Sabtu, Disember 29, 2012

Panduan berniaga secara online


Anda memiliki komputer dan internet? Mahu berniaga secara online? Inginkan panduan? 

Syukurlah, anda kini berada di landasan yang tepat. Perniagaan online adalah peluang hebat kerana ia memberi kebebasan kerja tanpa batas geografi. Sambil jaga baby pun boleh berniaga! Berada di ceruk kampung di Kelantan pun tak ada masalah, selagi ada internat (saya orang Kelantan). Tentulah ia sangat bagus kan? Tak hairanlah ramai orang ingin berniaga online.

Jom kita tengok peluang berniaga online yang ada di Malaysia. Tahap penembusan internet di Malaysia sememangnya tinggi. Untuk berjaya perlu ada sikap yang bagus. Tak semestinya kena ada degree komputer sains baru boleh berniaga online. Sekarang dah senang, banyak yang boleh kita buat, tapi anda kena bijak memilih syarikat yang mantap untuk disertai.

Kalau nak berniaga secara online kena cari syarikat yang mempunyai sistem yang bagus dan kukuh dari segi aktiviti niaga. Barang perlu mantap dan pasaran permintaan perlu terjamin. Jangan cari syarikat yang hanya panas sekejap jual gila-gila tapi lepas tu dah tak ada permintaan. 

Contohnya seperti syarikat Bio Asli. Anda boleh join mereka dan jual produk mereka. Saya sendiri dah join dan berniaga dengan Bio-Asli sejak dari 2007 sehingga kini masih lagi produk mereka mendapat permintaaan. 

Mereka memiliki sistem yang bagus untuk berniaga secara online. Mereka menggunakan sistem urusan e-wallet untuk urusan transaksi keluar masuk duit anda. Anda boleh beli barang dan topup kredit handset anda terus dengan e-wallet anda. Anda boleh jual barang dan juga jual kredit topup kalau anda mahu.  

Mereka akan berikan anda website duplicate. Jadi hal buat website atau design website dah selesai, tak perlu pening. Anda juga tak perlu fikir hal-hal seperti sewa kedai, simpan stok dan sebagainya. Hal-hal seperti lesen berniaga pun anda tak perlu risau lagi.

Anda cuma perlu rajin buat promosi atau marketing. Dengan sistem ini, siapa rajin berusaha dia yang untung. Siapa kerja keras dialah yang kaya.

Anda cari orang bawah dengan guna website itu. Orang bawah anda akan buat hal (perkara) yang sama. Semua orang memiliki laman web yang serupa dengan identiti masing-masing.

Setiap jualan anda akan dapat komisyen. Jika anda ada ramai downline maka banyaklah pendapatan anda. Margin untung juga tinggi, sekitar Rm20 bagi setiap produk yang terjual, bergantung pada produk apa yang anda jual. Itu belum kira bonus.

Sistem mereka jelas. Pengiraan bonus adalah berkomputer. Anda boleh claim duit komisyen terus ke akaun CIMB atau Maybank  anda. Kalau anda biarkan dalam e-wallet, anda boleh gunakan untuk pembelian barang.

Semuanya dilakukan secara online. Tak ada meeting motivasi berapi yang basi. Kalau MLM biasa, anda kena jumpa orang secara direct face to face, dan promote gila2 baru orang masuk, itu pun sebab kesian. Kalau yang ini semua guna internet secara online. Tak perlu ke hulu ke hilir dari Klang sampai Banting, dari Kajang sampai Nilai.

Barang yang di jual adalah barang nyata dan wujud. Barang panas yang berkualiti. Barang kesihatan yang sentiasa ada permintaan. 
Tiada unsur penipuan, paksaan atau penindasan.

Anda mampu menjual ke serata Malaysia bahkan dunia.
Urusan POS barang adalah diuruskan oleh syarikat. Anda tak perlu pening bungkus barang atau beratur di pejabat POS beli setem. Semua itu syarikat yang buat. Yang anda kena buat? Cari customer. Key in data.

Itu saja.
Kalau nak berniaga online Bio Asli adalah jawapan terbaik.
Cubalah.

Masuk ahli adalah percuma.

Selasa, Disember 25, 2012

Bukan senang mahu senang - kaya


Semua orang mahu jadi kaya. Nak jadi kaya bukan senang. Kena usaha dengan penuh disiplin. Kena labur masa dan tenaga yang tak terhingga. Kena tahan perasaan bila rasa nak menambah hutang. Bukan masalah duit, tapi masalah hukum. Hutang maknanya riba. Maka apakah mahu terlibat?

Perjalanan hidup bukan mudah. Ia penuh ujian. Ramai juga yang putus asa bila cubaan datang melanda. Begitu jualah dengan diriku ini. Perasaan sayu menimpa diri bila mengenang kereta Wira yang berusia 16 tahun. Dengan bunyi macam-macam keluar. Entah sampai bila kereta ini akan terus berbakti kepadaku. Aku sendiri pun tak tahu. Mungkinkah 4 ke 5 tahun lagi?

Malam tadi aku kerja dalam keadaan diri yang tak berapa sihat. Bersin bertalu-talu hingga aku terpaksa menyorok kerana malu. Balik kerja pula mengantuk yang amat sangat. Siap berhenti dulu kat hentian Air Hitam untuk tidur sekejap. Itulah kerja, sehingga tak ada masa nak jaga kesihatan. Kesihatan terabai semata-mata kerana duit? Berbaloikah?

Pun begitu aku hanya mampu terus berusaha. Itu sahaja pilihan yang aku ada. Aku harap perniagaan akan terus maju.

Isnin, Disember 24, 2012

Peluang tambah pendapatan


Siapa mahu tambah pendapatan melalui perniagaan online? Berniaga secara santai dari rumah. Tapi lumayan jika anda betul-betul serius. Ini peluang baik untuk tambah pendapatan. Tak perlu berhenti kerja. Buat secara part-time pun dah cukup lumayan.

Adakah anda suri rumah, pesara, pekerja biasa, pelajar? Jom sertai saya tambah pendapatan melalui konsep perniagaan halal yang ada produk secara jelas. Syarikat ini bukan menjual harapan tapi jual barang yang nyata dan wujud. Barang kecantikan dan kesihatan yang bernilai tinggi.

Sertailah syarikat bumiputra BIO-ASLI.

Kelebihan syarikat ini:

Modal rendah
Tak perlu simpan stok
Tak perlu mohon lesen
Pasaran meluas serata dunia
Potensi tinggi
Konsep perniagaan online tapi..
tak perlu buang duit belajar dengan Irfan Khairi kat hotel mewah.

Mari kita sama-sama berusaha menambah pendapatan. Ini adalah sekadar perkongsian dari saya. Susah kalau hari ini dan zaman ini kalau tak ada pendapatan tambahan. Harga barang semua mahal. Rumah mahal, minyak mahal, dan segala benda pun mahal. Kalau gaji 2 ribu dengan anak 2 orang, sekadar cukup makan. 

Bukan saya nak rendahkan sesiapa, tapi itulah hakikat hidup hari ini. Kalau anda ada komputer dan internet mari kita buat sama-sama perniagaan halal ini demi menambah pendapatan.  

Ahad, Disember 23, 2012

Berniaga secara online: peluang kini terbuka.

     
Adakah anda mahu berniaga secara online? Kalau itu kemahuan anda, teruskan membaca.

Kini peluang untuk berniaga online terbuka luas. Kadar penembusan pengunaan internet di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asia. Semua orang Malaysia secara amnya dah pandai guna internet. Tok batin kat rumah panjang di Sabah Sarawak pun dah ada sambungan internet dari satellit. Kos internet di Malaysia juga agak sederhana dan mampu dimiliki oleh orang ramai.

Rakyat Malaysia agak bertuah kerana dapat mengecap nikmat keamanan dan kestabilan, pun begitu keadaan hidup di Malaysia agak mendesak juga dari segi kewangan. Malah ramai juga yang bankrap kerana salah mengurus wang. Jadi kalau nak senang sikit kenalah usaha cari duit. Kena pandai berniaga secara online. Kalau pandai anda untung sebab modalnya kecil. Usahanya guna otak, tak perlu guna tenaga berat.

Untuk hidup selesa di Malaysia anda perlu berusaha keras. Harga rumah pun boleh tahan juga kalau hidup di bandar-bandar besar. KL, JB serta P.Pinang antara bandar besar yang mahal kos hidupnya. Kalau anda bermimpi nak beli rumah sederhana (4 bilik) di kawasan itu, sediakanlah duit dalam sekitar RM500 ribu ke atas. Ada? 50 ribu pun belum tentu kan, inikan pula 500 ribu.

Kalau tak ada duit, jomlah kita berniaga untuk cari duit. Macam mana nak berniaga secara online? Mudah saja. Anda kena ada barang yang nak dijual. Tak ada barang? Jangan risau. Kalau anda tak ada barang anda boleh jual barang orang lain dengan untung yang banyak juga. Macam mana? Ini yang saya buat. Inilah syarikat yang memberi saya peluang berniaga secara online. Anda pun boleh buat juga. 

Saya dah nak masuk 35 tapi belum ada rumah sendiri. Bila orang tanya kenapa tak beli rumah, saya jawab saya tak cukup duit lagi. Ya saya tak cukup duit lagi. Saya mahu beli dengan duit CASH.    

Sabtu, Disember 22, 2012

Peluang berniaga online


Adakah anda sedang mencari peluang berniaga secara online? 

Jika jawabnya ya maka saya ingin berkongsi peluang berniaga online yang realistik. 

Peluang ini ialah dengan berniaga bersama syarikat bioasli. Saya sendiri telah berniaga online dengan bioasli sejak 2007 lagi sehingga sekarang...2017 masih berniaga.

Apa yang anda perlu buat ialah menjadi ahli dan anda akan dapat menjual produk bioasli dengan sedikit untung runcit. 

Mungkin kita akan ada rasa sedikit ragu-ragu. Boleh ke aku buat? Boleh ke berjaya? Berbaloikah? 
   
Bioasli ada banyak produk hangat yang memang sesuai buat jualan secara online.

Tahukah anda berniaga online bukan senang? Kena sediakan bahan jualan, kena cari customer, bungkus barang, pos barang, dan memeriksa akaun bank?

Sebab itu anda kena bersama bioasli. Bioasli akan memudahkan semua kepayahan di atas.

Apa yang anda perlu buat ialah menjual barang bioasli. Cari customer, isikan data, yang lain syarikat uruskan.

Anda masih keliru?  

Kita berniaga online memang telus dan jelas. Kita jual barang. Jual kepada orang. Jual secara online. Orang beli kita untung.

Kita bukan syarikat melabur skim cepat miskin yang masuk minggu ni bayar 1000 minggu depan sudah dapat 4000. Jual barang apa pun tak tahu. Kita bukan seperti itu. Kita jual barang.

Saya sendiri sudah jadi usahawan Bio-Asli sejak tahun 2007.

Kalau anda berminat sila layari laman web kami di www.bioasli.com

Jumaat, Disember 21, 2012

Berniaga dari rumah secara online


Jom kita berniaga dari rumah secara online. 9 per 10 rezeki datang dari perniagaan. Maka tak hairanlah bila ramai orang mahu berniaga, tapi sampai ke mana? Berniaga ni bukan senang. Berniaga bukan benda mudah. Sebab tu orang berniaga kita panggil usahawan. Berniaga kena usaha. Berniaga banyak cabaran, berniaga penuh dengan risiko. Sebab tu bukan semua orang berani berniaga.  

Tengok saja berapa ramai orang makan gaji vs berniaga. Tengok keliling anda. Saya ambil diri sendiri sebagai contoh. Saya ada 10 beradik. 5 dah kerja. SEMUA mereka (termasuk saya) makan gaji. Cuma saya ni ada la berniaga sikit-sikit. Saya berniaga dari rumah je secara online. Hasilnya sekarang ni agak lumayan.

Gaji saya saya tak banyak usik sebab saya banyak guna duit hasil jualan saya. Bahkan duit bonus saya pun saya tak usik. Saya banyak menyimpan duit. Saya simpan di ASB. Nak tahu berapa? Tak la banyak sangat. Dalam usia saya yang nak masuk 35, saya ada sedikit simpanan ASB sebanyak RM 13500. Saya juga tak ada hutang rumah, tak ada hutang kereta dan juga tak ada hutang kad kredit. Tiap-tiap bulan saya tak ada beban hutang. 

Saya tak beli rumah sebab saya duduk rumah kuarters guru. Saya pakai kereta Wira tahun 1997. Kereta ni masih OK je walaupun tak boleh pasang air-cond. Tak apalah kurang selesa sikit asalkan duit simpanan banyak, hutang tak ada, kepala tak pening. Pakai Alphard pun buat apa kalau asyik fikir hutang je. Tak tahulah, bagi saya itu bukan satu masalah, cuma soal hukum yang jadi masalah sebab hutang bank ni ada riba. Riba tu haram. Dosa makan riba dan beri riba ni besar sangat. Kalau tak percaya sila baca quran (dengan iman).   

Alhamdulillah rezeki saya tak pernah putus sejak berniaga online. Ini semua berkat berniaga dari rumah secara konsisten dan jujur. Saya masih kerja makan gaji. Tapi saya ada rancangan mahu berhenti sekitar usia 45. Saya tak mahu makan gaji sampai pencen. Penat dan menyedihkan. Anda sendiri tahu kenapa kan?

Khamis, Ogos 02, 2012

Perniagaan Internet


Kita sekarang sudah berada di tahun 2012, zaman internet dan IT. Internet bukan lagi suatu teknologi asing bagi rakyat Malaysia. Sejajar dengan itu, kesedaran untuk memulakan perniagaan internet juga semakin bertambah dalam kalangan golongan sederhana yang masih bekerja demi menyara keluarga dan juga mengatasi peningkatan kos sara hidup yang makin tinggi. Keadaan semakin mendesak jika hanya bergantung kepada gaji bulanan yang kadangkala habis belum pun sampai setengah bulan. Saban tahun pula ada sahaja berita kenaikan harga barang itu dan ini. Memulakan perniagaan internet adalah suatu langkah bijak menambah pendapatan. Mana tahu, dari kecil-kecilan anda mampu berniaga secara sepenuh masa dan berhenti kerja makan gaji.

Kelebihan utama perniagaan internet ialah sifatnya yang fleksible atau tiada ikatan batas tempat. Tak kira anda berada di mana sekalipun, selagi ada komputer dan internet, selagi itulah anda boleh bekerja. Ia juga bersifat mudah sedikit kerana tidak memerlukan ruang bangunan besar serba canggih, tidak perlu sewa stor penyimpanan, tidak perlukan kos buruh yang atau pekerja yang ramai, tidak perlu bahan mentah yang rumit, dan sebagainya. Apa yang perlu ialah ilmu, semangat dan kemahuan untuk berjaya. Ia adalah suatu persaingan yang adil untuk semua orang.  

Jika anda pernah terniat atau terfikir untuk mencari pendapatan sampingan melalui perniagaan internet yang anda mampu kendalikan sendiri samada secara separuh masa (part-time) atau secara serius, maka laman ini akan memberi panduan dan idea terbaik secara asas demi membantu anda mengorak langkah menuju ke arah menjana pendapatan melalui perniagaan internet. Setiap apa yang disampaikan adalah berdasarkan pengalaman dan apa yang penulis sendiri telah belajar dalam proses membina perniagaan di internet.

#1- Persediaan fizikal asas - Sebelum memulakan perniagaan internet anda perlulah menyediakan perkara asas yang perlu seperti sebuah komputer riba (atau komputer meja) yang baik serta talian internet yang stabil. Tidak perlu yang paling mahal dan berjenama, cukup sekadar ianya membolehkan anda melakukan transaksi secara lancar dan tidak tersekat-sekat. Anda juga perlu tahu apa matlamat anda, memiliki azam yang jitu, serta semangat yang membara agar usaha anda tidak berkubur cepat dengan sedikit halangan. Ia penting agar ada tidak hanyut atau leka dengan perkara yang remeh-temeh seperti melayan laman sosial facebook atau melayari laman web berlibur tanpa membuat usaha melakukan perniagaan internet. Akibatnya masa terbuang namun usaha perniagaan entah di mana. Tanpa kesugguhan dan ketabahan, agak sukar untuk berjaya dalam perniagaan internet.

#2- Ilmu perniagaan internet - Ya, anda perlu ada asas ilmu pemasaran, ekonomi, teknologi dan juga pengetahuan tentang barangan yang anda ingin jual. Bukanlah anda perlu jadi pakar komputer seperti Bill Gates, tapi anda perlu ada sedikit asas dan juga tahu selok-belok mudah membuat blog, mencari pasaran, membuat post yang bagus, serta tahu tempat yang betul untuk merujuk jika anda mengalami jalan buntu.

Asas ilmu untuk mencipta blog dengan SEO mantap agar blog anda mendapat rangking yang tinggi di Google adalah penting juga kerana ianya bakal memberikan anda aliran pelawat yang berkualiti dan bakal menjadi pelanggan anda.

Penguasaan bahasa Inggeris adalah amat mustahak. Ia membantu anda membuat dan membaca blog yang bertaraf dunia. Bahasa-bahasa utama dunia yang lain amat penting juga  seperti bahasa Cina atau Arab. Dengan skill bahasa ini, kalau lah anda tak mampu menjual dengan baik, anda setidaknya boleh menjadi penterjemah atau penulis upahan seumpama di helium.com, itupun sudah menjaminkan sedikit hasil kepada anda.  

Carilah mentor yang telah berjaya yang banyak di Malaysia ini. Laburlah duit sedikit untuk belajar jika anda rasakan perlu. Banyak kursus pendek ada di negara kita terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Subang. Carilah kursus yang sesuai dengan tahap kemampuan anda dari segi kewangan dan juga kefahaman.

#3- Mentor yang mantap - Mentor atau guru yang baik adalah  penting agar anda berusaha atas landasan yang betul. Banyak mentor yang bagus dalam bidang perniagaan internet di Malaysia seperti Irfan Khairi atau Fione Tan, sekadar menyebut beberapa nama. Anda boleh juga belajar secara maya dari blogger-blogger ternama bertaraf dunia seperti Pat Flynn, Steve Pavlina, Darren Rowse, Corbett Barr dan ramai lagi.          

Mentor yang baik akan mempercepatkan proses kejayaan anda kerana anda boleh belajar terus pengalaman mereka. Apa yang mereka buat yang betul anda terus saja buat. Apa yang mereka silap anda jadikan pedoman. Perniagaan internet bukanlah suatu yang mudah dan boleh berjaya dalam masa yang singkat. Ia juga perlukan komitmen tinggi, usaha, ketekunan dan fokus. Jangan hanya mengimpikan pendapatan lumayan jika tidak sanggup belajar menimba ilmu perihal selok-belok perniagaan internet secara mendalam.

Model Perniagaan internet yang bagus:

1. Perniagaan affiliate- Perniagaan ini adalah baik jika anda tidak ada produk, kekurangan modal atau idea sendiri untuk dijual. Melalui model perniagaan ini, anda menjadi penjual semula produk orang lain (reseller), setiap jualan yang berjaya, anda akan mendapat bayaran komisyen. Apa yang anda perlu buat ialah melakukan jualan sebanyak mungkin bagi pihak atau syarikat yang anda bersetuju menjadi affiliate. Banyak syarikat menjalankan model perniagaan ini dengan merekrut affiliate-affiliate yang boleh melakukan jualan secara konsisten dan bagus setiap masa. Anda tidak perlu buang masa cipta produk atau hantar produk (syarikat yang uruskan), anda hanya buat jualan, anda dapat komisyen. Jumlah komisyen pula bergantung pada syarikat mana yang anda jadi affiliate.   

2. Perniagaan produk anda sendiri- Jika anda memiliki produk sendiri yang bagus, maka anda tidak perlu berkongsi komisyen dengan sesiapa. Setiap jualan untungnya adalah milik anda 100 peratus. Untuk model perniagaan jenis ini anda perlulah memiliki produk kreatif dengan penjenamaan yang kuat atau kelebihan istimewa seperti penulis hebat yang mampu menjual e-book sendiri. Jika produk anda berbentuk fizikal dan menjadi permintaan hangat anda boleh menjual di laman web seperti Mudah.my atau e-bay.com. Contohnya jika anda memiliki barangan klasik seperti syiling lama, koleksi keris, atau cincin dan sebagainya anda bolehlah menjual di e-bay atau mudah.my. Ada yang menjual koleksi mainan kanak-kanak di e-bay dan menjual ke seluruh dunia. 

Jika ilmu blog anda sudah mantap, maka anda bolehlah mula membina laman web atau blog sendiri untuk menjadi kedai maya anda jika produk anda memang banyak dan mantap. Contoh platform blog yang mantap ialah wordpress.org. Ia lengkap dengan "plug-in" e commerce seperti penerimaan bayaran, katalog barangan serta bakul check-out yang memudahkan bakal pelanggan anda membeli dan membayar dengan selamat dan yakin.  

Antara contoh kedai maya perniagaan dari internet yang popular hari ini adalah seperti zalora.com (menjual pakaian) atau shashinki.com (menjual kamera). Jualan meraka adalah puluhan ribu setiap bulan. Jika anda tidak suka menjual barang secara fizikal pun tak mengapa, ada banyak cara lagi untuk menjana duit dari internet seperti menjadi penulis blog atau penterjemah. Jika anda fokus, serius dan professional, duit yang mampu anda jana memang lebih baik dari bekerja makan gaji.     

Dengan perniagaan produk anda sendiri, semua urusan syarikat perlulah anda uruskan sendiri, atau jika mengupah kakitangan bolehlah melancarkan lagi urusan anda. Yang penting, anda berhak 100 peratus ke atas keuntungan produk itu.

Anda perlulah membina laman web atau blog dengan server berhosting sendiri yang bagus, nama domain dot com sendiri, dan juga urusan penerimaan duit secara mantap dan telus seperti Pay Pal atau Maybank2u.com. Pelaburan awal untuk ini juga adalah mahal, terutama jika anda mengupah orang membina lama web dan juga urusan menyimpan, memindah serta mengepos stok ke seluruh dunia. Namun ianya berbaloi dan menguntungkan pada masa panjang. Anda perlulah keluarkan sedikit modal untuk membeli nama domain yang mantap - penting untk penjenamaan yang mantap, kos hosting setiap bulan serta kos-kos e commerce lain-lain yang anda perlukan.         

3. Perniagaan pengiklanan- Perniagaan ini ialah anda menjadikan blog anda sebagai medium untuk menyiarkan iklan. Konsepnya sama seperti iklan di televisyen. Bezanya ialah dengan blog yang memiliki audiens atau pembaca yang ramai, anda persembahkan kepada mereka selingan iklan berbayar. Yang penting iklan itu mestilah bersifat iklan, iaitu ia hanya sebagai sampingan kepada "isi utama". Dengan blog yang mantap dan memiliki ratusan ribu pembaca maka bolehlah anda selitkan iklan sedikit. Ianya perlu di klik oleh pembaca anda yang mana setiap "klik" akan memberikan anda sedikit bayaran tertentu. Makin banyak "klik" makin lumayanlah pendapatan anda. Tapi ingat, ia hanya untuk blog yang mantap dengan ribuan pembaca tetap. Jika blog anda kecil dan tiada pambaca tetap, janganlah berangan untuk berniaga bentuk ini kerana bukan semua orang sukakan "iklan". Model ini boleh anda sertai di program seperti Google Ad Sense atau pengiklan-pengiklan lain seperti infolinks.com. Untuk model perniagaan ini biasanya anda perlu menulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang memiliki ramai pembaca seperti Cina atau Arab.      

Contoh usahawan perniagaan internet yang berjaya di Malaysia:

Antara usahawan perniagaan internet yang telah berjaya di Malaysia ialah Ishak Basiran yang mengusahakan perniagaan BIO-ASLI melalui laman web BIO-ASLI, sebuah perniagaan berasaskan produk kampung sahaja iaitu minyak kelapa dara. Walaupun produk bertaraf kampung sahaja, namun ianya kini sudah menjangkau jualan ke serata dunia dan memberikan Ishak pendapatan yamg lumayan sekali. Laman web BIO-ASLI adalah sangat interaktif dengan maklumat produk yang jelas dan lengkap, pelan pemasaran yang bagus serta kemudahan urusan tempahan, pembayaran dan juga pelanggan boleh melihat sendiri tahap proses produk yang kita tempah dengan id POS LAJU setiap tempahan. Apa yang menarik, laman BIO-ASLI menerima tempahan serata dunia dengan produk yang semakin menjadi sebutan ramai.  

Jumaat, Februari 24, 2012

Expo Buku Islam 2012 kali ke 2 di Putrajaya.

Ada berita baik kepada penggemar buku-buku islamik.

Jom kita turun beramai-ramai ke Expo Buku Islam kali ke 2 di Putrajaya. Bermula hari ini jumaat 24 Februari dan akan berlangsung selama 10 hari berakhir pada 4 March.

Peta Lokasi expo: Pergi ke Putrajaya dan cari Masjid Besi.

Inilah Masjid Besi atau Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya.

Jom kita ke sana melihat buku-buku islamik yang terkini dari pengeluar buku islam terkemuka di negara kita. Ada tokoh-tokoh hebat akan turun sepeti Dr Zahazan, Professor Muhaya, Ustaz Pahrol Juoi dan ramai lagi termasuk juga DJ-DJ dari radio rasmi expo ini iaitu ikim fm.

Lokasinya expo buku islam ke 2 ialah di Dewan Sri Cempaka, Precinct 3 Putrajaya. Dekat sahaja dengan Masjid Sultan Zainal Abidin atau juga dikenali sebagai masjid besi.

Inilah Auditorium (dewan) Seri Cempaka Presinct 3, berhadapan masjid besi.



Pemandangan dari tepi bangunan masuk Auditorium Seri Cempaka.

Ini adalah expo kali kedua selepas expo pertama telah berjaya menarik ramai pengunjung semasa di adakan pada tahun lepas di KL Sentral.

Updated: Expo Buku Islam 2013 kali ke 6.

Rabu, Oktober 19, 2011

Berniaga mlm secara online

Mungkin anda terfikir nak buat bisness tapi tak tahu nak buat bisness apa? Jangan risau, saya ada satu peluang bisnes yang mana saya sendiri sudah usahakan. 

Jom kita buat perniagaan MLM scara online.

Permiagaan online di Malaysia kini sudah maju kerana sudah ramai orang Malaysia guna internet. Jadi rebutlah peluang ini. Irfan Khairi ialah contoh usahawan internet yang orang kenal. Tapi ramai lagi yang berjaya cuma memilih untuk low profile sahaja.

Kenapa bisnes ini hebat? Kerana ramai orang yang mahu berniaga dengan internet.

Tak kiralah anda sudah bekerja atau belum, pastinya anda ada impian atau pernah terfikir untuk berniaga. Bahkan hadis nabi pun menyebut 9 per sepuluh rezeki adalah dari perniagaan.

Hampir semua orang ada impian mahu berniaga, mahu hidup senang, mahu bebas dari jadi hamba berbayar dengan makan gaji. Anda berikan masa kepada orang lain demi gaji setiap bulan.

Berniaga ialah jalan untuk bebas dari leteran bos yang menyakitkan hati. Makan gaji sampai bila nak kaya? Kita semua tentu pernah terfikir nak berniaga. Tapi ada yang takut-takut nak berniaga. Kenapa ya?

Ya hakikatnya berniaga bukan mudah. Ada masanya bagus dan ada masanya jualan tak bagus. Berniaga adalah aktiviti berisiko. Tidak ada jaminan gaji tetap setiap bulan. Ada berbagai cabaran nak berniaga. Cabaran inilah yang membuat ramai orang melayu "kecut perut" nak berniaga. Tapi kalau tak berani berniaga bila nak kaya?

Berniaga biasanya kena mula dari bawah dahulu. Jual barang tepi jalan. Kena hujan kena panas. Kadang-kadang kena kacau dengan penguasa, dengan gengster, dengan pesaing yang dah establish.

Nak berniaga biasanya kena pinjam duit dengan bank. Kena buat lesen, cari tapak, bayar itu dan ini, kena cari pekerja dan sebagainya. Ada seribu macam alasan kenapa orang tak mahu berniaga lantaran terus saja makan gaji sampai tua walaupun terpaksa.

Kalau tak mula berniaga sampai bila nak makan gaji? Sampai bila nak hidup dalam keadaan ikat perut? Pakai kereta Proton atau Myvi? Takkan tak mau merasa pakai kereta BMW atau Honda mewah? Mungkin itu bagus, tapi yang penting ialah bila kaya kita punya kebebasan masa. Kita tak perlu kerja siang dan malam. 

Jomlah kita berniaga secara online kalau kita tak boleh hadapi segala macam halangan yang saya tuliskan itu.

Apa yang bagus nak berniaga secara online? Yang kurang risiko? Yang modal tak banyak? Yang boleh untung? Yang berniaga secara jujur? Ada barang yang bermutu? Jual barang yang orang mahu? Mari mulakan perniagaan online dari rumah.

Ya ada cara yang lebih mudah nak berniaga. Nama mlm ini adalah biorich. Inilah perniagaan secara on line. Sekarang zaman internet, gunalah internet untuk berniaga. Perniagaan internet kurang risiko tapi banyak peluang. Anda juga boleh menjual ke serata tempat.

Biorich  ialah perniagaan MLM internet paling sempoi kerana.
  1. Downline dari serata dunia
  2. Website duplicate sudah di sediakan bila anda join
  3. Guna Pay Pal untuk customer luar negara
  4. Downline luar Malaysia
  5. Produk Panas Hangat dan laris
  6. 20 level komisyen
  7. Komisyen masuk akaun bank direct
  8. Pantas nak maju
  9. Boleh jual topup
  10. Tak perlu meeting
  11. Boleh guna AdWords cari downline
  12. Pemasaran luas, jual barang dan cari pelanggan melalui internet

Rabu, September 07, 2011

Betul ke perniagaan internet senang?

Bila kita buka internet dan search melalui Google tentang perniagaan internet kita akan jumpa macam-macam cerita hebat tentang kejayaan masing-masing mencari duit melalui internet. Dari dakwaan mereka nampak macam mudah sangat nak cari duit melalui internet. Mudahduit.com kata boleh jana RM600 satu hari beb! RM18 000 sebulan tu beb! Gaji level ketua Pengarah jabatan tu.

Soalannya adakah semudah itu? Bukan saja mudah kata mereka, lumayan pulak tu. Alamatnya ramai lah orang akan berhenti kerja dan buat perniagaan melalui internet. Alamatnya lepas ni kerajaan Malaysia bakal berdepan masalah tak cukup kakitangan lah. Putrajaya akan senyap sunyilah kerana masing-masing dah tak perlu makan gaji lagi, sebaliknya duduk rumah sahaja buat perniagaan internet. Orang Kelantan tak perlu lagi berhijrah ke KL nak cari makan. Betul ke mudah?

Nak menaip posting ni pun tak semudah itu tuan-tuan. Duit takkan turun dari langit, kalau tak usaha. Bukan saya nak menafikan potensi internet tapi hakikatnya bukan semudah itu nak cari duit. Kalau ilmu tak cukup jangan lautan dalam hendak di duga. Sekadar buat blog dengan menulis sikit-sikit (itu pun copy paste aje) dan kemudian tampal kat blog iklan-iklan dari Adsense atau iklan -iklan lain, kita nak harap dapat duit macam orang kerja makan gaji? Orang putih kata, "think again".

Jangan kita mudah sangat terpedaya dengan janji manis. Akibatnya duit tak dapat, duit kita pula yang habis. Saya pun dah buat macam-macam dan ada yang berjaya dan ada yang melingkup. Duit pun dah beribu habis. Adakah saya putus asa? Hampir-hampirlah. Saya pun manusia biasa. Ada perasaan tak sabar, marah dan sebagainya.

Orang cakap Adsense boleh buat duit, tapi saya dapat berapa sen jer. Itu pun Google tak pernah nak layan orang yang biasa cam saya. Jual barang program affiliate yang hebat macam Irfan Khairi pun meligkup juga (saya yang melingkup bukan Irfan). Join yang orang putih punya pun tak jalan juga sebab kosnya mahal. Cuba buat freelance kat Helium pun dapat ciput jer. Pernah berniaga kat e-bay pun kantoi juga, sebab kos pos mahal dan persaingan harga yang sengit. Ada beberapa lagi yang saya cuba buat pun tak ada hasil.

Yang boleh maintain buat duit ialah BIOASLI. Itu pun saya dapat dalam Rm 100 lebih jer sebulan sejak saya start pada akhir 2007 hingga hari ini (dah 4 tahun) .Tu lah pasal saya belum berani nak berhenti kerja dan buat full time.

Kalau pergi kursus dengan Irfan Khairi pun bukan senang beb. Yuran dia pun dekat beribu (sebab buat kat hotel mewah kot). Nak pergi tapi fikir gak, berbaloi ke? Saya pun dah beli buku rahsia inrtenet dia. Tak ada apa yang rahsia sangat pun. Some basic dan tips tips yang agak biasa juga. Asas sangat macam cara buat emel auto dan sebagainya. Kalau pergi kursus alamatnya duit habis dan lepas tu tak ke mana pun.

Apa pendapat anda? Saya bukan anti Irfan:)

Sabtu, September 03, 2011

MLM secara online?

Ini adalah sekadar perbincangan secara santai tentang perihal MLM di negara kita Malaysia. Perniagaan MLM ni kalau pandai dan serius boleh buat duit. Tengok Dato' Azman Ching buat CNI sampai boleh pakai kereta Jaguar tu. Rumah pulak kat kelab golf SAAS Shah Alam. Bukan senang mahu jadi kaya macam Azman, kena berani dan "gila-gila" macam Azman jugak la.

Jadi saya pun terfikir nak buat juga macam Azman, tapi saya ni tak pandai cakap dan pemalu pula orangnya. Oleh itu, ketika saya sedang mencari-cari peluang berniaga dengan meninjau masa depan perniagaan yang MLM yang berpotensi, maka datanglah dalam fikiran saya idea untuk cuba menjual produk jualan langsung secara online atau melalui internet.


Setelah saya memeriksa dan bertanya dengan kawan-kawan dan saudara-mara yang telah lama dalam perniagaan MLM (seperti Amway, Avon, CNI dan sebagainya), mereka telah memberitahu saya bahawa anda TIDAK dibenarkan untuk menjual produk jualan langsung di Internet atau melalui internet.

Bukan itu saja, anda juga tidak dibenarkan untuk menunjukkan jenama produk, menunjukkan cerita tentang produk atau mengatakan bahawa ia adalah produk Amway. Jika anda cuba menjual produk dalam talian barang-barang Amway bermakna anda telah melanggar peraturan MLM malaysia, bahkan ada terdapat kes apabila Amway telah mendakwa orang-orang yang melakukan jualan secara internet kerana melanggar peraturan-peraturan MLM.

Sebab utama peraturan-peraturan ini telah diwartakan ke dalam dunia MLM Malaysia adalah untuk mengekalkan suatu suasana yang adil bagi orang baru dalam MLM. Dengan adanya peraturan sebegitu, maka tidak kira jika anda mempunyai bajet yang lebih besar daripada orang lain untuk mengiklankan produk anda itu, anda harus buat sama saja macam ahli-ahli yang lain iaitu dengan pergi kepada semua kepada orang dengan bersemuka dan menjual produk kepada mereka secara face to face.

Jualan produk seumpama Amway adalah lazimnya secara terus dengan berjumpa orang (prospek) merupakan konsep asas mana-mana MLM. Jumpa orang, cerita produk, kemudian ajak dia join. Itulah asas perniagaan MLM. Kerana itu, jika anda mempunyai pengetahuan Internet yang lebih daripada orang lain yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia MLM, ia boleh dianggap sebagai suatu kelebihan yang tidak adil dan ini tidak sesekali syarikat antarabangsa seperti Amway mahu lihat ia terjadi.

Oleh itu, jika anda ingin untuk menjual jualan langsung atau produk MLM secara online, anda sebaiknya memeriksa dengan membaca atau bertanya terus kepada pihak syarikat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan dalaman mereka terlebih dahulu dengan teliti.

Bukan syarikat Malaysia sahaja, malah syarikat antarbangsa seperti E-bay, sebagai contoh, tidak akan menerima SEBARANG produk pemasaran syarikat MLM yang cuba dijual di laman web mereka.

Jadi adakah wujud MLM secara online di Malaysia? Apa pendapat anda jika saya kata ada? Syarikat itu ialah BIO ASLI.

Khamis, Ogos 25, 2011

Peluang Perniagaan Internet online

Perniagaan internet adalah perniagaan terbaik hari ini dengan adanya kemajuan pesat industri internet dan komputer di Malaysia.

Adakah anda sedang mencari peluang untuk bekerja dari rumah melalui internet?

Ramai orang berminat bekerja dari rumah kerana ia memberi pelbagai kemudahan dan kesenangan untuk kita bekerja sambil duduk menjaga anak di rumah. Bekerja dari rumah bukan bermakna kita malas, tapi ia adalah pilihan untuk mereka yang susah untuk bekerja di luar oleh sebab-sebab yang pelbagai seperti masalah kesihatan atau masalah kegawatan di tempat kerja atau mungkin juga kerana sudah bosan bekerja mengikut arahan boss anda.

Saya mahu persembahkan kepada anda peluang untuk menjalankan sesuatu yang bermakna. Suatu usaha yang baik untuk hidup yang lebih baik. Peluang bekerja dari rumah secara serius atau secara sambilan, anda yang tentukan. Bagusnya jika dapat kerja dari rumah, boleh usaha dari mana pun yang ada internet. Tak perlu merantau jauh.

Adakah anda ....
  • Sedang mencari peluang kerja?
  • Mahu bekerja dari rumah secara online?
  • Mahu berniaga secara atas talian?
  • Mahu menambah pendapatan secara sambilan?
  • Mahu cari duit lebih?
  • Mahu jadi usahawan?
  • Mahu memulakan perniagaan sendiri?
  • Mahu berniaga secara online?
  • Mahu berjaya dalam hidup?
  • Mahu lakukan sesuatu dengan waktu yang anda ada?
  • Mahu cuti tapi boss tak bagi?
  • Mahu bina empayar perniagaan?
  • Mahu kerja tapi tak sanggup tinggal anak?
Jika anda berada dalam salah satu dari kategori di atas, maka saya ada sesuatu yang menarik untuk anda. Jom kita sertai syarikat online BIO-ASLI (SILA KLIK SINI). Sama-sama kita mengembangkan perniagaan secara atas talian sahaja, dari rumah tanpa perlu kos yang tinggi.

Kelebihan: Tidak ada risiko dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang ada internet di rumah. Pendapatan lumayan jika anda tekun dan bekerja keras. Telus dan adil. Senang nak buat ada potensi jika benar-benar fokus. Tak perlu sewa kedai, tak perlu hantar (p0s) barang. Apa anda perlu buat? Cari customer dan cari downline. Itu sahaja.

Apa yang saya dapat kalau saya buat BIO-ASLI? Inilah yang anda dapat. SILA KLIK SINI..

Inilah peluang terbaik buat anda.

Barang yang di jual oleh BIO-ASLI
Minyak power VCO 31 untuk suami perkasa.
Firming Cream untuk membesarkan payudara.
Minyak kelapa dara asli.
Teh herba mas cotek.
Barangan kosmetik kecantikan wanita.


Isnin, Mac 21, 2011

Selamat Mengundi orang Sarawak


1. Orang-orang Sarawak bakal mengundi tak lama lagi, jadi selamat mengundi dengan bijaksana. Gunalah peluang untuk mengundi demi memilih pemimpin yang baik. Jangan pula tak mahu campur politik kerana menganggap politik itu kotor. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Ada kesannya di kemudian hari. Jangan pula esok baru nak menyesal. Lihatlah di Libya susahnya nak tukar pemimpin, sampai ada yang hilang nyawa.

2. Hidup ini memang satu perjuangan yang panjang. Terkadang ada masa gembira, ada masa sedih. Ada tuah dan ada pula terpaksa menelan kepahitan. Sebagai blogger separuh masa, aku sedar betapa susahnya mahu berjaya.

3. Tadi aku dah buat penghantaran barang utuk pelanggan dari Sabah, bulan ini matlamat sudah tercapai tapi dari segi budget aku agak ketat. Tinggal beberapa hari mahu gaji tapi duit dalam bank dah kosong. Kat tangan tak sampai pun RM100.

4. Janganlah terkejut dengan format baru posting blog ini , aku cuba tiru stail che det punya blog. Sistem nombor dan point by point. Mulai saat ini akan akan berblog dengan lebih berdedikasi dan juga lebih jujur.

Rabu, Februari 09, 2011

MLM terbaik di Malaysia

Di Malaysia ada banyak syarikat MLM. Ada yang baru bertapak dan ada juga yang sudah lama dan terkenal. Ada bermacam-macam produk samada yang moden atau yang tradisional. Anda sendiri pun tentu pernah join dan buat macam2 MLM yang ada di Malaysia.

Bila ada banyak syarikat kita terpaksa memilih satu yang terbaik kerana kita perlu fokus agar kita dapat mencapai kejayaan dalam sesuatu syarikat MLM. Jadi apakah syarikat MLM yang terbaik di Malaysia?

Antara syarikat MLM terbaik di Malaysia hari ini ialah BIO-ASLI. BIO-ASLI adalah syarikat MLM yang berasaskan produk minyak kelapa dara. Janganlah kita pandang rendah akan potensi minyak kelapa dara. Kata orang tak kenal maka tak cinta.

Kenapa saya kata BIO-ASLI adalah MLM terbaik di Malaysia?

BIO-ASLI adalah bersifat global. Anda boleh merekrut downline dari serata dunia dan bukan hanya terhad setakat di Malaysia sahaja. Anda juga tidak terikat dengan meeting atau demonstrasi produk. Tidak perlu tebal2 muka pergi rumah orang untuk menaja dan menjual. Bukanlah pergi rumah orang tak baik, cuma itu kerja yang gigih dan keras, kini dah ada cara yang lebih mudah dan senang, kenapa perlu nak susahkan diri sendiri? BIO-ASLI adalah MLM berasakan internet. Dunia adalah prospek anda!

Produk BIO-ASLI adalah terbukti memang power dan berkesan. Mudah untuk di jual jika anda faham dengan produk dan penggunaannya. Anda juga boleh guna sendiri pada peringkat awal untuk lebih memahami lagi tentang produk.

Bayaran komisyen setiap masa melalui teknologi internet membolehkan bayaran terus di buat direct ke akauan bank anda samada Maybank atau CIMB. Dengan minimum pembelian hanya RM25 anda sudah boleh makan komisyen hingga generasi ke 5. Maksimum belian cuma RM100 anda sudah boleh makan komisyen hingga generasi ke 20. Jika sales anda lebih banyak lagi dan downline juga buat sales bagus, banyaklah keuntungan anda. Ini asas MLM dan mana2 MLM pun bersifat begini. Jadi anda kena faham. Banyak sales, banyak duit, banyak downline, banyak komisyen. Itulah MLM.

Potensi yang luas untuk anda berjaya kerana sifatnya yang global dan juga pemasaran ke seluruh dunia. Penggunaan teknologi internet untuk mencari downline, memesan produk dan juga komunikasi menyebabkan anda dapat menjimatkan masa.

Tiada lagi masalah kena turun meeting malam2 atau kena turun ambil barang hantar barang. Semuanya di uruskan oleh syarikat BIO-ASLI. Apa yang anda perlu buat cuma cari downline dan buat sales. Itulah dua perkara terpenting dan juga perkara paling asas dan utama bagi mana2 syarikat MLM pun.

Jika anda ada pelanggan di UK, anda tak perlu susah2 poskan barang BIO-ASLI ke UK. Cuma masukkan data dan yang lain syarikat akan uruskan. Dengan kata lain kerja anda menjadi lebih mudah dan anda menjadi lebih fokus kepada usaha menengembangkan rangkaian anda.

Buat blog dan cari pelanggan. Proses menghantar barang akan di uruskan oleh syarikat. Jika anda ada duit lebih, anda boleh gunakan proses pengiklanan di Google atau Yahoo. Cari downline dan jual produk kini menjadi lebih mudah dengan bantuan teknologi internet. Dengan kata lain, dengan BIO-ASLI anda hanya fokus kepada tugas paling penting anda iaitu cari downline, buat sales.

Sesiapa yang pernah buat MLM pasti tahu dan faham susah payah nak berjaya dalam MLM. Ia bukan semudah kata dan semanis ayat yang selalu di dengar. Ia adalah perjuangan yang panjang dan perlukan ketabahan luarbiasa. Umpat keji dan hinaan adalah lumrah dalam MLM mana2 pun.

Namun kita perlu bijak dan pandai mencari peluang kerana walaupun banyak dugaan namun kemanisan kejayaan MLM adalah amat2 berbaloi. Bila sudah berjaya kita pun akan merasa amat bersyukur dan menjadikan diri lebih kuat lagi kerana kita sudah faham perangai manusia yang pelik dan macam2 itu.

Hari ini dunia sudah berkembang. Bukalah hati untuk mencuba buat MLM secara internet pula kerana ianya jauh lebih mudah dan berbaloi. Usaha anda hari ini akan menentukan kebahagiaan di kemudian hari. Jika takut nak berusaha, jangan mimpi nak hidup senang, kehidupan ini senantiasa penuh badai, namun janganlah kita mudah putus asa.

Pergilah sendiri ke ibu pejabat BIO-ASLI di Sabak Bernam untuk melihat dan mendegar sendiri cerita kejayaan luarbiasa BIO-ASLI. Saya sudah berkecimpung denngan BIO-ASLI sejak tahun 2007 lagi dan hari ini sudah ada beribu downline. Saya masih lagi berusaha dan suatu hari nanti saya yakin akan dapat mencapai kebebasan kewangan bersama dengan BIO-ASLI.

Jumaat, Julai 09, 2010

Senarai 36 jenis penyakit yang di lindungi insuran.


Berikut adalah senarai 36 jenis penyakit yang di lindungi oleh syarikat2 insuran Malaysia yang telah di luluskan oleh Bank Negara Malaysia. Jika anda memiliki polisi insuran maka anda akan dapat membuat claim jika terkena salah satu dari penyakit yang ada di bawah. Jika yang belum memiliki insuran, cepatlah bertindak sebelum terlambat. Insuran adalah pelaburan yang bijak untuk melabur sambil memiliki jaminan perlindungan (setakat nilai yang anda beli). Kita bukan mahu berlagak pandai, cuma beringat dan berwaspada sebelum musibah melanda, sekurang kurangnya ada sedikit persediaan, daripada tidak melakukan apa2.

36 Jenis penyakit di lindungi insuran.
1. Serangan Penyakit Jantung
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Kelumpuhan /Paraplegia
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang
9. Hepatitis Virus Fulminan
10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Percakapan
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Kronik
24. Penyakit Paru-paru Kronik
25. Anaemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Eusefalitis
31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya (Full Blown AIDS)
32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom ‘APPALIC’
35. Kecederaan Kepala Utama
36. Kehilangan Anggota Badan

Sudahkah anda memiliki insuran?

Isnin, Mei 31, 2010

Bahaya Kad kredit


Kad kredit adalah kemudahan untuk meminjam wang secara pantas dari bank. Dengan pemilikan kad kredit anda diberi kemudahan kredit (duit) sejumlah kadar had jumlah maksimum yang anda boleh guna, bergantung pada bank mana kad anda. 

Kad kredit boleh anda guna di banyak tempat dan ia memudahkan urusan jual beli. Tapi ramai pula yang bila pinjam duit lupa dunia, akibatnya hutang bertimbun tak mampu bayar. Lebih teruk dari itu ada juga yang muflis.    

Kad kredit bukan sahaja bahaya dari sudut ekonomi, tapi sebenarnya dari sudut agama ia adalah amalan riba secara nyata. Hukum riba anda boleh semak sendiri. Ia sangat berat, bahkan jauh lebih berat dari hukum zina. Tapi ramainya orang yang buat pinjaman kerana menyangka bank yang tanggung dosa riba. Sebenarnya kita yang pinjam pun bersubahat dalam amalan riba. 

Hari ini saya dah tutup 2 kad kredit. Iaitu Master Kad Mbf dan Visa Ambank. Jadi hanya ada 2 kad saja sekarang daripada 4 kad. Ingat kad Master Kad BSN pun nak juga tutup juga tapi BSN suruh buat surat rasmi lah pulak. Bukan main susah nak tutup akaun kad BSN ni. Tak mengapalah, pakai lah (pegang) dulu sekejap. Harap BSN boleh memberi khidmat yang baik lah sebab kamu agensi kerajaan. Terima kasih juga pada Mbf sebab beri peluang saya pinjam duit kamu.

Masa saya pakai MBF kad, layanan mereka adalah baik. Dulu pernah kad saya kena "curi" pakai oleh pihak ketiga sebanyak RM 1 ribu. Keluar pernyataan dalam bil bulanan mereka. Saya pun rasa gelabah dan panik jugalah sebab RM 1 ribu pun kira banyak juga. Saya telefon pihak Mbf dan jelaskan pada mereka yang bukan saya yang gunakan (swipe) duit itu. Mujurlah pihak Mbf mempercayai saya dan mereka terus sahaja membatalkan nilai RM 1 ribu itu tanpa banyak soal jawab sangat.

Kalau kena dengan BSN macam mana? Mungkin dia akan kata "kami tak kira, awak kena bayar jugak, itu masalah awak, bukan masalah kami." Ha, macam mana? Tak ke naya macam tu? Sila jawab orang BSN. Macam mana tu, kat BSN Klang, kaunter khidmat pelanggan pun tak ada? Masa saya nak tutup akaun kad kredit BSN saya terpaksa menunggu bersama pelanggan-pelanggan yang membuat urusan lain. Bila nombor dah di panggil kena buat surat rasmi lah pulak.

Sekarang pakai kad banyak2 pun menjadi beban kerana kerajaan sudah kenakan cukai RM 50 setahun untuk setiap kad kredit, jadi kalau saya pakai 4 kad, senang-senang saja kerajaan makan RM 200 duit saya. Itu belum kira lagi yuran tahunan yang di kenakan oleh pihak pengeluar kad kredit (bank lah tu). Saya hanya merancang untuk pakai 1 kad sahaja, itupun utuk urusan jual beli di internet. Jadi antara kad BSN dan Am Bank, salah satu akan saya korbankan. Mari kita tengok siapa yang kena.

Pesanan saya pada kawan-kawan, tak perlulah guna kad kredit sebab ia akan menjadi punca papa kedana. Ia akan membuat kita terikat kaki dan tangan pada bank. Kita bekerja bukan untuk diri kita lagi, tapi untuk bank. Tak percaya? Semaklah berapa peratus bunga yang anda kena dengan kad kredit. Ianya adalah 13% hingga 16%. Cubalah anda fikir, kalau bonus ASB anda 13% anda akan dapat berapa?

Katalah anda ada duit ASB 10 ribu, tapi pada masa yang sama anda hutang kad kredit 10 ribu. Di mana anda berada? Anda tidak ada satu sen pun duit sebenarnya, malahan anda terpaksa lagi cari untuk bayar hutang. Bonus ASB kalau cecah 9% kira rekod dunia tu. Biasanya sekitar 8% lebih sahaja dah bangga gila. Kalau orang yang langsung tak ada simpanan macam mana? Jawabnya korek lubang kubur sendiri dan sendiri tanam lah!

Itu gambaran yang mudah sahaja, tapi ramai yang tak nampak sebab dah terbiasa sangat hidup dengan budaya berhutang sehingga lupa nak menghitung guna asas matematik, tapi guna asas perasaan dan kebendaan.

Simpanlah duit untuk hari tua anda kerana tak akan ada orang yang akan memberikan pesanan pada anda, sehingalah kita leka dan lalai dengan kehidupan. Bila dah sedar, (akan sedar bila perlu duit atau sakit umpamanya) rupa-rupanya dah nak pencen pun tapi duit simpanan langsung tak ada, jadi apa nak buat? Menangis air mata darah pun tak guna, kerana masa yang berlalu tak akan kembali lagi.

Selasa, Mac 23, 2010

Senarai Pelepasan Cukai Individu 2009

Berikut adalah senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2009. Tuntutlah hak anda dan jadilah warga Malaysia yang bertanggungjawab dan membayar cukai dengan tepat, jujur dan ikhlas. Semoga kita sama sama menyumbang untuk kesejahteraan negara kita di masa sekarang dan akan datang untuk anak2 kita dan generasi yang akan datang....

1. Diri - Rm8000
2. Perbelanjaan Perubatan Ibu bapa - Rm5000
3. Alat Bantuan Asas - Rm5000
4. Individu Kurang Upaya - Rm6000
5. Yuran pendidikan (Phd atau master) - Rm5000
6. Perbelanjaan perubatan Untuk penyakit Kronik - Rm5000
7. Pemeriksaan Kesihatan Lengkap - Rm500
8. Pembelian buku dan majalah - Rm1000
9. Pembelian komputer peribadi - Rm3000
10. Simpanan bersih SSPN - Rm3000
11. Pembelian alat sukan - Rm300
12. Pembayaran alimoni suami/isteri -Rm3000
13. Suami/isteri kurang upaya - Rm3000
14. Anak - Rm1000
15. Anak 18 tahun ke atas yang bujang dan sedang belajar menengah- Rm1000
16. Anak 18 tahun ke atas yang bujang dan sedang belajar diploma/degree/ke atas yang diiktiraf kerajaan -Rm4000
17. Anak kurang upaya - Rm5000
18. Insuran nyawa dan KWSP - Rm6000
19. Insuran untuk pendidikan atau faedah perubatan contoh: takaful etika dsb. - Rm3000

Sekiranya ada perkara yang kurang jelas, pergilah ke mana2 pejabat Hasil yang terdekat dengan anda untuk mendapatkan kepastian dan penjelasan yang lebih lanjut. Selamat menaksir cukai dengan tepat dan berhemah.

Rabu, Disember 30, 2009

Pak Zawi mengalahkan Google

Blog Pak Zawi berjaya mengalahkan Google sebagai penyumbang link terbanyak kepada Kelantan Blogger. Tahniah Pak Zawi. Anda memang seorang blogger sejati yang hebat.

Selasa, Disember 29, 2009

Kopi Tongkat Ali Power dari BIO ASLI


Tongkat Ali adalah herba tersohor yang sering dicari oleh kaum Adam yang mahu menambahkan lagi kekuatan dalaman. 

Namun rasa air tongkat ali sebenar adalah amat pahit dan bukan boleh diminum terus oleh orang biasa. 

Jesteru banyaklah produk seperti kopi dicampur tongkat ali agar mengambil tongkat ali menjadi lebih mudah.   
Kopi nanduk gold keluaran Bio-Asli adalah kopi tongkat ali istimewa dengan ramuan yang memberikan kesejahteraan kepada lelaki. 

Ia mampu membangkitkan kembali kehangatan malam pertama, memberikan lelaki segala kegagahan yang diperlukan untuk menakluk badai yang mengganas. 

Biji kopi terpilih diadun dengan khasiat susu kambing, nanduk gold semestinya berkualiti tinggi dan terjamin keunggulannya. 

Setiap kotak istimewa ini didatangkan dengan 12 paket kopi campuran tersedia untuk terus diminum panas atau sejuk, dengan rasa istimewa yang pastinya sukar dilupakan. 

Apa yang istimewa ialah ia tidak dicampur gula pasir, sebaliknya rasa manis nanduk gold datang dari herba istimewa stevia sebagai pengganti gula.

Harus anda ingat, bukan semua kopi berunsur power yang ada di pasaran adalah selamat. Kerana itulah anda mesti membeli dari syarikat yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. 

Bio Asli telah mula menjual produk berasaskan herba semenjak tahun 2007 lagi adalah syarikat bumiputra yang telah diakui oleh orang ramai.

Minumlah kopi nanduk hari ini untuk kelelakian dan kesihatan. Dapatkan segera untuk diri anda atau sahabat baik.

Ahad, Disember 20, 2009

Cara mencari downline dengan cepat


Mencari downline seramai yang mungkin adalah amat penting untuk berjaya sebagai usahawan mlm. Tanpa downline maka anda akan mati dalam MLM. Itu hukum paling utama kalau nak buat MLM, wajib cari downline. Dengan kemudahan internet hari ini, mencari downline tidak lagi terhad kepada kawasan setempat anda sahaja. Anda malahan boleh merekrut downline dari seluruh negara.

Apa yang hebat, dengan Biorich, anda boleh cari downline secara cepat dan banyak jika kena caranya. Bahkan anda juga boleh merekrut downline dari seluruh dunia! Saya bukan cakap kosong kerana downline saya dalam Biorich sudah beribu orang. Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mencari downline. Ini hasil pengalaman sendiri dan juga pembacaan saya.

1. Saya gunakan khidmat pegiklanan berbayar oleh Google AdWords. Anda perlu ada sedikit modal untuk mengiklan dengan Google. Dengan Google AdWords, iklan anda akan keluar di muka depan carian Google setiap kali mereka "search" dengan perkataan perkataan yang anda beli dari AdWords. Cas bayaran adalah setiap kali ada pengguna yang klik pada link anda. Dengan Google AdWord, anda tidak perlu bersusah payah membuat blog dan sebagainya. Hanya sediakan link ke laman web mlm yang anda buat. Cara ini kena ada modal tapi cepat. Anda tak perlu buat blog dan berusaha capai tempat tertinggi dalam Google. Makan masa cara begitu, bukan tak boleh tapi lambat, anda mungkin mati dulu..mati semangat lah.

2. Ini cara tak perlu duit tapi perlu USAHA lebih. BUAT BLOG (macam saya buat la ni). Kemudian sediakan link sebanyak yang mungkin di blog anda samada melalui link perkataan atau link gambar yang mampu menarik perhatian pengunjung blog anda. Sebelum itu anda mestilah mempunyai dan membina sebuah blog yang ramai pelawat. Bila ada ramai pelawat barulah ada kemungkinan yang tinggi untuk mereka klik pada link anda. Jika pelawat blog anda sedikit, maka sedikitlah kemungkinan orang akan klik link anda. Lihat contoh blog ini sendiri. Ia bukan di buat sehari dua. Bukan sebulan dua. Ia mengambil masa yang lama.

3. Buka mulut dan cakap. Cakap cakap mulut, iklan di majalah, surat khabar, iklan di tempat awam, dan sebagainya. Hakikatnya, anda perlu berusaha keras untuk mencari downline. Tidak ada jalan mudah untuk senang. Itu hakikatnya. Janganlah anda mudah terpedaya dengan ungkapan manis "labur sekali untung berkali kali". Tidak ada benda semacam itu. Kalau ada kenapa mereka perlu buat benda sama berkali kali pada anda?

Kalau ada mlm yang cakap kerja mudah, senang jual, itu tipu. MLM adalah kerja yang payah. Anda perlu gigih berusaha tanpa jemu bertahun tahun sebelum berjaya. Tanyalah mana mana orang yang dah buat MLM. Lagi cepat anda dijanjikan kekayaan, lagi cepatlah company MLM itu lingkup. Ingat, semua company berjuang supaya company kaya, bukan anda kaya! Hakikatnya, anda perlu bekerja keras. Tapi jika berada dengan company yang baik, anda akhirnya akan berjaya jua.

Tak kiralah CNI ke, Zhulian ke, Amway ke Avon ke dan banyak lagilah. Mereka semua berdaftar dan berniga secara jujur. Tapi jangan pula macam Swiss Cash. Barang tak ada tapi untung juta-juta. Carilah company yang berniaga secara jujur menjual barang, bukan menjual janji manis. Fikirkan lah.

MLM lubuk cari duit kalau kena caranya. Orang lain boleh takkan anda tak boleh? Bukan kena berhenti kerja pun.

Ahad, Disember 06, 2009

Klang Sentral tidak central?

Pengankutan awam di Malaysia agak maju namun masih banyak yang boleh di tambah baik.

Klang Sentral yang terletak di Meru adalah pusat bas yang baru bagi kawasan Klang. Bas bas ekspress antara bandar dan negeri kini berpusat di Klang Sentral. Kawasan baru ini di buat bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan dan ketidakselesaan penumpang bas di kawasan yang lama dulu. Klang Sentral ternyata lebih besar dan selesa kepada pengguna. Namun kawasan ini bukanlah terletak di tengah Klang sebagai namanya itu, sentral . Ia terletak di pinggir Klang, iaitu Meru. Meru masih sedang membangun dan Klang Sentral masih belum di gunakan sepenuhnya. Teksi sewa juga kelihatan tak begitu banyak.

Paling sedih, tidak ada pun bas dari Klang Sentral untuk pergi ke Banting. Teksi ke Banting pula, tak payah cerita, memang cekik darah, cas dalam RM 50. Penumpang dari Klang Sentral yang mahu ke Banting perlu naik bas transit ke bandar Klang dan kemudian dari situ barulah naik bas sekali lagi untuk ke Banting. Jadi layakkah ia di panggil Sentral? (Centre = tengah). Kalau di panggil Meru Central mungkin lebih tepat. Boleh juga di panggil Klang Tepi.

Kalau kat KLIA pulak, bas nak pergi LCCT pun tak ada bas. Dari terminal MAS kenalah naik teksi lagi..Duit lagi.

Pilihan yang ada, pergi KL Sentral dulu. Dari situ ambil bas.

Pengangkutan murah Skybus - dari KL sentral ke LCCT RM 9.00

Namun, sebenarnya banyak lagi yang perlu di buat supaya Malaysia mempunyai pengangkutan awam bertaraf dunia.

Isnin, November 30, 2009

Cara membuat signature atau tandatangan pada e-mel bersama link.

Ramai orang yang menggunakan e-mel ingin membuat atau meletak tanda tangan pada akhir e-mel . Tanda tangan dalam bentuk nama sendiri yang mempunyai link ke mana mana laman web yang kita ingin letakkan seperti laman blog kita atau laman pasaran mlm atau apa apa saja produk kita yang ingin di promosikan.
E-mel yang ada link sebegini pastinya akan menyebabkan kita mendapat banyak klik atau hit bila rakan rakan menyebarkan e-mel berangkai biasanya bila mereka menyebar sesuatu berita atau gambar gambar menarik yang biasa diamalkan di tempat kerja dan sebagainya.
Jadi bagaimana cara membuatnya?
Sila ikut panduan berikut. Panduan ini adalah untuk pengguna e-mel yahoo.
Bagi pengguna e-mel yahoo, caranya adalah agak mudah sahaja.
1. Klik pada butang "option" yang terletak pada bahagian kanan atas e-mel anda bila anda login.
2. Klik lagi pada butang "mel option"
3. Anda akan sampai ke bahagian setting yang terdapat banyak bahagian setting seperti "general", "signature", "spam" dan banyak lagi.
4. Klik pada bahagian "signature".
5. Anda akan sampai ke bahagian seolah olah ingin menulis e-mel.
6. Tuliskan nama anda yang anda mahu sebagai tanda tangan. Cari yang ringkas dan agak "catchy" seperti irman, man, man77 dan sebagainya, jika nama anda Herman contohnya. Anda juga boleh ubah font, size warna dan sebagainya.
7. Highlightkan nama yang anda telah taip tadi.
8. Klik pada simbol link yang terdapat pada bahagian anda edit font, dan saiz tulisan tadi. Butangnya berbentuk dunia bersama rantai (link) terletak sebelah simbol smiley.
9. Tuliskan alamat laman web yang anda mahu link kan dengan tanda tangan anda tadi. Alamat tadi mestilah lengkap dan di mulakan dengan http://www. apa-apa.com/contoh.
10. Tekan bahagian save pada bahagian atas signature yang tertulis "save changes".
11. Sudah siap dan anda bolehlah memulakan surat berantai anda!
SELAMAT MENCUBA

Selasa, November 17, 2009

Perniagaan Internet


Perniagaan internet ialah perniagaan secara maya di mana internet menjadi medan penghubung antara penjual dan pembeli. Perniagaan internet yang mampu memberikan keuntungan memang wujud. Walaupun dengan modal yang rendah atau tiada kakitangan sokongan, perniagaan internet yang dijalankan dengan betul mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Siapa mahu berniaga secara online?

Siapa mahu cari duit lebih, mahu peluang tambah pendapatan dari rumah?

Tak perlu sewa kedai, tak perlu modal besar.

Yang anda perlu ialah ..

Anda ada komputer dan internet dari rumah.

Anda mahu cari duit?

Anda masih tercari-cari peluang atau lubang untuk berniaga di Internet?

Apa nak jual? Macam mana mahu jual? Boleh untung ke? Jika itu soalan yang anda tanya, kini

saya ada jawapannya.

Saya pun dah buat. Apa tunggu lagi, jom kita buat duit melalui perniagaan BIO-ASLI.

Apa itu BIO-ASLI?

Senang jawapannya.

BIO-ASLI ialah perniagaan MLM secara on line.

Kenapa mesti buat online MLM?

MLM ialah konsep perniagaan yang hebat untuk orang-orang yang ingin berjaya. Dengan perkembangan pesat teknologi internet, MLM kini menjadi lebih mudah kerana komunikasi dan rangkaian hubungan menjadi lebih pantas. Maklumat tersebar lebih pantas. Pemasaran barangan juga lebih cekap.

Jika dulu nak buat MLM bukan main susah lagi, kena jumpa orang sana sini. Jual itu jual ini secara nyata. Bawa kopi, teh sabun dan macam-macam lagi ke kilang ke sekolah ke hospital. Itu MLM zaman dahulu. Cerita sampai berbuih mulut pun belum tentu orang nak join.

Sekarang zaman internet dan IT. Buatlah MLM secara online.

Jadi carilah MLM yang ada peluang untuk maju dan ada sistem yang baik. Di Malaysia ada macam2 MLM. Dari A sampai Z semua ada. Carilah yang terbaik dan mantap.

Kini ada sesuatu yang hebat dan penuh potensi. MLM secara online. Sertailah hari ini. Marilah kita buat BIO-ASLI. Perniagaan internet no1 di Malaysia.

Kedai buka 24 jam 7 hari seminggu.

Khamis, Julai 16, 2009

Di mana boleh dapat kad Touch N Go dan Smart Tag?



OK terus tentang kad touch n go ya.
Kad touch n go ini memang bagus. Membayar tol tanpa tunai. 

Masalah kad biasa touch n go ialah bila nak topup. Memang ada plaza tol yang memang boleh topup. Tapi ini menjadikan jalan sesak. Buang masa dan tenaga. 

Ada juga platform topup yang disediakan namun bukan semua tempat ada kemudahan ini. Kalau topup di stesen minyak pula masalahnya ada sedikit cas tambahan. 

Masalah berlaku bila baki kurang dan berlaku pula di jalan sesak. Banyak masa akan terbuang mencari tempat top up kerana tiada topup secara online. 

Sebab itu lah kad terkini touc n go kini datang bersama NFC. 

Ini lah kad touch n go yang basic. Kalau letak Smart Tag pulak memang cun la.


Musim raya bakal tiba setiap tahun. Bila musim raya, jalan dan highway pastinya sesak dengan kenderaan. Inilah masanya memiliki kad yang senang topup memberi kelebihan. 

Kebayanyakan kereta akan beratur panjang demi membayar tol. Kalau anda guna kad touch ni go yang biasa, memang agak sulit. Pertama susah nak periksa baki. Kedua susah nak cari tempat top up kalau baki kurang. Itu kira susah jugak tu untuk melancarkan perjalanan yang jauh lagi memenatkan. 

Kini sistem bayaran tol tidak lagi menerima duit tunai, semuanya mesti guna kad touch n go, smart tag atau pilihan terbaru, RFID (update 30 September 2020)
 
Untuk naik LRT, komuter, bayar tiket wayang, semuanya boleh guna kad touch n go. Kalau naik komuter dan guna kad touch n go, bayarannya adalah lebih murah berbanding guna tunai.

Jadi dekat mana sebenarnya nak cari kad touch n go dan smart tag ni? Kalau nak cari touch n go, pastikan beli versi yang terkini yang boleh topup secara online. 

Anda boleh cari kad Touch n Go versi nfc ini dekat kedai yang menjadi rakan niaga pihak Touch N Go. Antara yang paling mudah ialah di pasaraya TESCO dan farmasi Watson yang kini terdapat banyak 
di pasaraya besar.

Contohnya kalau anda orang Putrajaya sangat mudah. Pergi saja ke Alamanda, dan cari farmasi Watson. Kat situ memang ada jual kad touch n go kerana Watson adalah rakan niaga touch n go. 

Kalau anda beli barang Watson lebih dari rm 100 anda siap dapat free lagi kredit kat dalam kad touch n go itu. 

Itu kalau orang Putrajaya la, so orang lain macam mana? 

Tak ada masalah, cari lah kedai farmasi Watson yang berdekatan dengan tempat anda, sekarang ni dah banyak. Tesco pun dah banyak cawangan sekarang kan.

Kalau anda nak beli secara online pun dah ada sekarang ni. Anda boleh saja klik ke link yang berikut untuk 
👇
dapatkan kad touch n go versi NFC secara online.

Kalau nak cari kad touch n go terus dari pihak touch n go sendiri, anda bolehlah juga berhubung secara terus dengan mereka. 

Email: careline@touchngo.com.my
Careline: +603 2714 8888
Fax: +603 2714 8889
Operation Hours: 7am to 10pm daily (including public holidays)
Facebook: www.facebook.com/MyTouchnGo
Twitter: www.twitter.com/MyTouchnGo
SMS: Text us now! All you need to do is
type TNG
send to 36266

*SMS ni bukan free ya, standard cas bergantung pada line apa anda pakai.

Rancanglah perjalanan anda dengan baik kalau anda berjalan jauh. Pastikan kad touch n go berbaki sekurang-kurangnya RM50. 

Bukan apa, dah tak payah fikir nak cari tempat topup. Kalau baki kurang, nak undur kereta masalah dia ialah orang bising dan silap haribulan kena hon bertalu-talu.

Cepat-cepat lah cari kad Touch N Go pada pemandu-pemandu yang bakal pulang berhari raya di kampung. Kalau anda pasang pulak lagi kad Touch N Go dengan Smart Tag memang terbaik la. Senang. 

Bukan sahaja memudahkan anda, tak perlu terkorek-korek cari duit syiling, tak perlu nak berhenti lama-lama, tak perlu asyik tekan brake saja, masa pun lebih jimat.

Penggunaan kad Touch n Go beserta smart tag boleh menjimatkan masa sehingga 4 kali ganda selain memudahkan perjalanan anda. Harga satu unit smart tag ialah RM 120. Harganya agak mahal, tapi masa yang anda boleh jimat atas jalan saya rasa berbaloi untuk jangka panjang.

Bukan semua Plaza Tol ada jual smart tag. Kalau nak beli smart tag memang kena cari kat tempat tertentu sahaja. OK lah sebelum beli smart tag kena la ada kad dulu, kad touch n go.

Kalau anda mahu jumpa sendiri dengan wakil touch n go bolehlah ke hubs mereka. Hubs Touch n Go ni kira macam pusat servis atau ofis yang anda boleh jumpa untuk beli, komplen atau membuat urusan lain yang berkaitan dengan touch n go.

Lokasi hubs utama Touch n Go ialah di lokasi-lokasi berikut:

The Sphere

Unit G-6, Ground Floor , The Sphere
No. 1, Avenue 1
Bangsar South
No. 8, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur
NU Central

KL Sentral Station
Lot 17 Departure Hall,
Level 1 KL City Air Terminal,
KL Sentral Station,
50470 Kuala Lumpur

Johor Bahru
Wisma Nufri, No. 12D,
Jalan Yahya Al-Datar,
Johor Bahru, Johor

Selain dari lokasi di atas, kaunter Khidmat Pelanggan Plaza Tol (yang terpilih) juga ada menjual kad touch n go. Untuk kepastian anda bolehlah terlebih dahulu menelefon pihak tol terbabit untuk bertanya.

Anda juga boleh cuba cari hub bergerak iaitu van touch n go yang menjadi hub bergerak mereka. Untuk maklumat tentang lokasi van anda perlu mengikuti maklumat terkini dari laman facebook pihak touch n go.

Untuk maklumat yang terkini dan update semasa, anda boleh terus ke laman FB mereka di link berikut iaitu laman Facebook rasmi mereka di laman  FB Touch N Go.

Untuk bercakap sendiri dengan pihak Touch n Go, silalah menelefon ke pusat khidmat pelanggan mereka di talian 03-27148888.

Anda boleh juga membeli kad touch n go secara online di laman jualan online terkenal seperti shopee. Biasanya di sini ada kad touch n go edisi khas.

Laporan terbaru dari Lembaga Lebuhraya Malaysia bertarikh 9 September 2015 menyatakan menjelang tahun 2017 semua lebuhraya akan menerima bayaran secara elektronik sepenuhnya, maka ini bermakna tiada lagi bayaran secara tunai. Jadi mahu tak mahu anda kenalah berubah dan mula mencari kad touch n go mulai sekarang!

Kalau semua dah tak boleh dapat jugak macam mana?

Ada kad pengenalan kan? My kad. Tengok belakang dia ada simbol macam ni tak seperti dalam kotak merah kat bawah?


Kalau ada tahniah, itu maksudnya kad pengenalan anda BOLEH dijadikan kad touch n go, dengan syarat anda tambah nilai secara sah. Jadi tak payah la nak cari kad lain.

Fakta menarik:

Kalau anda guna kad touch n go semasa menaiki tren MRT Sungai Buloh Kajang, anda akan mendapat diskaun 20 % pada harga asal tiket.
*Tertakluk pada polisi semasa  syarikat PRASARANA

Update 2019: Anda kini boleh juga membeli kad Touch N Go edisi khas Tun Mahathir secara terus dari laman web pembelian secara online yang popular malaysia seperti Shopee, Lazada atau PG Mall.

Rabu, Jun 10, 2009

Bagaimana cara untuk Bangun Awal Pagi


Bangun awal pagi setiap hari adalah cerminan orang yang bermotivasi dan berjaya. Orang yang punya matlamat biasanya akan bersemangat untuk bangun seawal pagi bersedia menghadapi cabaran. Bukan senang untuk menjadi orang yang bermotivasi, positif dan berjaya.

Kelebihan bangun waktu awal pagi, terutamanya waktu dinihari adalah begitu luarbiasa sehingga Lukman al-hakim pernah berkata "janganlah kamu biar ayam jantan itu menjadi lebih cerdik dari kamu", maka kenalah bangun SEBELUM ayam jantan berkokok...boleh?

Kebanyakan orang sering tunduk pada nafsu untuk tidur hingga selewat mungkin barulah bangun. Ini bukan satu tabiat yang baik kerana akan banyak hal menjadi tergendala dan pagi anda pula sentiasa kelam-kabut dan terkejar-kejar.

Kalaupun kunci jam pukul 6, apa ramai orang akan buat bila berbunyi jam 6? 
Jawapan: Matikan alarm, sambung semula tidur "sikit" jer lagi. Akibatnya 30 minit sehari "buang" dengan tidur. Kalau 365 hari? Kalau setahun? 

Bagaimanakah cara untuk bangun awal pagi setiap hari? 

Adakah orang yang bangun awal memang dilahirkan begitu (sejak azali?) atau mereka mengamalkan suatu strategi, kaedah atau teknik tertentu? Pada hemat saya, bangun awal pagi ni kalau bercakap memang senang, tapi kalau nak buat belum tentu.

Semasa saya berusia awal 20-an, saya biasanya hanya akan masuk ke bilik tidur selepas jam 12 malam, jarang sekali saya tidur sebelum tengah malam. Akibatnya saya selalunya akan terjaga dan "hidup" hanya bila hari sudah hampir tengah hari.

Selepas beberapa tahun saya mula sedar betapa tingginya kaitan antara KEJAYAAN dan BANGUN AWAL PAGI, termasuklah dalam kehidupan peribadi saya. Dalam beberapa kes yang jarang bila saya bangun awal pagi, saya dapat rasakan yang produktiviti diri selalunya akan lebih tinggi, bukan hanya pada waktu pagi, tapi untuk keseluruhan hari itu. Saya juga dapat merasakan keseluruhan keadaan diri yang lebih cergas, aktif dan bertenaga. 


Maka oleh kerana saya memang ingin menjadi orang yang hebat, saya bertekad untuk bangun awal setiap hari secara konsisten. Tanpa membuang masa lagi, saya kunci jam loceng pada pukul 6 pagi.....dan keesokan harinya .....jam berbunyi, tapi tunggu kejap, masa ada lagi, sedap pula tidur la sikit je.. 
akhirnya...
saya tetap bangun lewat.

Hmm..


Saya cuba lagi beberapa kali selepas itu, setiap kali juga keputusannya tidak lari jauh. Adakah saya memang dilahirkan dengan genetik bangun lewat? Setiap kali jam loceng berbunyi, perkara pertama yang terlintas dalam benak pemikiran saya ialah bagaimana mahu mematikan bunyi yang amat mengganggu itu dan menikmati semula tidur yang nikmat tadi. 

Begitulah tabiat saya selama beberapa tahun. Namun saya mula sedar dari bacaan dan kajian pakar bahawasanya teknik saya itu sebenarnya SALAH. Hanya selepas saya mengaplikasikan teknik baru ini barulah saya berjaya untuk bangun awal.

Sebenarnya memang teramat sukar untuk bangun awal jika strategi yang kita gunakan salah. Tapi dengan adanya strategi yang betul, bangun awal pagi sebenarnya adalah mudah dan semulajadi.

Antara cara salah yang agak biasa ialah; kamu anggap jika esok kamu mahu bangun awal, maka strategi paling baik ialah tidur awal pada malam itu. Maka kamu mula mengkaji masa tidur kamu yang biasa dan mencongak masa tidur yang terbaik untuk bangun pada pukul 5 pagi. Contohnya jika kamu selalu tidur pada pukul 12 tengah malam dan bangun pada pukul 7 pagi, maka cara untuk bangun pada pukul 5 pagi ialah dengan menganjakkan waktu tidur lebih awal dua jam iaitu dengan tidur pada pukul 10 malam. Kaedah yang nampak logik. Tapi sebenarnya tetap akan menemui kegagalan.

Boleh dikatakan ada dua pendapat utama tentang corak tidur. Satu ialah yang mengatakan anda sepatutnya perlu tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari. Dengan kaedah ini seolah olah anda mempunyai dua jam loceng pada dua ketetapan - anda cuba tidur pada waktu yang tetap pada setiap malam. Kaedah ini nampak praktikal walaupun dalam suasana kehidupan moden hari ini. Kita perlukan ketetapan dan badan perlukan rehat yang cukup.

Pendapat yang ke dua pula mengatakan bahawa anda perlu mendengar isyarat atau signal dari tubuh anda. Tidur hanya bila anda rasa penat dan bangun hanya bila anda terjaga secara semulajadi. Pendapat ini didasarkan pada pemahaman konsep biologi manusia itu sendiri. Badan kita akan bereaksi memberi isyarat bila kita mengantuk, jadi kita perlu akur pada kehendak biologi tubuh badan secara semulajadi.

Melalui kaedah cuba-cuba dan pengamatan sendiri, saya mendapati kedua-dua kaedah ini tidak akan memberi corak tidur yang optimum. Kedua-duanya adalah salah jika anda benar-benar mengambil berat tentang produktiviti diri anda. Kenapa?

Sekiranya anda tidur pada waktu yang tetap, anda kadang-kadang akan masuk ke bilik tidur bila anda belum mengantuk. Sekiranya anda berada di atas katil selama lebih dari 5 minit tanpa tidur, maka anda sebenarnya belum mengantuk! Bayangkan, setiap malam anda membuang masa lebih dari 5 minit masa anda tanpa ada apa-apa perkara yang produktif melainkan hanya termenung. Ingat; masa itu emas. Masalah lain ialah anda menganggap anda perlu jumlah waktu yang tidur yang tetap setiap hari, ia sebenarnya anggapan salah. Keperluan tidur anda pada hakikatnya berbeza setiap hari.

Sekiranya anda mengikut pendapat ke dua pula iaitu mendengar kehendak biologi tubuh, anda mungkin akan tidur lebih dari yang perlu dalam kebanyakan kes, terlalu lebih biasanya 10 hingga 15 jam terkumpul lebih banyak dalam tempoh seminggu (anda akan rugi 1 hari waktu untuk bekerja). Ramai orang yang tidur dengan cara ini bisanya akan tidur lebih dari 8 jam setiap hari, yang bermakna mereka terlalu banyak tidur. Selain itu, waktu pagi anda akan sukar untuk di jangka kerana mereka akan bangun pada waktu yang berbeza setiap hari (mengikut kata tubuh). Oleh kerana corak peredaran tubuh kita yang tidak semestinya selari dengan sistem jam, maka waktu tidur anda akan lari (hanyut) secara rawak.

Cara terbaik bagi saya ialah dengan menggabungkan kedua-dua kaedah di atas. Sebenarnya ia sangat senang dan ramai orang yang biasa bangun pagi melakukannya secara semulajadi, tapi ianya merupakan suatu pencapaian hebat bagi diri saya yang teramat sukar bangun  awal pagi. 


Penyelesaiannya ialah dengan masuk ke bilik tidur hanya bila sudah mengantuk dan bangun pada waktu yang tetap dengan jam loceng pada setiap pagi setiap hari (7 hari seminggu). Jadi saya akan bangun pada waktu yang sama pada setiap pagi (dalam kes saya, 6 pagi), tapi saya masuk tidur pada waktu yang berbeza-beza setiap malam. Tanamkan niat positif untuk menjadi manusia yang positif dengan bangun awal pagi.

Saya akan masuk ke bilik tidur hanya bila saya rasa mengantuk dan tidak mampu lagi untuk berjaga. Ujian mengantuk untuk diri saya ialah bila saya tidak lagi mampu untuk membaca satu atau dua muka surat sebuah buka tanpa hanyut, maka saya memang benar-benar mengantuk dan perlu tidur. Kebanyakan dari pengalaman saya, saya akan tidur dalam sekitar hanya 3 minit selepas berada di atas katil. Saya baringkan tubuh, selesakan badan, tanpa masalah saya akan terus lelap. Ada masa saya tidur awal jam 9 setengah. Ada masa saya berjaga sampai 12 tengah malam. Kebanyakannya saya akan tidur sekitar jam 10 hingga 11 malam. Sekiranya saya tidak mengantuk, saya akan berjaga sehingga mata saya benar-benar mengantuk. Membaca adalah aktiviti terbaik untuk waktu sebegini. Sehinggalah benar-benar mengantuk barulah saya akan masuk untuk tidur di bilik.

Bila jam loceng hand set berbunyi setiap pagi, saya akan menutupnya (bukan tekan butang "snooze"), regangkan badan beberapa saat dan kemudian terus bangun. Saya tidak akan berfikir lagi mengenai tidur. Dari pengalaman saya, semakin lama saya mengambil masa, maka semakin tinggi kebarangkalian saya akan sambung tidur. Saya tidak akan membenarkan diri saya berbual tentang faedah-faedah tidur bila jam sudah berbunyi. Walaupun perasaan saya masih lagi mahu tidur, saya TERUS bangun.

Selepas beberapa hari kekal dengan tabiat ini, saya dapati corak tidur saya menjadi sesuatu yang semula jadi. Jika pada suatu malam saya kurang tidur, malam berikutnya saya akan mudah mengantuk dan tidur awal secara semulajadi. Sekiranya badan saya bertenaga dan tidak letih, saya akan tidur kurang sedikit. Tubuh badan saya belajar untuk memaksa saya tidur bila penat dan mengantuk kerana tubuh saya tahu yang ia akan bangun pada waktu yang sama setiap pagi dan tidak ada perundingan lagi mengenainya.

Kesan daripada kaedah ini, saya biasanya tidur kurang 90 minit secara normal setiap malam tetapi saya rasa tubuh saya benar-benar rehat dan segar. Dan saya jarang untuk tidak tidur bila sudah berada di atas katil.

Dari pembacaan saya, kebanyakan orang yang susah tidur (pengidap penyakit insomnia) ialah orang yang masuk tidur bila mereka tidak mengantuk. Jika anda tidak mengantuk dan susah untuk tidur dengan cepat, cuba bangun dan berjaga untuk seketika. Jangan tidur lagi sehingga tubuh mengeluarkan hormon memberitahu yang anda perlu tidur (anda akan rasa mengantuk).

Jika anda masuk ke bilik tidur hanya bila anda mengantuk dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari, anda akan sembuh dari penyakit sukar tidur (insomnia). Malam pertama anda berjaga memang anda akan tidur lewat, tapi anda akan terus tidur bila masuk ke bilik. 


Hari pertama memang akan sukar untuk anda kerana anda bangun awal dan hanya dapat tidur beberapa jam sahaja. Tetapi anda mestilah menghadapi hari itu dengan cekal dan anda akan merasa mengantuk awal pada malam ke dua. Selepas beberapa hari anda akan dapati corak tidur akan menjadi sekata dengan waktu tidur yang tidak jauh berbeza dan tidak ada masalah sukar untuk tidur lagi.

Jadi, jika anda mahu jadi orang yang bangun awal (atau memiliki lebih kawalan pada corak tidur dan mengatasi insomnia) maka cuba lah cara ini;

Masuk ke bilik tidur hanya bila anda benar-benar mengantuk dan bangun pada masa yang tetap setiap pagi, setiap hari, menjadi amalan rutin anda yang wajib. Jadikan bangun awal pagi sebagai tabiat anda yang semulajadi. Tabiat yang positif bila terbentuk maka  teruskan hingga anda rasa teramat rugi kalau bangun  lewat. Anda akan bangun awal secara mudah sekali dan menjadi manusia cemerlang yang produktif.


Kita sebagai orang Islam juga pastinya terbiasa bangun awal dan berpagi-pagi kerana ia akan membuka pintu rezeki. Selain itu kita ada kewajipan untuk bangun sebelum matahari terbit untuk menunaikan sembahyang Subuh. Jika kita sudah setkan minda untuk bangun subuh dan berjamaah di Masjid atau surau pastinya kita akan bangun dengan lebih mudah. 

Kelebihannya amatlah luas berdasarkan hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah menceritakan Nabi S.A.W. bersabda, "Dua rakaat sebelum Subuh lebih baik dari dunia dan seisinya". 

Jadikan bangun awal pagi sebagai tabiat. Bila anda kekalkan tabiat baik ini, bangun pagi setiap hari bukan lagi satu masalah. Malahan anda akan punya sikap positif dan sentiasa bangun pagi tanpa masalah.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.