu berlagak pandai
49. Sampah sarap perlu diuruskan dengan lebih cekap
50. Sediakan payung sebelum hujan, sediakan perahu sebelum bah
51. Sudah banyak tanah padi bertukar menjadi perumahan
52. Sudah banyak petani dah tak jadi petani
53. Sudah banyak industri mengambil tempat pertanian
54. Sudah banyak sungai menjadi mati di lembah Klang terutamanya
55. Kita tak patut biarkan sungai mati
56. Anak-anak sekarang dah tak berani mandi sungai macam zaman dulu
57. Banyak industri mengambil sikap lepas tangan hal kebersihan sungai
58. Banyak benda tak sepatutnya dibuang ke sungai
59. Penguatkuasa alam sekitar tak serius dan banyak "tidur"
60. Kes rasuah balak masih banyak berleluasa
61. Kita tahu kenapa orang kaya suka buat rumah atas bukit
62. Kita tahu masih banyak kelemahan dalam pentadbiran kerajaan
63. Apa yang kelihatan teguh tak semestinya kukuh
64. Air tenang jangan disangka tiada buaya, air deras jangan diredah sendirian
65. Harta benda boleh musnah dalam sekelip mata
66. Jangan terlalu diturutkan perasaan
67. Hidup ini bukannya mudah
68. Hidup ini terlalu singkat
69. Hidup ini terlalu indah walau apa dugaan menimpa, maka jangan siakan
70. Masyarakat kita perlu berganding bahu
71. Kita perlu bersikap adil
72. Kita sering menyangka diri kita bijak
73. Tidak ada yang kekal melainkan zat Allah
74. Pemimpin kita suka menikmati percutian luar negara
75. Pemimpin kita suka "berehat"
76. Tuhan Maha berkuasa
77. Kita terlalu rakus mengeksploitasi hutan
78. Kita perlu bertakwa kerana ia punca keberkatan
70. Kita sering alpa
80. Pengurusan alam sekitar kurang cekap
81. Pengurusan alam sekitar berada pada tahap "sambil lewa"
82. Kita sering memberi alasan
83. Kita sering menyalahkan takdir
84. Kita tidak setabah yang kita sangka
85. Kita tidak sebijak yang kita sangka
86. Ada yang masih pincang dalam sistem kita
87. Kita suka mengkritik
88. Anak adalah harta yang tak ternilai
89. Ibu ayah dan keluarga adalah segalanya
90. Ada orang yang sayangkan kita
91. Kita sering mengambil mudah dalam banyak hal
92. Air itu umpama nyawa
93. Kita tidak layak memiliki sifat sombong walau sebesar zarah
94. Kita perlu dekatkan diri pada tuhan
95. Kita perlu sentiasa bertaubat dan bersedia menghadapi kematian
96. Kita perlu hargai setiap detik dalam kehidupan
97. Sistem ekologi sudah berubah akibat pembangunan pesat
98. Harga pembangunan adalah kemusnahan alam sekitar, berbaloikah?
99. Tesco Kota Bharu adalah sebuah perjudian yang silap?
100. Kita perlu merancang untuk masa hadapan
101. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan

Ahad, Disember 21, 2014

Senarai syarikat telekomunikasi pembekal internet broadband ISP, Internet Service Provider


Sebut sahaja syarikat komunikasi, mungkin yang terlintas di fikiran kita ialah maxis, celcom atau digi. Itulah tiga syarikat komunikasi dan juga penyedia servis internet antara yang paling popular di Malaysia. Namun, tahukah anda syarikat ISP di Malaysia sudah berkembang pesat dan anda ada lebih 20 pilihan dan tidak terhad kepada tiga syarikat tadi sahaja.

Berikut ialah senarai syarikat telekomunikasi pembekal internet broadband (ISP) yang ada di Malaysia. Jika anda mahu melanggan internet broadband, anda bolehlah memilih salah satu syarikat berikut mengikut kesesuaian liputan di kawasan anda dan juga budget anda setiap bulan untuk internet.

1. Maxis
2. Celcom
3. DiGi
4. P1Wimax
5. YES
6. U Mobile
7. TM Telekom Malaysia
8. XOX
9. abnxcess
10. clixster
11. Tune Talk
12. Altel
13. Jaring
14. Redtone
15. Metrofon
16. iZZi
17. Amax
18. Extreme Broadband
19. VDSL
20. V-telecom
21. Penangfon
22. Time
23. Nasioncom

Yang mana paling murah, berbaloi dan anda paling suka? Tepuk dada tanya selera. Pilihan terletak di tangan anda. Sila dapatkan maklumat lanjut seperti kadar broadband dan sebagainya dengan melayari website syarikat yang berkenaan.

No 13 Jaring ialah syarikat yang paling awal menjadi internet service provider bagaimanapun telah berhenti beroperasi.

Celcom, P1 dan TM diberitakan sedang berbincang untuk bergabung.
Kemaskini terakhir: 29 Januari 2016.

Sabtu, Disember 20, 2014

Keputusan piala suzuki AFF 2014


Thailand datang membawa bekal 2 gol dari Bangkok.

Keputusan akhir, Thailand mengatasi Malaysia dengan agregat 4-3.

Separuh masa pertama Malaysia mendahului 2-0.

Separuh masa kedua Malaysia 3-0 dan 8 minit lagi nak habis. Kelebihan sudah berpihak kepada Malaysia. Cuma perlu bertahan untuk 8 minit saja lagi.

Tiba-tiba pasukan Thailand dapat score 2 gol.

Keseluruhannya Malaysia 3 Thailand 4. Thailand juara.

Tahniah kepada pasukan Thailand.

8 minit adalah masa yang panjang. Pasukan Malaysia gigit jari dan kecewa. Siapa nak disalahkan?

Firas ke Taiping


Sempena cuti sekolah 2014 yang dah nak habis ni geng-geng cikgu SMK Kajang Utama telah berjalan ke Taiping. Apa ada di Taiping? Pastinya Zoo Taiping, dan apa lagi ya? Saksikanlah.

Bergayanya Firas.


Abang Irfan pun seronok.


Firas dah betul-betul macam budak besar.

Jumaat, Disember 19, 2014

Kereta kia Spectra



Inilah kereta yang aku pakai.
Kia Spectra 1.6
Automatik
Tahun 2005
Harga 11k
Bumper depan pecah di Jalan Reko semasa aku balik training ping pong.
Terima kasih kerana bonggol tinggi di Jalan Reko.

Jumaat, Disember 12, 2014

Beli barangan baby secara online


Ibu muda yang baru mendapat baby pastinya perlukan banyak barangan baby dan sudah semestinya sebahagian besarnya memang perkara yang telah disediakan oleh encik suami.

Pun begitu ibu yang masih pantang perlu membeli banyak benda lagi dari semasa ke semasa. Barangan yang cepat habis seperti lampin, susu, dan pakaian pastinya perlu sentiasa di top up. Jika sang suami sibuk bekerja pastilah keadaan agak kelam kabut juga.

Jadi ada baiknya anda membeli saja secara online sebab ia lebih menjimatkan masa dan juga tenaga. Ia adalah sesuatu pilihan yang terbaik buat ibu yang masih tidak boleh keluar rumah kerana berpantang.

Kini dengan Lazada membeli secara online memang mudah dan seronok. Tambahan pula ada pelbagai barangan dengan jenama terkenal memang banyak di Lazada. Anda hanya perlu masuk ke Lazada dan search kata kunci barang yang anda perlukan. Kemudian anda buat pilihan sendiri barang terbaik yang sesuai dengan bajet anda.

Jika anda masih tercari-cari kedai online yang terbaik, maka inilah jawapannya. Lazada kini adalah antara gedung membeli-belah secara online yang terulung di Malaysia. Sistem pembelian juga adalah sistematik dan selamat. Sistem bayaran dengan PayPal adalah cepat dan selamat.

Untuk ibu muda pastinya Lazada merupakan satu tempat membeli belah yang bakal memuaskan hati anda. Anda tak perlu menyusahkan encik suami. Hanya order dan tunggu saja barang anda sampai ke muka pintu rumah anda!

Jom membeli secara online di Lazada.

Khamis, Disember 11, 2014

Lawan Mr Presiden


Malam jumaat macam ni tak ramai orang datang main ping-pong, tambahan pula ada game bola yang melibatkan pasukan Malaysia.

Jadi aku berpeluang lawan dengan Mr Presiden. Aku kalah tapi sempat curi satu game kira ok la tu. Penat gila sampai rasa nak putus urat kentut.

Lawan otai pun kalah juga yang ini straight set. Otai cakap blade (kayu) aku tak bagus. Nampak gaya kena cari blade baru la kalau nak serius.

Last sekali lawan dengan mamat yang hampir sama gaya main dengan aku. Kalah tipis je sebab aku dah penat sangat (alasan beb).

A very good friday night and good omen for Malaysian Football team who reached final of Suzuki AFF cup after beating Vietnam.



Promosi jualan terhebat

Besok 12/12/2014 ialah tarikh yang istimewa bagi Lazada. Kenapa?

Kerana Lazada akan membuat satu jualan terhebat dengan promosi gila-gila.

Jika anda pernah membeli di Lazada pastinya anda tahu yang ada bermacam benda anda boleh beli dari Lazada. Dari alatan make up hingga aksesori kereta, baju, dan pelbagai lagi barang.

Jadi esok jangan lepaskan peluang kerana Lazada akan membuat jualan dengan kadar diskaun yang sangat menarik.

Saya sendiri pernah beli hand set, kamera dan mainan anak dari Lazada. Khidmat mereka memang pantas, bergantung pada barang apa yang anda beli.

Kamera saya beli dalam 4 hari dah sampai. Mainan lama sikit. Kena tengok barang yang anda beli dari mana.

Sistem pembayaran Lazada adalah selamat keranan mereka menggunakan Paypal di mana sekiranya anda memiliki Paypal anda dah tak perlu beri no kad kredit anda pada Lazada.

Jom membeli belah di Lazada.

Sabtu, Disember 06, 2014

Ikut hati


Kalau ikut hati aku rasa macam nak berhenti kerja. Kemudian jadi seorang penulis. Penulis blog sepenuh masa.

Tapi aku masih berfikir. Adakah ini yang terbaik? Adakah ini takdirku?

Aku hanya seorang insan lemah yang mengharap gaji setiap hujung bulan.

Aku dah penat kerja malam. Aku tak mahu tidur di tempat kerja. Macam malam tadi. Bila tidur sangat susah nak bangun. Poongkodi telefon pun aku tak sedar. Aku tak mahu macam ni.

Kerja di Amkor semakin ketat. Tak boleh main ping-pong waktu malam. Rehat ada masa direkod di gate.

Rumah tak sempat diurus. Semua tergendala.

Jumaat, Disember 05, 2014

Kenapa dengan aku?

Kenapa dengan aku?

Aku kaku berdepan masalah. Aku biar sahaja masalah itu.

Kenapa dengan aku?

Aku perlu buat sesuatu tapi aku tak buat apa-apa.

Aku tension. Aku tertekan. Aku terdesak.

Tapi aku memilih untuk diam dan tidur. Alasan yang sering aku beri ialah penat bekerja. 

Sabtu, November 29, 2014

Tips untuk pesakit asma


Asma adalah satu penyakit biasa yang ramai orang tahu. Rawatan yang biasa untuk asma ialah dengan alat "inhaler" iaitu sejenis gas yang boleh melegakan saluran nafas yang tersumbat. Saya juga ialah seorang pengidap asma. Serangan asma yang teruk pernah berlaku hingga saya terpaksa bernafas dengan mulut umpama ikan yang terdampar di atas darat.

Asma secara mudahnya ialah satu keadaan bila salur nafas menjadi kecil atau tersumbat mengakibatkan pernafasan menjadi sukar atau semput. Serangan asma yang benar-benar serius boleh mengakibatkan kematian akibat sesak nafas sampai ke tahap kritikal di mana oksigen tidak dapat sampai dengan cukup ke otak. Biasanya golongan yang berusia lanjut berisiko tinggi bila serangan asma datang dengan teruk.

Berikut ialah tips untuk pesakit asma.

Jangan mengambil minuman fiber, ia bayak bijiran dan serabut dalam bentuk habuk halus kerana ia akan kembang dalam tekak dan boleh membuat asma menjadi teruk. Ini pernah berlaku kepada saya dan dalam keadaan ini "inhaler" saya yang biasa seolah-olah langsung tak boleh jalan walau berkali-kali saya pam.

Jangan sesekali ambil gula-gula getah "chewing gum" kerana ia mengandungi aspartam. Aspartam? Apa benda aspartam tu? Aspartam ialah nama panggilan gula tiruan. Aspartam 200 kali lebih manis dari gula. Maka ia banyak digunakan sebagai pemanis gula-gula getah kerana kos dan kesan manis yang kuat.

Kenapa aspartam bahaya? Ia kerana bahan untuk membuat aspartam itu sendiri. Aspartam dibuat oleh syarikat Searle dari US yang mana kepentingannya di pegang oleh Donald Rumsfeld, bekas setiausaha Pentagon pada zaman US menakluk Iraq lalu membunuh Presiden Saddam Hussein. Donald Rumsfeld menggunakan kuasa politik beliau untuk meluluskan aspartam walaupun FDA mengharamkan aspartam pada mulanya.

Aspartam adalah sejenis asid aspartik yang mana bila masuk ke tubuh  akan terurai menjadi methanol atau nama kampungnya cuka kayu. Methanol kalau di kilang adalah bahan pencuci besi nombor satu. Malah apa saja yang kotor methanol lah bahan paling mujarab. Methanol boleh mengakibatkan kerosakan salur darah, buta dan kerosakan saraf otak.

Methanol adalah bahan kimia merbahaya bagi manusia dan ia bukan bahan makanan. Aspartam juga ada digunakan dalam Coke dan Pepsi edisi Light atau Diet. Gula tiruan seperti Equal adalah merbahaya kerana adanya bahan aspartam jadi jangan guna gula tiruan kerana alasan diet. Banyak pesakit kencing manis yang ambil gula tiruan kerana menyangka ia adalah langkah mengurangkan gula tanpa sedar bahaya aspartam.

Cubalah berubat cara kampung, kerana ubat hospital akan memberi kesan sampingan kepada budak kecil dengan kesan tubuh menggigil. Ubat hospital secara umumnya adalah berasaskan dadah.

Ini pula tips yang orang cerita, tapi saya sendiri tak tahu dan tak pernah buat. Tak tahu pula kebenarannya. Ubat gaya kampung untuk asma ialah lendir belut yang masih hidup. Ambil lendir itu dan terus makan. Boleh ambil dengan roti jika anda geli.

Madu asli baik untuk hilangkan kahak. Cuba amalkan madu asli dengan limau nipis setiap pagi.

Air kelapa muda yang asli juga baik untuk melancarkan nafas kerana ia menghapuskan kahak.

Pemakanan tambahan produk CNI adalah bagus untuk menambah oksigen. Produk yang dimaksudkan ialah DMG. Royal Jelly pula bagus untuk menghilangkan batuk. Saya dulu pernah amalkan ubat kordisep organik keluaran Cosway pun ok juga.

Jagalah kesihatan secara keseluruhan, emosi, mental dan fizikal. Seksanya sakit asma hanya pesakit asma yang tahu. Tips di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai pesakit asma. Sila berjumpa doktor professional untuk mendapat nasihat lebih lengkap dan yang sewajarnya.

Sila share agar anda boleh membantu pesakit asma mendapat informasi.

Jumaat, November 28, 2014

Malam ni dah start berlatih


Badan masih menggigil kesan ubat tapi aku dah mula berlatih malam ni. Tak sangka pulak jumpa geng friendly dengan Shurhazli yang dari Andalas, Klang. Sebelum tu petang aku dah pergi IOI City dan kemudian Maha.

Aku bersyukur. Rasa macam nak bayar jer setiap sedut oksigen yang aku sedut. Bagi pesakit asma sepertiku, setiap nafas sangat nikmat, sangat berharga.

Aku cuma mampu bertasbih, bertahmid dan bertakbir sedaya mungkin.

Rabu, November 26, 2014

Asma di tempat kerja

Entah kenapa aku gagahkan jugak pergi kerja walaupun satu malam aku asma teruk. Sampai di tol telok aku hampir pengsan (serius, setengah mati bila nak bernafas). Bila reda aku masuk kerja walau lewat pukul 7.30.

Aku cuba buat kerja tapi nafas dah tercungap. Nak bercakap pun tak boleh. Bila bernafas aku kena buka mulut luas-luas. Lepas rehat pagi rupanya ada orang perasan dan beritahu line leader. So dia suruh aku pergi klinik.

Kat klinik aku diberi oksigen. Lepas tu pegawai tu suruh aku berehat kat bilik yang dia bawa. Ada katil. So aku pun tidur la selepas dekat dua malam aku tak tidor!

Dalam pukul 2 dia kejut aku, suruh pergi makan. Lepas makan aku lepak bilik restroom sampai balik pukul 7 lebih petangnya.

Selasa, November 25, 2014

Serangan asma yang teruk


Aku diserang asma. Agak teruk juga. Satu malam tak boleh tidur. Hampir ke subuh baru terlelap. Itu pun dalam keadaan duduk dan sekejap saja.

Entah apa yang aku silap makan. Malam tadi ada akan jeruk pelam sikit. Lepas tu minum air fiber. Mungkin tak serasi.

Air tu beli petang tu masa pergi MAHA. Sebelum sampai MAHA ada cerita.

Kereta aku kena hentam dari belakang oleh sebuah Proton Wira. Slow je tapi jatuh la gak bumper belakang dan nombor plete pun hancur. Kereta Wira tu lagi teruk. Bonet kemek dan cermin pecah. Kuat gak kereta aku. Tapi Wira tu berhenti kejap je, kemudian belah tanpa bercakap dengan aku. Aku pun tak mau cerita banyak. Redha je lah.

So hari ni dah nak masuk Zohor aku masih semput. Harap petang ni reda sebab malam ni aku nak training.

Petang asma belum reda. Makin teruk. Lepas mandi aku sesak nafas gila-gila hingga aku rasa tak mampu nak sembayang Maghrib.

Mujur lepas sembahyang Linda jumpa inhaler yang baru dan gasnya masih penuh. Aku cuma berehat, ping-pong memang tak boleh, nak pergi klinik pun aku tak larat. Aku cuba berehat tapi seluruh tubuh memang sakit lagi.

Jumaat, November 21, 2014

Kadar broadband internet prepaid Maxis lawan Celcom



Maxis atau Celcom pilihan anda?

Maxis dan Celcom adalah 2 syarikat gergasi telekom yang hebat bersaing di Malaysia. Kedua-dua syarikat ini adalah peneraju bidang komunikasi mudah alih di Malaysia. Kedua mereka cukup gah dengan liputan yang meluas dan dipercayai oleh orang ramai.

Yang mana satu pilihan anda? Siapakah yang memberi tawaran data broadband yang lebih murah? Pakej manakah yang lebih berbaloi untuk anda beli? Yang mana pilihan anda?

Celcom memiliki Ketua Pegawai Eksekutif anak melayu iaitu Dato Shazalli Ramly. Celcom telah bermula lebih awal seawal 1988 kerana Celcom adalah anak syarikat Telekom Malaysia yang berupa syarikat swasta dengan hubungan kerajaan.

Maxis pula yang muncul selepas itu mula menyaingi dan merampas kadar saham market pasaran telekomunikasi. Maxis kini diketuai oleh CEO luar negara bernama Morten Lundal. Dato Mokhzani Mahathir pula adalah salah seorang ahli lembaga pengarah Maxis. Maxis telah bermula seawal 1995.

Syarikat lain pula yang muncul selepas itu seperti  Digi, U mobile, P1, yes dan banyak lagi mula berusaha mencari pelanggan. Namun yang tetap popular masih lagi Maxis atau Celcom. Maxis perlu kreatif dan berusaha keras kerana Maxis tidak ada back up kuat seperti Celcom.

Jadi broadband prepaid maxisatau Celcom yang paling berbaloi.
Jawapan

Celcom prepaid paling murah ialah RM5 untuk 500 MB data selama satu hari.

Maxis prepaid paling murah ialah RM3 untuk 150MB+100 MB data selama satu hari + chat sosial tanpa had selagi pas aktif.

Celcom nampak straight forward terus kepada point iaitu RM5 dapat 500 MB.
Maxis pula nampak cuba beri gula-gula dan ayat nampak panjang dan pelanggan sukar faham.

Dalam kes ini, mereka tak lari jauh, cuma Celcom sedikit murah tawarannya kalau kita kira data bagi setiap ringgit. Kalau kira bajet murah Maxis menang sebab RM3 dah boleh berinternet seharian.

Maxis sebenarnya ada pakej RM5 dapat 500MB tetapi diletakkan pada kategori monster byte, (kategori special) yang offer katanya.

Celcom rileks jer RM5 dapat 500 MB data.

Rabu, November 19, 2014

Training update


Aku antara orang terawal datang. Bila aku sampai Mr President dah ada kat motor dia layan hisap rokok. Sembang kejap dan terus buat kerja ( alih dan angkat meja) bila Ijad sampai.

So malam tadi first time lawan dengan Mr President. Sebelum ni sempat stroke sikit-sikit je.
Mr President pakai getah pimple untuk back hand. So aku dah ok layan getah pimple. Jadi boleh fight jugak la dengan Mr President. Kalah tipis je.

Sebelum main dengan Mr President aku lawan dengan seorang mamat ni budak Kelantan. Dia main spin. Spin dia bagus. Cuma control dia agak lemah. So bila aku chop dia agak struggle nak spin. So aku punya chop dah agak stabil. Dipendekkan cerita budak Kelantan ni kalah dengan aku.

Lepas ni aku nak try lawan Ijad pulak. Ijad bila nak lawan aku?

Selasa, November 18, 2014

Malam tadi punya hal


Kalau anda pernah baca blog ni sebelum ni pastinya anda tahu yang saya ni ada penyakit asma. So malam tadi balik kerja shift 12 jam badan agak penat. So berehat je lepas makan dan main game FIFA 14 kejap. Batuk dah reda sikit tapi tekak ada lagi gatal dan lendir dalam tekak pun ada sikit.

Sebelum tidur saya ambil 4 biji pil minyak kelapa dara. Nak ambil pil kordisep tak jumpa pulak. So abaikan je.

Alhamdulillah tidurnya lena. Tak ada serangan asma.

Esoknya dalam waktu subuh, saya tersedar. Agak terkejut. Rasa agak sakit di bahagian alat sulit. Rupanya ia tegak semacam. Agak luarbiasa. Power gak rupanya minyak kelapa dara ni. Nasihat saya pada lelaki yang ada masalah batin, tak payah la cari kopi tongkat atau pil apa bagai, cuba je cari yang tradisional seperti minyak kelapa dara ni. Tak ada dadah dan semulajadi sumber dia.

Umur saya 36, anak  ada 2 orang. Dulu masa bujang tak ada penyakit lelah ni (asma). Agaknya masa muda saya tak jaga makan. Dah tua-tua ni kena la beringat. Jangan makan chewing gum sebab dia ada aspartam. Aspartam nama untuk gula tiruan. Ia dibuat dari methanol. Nama kampung dia cuka kayu. Kalau makan benda ni memang la kena penyakit. Nasihat la kat anak buah anda dan sebarkan maklumat ni.

So hari ni cuti tapi sepatutunya kena pergi Amkor ada training dari Training department, pun abaikan jugak.

Ingat nak berehat jer, malam ni kena datang awal sikit kelab ping-pong sebab nak tolong Mr presiden angkat meja dari pentas. Hari tu simpan sebab ada kejohanan teakwondo.

Untuk hari ni saya nak kongsi 5 perkara yang dilaporkan oleh pekerja hospice (orang yang jaga kes2 nazak) tentang 5 kekesalan semasa hampir mati, kalaulah masa boleh diputar semula saya akan............

1. Saya AKAN penuhi impian (mimpi ) saya bukannya impian orang sekeliling saya.....

2. Saya TIDAK akan bekerja terlalu kuat sehingga tak sempat tengok anak membesar....

3. Saya akan punya KEBERANIAN untuk meluahkan perasaan sebenar saya.....

4. Saya TIDAK akan abaikan kawan-kawan lama saya ........

5. Saya akan MEMILIH untuk bahagia dan gembira daripada hidup selesa dalam dunia saya yang         (kononnya) selamat dan terjamin.

Isnin, November 17, 2014

Jawapan yang tepat


Hari ni sarapan pagi dengan Ijan dan Rasyid. Ijan cakap dengan Rasyid, " DD7 dah nak tutup boleh la ambik Sadli masuk IC. " IC ialah department lama saya.

Jawab Rasyid, "tak payah, nanti semua tak ada kat line!"

Fauzi yang ada kat sini mulanya diam tapi dia akhirnya berkata "jawapan yang tepat."

Begitulah reputasiku di Amkor. Hu hu.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.