Maxis atau Celcom pilihan anda?
Maxis dan Celcom adalah 2 syarikat gergasi telekom yang hebat bersaing di Malaysia. Kedua-dua syarikat ini adalah peneraju bidang komunikasi mudah alih di Malaysia. Kedua mereka cukup gah dengan liputan yang meluas dan dipercayai oleh orang ramai.
Yang mana satu pilihan anda? Siapakah yang memberi tawaran data broadband yang lebih murah? Pakej manakah yang lebih berbaloi untuk anda beli? Yang mana pilihan anda?
Celcom memiliki Ketua Pegawai Eksekutif anak melayu iaitu Dato Shazalli Ramly. Celcom telah bermula lebih awal seawal 1988 kerana Celcom adalah anak syarikat Telekom Malaysia yang berupa syarikat swasta dengan hubungan kerajaan.
Maxis pula yang muncul selepas itu mula menyaingi dan merampas kadar saham market pasaran telekomunikasi. Maxis kini diketuai oleh CEO luar negara bernama Morten Lundal. Dato Mokhzani Mahathir pula adalah salah seorang ahli lembaga pengarah Maxis. Maxis telah bermula seawal 1995.
Syarikat lain pula yang muncul selepas itu seperti Digi, U mobile, P1, yes dan banyak lagi mula berusaha mencari pelanggan. Namun yang tetap popular masih lagi Maxis atau Celcom. Maxis perlu kreatif dan berusaha keras kerana Maxis tidak ada back up kuat seperti Celcom.
Jadi broadband prepaid maxisatau Celcom yang paling berbaloi.
Jawapan
Celcom prepaid paling murah ialah RM5 untuk 500 MB data selama satu hari.
Maxis prepaid paling murah ialah RM3 untuk 150MB+100 MB data selama satu hari + chat sosial tanpa had selagi pas aktif.
Celcom nampak straight forward terus kepada point iaitu RM5 dapat 500 MB.
Maxis pula nampak cuba beri gula-gula dan ayat nampak panjang dan pelanggan sukar faham.
Dalam kes ini, mereka tak lari jauh, cuma Celcom sedikit murah tawarannya kalau kita kira data bagi setiap ringgit. Kalau kira bajet murah Maxis menang sebab RM3 dah boleh berinternet seharian.
Maxis sebenarnya ada pakej RM5 dapat 500MB tetapi diletakkan pada kategori monster byte, (kategori special) yang offer katanya.
Celcom rileks jer RM5 dapat 500 MB data.