Isnin, Mei 31, 2010

Bahaya Kad kredit


Kad kredit adalah kemudahan untuk meminjam wang secara pantas dari bank. Dengan pemilikan kad kredit anda diberi kemudahan kredit (duit) sejumlah kadar had jumlah maksimum yang anda boleh guna, bergantung pada bank mana kad anda. 

Kad kredit boleh anda guna di banyak tempat dan ia memudahkan urusan jual beli. Tapi ramai pula yang bila pinjam duit lupa dunia, akibatnya hutang bertimbun tak mampu bayar. Lebih teruk dari itu ada juga yang muflis.    

Kad kredit bukan sahaja bahaya dari sudut ekonomi, tapi sebenarnya dari sudut agama ia adalah amalan riba secara nyata. Hukum riba anda boleh semak sendiri. Ia sangat berat, bahkan jauh lebih berat dari hukum zina. Tapi ramainya orang yang buat pinjaman kerana menyangka bank yang tanggung dosa riba. Sebenarnya kita yang pinjam pun bersubahat dalam amalan riba. 

Hari ini saya dah tutup 2 kad kredit. Iaitu Master Kad Mbf dan Visa Ambank. Jadi hanya ada 2 kad saja sekarang daripada 4 kad. Ingat kad Master Kad BSN pun nak juga tutup juga tapi BSN suruh buat surat rasmi lah pulak. Bukan main susah nak tutup akaun kad BSN ni. Tak mengapalah, pakai lah (pegang) dulu sekejap. Harap BSN boleh memberi khidmat yang baik lah sebab kamu agensi kerajaan. Terima kasih juga pada Mbf sebab beri peluang saya pinjam duit kamu.

Masa saya pakai MBF kad, layanan mereka adalah baik. Dulu pernah kad saya kena "curi" pakai oleh pihak ketiga sebanyak RM 1 ribu. Keluar pernyataan dalam bil bulanan mereka. Saya pun rasa gelabah dan panik jugalah sebab RM 1 ribu pun kira banyak juga. Saya telefon pihak Mbf dan jelaskan pada mereka yang bukan saya yang gunakan (swipe) duit itu. Mujurlah pihak Mbf mempercayai saya dan mereka terus sahaja membatalkan nilai RM 1 ribu itu tanpa banyak soal jawab sangat.

Kalau kena dengan BSN macam mana? Mungkin dia akan kata "kami tak kira, awak kena bayar jugak, itu masalah awak, bukan masalah kami." Ha, macam mana? Tak ke naya macam tu? Sila jawab orang BSN. Macam mana tu, kat BSN Klang, kaunter khidmat pelanggan pun tak ada? Masa saya nak tutup akaun kad kredit BSN saya terpaksa menunggu bersama pelanggan-pelanggan yang membuat urusan lain. Bila nombor dah di panggil kena buat surat rasmi lah pulak.

Sekarang pakai kad banyak2 pun menjadi beban kerana kerajaan sudah kenakan cukai RM 50 setahun untuk setiap kad kredit, jadi kalau saya pakai 4 kad, senang-senang saja kerajaan makan RM 200 duit saya. Itu belum kira lagi yuran tahunan yang di kenakan oleh pihak pengeluar kad kredit (bank lah tu). Saya hanya merancang untuk pakai 1 kad sahaja, itupun utuk urusan jual beli di internet. Jadi antara kad BSN dan Am Bank, salah satu akan saya korbankan. Mari kita tengok siapa yang kena.

Pesanan saya pada kawan-kawan, tak perlulah guna kad kredit sebab ia akan menjadi punca papa kedana. Ia akan membuat kita terikat kaki dan tangan pada bank. Kita bekerja bukan untuk diri kita lagi, tapi untuk bank. Tak percaya? Semaklah berapa peratus bunga yang anda kena dengan kad kredit. Ianya adalah 13% hingga 16%. Cubalah anda fikir, kalau bonus ASB anda 13% anda akan dapat berapa?

Katalah anda ada duit ASB 10 ribu, tapi pada masa yang sama anda hutang kad kredit 10 ribu. Di mana anda berada? Anda tidak ada satu sen pun duit sebenarnya, malahan anda terpaksa lagi cari untuk bayar hutang. Bonus ASB kalau cecah 9% kira rekod dunia tu. Biasanya sekitar 8% lebih sahaja dah bangga gila. Kalau orang yang langsung tak ada simpanan macam mana? Jawabnya korek lubang kubur sendiri dan sendiri tanam lah!

Itu gambaran yang mudah sahaja, tapi ramai yang tak nampak sebab dah terbiasa sangat hidup dengan budaya berhutang sehingga lupa nak menghitung guna asas matematik, tapi guna asas perasaan dan kebendaan.

Simpanlah duit untuk hari tua anda kerana tak akan ada orang yang akan memberikan pesanan pada anda, sehingalah kita leka dan lalai dengan kehidupan. Bila dah sedar, (akan sedar bila perlu duit atau sakit umpamanya) rupa-rupanya dah nak pencen pun tapi duit simpanan langsung tak ada, jadi apa nak buat? Menangis air mata darah pun tak guna, kerana masa yang berlalu tak akan kembali lagi.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.