Sekiranya anda mencari emas terbaik di Malaysia, apa kata anda teliti jawapan saya. Kenapa saya katakan Public Gold adalah platform pelaburan emas terbaik di Malaysia?
Membeli emas sewajibnya anda perlu mencari syarikat yang betul sebabnya, kalau salah beli emas rendah kualiti atau lebih malang lagi emas palsu memang menangis tak berlagu lah jawabnya. Macam-macam masalah seperti susah jual balik, kedai emas tak percaya dan sebagainya.
Di sinilah tampilnya syarikat Public Gold.
Public Gold adalah syarikat menjual emas fizikal antara yang terbesar di malaysia dengan 18 cawangan dan sedang berkembang dengan amat pesat semenjak mula beroperasi pada 2008. Dengan cawangan yang banyak, anda mempunyai lebih fleksibiliti dalam urusan jual beli emas. Bukan sahaja emas, Public Gold juga menjual perak, barang kemas dan emas peringatan. Public Gold juga bersedia membeli emas-emas lama milik anda.
Sekarang zaman internet. Kredibiliti sesuatu syarikat boleh dinilai dengan agak mudah dengan hanya melihat sendiri website mereka. Public Gold menjual emas dengan telus di mana harga emas fizikal LBMA dimuat naik serta berubah pada setiap 20 minit. Harga ini adalah disandarkan pada harga emas spot sedunia yang bergerak 24 jam setiap hari bila market dibuka.
Public Gold menjalankan perniagaan dengan rakan perniagaan yang ternama. Rakan yang saya maksudkan itu ialah Pos Arrahnu. Ini menjadikan proses memajak emas jenama Public Gold menjadi mudah. Untuk makluman, Pos Arrahnu menerima pajakan jongkong emas daripada dua syarikat sahaja dan salah satunya ialah Public Gold.
Public Gold mempunyai sistem jual-beli emas secara online, sistem "lock harga". Emas tidak dipos tetapi perlu diambil sendiri, cuma proses membeli boleh dibuat terlebih dahulu secara online dan rekod akan disimpan di dalam akaun GAP anda. Semua pembeli emas Public Gold mestilah mendaftar sebelum membeli emas. Membeli emas pada harga terbaik adalah semudah membeli secara online sahaja.
Dengan status emas LBMA, emas ini mudah dipajak atau dijual di mana-mana kedai emas di seluruh dunia tanpa perlu membuka "seal". Berbeza dengan emas barang kemas, emas LBMA Public Gold adalah bebas dari GST kerana ia dikategorikan sebagai jongkong emas pelaburan.
Sistem jual dan beli dipaparkan secara telus setiap hari. Sistem pembelian melalui program GAP membolehkan mereka yang bermodal kecil membeli emas dengan serendah 1 gram sahaja.
Terdapat pelbagai rekaan corak kad emas yang menarik bermula dari seberat 0.5 gram, 1 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram, 500 gram serta 1000 gram.
Public Gold adalah syarikat emas yang dipilih untuk menempa emas peringatan pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia. Itulah bukti jitu prestij syarikat emas Public Gold.
Pada hemat saya dan pengalaman sendiri, Public Gold adalah yang terbaik kerana bila anda membeli emas, anda bukan sahaja dapat emas, tapi yang lebih mustahak ialah anda bakal mendapat ilmu dan kenalan serta persahabatan yang berkekalan.
Bila anda membeli emas, anda hanyalah menukar duit kertas kepada aset yang lebih baik, tahan inflasi dan bebas dari manipulasi pihak luar. Kekayaan terletak di tangan anda. Siapa simpan emas dia menyimpan dari kebocoran harta.
Itulah Public Gold yang saya kenal.
Nak beli emas Public Gold? Register sini
REGISTER
Whatsapp saya 012-9108905 selepas register.