Selasa, April 12, 2016

Otai pimple


Berlawan dengan tiga orang otai pimple. Azli - pimple cap babi(serius). Abang Rafi, -long pimple dan abang Tajudin -long pimple. Aku kalah semua game namun rasa puas hati tetap ada sebab memberikan saingan sengit.

Paling hebat ialah pimple spinlord cap babi. Memang bolanya apabila disepak (bukan macam sepak bola) akan menjunam turun terus tak terangkat.

Gaya permainan abang Tajudin dan abang Rafi pula seakan sama, mereka akan spin bila ada bola forehand datang. Spin ini terlalu laju kalau tak cepat-cepat tutup angle bet maka menangis keluar air mata darah pun dah tak  berguna lagi.

Belajar dari kekalahan. Tingkatkan lagi stamina dan ketepatan spin, InsyaAllah bolehlah kalahkan 3 orang lagenda pimple berkenaan.

Kalau dah biasa melayan pimple insyaAllah akan lebih senang bila melayan getah licin kerana getah licin lebih senang untuk diduga walaupun lebih laju ia datang. Getah pimple pula datangnya tidaklah laju tapi tidak senang untuk diduga.

Sekian, majulah ping-pong untuk negara Malaysia.

Isnin, April 11, 2016

Pendapatan tambahan


Mencari pendapatan tambahan adalah perkara perlu pada tahap ekonomi hari ini. Buatlah apa sahaja kerja yang halal. Tak perlu malu berusaha mencari duit asalkan kita buat kerja halal.

Anda boleh saja menulis blog, menjual bio-asli dan sebagainya. Mcam-macam kerja boleh anda buat. Berusahalah, jangan asyik mengeluh memberikan pelbagai alasan.

Kalau nak harap duit makan gaji sahaja memang tak cukuplah.

Model terbaik perniagaan online


Berniaga secara online ni memanglah nampak mudah dan romantik. Pos sahaja gambar produk dekat facebook, tunggu orang "like" dan kemudian suruh orang hantar PM. Beritahu harga dan suruh dia "bank in" duit. 

Nanti dulu. Proses selepas tu tidaklah semudah dan takkan habis setakat itu sahaja. Cuba fikirkan. 

Anda kena bungkus barang tu elok-elok. Pergi ke pejabat pos, cari tempat parking kereta (kalau naik kereta) kemudian beratur ambil nombor, tunggu nombor di panggil. Kemudian bayar kos penghantaran pos laju. Ambil nombor rujukan dan whatsapp nombor tu sebagai bukti kepada customer. Lepas tu tunggu dalam 2 ke 3 hari feedback dari customer takut-takut barang tu tak sampai.

OK lah tu kalau anda ada 2 customer. Boleh la kan? 

Kalau anda ada 200 customer macam mana? Sanggup ulang semua langkah di atas? Sanggup ker? Kalau 2 customer berapa sen anda untung? Kalau 200 customer sanggup ker anda layan?

Itulah hakikat sebenar berniaga online yang anda nampak romantik itu.

Sebab itulah penting anda mencari model perniagaan online yang baik agar anda boleh bertahan lama berniaga secara online. Model perniagaan online terbaik yang saya cadangkan kepada anda ialah model syarikat bio-asli.

Ini kerana langkah menguruskan barang anda sudah tidak perlu buat. Anda hanya membuat urusan mencari pelanggan sahaja. Anda kemudian masukkan data. Semua urusan lain pihak bio-asli yang akan buatkan untuk anda. Inilah sistem yang ada. Ia dipanggil "leverage".

Gunakanlah "leverage" yang sudah sedia ada. Maksud leverage ialah anda menggunakan sistem yang telah tersedia. Anda tidak lagi perlu mengerah keringat untuk membuat semua benda dengan sendiri. 

Itulah model bisnes yang terbaik. Fokus dan effisyen.    

Pendapatan setakat hari ini





















































Merangkak sedikit lagi hari ini jumlah duit Nuffnang. Target untuk rm50 nampaknya masih jauh. Tujuan saya menulis blog ini ialah untuk berkongsi eksperiment dengan anda berapakah jumlah duit yang boleh dihasilkan dengan menulis blog.
Saya bukanlah penulis blog professional. Saya masih bekerja 5 hari seminggu dengan waktu office hour bermula seawal 8-5 petang.
Masa menulis saya juga terhad. Jadi pendapatan seciput ini ialah satu eksperiment sosial saya. Ini akan memberikan sedikit gambaran kepada anda yang mahu menjadikan penulisan blog sebagai sumber pendapatan.
Bukan mudah mencari duit dengan menulis blog, namun boleh dilakukan sekiranya anda rajin menulis seperti saya.
Berusahalah mencari duit kerana zaman semakin mencabar dengan harga barangan sentiasa meningkat.
 





Khamis, April 07, 2016

Model perniagaan terbaik


Ramai orang pastinya ingin berniaga tetapi masih mencari-cari model perniagaan terbaik. Ramai juga yang berkira-kira mahu berniaga secara online. Ada yang menghadapi kekangan masa. Ada pula yang menghadapi kekangan dari segi kewangan.

Apakah model perniagaan yang terbaik bagi mereka yang bekerja dan tidak memiliki modal perniagaan yang besar? Model perniagaan bagi golongan ini ialah mencari model perniagaan yang berisiko rendah dan juga modal yang tidak keterlaluan.

Satu syarikat yang memberikan peluang sebegini ialah bio-asli.

Risiko berniaga.
Risiko berniaga yang paling utama ialah barang tak laku. Bila barang tak laku stok yang tersimpan akan menghadapi masalah sama ada rosak atau kos menyimpan dan sebagainya. Dengan bio-asli risiko ini sudah tidak perlu anda pikul. Ini kerana anda tidak perlu menyimpan stok. Syarikat bio-asli yang akan menyimpan stok. Tugas anda ialah mencari pelanggan untuk membolehkan stok berkenaan terjual. Kalau anda gagal mencari pelanggan, maka anda tidak perlu menanggung risiko barang tidak terjual, tapi kalau berjaya jual anda mendapat untung runcit.

Perasaan berniaga.
Berniaga adalah satu kerja mulia. Bahkan agama pun menggalakkan berniaga. Pun begitu masih ada yang malu-malu bila nak berniaga. Maklumlah bila kawan-kawan ramai. Ada bermacam kawan. Ada yang baik memberi semangat. Ada yang suka menyakat. Ada yang suka mengata. Ada yang dengki. Ada yang tak senang menengok orang lain berusaha nak berjaya. Bila gagal mereka akan tepuk tangan lagi. Jadi macam mana? Kalau nak fikir semua tu memang sekerat jalan sajalah. Memang tak jadi berniagalah jawabnya.                                                                                                                                                                   Modal berniaga.
Berniaga dan berani keluar modal sememangnya adalah perkara biasa. Kalau tak ada modal besar dan kalau takut nak keluar modal, maka janganlah bermimpi nak berniaga, betul tak? Sebenarnya kalau modal kecil pun anda masih boleh berniaga dengan syarat anda rajin berusaha mencari pelanggan, itu sahaja. Tak semestinya kurang modal tak boleh berjaya dalam perniagaan. Syarikat bio-asli memberikan anda peluang berniaga dengan modal yang minimum sahaja. Untuk menjadi ahli bio-asli pun percuma sahaja. Jadi memang tak kena sangatlah kalau anda kata anda tak mampu berniaga sebab tak ada modal besar.

Tempat berniaga
Semua orang memang mahu berniaga tapi tak ada tempat nak berniaga. Nak sewa kedai, sewa mahal. Nak beli kedai lagilah mahal. Nak berniaga tepi jalan nanti kena angkut pula dengan penguatkuasa. Nak berniaga secara MLM malu pula. Nak berniaga macam salesman jual barang promosi dekat kedai-kedai makan lagilah malu muka. Nak ajak kawan berniaga, kawan pula tak boleh percaya, suka pula berhutang, lagi la hancur. Jadi nak buat macam mana?

Berniagalah secara online dengan syarikat bio-asli

Nota kaki: Ada yang berniaga mencari stok sebegitu jauh sampai beratus kilometer, mereka laburkan masa, tenaga dan keringat. Berniaga tidaklah semudah yang anda impikan. Nak berjaya memang sukar, tapi kalau asyik mencari alasan memanglah sampai bila-bila pun anda tak akan berjaya.

Rabu, April 06, 2016

Harga air kelapa - sebiji


Kelapa muda adalah minuman yang berkhasiat dan sedap pula. Tahukah anda air kelapa mempunyai komposisi elektrolitik yang sama seperti darah manusia.

Harga sebiji kelapa muda boleh dijadikan penanda aras paras ekonomi negara.
Harga terkini sebiji kelapa dikupas isi dan airnya semua sekali ialah RM 4.

Mahal do. Tapi disebabkan musim panas yang amat dan rasa dahaga yang melampau, aku terpaksa beli juga. Kerana air kelapa dan isinya yang siap dikupas aku sanggup meredah panas mentari.

Sebelum ini harga air sebiji kelapa ialah RM 3.70

Ada bangla jual aku pernah beli RM 3.50

Air kelapa kalau aku balik kampung aku cuma minta dengan abah, free jer.

Kat Kajang ni kos hidup agak mahal berbanding kampung. Terpaksalah kerja keras menulis blog dan menjual barang selain bekerja seharian makan gaji.

Selasa, April 05, 2016

31.45


Itulah jumlah duit nuffnang setakat hari ini. Penat la nak tunggu jumlah terkumpul jadi 50.0 Duit nuffnang ni kena cukupkan rm50 baru boleh claim.

Begitulah susahnya nak mencari duit dengan menulis blog. Maksud aku menulis blog bahasa melayu. Kalau nak buat duit yang banyak kenalah tulis dalam bahasa Inggeris, baru boleh dapat income us dollar.

Baik aku buat benda lain seperti berniaga, betul tak? Tapi buat masa ni aku kena terus juga sebab dah tak boleh nak undur.

Begitulah kisahku mencari sesuap nasi.

Jumaat, Mac 25, 2016

Pendapatan hari ini











Hari ini hari gaji kan. So nak update gaji setakat hari ini. Jumlahnya ialah Rm31.39

Itulah gaji hasil menulis blog. Begitulah payahnya nak cari makan dengan blog. Aku kena berusaha dengan lebih gigih lagilah kalau bermimpi nak jadi blogger professional yang menyara hidup hanya dengan menulis blog. Jauh lagi perjalanan ke arah itu.

Sementara itu aku kenalah berniaga barang seperti barang ping-pong dan sebagainya. Masalah dia sekarang tukaran duit Malaysia rendah sangat maka harga barang ping-pong dari German dan Jepun pun menjadi mahal. Macam mana nak berniaga?

Nak main dengan Google pulak susah juga sebab Google peraturan dia ketat.

Itulah semua rintangan yang aku perlu atasi. Tak pe, aku akan berusaha.


Rabu, Mac 23, 2016

Tolong saya


Aku perlukan pertolongan. Aku sakit. Sakit dalaman. Sakit yang mana ubatnya juga sukar.

Sakit yang mana aku perlukan semangat untuk melawan.

Tolonglah datang semangat itu.

Aku perlu duit. Menulis blog ini sangat meletihkan kerana tiada hasil.

Aku bukan mahu banyak pun. Rm 50 sahaja. Itu pun payah benar?

Selasa, Mac 22, 2016

Ini kisah benar


Ini mesej yang aku dapat semalam. Ya ini memang kisah benar. Gambar di atas adalah skrin handset aku dengan gambar anak aku. 

Hujung bulan ni aku kering langsung. Langsung tak ada duit nak belanja. Isi minyak motor pun pakai duit syiling.

Mujurlah aku dapat mesej seperti di atas. Mesej ini sepatutnya sampai hari rabu tapi semalam baru hari isnin mereka sudah proses tuntutan aku. 

Terima kasih atas kepantasan anda membuat kerja.

Esok kalau barang pesanan aku buat dari syarikat ini sampai kepada customer ada lagi duit masuk. Dapat la dalam RM60. 

Kalau anda berminat nak berniaga macam saya tengoklah website syarikat yang memang power ni kat link berikut. 


Isnin, Mac 07, 2016

Perfect ITTF Table tennis Kuala Lumpur.


Semalam berakhir kejohanan ping-pong dunia di mana Kuala Lumpur menjadi tuan rumah selapas 16 tahun. Kali terakhir ialah tahun 2000. Perfect ITTF Kuala Lumpur 2016 adalah begitu perfect sekali.

Stadium Malawati Shah Alam menjadi saksi kepada bintang ping-pong seluruh dunia terutama China, Jepun dan German selain banyak lagi negara lain.

Aku sendiri sempat selisih bahu dengan personaliti besar yang selama ini cuma dilihat di dalam siaran streaming internet. Antaranya seperti coah German Rosskopf dan beberapa pemain German yang tinggi lampai. Selain itu dapat melihat dari dekat star seperti Zhang Jike dan Fan Zhendong.

Kalau dulu semasa ping-pong dunia sekitar 2000 masa tu kejohanan istimewa China vs World star, stadium badminton Cheras menjadi medan pertandingan. Masa tu tiket RM 50 orang berebut sampai pecah cermin kaunter jualan tiket.

Kali ini kemajuan internet sudah meluas jadi aku dapat membeli tiket secara online berharga RM100. Tempahan melalui ticketpro.com.my sangat mudah dan effisyen. Sampai stadium aku cuma perlu beri nombor tempahan dan tiket sudah ada mereka reserve untuk aku.

Hari Ahad adalah acara final antara China melawan Jepun. Stadium penuh terutamanya dengan orang China yang menyokong pasukan mereka. Gila sungguh China ni kalau bab ping-pong.

Perlawanan bermula tepat jam 7.30 petang, ya waktu solat maghrib. Masuk saja maghrib 7.28 azan berkumandang di surau. Selepas habis solat terdengar sorakan dari dalam. Bila aku masuk Xu Xin dah mendahului sekitar 5 mata. Siapa yang buat atur cara begitu aku tak pasti tapi nampak sangat tak respek waktu solat. Ini Malaysia, bukan China. Tuan rumah ada power, bukan kita yang kena angguk.

Mentang-mentang Menteri Sukan (KJ) takder sebab dia pergi Umrah, suka-suka kau jer ya.



Star sebenar ITTF Perfect KL 2016.

   

Ahad, Mac 06, 2016

Cara membeli smart tag secara online


Boleh terus tekan gambar untuk beli SMART TAG



Smart Tag sememangnya adalah satu kemestian bagi mereka yang mahu melancarkan perjalanan dan menjimatkan masa semasa membayar tol untuk melalui lebuhraya. Dengan smart tag tak perlu lah beratur demi memberi duit kepada syarikat tol. Apatah lagi musim jalan sesak tak kira masa. Musim raya jangan cerita lah.

Pun begitu, apa yang saya lihat masih terlalu ramai yang masih membayar tol secara tunai kerana tidak memiliki smart tag, termasuklah saya sendiri (sebelum ini) yang hanya memakai kad touch n go sahaja.

Setiap kali saya melalui lorong touch n go saya akan menjeling ke lorong smart tag dan melihat dengan rasa cemburu akan kelancaran lorong smart tag akibat kurang sangat pemandu kenderaan yang memiliki smart tag.

Salah satu faktor keadaan ini pada pandangan saya ialah kekangan harga dan juga faktor kesukaran mendapatkan unit smart tag itu sendiri. Rasanya harga seunit smart tag sekitar RM120 masih boleh diusahakan kebanyakan orang tapi masalah sekarang ialah mana nak cari dan beli smart tag?

Kalau ada smart tag memang anda nampak bergaya walaupun pakai kereta murah macam saya kerana banyak lagi kereta mewah sedang beratur mahu membayar duit tol.

Kelebihan smart tag? banyak beb. Anda boleh semak baki kad touch n go. Tekan butang merah tu. Anda bergaya.... sangat bergaya....Kereta anda laju....walau buruk .......Tingkap tak payah bukak. Tidak perlu beratur panjang.

Kalau anda berhasrat membeli smart tag, biasanya anda terpaksa pergi ke tempat jualan mereka di KL Sentral dan Bangsar atau di kaunter khidmat pelanggan yang tertentu.

Kalau anda tinggal jauh seperti di Seremban atau Melaka pastinya ini menjadi satu masalah kerana jarak yang terlalu jauh untuk pergi semata-mata mahu membeli smart tag. Kaunter khidmat pelanggan pula biasanya stok mereka terhad, jadi kalau tak bernasib baik memang susah nak dapat.

Tahukah anda sebenarnya anda boleh saja membeli smart tag ini secara online. Jadi kalau anda duduk di Melaka umpamanya tak perlulah anda membuang masa atau ambil cuti kerja semata-mata mahu ke KL untuk membeli Smart Tag.

Cara membeli smart tag secara online ialah begini.

Anda perlu berhubung terus dengan pihak touch n go. Cara berhubung paling berkesan di mana anda akan dilayan dengan cepat ialah melalui saluran komunikasi private message Facebook mereka. Anda perlulah memiliki Facebook (takkan takder kot) dan terus sahaja beritahu pihak Touch N Go hasrat anda mahu membeli Smart Tag secara online.

Dari situ anda terus bolehlah berurusan dengan pihak mereka sehingga selesai.

Mungkin anda tak percaya semudah itu proses membeli smart tag secara online. Inilah bukti perbualan saya dengan pihak touch n go di laman sosial facebook touch n go. Tarikh mesej (pm) ini ialah 2 April 2016, sabtu. Mereka membalas mesej (pm) saya kurang dari setengah  jam.






Pada 8 April 2016 smart tag yang saya order pun sampai tapi saya tak ada di rumah sebab kerja. Saya sendiri pergi ke ofis poslaju di Bangi untuk ambil bungkusan dari pihak touch n go.


Kalau anda malas nak cari laman facebook Touch N Go maka saya sediakan link terus pergi ke situ untuk kemudahan anda. Sila klik link di bawah ini.

Facebook.com/touch N go

Nota: Kad touch n go dijual secara berasingan. Kena beli sendiri kad. 

Update terkini: Anda kini boleh juga membeli smart tag secara terus dari laman web pembelian secara online yang popular malaysia iaitu link yang saya letak, sila tekan sahaja ya. 

Nuffnang ada pergerakan income


Menulis blog untuk menjana pendapatan melalui Nuffnang bukanlah mudah. Kalau hati tidak cekal memang akan karam di tengah lautan.

Semalam aku cek ada sedikit income masuk setelah lama menanti untuk tahun 2016.

Begitulah peritnya menanti untuk cukupkan RM50.

Kadang-kadang aku memang blur dan mati idea, tak tahu apa nak tulis walaupun banyak peristiwa yang aku nak sangat tulis.

Contohnya suasana politik Malaysia yang panas. Tapi terus terang aku cakap aku tak berani nak komen sebarangan. Untuk menyindir pun aku tak berani. Pendirian politik aku hanya kekal dalam sanubari aku sahaja.

Sukan.

Malaysia sekarang menjadi tuan rumah kejohanan ping-pong dunia. Ia berlangsung di Stadium melawati Shah Alam.

Boleh tahan la jauh jugak dari Kajang nak merangkak ke Shah Alam. Minat punya pasal terpaksalah aku gagahkan juga.

Khamis, Februari 11, 2016

Rekod today

Lawan amin kalah 4-1
Lawan coisox menang 2-1
Lawan ezrin kalah 4-0
Lawan beregu kalah 4-1 (ezrin/bujing) (Sadli/coisox)

Rabu, Februari 10, 2016

Rekod today

Lawan abg Lan kalah 3-2
Lawan Abg Rafi kalah 4-0
Lawan Li menang 4-0

Sabtu, Februari 06, 2016

Panduan berniaga online


Kepada ibu atau bapa yang duduk di rumah menjaga anak, mereka perlu juga melakukan sesuatu demi menambahkan pendapatan. Masa terluang di rumah patut dimanfaatkan dengan berniaga. Salah satu cara yang ada untuk berniaga ialah dengan berniaga secara online.

Untuk berniaga secara online anda harus memiliki produk hebat yang boleh dijual dan juga laku atau laris di pasaran onlie. Inilah yang menjadi cabaran besar bagi mereka yang ingin berniaga secara online, mencari produk yang laris.

Bila ada produk, kena buat website atau blog pula. Lepas tu kena promosikan website pula. Lepas tu kena layan customer. Bila dan dapat customer, kena bungkus barang dan pos barang customer. Itulah langkah-langkah rumit perniagaan online. Setiap langkah itu ada cabaran tersendiri.

Sebab itulah anda mesti mengurangkan kerumitan langkah yang banyak tadi supaya anda boleh fokus usaha anda, barulah anda tidak pancit di tengah jalan. Dipendekkan cerita syarikat Bio-asli boleh membantu anda dalam menghadapi setiap langkah tadi.

Untuk anda yang tidak ada produk untuk dijual, anda tidak perlu risau. Anda boleh menyertai syarikat bio-asli dan menjual produk bagi pihak bio-asli dengan kadar komisyen yang berpatutan. Kadar berpatutan yang saya maksudkan ialah seperti sekitar RM 20 untuk setiap jualan produk. Kalau anda jual sekitar 10 unit, anda sudah dapat duit sekitar RM 200. Kalau anda jual 100 unit maka RM 2000 sebulan adalah pendapatan anda.

Bagi saya ini adalah sesuatu yang menarik. Tambahan pula anda tidak perlukan modal besar untuk menjadi ahli. Anda hanya perlu membuat jualan secara konsisten. Itulah adat dan hukum orang berniaga. Ada jualan ada hasil duit. Tak ada jualan tak ada duit. Kita berniaga secara telus dan jujur.

Anda bolehlah masuk ke laman web bio-asli dan kenali syarikat dan kaji barang-barang yang mereka jual.

Tidak ada unsur janji tinggi melangit. Anda berusaha anda dapat, anda malas, kuranglah hasil.

Jumaat, Februari 05, 2016

3 malam di hospital Kajang


Pengalaman di hospital Kajang. Berulang-alik dari rumah-tempat kerja-Hospital Kajang.

3 malam anakku Firas ditahan di hospital Kajang akibat asma. Pagi selasa pergi ke klinik dan tanpa diduga kes dia terpaksa dirujuk ke Hospital Kajang tengah hari itu juga.

4 hari ibunya terpaksa cuti (cuti crk). Terus sambung cuti tahun baru Cina.

Hari ni dah check out. Keadaan Firas dah stabil, cuma kena makan ubat ikut jadual.

Waa hari ni baru 5 haribulan. Duit gaji dah hampir kering. 

Isnin, Februari 01, 2016

Nuffnang tak bergerak


Nuffnang tak gerak.

GMI tak bagi OT.

Anak gua sakit.

Gua pun sakit.

Member tak contact.

Cantik.

Ahad, Januari 31, 2016

Sate Kajang


Perkara pertama yang terlintas di fikiran orang luar Kajang bila pertama kali sampai ke Kajang ialah sate. Begitulah popular dan sinonimnya nya sate dengan pekan Kajang. Bagi orang yang memang tinggal di Kajang seperti aku pula, makanan terakhir yang aku akan cari ialah sate. Dah muak dah, cuma sesekali tu boleh la itupun kalau ada tetamu datang ke rumah dan mereka mahu cuba sate Kajang.

Sate Kajang yang popular ialah sate Kajang Haji Samuri. Sate Kajang Willy pun popular juga. Sate Samuri ni kira legend lah kat Kajang. Kalau datang Kajang memang tak sah kalau tak pergi makan sate Samuri.

Restoren sate Kajang Samuri terletak di tengah-tengah bandar Kajang, bersebelahan stadium Kajang.

Aku bukan rajin sangat nak redah bandar Kajang yang sentiasa sesak dengan kenderaan. Maka sebab itulah perkhidmatan penghantaran sate Kajang ni merupakan berita baik untuk orang Kajang dan kawasan sekitarnya.

Orang sekitar Kajang boleh order dan tunggu je sate sampai kat rumah.

Tapi kena order lebih dari 50 cucuk barulah dia hantar rumah.

Hari tu mak mertua datang aku order 50 cucuk.

Pesan sate perut tapi sate daging yang sampai.

Sabtu, Januari 30, 2016

Rekod hari ini


Lawan abg hensem menang 3-2
Lawan Mc Lee Wang Hao kalah 4-0
Lawan adik student seri 2-2

Lepas main ingat nak masuk kerja kerja kejap tapi cancel sebab baju dah basah lenjun habis.

Jumaat, Januari 29, 2016

Mukhriz, kata kunci terhangat masa kini


Semua orang mula mencari Mukhriz.

Mukhriz tiba-tiba menjadi popular dan disokong.

Mereka yang bukan Kedah pun sokong Mukhriz.

Google dilimpahi carian perihal Mukhriz.

Mukhriz oh Mukhriz.

Ada apa dengan Mukhriz?

Menteri Besar Kedah


Maaf la tajuk gempar sikit. Sebab isu tergempar sekarang ialah Menteri Besar Kedah. Khabarnya Kedah nak tukar Menteri Besar. Pasai apa tiba-tiba nak tukar aku manalah tahu, aku ni rakyat biasa.
 
Yang aku tahu orang tukar kalau ada masalah seperti Menteri Besar tiba-tiba hilang akal menjadi gila. Mukhriz masih waras aku rasa.

Pasai apa berebut nak jadi Menteri Besar, itu kan tugas dan amanah besar, susah nak pikul. Masing-masing duit dah banyak masih nak kejar pangkat kenapa. Lain la macam aku duit pun cukup makan belum tentu.

Yang aku tahu manusia ni tak pernah puas walau harta dah banyak. Satu perkara yang manusia perlu ialah sosial status. Sebab tulah manusia sanggup mati-mati pertahankan jawatan.  

Kehilangan jawatan adalah sesuatu yang dianggap memalukan. Contohnya seperti Jose Mourinho yang dipecat oleh kelab Chelsea. Mourinho siap tutup muka bila keluar dengan kereta mewahnya dari pejabat manager Chelsea. Bukan salah apa pun dia.  

Mukhriz Tun Mahathir nanti macam manalah agaknya bila dia disuruh kemaskan barang dan keluar dari pejabat Menteri Besar. Pastilah ia kelihatan sangat kekok dipandang.                                                                          
Kalau Mourinho dipecat sebab Chelsea banyak kalah, Mukhriz pula entah kenapa perlu dipecat.

Orang kata politik itu kotor, maka jangan campur politik.

Tapi kan, semua orang berpolitik. Politik ialah seni mengurus hidup. Menantu berpolitik dengan mertua, ayah berpolitik dengan anak, cikgu berpolitik dengan guru besar. Politik tidak kotor, tapi pemain politik mungkin kotor. 

Jadi, apa pendirian anda?

Khamis, Januari 28, 2016

Ini bukan main-main punya


Keadaan ekonomi sangat meruncing. Harga minyak dunia turun, harga pula rumah naik. Harga barang keperluan asasi semua naik. Nak beli di Mydin pun mahal juga. Belanjawan negara dirombak.

Rumah di Bangi sangat mahal jauh atas kemampuan orang biasa.

Student ramai nak berhenti kerana loan mereka lambat. Satu keadaan yang jarang berlaku.

Aku tak terkejut kalau silap perhitungan institusi besar seperti tempat kerja aku juga boleh gulung tikar, kalau tak kena gaya.


Bangun lewat lagi


Jam berbunyi pukul 6 pagi. Aku tersedar.

Apa yang aku buat ialah set jam pukul 6.15

6.15 jam berbunyi dan aku bangun. Keletihan semalam masih belum hilang. Cepat-cepat mandi.

Masih tetap lewat hantar wife dan anak.

Hu hu.


Rabu, Januari 27, 2016

RM 30.71


Rekod untuk hari ini.

Lawan Abe Mazlan : Kalah 2-0

Lawan Pie : Menang 2-1

Lawan Annuar : Menang 4-0

Lawan Coisox : Kalah 4-3

Ahad, Januari 24, 2016

RM 30.41


Masih tak berganjak pendapatan Nuffnang yang begitu degil. Dah la nak claim kena tunggu cukup RM50.

Kalau dulu aku pakai infolink cuma 25 usd dah boleh claim. Masa tu harga ringgit tak serendah sekarang.

Memandangkan harga ringgit yang menjunam sekarang menulis dalam bahasa Inggeris adalah satu langkah bijak.

Keadaan ekonomi sekarang masih tak menentu.

Isnin, Januari 18, 2016

Ipoh ku terkenang


Pertandingan sukan antara IPTS 2016 berlangsung di kompleks dewan Majlis Bandaraya Ipoh. Sebanyak 31 institusi pendidikan swasta menyertai sukan ipts kali ini.

Aku dan Pie masuk acara beregu ping-pong.

Pencapaian kami ialah separuh akhir sahaja, (target achieved).

Abang Lan pula terkandas di suku akhir.

Agak meriah juga kejohanan ini.

Inilah antara gambar kenangan kami di Ipoh.


Bergambar bersama lawan dari Universiti College Bestari sebelum perlawanan semi-final.

Kami kalah 2-3.
Ini pula lawan dari tuan rumah iaitu Universiti Petronas bagi menentukan tempat ke 3 atau 4.


Kami wakil GMI antara terawal datang pada pagi bersejarah itu.
Inilah aksi semi-final yang begitu getir.
Ini pula hotel tempat kami menginap di medan Gopeng.

Hotel bajet sahaja.
Ini Chan, juara perseorangan. Semua budak melayu dia pukul sambil senyum jer. Masa suku akhir dia siap boleh buli seorang budak melayu yang kelihatan macho giler macam athlet tapi main tercungap-cungap macam ikan keluar air. Bila aku turun dewan, kesian aku tengok, budak ni hisap rokok rupanya. Patut la. Satu dewan kot sokong dia (melayu semua), tapi Chan selamber jer pukul.


Final perseorangan Chan vs Gan (multimedia universiti).

Rabu, Januari 13, 2016

Ekonomi merudum


Keadaan semakin gawat, sampai tahap kerajaan terpaksa meyakinkan kakitangan yang gaji mereka tidak akan dipotong.

MARA juga ikut gawat bila ramai student terpaksa menunggu lama untuk dapat loan.

Harga barang keperluan asas turut meningkat. Aku sendiri sampai berfikir beratus kali cuma untuk membeli buah?

Pendapatan sampingan aku melalui blog ini juga slow. Baru RM 30.31

Pengajar GMI keluh kesah. Itu pengajar GMI, aku ni cuma staff sokongan.

Selasa, Januari 12, 2016

Latihan tidak boleh diabaikan


Untuk maju dalam bidang apa sekalipun, latihan adalah amat mustahak. Tidak kira di mana tahap anda berada, tanpa latihan konsisten, tahap dan kualiti permainan akan menurun.

Ping pong adalah satu sukan yang sukar untuk kekal atau maintain dapat point demi point secara konsisten. Ada macam-macam hal. Kalau terkuat bola out. Kalau terslow, bola sangkut.

Jangan merasa jemu dengan latihan. Teruskan berlatih dalam suasana yang seronok dan bermotivasi.

Hari ini aku training di GMI dan di Bangi. Petang dan malam.

Apa yang masih menjadi kelemahan diri ialah tahap kecergasan.

Isnin, Januari 11, 2016

Friendly dengan team student


Alhamdulillah hari ni berjaya diatur satu game santai dan friendly dengan pasukan student.

Cabaran hebat diberikan bilamana pasangan pertama staff iaitu saya dan manager hampir kalah. Nasib baik set kedua sempat bangkit. Set ke tiga juga mencemaskan bila tertinggal agak jauh dan pada satu ketika 10-6. Selepas berhempaspulas berjaya memaksa game duce, barulah nasib memihak pada kami.

Game terakhir pula kami menang dengan bergaya tanpa ada apa-apa masalah.

Sekian, majulah sukan untuk GMI.  

Good night, sleep tight


Firas semasa baby.
Aku pula berlakon tidur.

Ahad, Januari 10, 2016

Laporan hari ini


Jumlah Nuffnang untuk hari ini setakat sebelah pagi tiada penambahan.

Begitulah sukarnya mencari makan dengan Nuffnang kalau blog anda tiada traffic.

Traffic blog ini 3000 lebih sebulan. Sasaran saya ialah 4000 sebulan.

Carian popular untuk semalam pula ialah digi tanpa had.

Sebelah petang nak keluar pergi Mydin, tapi Cik Yah sampai jadi rancangan ditangguhkan dulu.

Lepas maghrib baru keluar ke Mydin.

Mydin pun boleh tahan ramai orang datang, maklumlah Mydin mendakwa kedai dia tak ada GST.

Tapi harganya boleh tahan jugak.

Harga buah agak mahal, sehingga aku membatalkan niat beberapa jenis buah yang hendak dibeli.

Tahap harga mahal ini begitu serius sehingga membuat aku merasa takut menghadapi kehidupan. Sikap ini tidak betul, tapi itulah yang terjadi pada diriku yang selalunya optimis dengan kehidupan.

Sabtu, Januari 09, 2016

Laporan hari ini


Pendapatan Nuffnang setakat hari ini ialah RM 30.31

Sekian.

Pagi tadi ke Hospital Serdang nak bawa Firas jumpa pakar. Satu perjudian nasib kerana hari Sabtu mana ada doktor kat hospital kerajaan.

Bila sampai, ramalan ternyata benar, tak boleh jumpa doktor pakar. urusan hanya boleh dibuat pada waktu pejabat. Waktu pejabat maksudnya waktu aku bekerja.

Balik ke Kajang aku serang pula klinik swasta Dr Reddy. Dr Reddy pun tak boleh buat apa.

Jadi aku fikir isnin ni aku nak ambil cuti mengejut walaupun banyak kerja.

Petang sebenarnya aku merancang nak pergi ke Cheras tapi keadaan Firas membuat aku hilang mood untuk bergerak. Akibatnya aku cuma terperap di rumah dalam keadaan kepala yang sakit.

Lepas Isyak kami bawa Firas ke Semenyih untuk minta air penawar dari seorang orang alim.

Jumaat, Januari 08, 2016

Jumlah nuffnang setakat hari ini


Seksa yang amat nak cari makan dengan Nuffnang. Setakat hari ini baru RM 30.19

Bukan senang ya nak cari makan dengan menulis blog.

Hari ni dah 8 Januari 2016. Masa nak masuk tahun baru hari tu, lagi sikit nak cecah RM 30.

Kalau nak cari makan dengan Nuffnang alamatnya kalau macam ni tak makan lah jawabnya.

Itulah sebabnya kalau nak jadi penulis blog kena ada barang sendiri atau barang bagus untuk dijual.

Setakat jual air liur jer sape ajer lah yang nak beli, betul tak?  

Sekian laporan untuk hari ini.


Rabu, Januari 06, 2016

Tabiat yang sukar diubah


Tabiat adalah perkara yang terbiasa kita buat sehingga ia menjadi automatik seolah otak tak perlu berfikir lagi. Macam minda bawah sedar kot.

Tabiat aku bangun pagi setiap hari ialah jam 6 pagi. Tabiat itu terbiasa setiap hari. Tapi bila sedar jam 6 pagi bukan terus bangun pun. Biasanya jam 6.15 baru begerak. Alasannya, biar wife mandi dulu sebab dia nak cepat masuk sekolah.

Aku cuba ubah tabiat ini untuk bangun jam 5.30 pagi. Setengah jam aku dapat buat banyak benda produktif. Kalau setahun berapa dah tu?

Malam tadi aku dah set jam pukul 5.30 pagi. Sekitar jam 5.20 aku dah tersedar, tapi aku tiduk balik.

Keputusan: aku masih gagal. Aku tetap bangun jam 6.00 pagi.

Selasa, Januari 05, 2016

Apa yang orang Malaysia cari dekat Google tahun 2015


Dengan berlalunya 2015, inilah rumusan apa yang kamu cari dekat Google.

Pada tahun 2015, carian berita paling popular ialah Malaysiakini, Malaysia Insider dan Sinar Harian. Utusan Malaysia jauh tertinggal di tempat nombor 10.

Tempat bercuti dalam negara paling popular 2015 ialah Langkawi, Perhentian dan diikuti oleh PD. (Port Dickson)
Bukit Tinggi Pahang jauh tertinggal di tempat nombor 10.

Kedai online paling popular 2015 ialah Lazada, Lelong dan Zalora.
Mudah.my jauh tertinggal di nombor 10.

Filem paling popular 2015 ialah Fast Furious 7, Jurassic World dan Polis Evo
Terminator Genysis jauh tertinggal di nombor 10.

Kategori kereta dimonopoli Honda dengan Honda HRV paling banyak dicari.

Kategori personaliti dimonopoli oleh Lee Kwan Yew. Najib Razak berada pada tangga ke 3.

Sumber: Google Malaysia trend 2015

Salam 2016




























2015 datang dan pergi. 2016 kini muncul sepantas kilat. Wow sudah 5 Januari 2016. Insya Allah kalau dipanjangkan umur 2016 aku bakal menjejak usia 38.

Adakah anda mencapai target 2015?

Saya gagal mencapai target 2015 iaitu target 1 Januari 2016 Nuffnang income ada RM30. Saya cuma capai RM29.7

Target Januari 2016 untuk income Nuffang ialah RM 20, maknanya pada hujung Januari mesti ada RM50. Hari ni baru RM30.19

Tahun baru anda ke mana?
Saya sempat juga berjalan ke Melaka. Itu jer lah yang mampu. Nak pergi oversea tak tahu bila.

Buat pendapatan dengan Nuffnang ni perit sikit. Dia punya masyuk tu tak menentu. Kadang kering, kadang ada banyak pulak. So kena banyak sabar dan tetap maintain.

Kepada yang dah dapat merasa duit Nuffnang tu tahniah!

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.