Khamis, April 07, 2016
Model perniagaan terbaik
Ramai orang pastinya ingin berniaga tetapi masih mencari-cari model perniagaan terbaik. Ramai juga yang berkira-kira mahu berniaga secara online. Ada yang menghadapi kekangan masa. Ada pula yang menghadapi kekangan dari segi kewangan.
Apakah model perniagaan yang terbaik bagi mereka yang bekerja dan tidak memiliki modal perniagaan yang besar? Model perniagaan bagi golongan ini ialah mencari model perniagaan yang berisiko rendah dan juga modal yang tidak keterlaluan.
Satu syarikat yang memberikan peluang sebegini ialah bio-asli.
Risiko berniaga.
Risiko berniaga yang paling utama ialah barang tak laku. Bila barang tak laku stok yang tersimpan akan menghadapi masalah sama ada rosak atau kos menyimpan dan sebagainya. Dengan bio-asli risiko ini sudah tidak perlu anda pikul. Ini kerana anda tidak perlu menyimpan stok. Syarikat bio-asli yang akan menyimpan stok. Tugas anda ialah mencari pelanggan untuk membolehkan stok berkenaan terjual. Kalau anda gagal mencari pelanggan, maka anda tidak perlu menanggung risiko barang tidak terjual, tapi kalau berjaya jual anda mendapat untung runcit.
Perasaan berniaga.
Berniaga adalah satu kerja mulia. Bahkan agama pun menggalakkan berniaga. Pun begitu masih ada yang malu-malu bila nak berniaga. Maklumlah bila kawan-kawan ramai. Ada bermacam kawan. Ada yang baik memberi semangat. Ada yang suka menyakat. Ada yang suka mengata. Ada yang dengki. Ada yang tak senang menengok orang lain berusaha nak berjaya. Bila gagal mereka akan tepuk tangan lagi. Jadi macam mana? Kalau nak fikir semua tu memang sekerat jalan sajalah. Memang tak jadi berniagalah jawabnya. Modal berniaga.
Berniaga dan berani keluar modal sememangnya adalah perkara biasa. Kalau tak ada modal besar dan kalau takut nak keluar modal, maka janganlah bermimpi nak berniaga, betul tak? Sebenarnya kalau modal kecil pun anda masih boleh berniaga dengan syarat anda rajin berusaha mencari pelanggan, itu sahaja. Tak semestinya kurang modal tak boleh berjaya dalam perniagaan. Syarikat bio-asli memberikan anda peluang berniaga dengan modal yang minimum sahaja. Untuk menjadi ahli bio-asli pun percuma sahaja. Jadi memang tak kena sangatlah kalau anda kata anda tak mampu berniaga sebab tak ada modal besar.
Tempat berniaga
Semua orang memang mahu berniaga tapi tak ada tempat nak berniaga. Nak sewa kedai, sewa mahal. Nak beli kedai lagilah mahal. Nak berniaga tepi jalan nanti kena angkut pula dengan penguatkuasa. Nak berniaga secara MLM malu pula. Nak berniaga macam salesman jual barang promosi dekat kedai-kedai makan lagilah malu muka. Nak ajak kawan berniaga, kawan pula tak boleh percaya, suka pula berhutang, lagi la hancur. Jadi nak buat macam mana?
Berniagalah secara online dengan syarikat bio-asli
Nota kaki: Ada yang berniaga mencari stok sebegitu jauh sampai beratus kilometer, mereka laburkan masa, tenaga dan keringat. Berniaga tidaklah semudah yang anda impikan. Nak berjaya memang sukar, tapi kalau asyik mencari alasan memanglah sampai bila-bila pun anda tak akan berjaya.
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.