Saya kongsikan sedikit tips mudah untuk menjana keuntungan dengan pelaburan emas public Gold.
Cuba tengok harga kat atas ni GAP satu gram 183 kan?
Malam tadi saya sudah "borong" emas dengan agak banyak pada harga GAP satu gram 181.
Masa saya beli tu saya sudah dapat pastikan dengan hampir 100 percent yang harga akan naik esoknya (hari ini). Cuba tengok post saya semalam.
Tips dia mudah saja.
Dalam keadaan biasa, harga GAP akan berubah sekali sahaja iaitu pada pukul 12 malam setiap hari. Jadi harga GAP ni boleh diteka dengan mudah kerana harga sebenar emas bergerak 24 jam.
Apa yang anda perlu buat ialah cuma rujuk harga LBMA Gold Bar/Wafer (24k) yang mana harga bahagian ini berubah setiap 20 minit. Dengan kata lain, pergerakan harga LBMA adalah petunjuk yang lebih hampir kepada harga sebenar emas spot sedunia.
Contohnya harga LBMA 10 gram malam tadi ialah RM 1827 . Jadi kalau GAP 181 darab 10 menjadi 1810. Untuk seiring dengan harga emas semasa GAP perlu menjadi 183 supaya lebih hampir, bila 183 darab 10 barulah hampir dengan harga LBMA 10 gram tadi.
Pagi ini bila saya semak GAP maka betul lah jangkaan saya dan saya tak terkejut atau hairan.
Disclaimer: Dalam keadaan "abnormal market" harga GAP berubah lebih dari sekali sehari. Mengikut pengalaman saya perkara ini pernah berlaku semasa kes undian Brexit dan kes pemilihan president US baru-baru ini. Dalam kedua-dua kes, keputusan luar jangka berlaku dan market huru-hara dan harga emas melonjak naik secara luar biasa.