Rabu, Jun 22, 2016

33.22


Pendapatan Nuffnang setakat hari ini.

Masih slow.

Sabtu, Jun 18, 2016

Senarai Plaza tol TIDAK terima duit tunai, cuma touch n go sahaja diterima bermula 1 Jun 2016


BESRAYA
Plaza Tol Mines
Plaza Tol Loke Yew

Lingkaran Luar Butterworth
Plaza Tol Bagan Ajam :
Plaza Tol Perai :
Plaza Tol Sungai Nyior :

Grand Sepadu
Plaza Tol Bukit Raja :
Plaza Tol Kapar :
Plaza Tol Kapar Moc A :
Plaza Tol Kapar Moc B :

Jambatan Kedua Penang
Plaza Tol PB2X :

SILK
Plaza Tol Sungai Ramal :
Plaza Tol Bukit Kajang :
Plaza Tol Sungai Long :
Plaza Tol Sungai Balak :

SKVE
Plaza Tol Ayer Hitam :
Plaza Tol Saujana Putra :
Plaza Tol Teluk Panglima Garang :
Plaza Tol Pulau Indah

Jumaat, Jun 17, 2016

Emas


Bila sebut emas pasti semua orang tahu yang ia adalah suatu benda berharga. Pingat emas contohnya ialah simbol kepada kemuncak kehebatan manusia. Kenapa begitu dan apa itu sebenarnya emas? Emas sebenarnya ialah salah satu unsur kimia. Simbol kimia bagi emas ialah Au dengan nombor atom 79.

Salah satu sifat utama emas ialah ia stabil tetapi boleh ditempa. Stabil bermaksud emas tidak bertindakbalas atau berinteraksi dengan unsur kimia yang lain. Emas tidak akan berkarat seperti besi bahkan asid paling kuat pun tidak sesekali menjejaskan emas. Oleh itu emas tahan dalam keadaan asalnya selagi tidak diusik malah tidak pernah akan pudar akan warna keemasannya.

Emas memang banyak kegunaannya seperti dalam industri tetapi dalam sejarahnya yang sangat panjang, ia selalunya menjadi barang kemas berharga selain sering dijadikan asas kepada duit. Emas dijadikan sandaran nilai selama lebih 5000 tahun.

Kalau anda ingat cerita harta karun, itu semuanya kan kepingan emas dan perak. Sebab itulah kalau sesiapa yang terjumpa harta karun akan teruja, walaupun karun dah lama meninggal. Bayangkan apa jadi kalau karun simpan hartanya dalam bentuk duit kertas? Dah sah-sah la sesiapa yang berjumpa harta karun akan kecewa sebab duit itu pastinya dah tak laku.

Nilai emas diukur dengan berat dalam gram (g) dan Aun (Oz). 1 Oz = 31.1 gram. Tidak seperti duit kertas hari ini, nilai duit emas kekal di dalam kepingan emas itu sendiri sampai bila-bila. Duit kertas semakin lama semakin murah (kuasa beli turun), tetapi kepingan emas semakin hari semakin berharga.

Sebagai bukti, 2000 tahun yang lalu, 1 gram emas cukup untuk membeli sepasang persalinan lengkap seorang lelaki. Hari ini pun 1 gram kalau ditukar masih bernilai lebih kurang RM 160, cukup untuk membeli sepasang persalinan lengkap seorang lelaki.

Duit kertas pula nilainya, jangankan 2000 tahun, dengan 120 tahun dahulu pun dah jauh beza.
Seringgit hari ini berbeza dengan seringgit pada tahun 1897 dengan begitu jauh. Tengoklah harga barang di  bawah.



Emas selalu dianggap sebagai kayu ukur ketakutan atau kerisauan manusia. Bila manusia risau yang duit kertas sudah tak bernilai, emaslah yang akan mereka cari. Manusia risau bila harga barang semakin naik mendadak maka duit menjadi tidak berkuasa lagi.

Contohnya mudah. Katakan saya ada RM 100 ribu dalam EPF, cukup (kononnya) untuk membeli sebuah rumah sekarang. Tetapi saya belum 55 tahun dan saya tidak boleh usik duit itu. Walaupun duit Rm100 ribu banyak tetapi saya risau kerana pada umur saya 55 nanti Rm100 ribu sudah tidak cukup untuk membeli rumah kerana sudah tidak ada lagi rumah berharga rm 100 ribu.

Sebenarnya harga naik adalah akibat kepada satu fenomena. Fenomena itu ialah bilangan duit kertas bertambah dan berlegar-legar merebut barang, akibatnya harga barang (komoditi) pun naik dan naik. Duit bertambah kerana manusia bertambah. Manusia membeli rumah dengan pinjaman. Beli harga 100 ribu tapi bayar 200 ribu termasuk bunga. Fenomena pertambahan ini tidak berlaku pada emas.

Cara berfikir yang betul bila membeli emas ialah emas sebagai "senjata sulit" dalam keadaan susah. Ini kerana nilai emas di dalam tubuhnya kekal tanpa mengira keadaan kegawatan ekonomi atau tidak. Tidak seperti anda membeli saham kalau ekonomi gawat dan saham menjunam, emas tetap emas. Emas adalah seumpama benteng harta anda kalau contohnya berlaku negara Malaysia bankrup. Bila ini berlaku, duit berjuta dalam bank pun dah payah sebab silap-silap bank itu sendiri pun dah TUTUP.

Emas adalah harta sebenar dalam apa keadaan ekonomi sekalipun. Tapi jangan beli emas dengan angan-angan nak "buat duit" atau menunggu harga emas jatuh. Lebih baik anda beli emas sedikit-sedikit saja setiap bulan dan teruskan kumpul emas sampai anda benar-benar berharta. Dengan disiplin ini barulah boleh kumpul emas. Apa sekalipun matlamat anda, anda akan rugi kalau asyik menunggu dan menunggu tanpa membeli emas walaupun 1 gram.

Tidak perlu risau tentang emas susah nak jual atau salah masa jual emas semasa harga rendah. Emas sentiasa bernilai tinggi di mana-mana sahaja di dalam dunia. Bahkan tahukah anda sebenarnya lebih mudah untuk anda menjual emas daripada membeli emas. Begitulah berharganya logam yang di panggil emas ini.

Kesimpulannya emas adalah pelindung anda semasa kegawatan ekonomi. Emas membuat anda tidak risau dengan kenaikan harga barang, tidak seperti duit kertas, naik sikit dah berpeluh dan mengeluh. Setiap orang perlu menyimpan sedikit emas untuk perlindungan di masa gawat. Kalau tak percaya, tanyalah taukeh kedai pajak gadai.


Orang yang berilmu dan bijak akan menyimpan emas.

Selasa, Jun 14, 2016

Makanan yang perlu dikawal pesakit asma.

Makanan bergoreng seperti keropok. Pisang goreng dan sebagainya.
Pizza.

Minuman sejuk dan bergas.

Isnin, Jun 13, 2016

Jumaat, Jun 03, 2016

Lagi kegunaan kad Touch n Go


Gunakan kad Touch n Go untuk menaiki komuter atan LRT dan nikmati diskaun.





































Masih belum ada kad Touch n Go? Dapatkan di SINI.

Khamis, Jun 02, 2016

Di mana boleh topup kad Touch n Go


Memandangkan lebuhraya SILK sudah tidak menerima lagi duit tunai maka kelam kabut juga aku mencari tempat nak topup kad Touch n Go.

Dah la malam hari, kalau nak gamble redah jer agak berisiko takut kaunter tambah nilai tak buka. Disebabkan dan ada temujanji dengan ustaz di Semenyih aku mesti cari juga sampai dapat tempat untuk topup kad Touch n Go.

Berikut ialah senarai kedai atau lokasi yang anda boleh topup kad Touch n Go:

99 Speed Mart. (Percuma)

7 Eleven. (Cas perkhidmatan)

Stesen minyak Petronas. (Cas perkhidmatan)

Kiosk layan diri Touch n Go Alamanda Putrajaya. (Percuma)

ATM Maybank. (Cas perkhidmatan)

Kaunter tambah nilai lebuhraya terpilih. (Percuma)

CARING Pharmacy (Percuma sehingga 1 July 2016)

Pejabat-pejabat Khidmat Pelanggan Touch n Go (Percuma)

RnR terpilih contohnya RnR Gombak - kiosk topup

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi pihak Touch n Go careline di nombor 03-27148888

Rabu, Jun 01, 2016

Hujan

Rekod hari ni dengan Lan.
Best of 7 menang.
Best of 5 kalah.

Cara meningkatkan stamina.
Lompat tali skipping 100 kali setiap hari.
Kawal minda. Bangun awal. Buat kerja rumah seperti sidai kain dan sebagainya.

Hujan masih renyai-renyai.
Aku terkandas di GMI. Tak sanggup aku meredah hujan.

N nampak tua bila pakai kacamata.

Selasa, Mei 31, 2016

Salah makan, terus semput


Malam tadi makan goreng pisang dan banyak makanan bergoreng.

Pagi-pagi dah semput.

Agak lama aku tak pakai inhaler. Pagi tadi terpaksa juga sedut inhaler.

Pergi kerja masih mampu lagi buat skipping pagi-pagi sebanyak 50 kali.

Isnin, Mei 30, 2016

Rekod hari ini


Agak seimbang perlawanan dengan Lan.

Aspek yang perlu ditingkatkan ialah serangan arah forehand. Serangan forehand ialah kekuatan Lan, jadi aku mesti seimbangkan dengan juga membuat serangan forehand yang ampuh.

Stamina mesti ditingkatkan. Salah satu cara tebaik meningkatkan stamina ialah dengan lompat tali skipping, seperti orang bertinju berlatih.

Dengan stamina barulah boleh pergi jauh mengawal bola ke arah kiri dan kanan.

Sementara itu aku agak simpati dengan cara MU memecat Van Gaal. MU bukan boleh naik dengan cepat walaupun mengambil Mourinho. Aku rasa untuk tahun pertama dengan Mourinho mereka tetap akan gagal meraih piala Liga Inggeris, itulah sekadar satu ramalan aku.

Sila baca posting ini setahun dari sekarang.

Ahad, Mei 29, 2016

Anda masih tidur?

























Itulah tajuk yang menakutkan.

Hari ini aku keluar makan ke Bangi, pagi order air suam. Tengahari pun order air suam sahaja. Itupun masih mahal lagi (kos keseluruhan).

Lepas tu bila pergi ke pasaraya Alamanda. Dua paket durian sampai RM 50. Walaupun ada rasa nak beli tapi aku masih mampu berfikir secara waras lagi. Aku terfikir kalau macam ni ada baiknya mereka naikkan saja sampai RM 100, baru bagus. Biarlah orang kaya saja yang dapat makan durian.

Pesta bunga Putrajaya dulu aku pernah masuk PERCUMA. Beberapa tahun kemudian dia kenakan cas RM 2. Ini yang terbaru dah jadi RM 7.50. Alahai baiknya mereka. Terus buat RM 10 kan senang biar bunga tu semua layu di tasik madu kan bagus?

Sabtu, Mei 28, 2016

Ada apa dengan Sungai Besar


Akan ada peristiwa besar di Sungai Besar. Peristiwa itu ialah pilihanraya kecil kawasan parlimen Sungai Besar.

Apa kaitan aku dengan Sungai Besar? Aku bekerja dan menetap di Selangor jadi peristiwa di Sungai Besar berkait dengan aku. Lagipun syarikat aku bekerja memiliki kilang di Sungai Besar iaitu di Sabak Bernam.

Siapa akan menang di Sungai Besar? Adakah Dr Rani dari PAS atau YB Budiman dari BN? atau mungkin juga wakil Pakatan Harapan?

Yang menjadi sedikit pelik ialah PAS dan BN yang dahulu berlawan tapi kini sudah mula nak berkawan. Begitulah dunia politik Malaysia yang semakin hari semakin pelik.

Aku masih menunggu pengumuman dari YB Dato Sri Azmin Ali, Mentri Besar Selangor.

Khamis, Mei 26, 2016

Notis dari Lembaga Lebuhraya Malaysia



Maklumat umum kepada pengguna lebuhraya berikut.

Sila ambil perhatian kepada semua pemandu yang melalui lebuhraya berikut: Duit tunai tidak lagi di terima.

Sila ambil maklum dan sila sebarkan maklumat ini untuk kemudahan bersama. Terima kasih.












Hari ni rehat


Badan sakit-sakit juga layan main ping-pong ni. Penatnya hanya tuhan yang tahu. Sampai tertidur dalam keadaan duduk di tempat kerja tadi.

Berpeluh umpama kau masuk marathon. Aku rasa metabolisma aku terlalu tinggi. Bila main ping-pong peluh yang amat. Baju basah lenjun. Aku rasa agak segan nak duduk lepak dekat teman-teman risau mereka rasa kurang selesa. Tapi di sebalik semua itu ada tersembunyi kepuasan.

Ping-pong sesuai menjadi sukan semua peringkat usia. Tak banyak sukan yang begitu menyeluruh seperti ping-pong. Aku pernah kalah dengan datuk umur 73. 

Tadi dekat facebook aku tengok ada yang bermain competitive tournoment dalam circuit veteran berumur 93 tahun.

Wow. 

93 tahun adalah usia emas tapi masih berlawan dengan situasi tekanan tournoment yang bukan calang-calang. Arwah datuk aku semasa meninggal pada usia 83 sudah lemah fizikalnya, tapi jantungnya masih kuat juga. Kulitnya pun masih cantik secara relatif. Tapi arwah ditakdirkan meninggal selepas menghadapi kemalangan. 

Keadaan bila bermain tournament adalah amat berlainan berbanding game biasa. Pengalaman aku sendiri ialah tangan aku menggeletar bila nak buat servis. Itu baru tournoment kecil. Ini pada usia 93 tahun wakil Malaysia. Bila tournoment kita akan menggeletar bukan kerana kita terlalu ingin menang. Kita menggeletar kerana kita sedang mempertaruhkan reputasi dan juga harga diri kita. Tapi semua itu mestilah kita hadapi dengan positif kalau ingin maju. 

Juara tournoment Bangi yang lepas juga adalah seorang veteran yang sudah lama bermain tournoment.  

Jom main ping-pong!

Rekod hari ini


Lawan Abg Lan, kalah lagi. Kelemahan aku ialah suka layan rally dan lambat bertindak mematikan bola.

Lawan Pak Hamid kalah 0-4
Aku tak ada confidence untuk attack, Pak Hamid pula ada back hand ampuh dan serve pun boleh tahan.

Lawan Fazli Menang 4-0
Fazli corak dia senang aku baca.

Lawan Coisox kalah 3-0
Tak ada stamina jangan lawan Coisix, nanti kau benci ping-pong pulak.

Lawan Anuar menang 3-1
Back hand boleh tahan, cuma spin dia tak konsisten dan banyak buang serve.

Selasa, Mei 24, 2016

Rekod malam ini


Lawan Abang Mazlan kalah 1-4

Kekuatan Abang Mazlan, walaupun dia berusia tapi teknik spin yang sangat berbisa dengan "placing" bola kiri dan kanan yang ampuh, terlalu ampuh sehingga tak terdaya nak buat apa-apa tambahan lagi aku yang tak ada fitness. Aku pula langsung tak boleh "attack" dengan sedemikian rupa, cuma harap bola sedikit tinggi baru berani buat, itupun banyak yang tak menjadi.

Lawan Kaspul menang 4-0
Kaspul cuba membuat spin tapi teknik dia masih lemah. Dia perlukan banyak  pendedahan lagi.

Lawan Ezrin Kalah 4-0
Ezrin memakai getah Tenergy 05 Butterfly yang sangat berbisa dari segi kelajuan. Kelemahan dia cuma kelajuan itu kadang-kadang bila "timing" salah bola dia senang "out". Tapi bab spin memang aku kalah. Kalau nak cuba menang aku kena cari getah Sriver sekurang-kurangnya.

Lawan Aizal (coisox) Kalah 3-2
Coisox sangat berbisa dengan teknik "chop" atau memancung bola. Teknik spin dia juga agak luarbiasa kerana bola terlalu rendah pun masih boleh di spin. Dia juga mahir dan cekap membaca bola servis aku dan placing bola dia kalau menjadi bermakna aku akan makan tanah.

Kelemahan aku pula ialah takut membuat serangan selain kekurangan tahap kecergasan. Metabolisma juga terlalu tinggi. Baru sedikit bermain berpeluh macam lari marathon.

Sabtu, Mei 21, 2016

Baju idaman


Bila aku check masuk Nuffnang pagi ini, seperti dijangka tiada duit masuk. Inilah nasib blogger ciput seperti aku. Pendapatan tak menentu, sekejap ada sekejap tak ada. Jumlah terkumpul pun belum cecah RM 35. Belum cukup pun nak beli baju idaman aku.

Untuk informasi anda, duit Nuffnang kena kumpul sehingga melebihi jumlah RM 50 baru boleh claim. Jadi entah berapa bulan lagi baru aku dapat claim aku pun tak tahu. Betapalah susah dan payah untuk mencari makan dengan menulis blog.

Baju idaman aku bukanlah mahal pun, cuma RM 39 jer pun. Campur pos jadi semua RM 45. Itu pun aku terpaksa tangguhkan dulu hasrat itu sebab yalah, sebab duit belum cukup. Bertahun-tahun bekerja keras, dan belum capai target.

Itu pun kerajaan bercadang nak kenakan cukai pada pendapatan secara online. Aku cuma berharap kerajaan akan lebih bertimbang rasa terhadap rakyatnya.

Sepatutnya hari ni aku ada game di Bangi, piala ADUN Bangi. Tapi aku menarik diri dan duduk di rumah sahaja sebagai menghormati kematian Makcik sebelah isteri aku. Arwah pergi semalam iaitu pada jam 1 petang jumaat.

Al-fatihah.

Jumaat, Mei 20, 2016

Pendapatan seorang blogger


Hari ni 0. Tak ada duit masuk.

Tak ada apa-apa perubahan.

Personal note:
Petang tadi dalam pukul 1 Cik Su, isteri kepada ayah Su, adik bongsu mak mertuaku telah meninggal dunia.

Pemergian arwah dalam usia muda memang mengejutkan juga. Anaknya masih kecil dan belum pun masuk ke sekolah rendah.

Al-fatihah.  

Rabu, Mei 18, 2016

Firas demam

Firas tak sihat. Pergi klinik malam-malam hari. 

Lepas pergi klinik sempat lagi turun bs2. 

Selasa, Mei 17, 2016

Berita baik untuk blogger


Hari ini aku terbaca satu berita gembira yang patut dikongsikan bersama oleh blogger-blogger yang sedang berusaha macam orang gila untuk mencari sedikit duit lebih.

Berita ini datang dari surat khabar The Star. Berikut ialah sedikit petikan yang aku ambil:

Quote. KUALA LUMPUR: The Ministry of Finance (MOF) is looking to tax online businesses next year, in line with the growing Internet-based sector.

Treasury Secretary-General Tan Sri Dr Mohd Serigar Abdullah said on Tuesday the MOF had requested the Inland Revenue Board (IRB) to conduct a thorough evaluation of the matter.

"We need to tax these people who are also earning an income which is taxable.

"Otherwise, it will be revenue lost for the government with more and more businesses going into the sharing and digital economies," he told reporters after delivering his key note address at the Financial Reform for Economic Development in Asia Public Sector Forum 2016, here today.

He said the IRB, which had formed an online business and commerce division, is also working with the Companies Commission of Malaysia (SSM), as part of the  evaluation.

"We are also interested in getting those undertaking online businesses to register with the SSM, to enable us to track how much they earn," he added.

Irwan also said a study by the Land Public Transport Commission (SPAD) on Uber / Grab part-time taxi drivers, showed their earnings could reach up to RM7,000 per month, which is taxable income.

The current taxable income is around RM3,000 to RM4,000 per month. 

Unquote. 

Aku tak sabar pula nak membantu kerajaan kerana banyak sekali syarikat kerajaan yang rugi dan aku mahu tolong seperti 

MAS, PROTON, KTM, POSLAJU, Perwaja Steel dan syarikat 1MDB. 

Takkanlah nak harap Ananda Krisnan jer, sampai bila kan? 





Gila selfie

Aku dapat penyakit baru. Nama penyakit ni ialah gila selfie.

Isnin, Mei 16, 2016

Birthday Firas ke3

Inilah sebahagian gambar sambutan birth day Firas yang dibuat di rumah pengasuhnya.



Semoga semuanya gembira..

Selamat Hari Guru

Terima kasih kepada cikgu yang mengajar kami sehingga menjadi pandai. Berikut ialah senarai sekolah saya.

1985-1987    Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat.
1988-1989    SRK Nik Yusoff Nik Lodin, Rantau Panjang
1990             Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat

1991-1995    Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah

1996             Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia -menarik diri selepas 2 semester

1997             Institut Kemahiran MARA, tamat dengan diploma.


  



Ahad, Mei 15, 2016

Perkahwinan TTO Suffian

Majlis di Balakong, petang Sabtu.. Hmm kenapa aku kelihatan begitu kurus?

TTO ialah panggilan untuk pensyarah di tempat kerja aku. Ia merujuk kepada Technical Training Officer. Aku bukan TTO. Aku cuma technician biasa yang menjaga makmal. 

Sampai juga aku akhirnya ke Balakong ya. Balakong terletak di kawasan Cheras jaya. Latar belakang gambar tu ialah SMK Cheras Jaya.  

Apapun selamat pengantin baru kepada TTO Soffian. 

Rumah idaman


Tidak salah untuk mengidam, maksudnya mempunyai mempunyai kemahuan untuk memiliki sesuatu.

Rumah contohnya.

Rumah bukanlah murah sekarang ini. Terutama sekali di bandar. Walaupun bandar yang satu ketika dahulu dianggap kampung seperti Bangi.

Rumah banglo lagilah.

Aku perlu ada sekitar RM 2 juta untuk membeli rumah banglo di kawasan Bangi. 2 juta adalah jumlah yang agak besar dan di luar jangkauan aku.

Aku cuma mampu berangan-angan.

Jumaat, Mei 13, 2016

Friday the 13th

Hari ni tak ada peningkatan apa-apa. Perasaan frust dan penat mula muncul dalam diri ini. Mujur juga tadi ada close satu produk Yasaka, dapat juga mengubat duka lara ini. Sekurang-kurangnya adalah sedikit duit poket sementara tunggu gaji.

Berniaga memang penuh risiko tapi bila dapat buyer macam tadi fuh perasaan dia terlalu sukar untuk diceritakan atau digambarkan. Apapun aku perlu menunggu esok untuk berjumpa dengan dia. Harap-harap segalanya akan berjalan dengan lancar.

Hari ni tak ada apa yang terlalu istimewa untuk dicatitkan. Aku pun agak penat. Esok ada kenduri di Cheras tak tahulah aku larat atau tak nak pergi. Cheras Jaya, Balakong pulak tu. Tempat ni aku tak biasa sangat.

Otak pun agak serabut juga memikirkan banyak hal.

Oh ya pagi tadi aku sarapan seorang diri jer, tapi ada pak cik ni tegur aku maka bersembang jugalah dengan dia. Sampai satu tahap dia boleh pulak tepuk lengan aku kerana terlalu teruja bersembang walaupun sebelum ni tak pernah kenal.

Oklah aku nak berehat, sembahyang lepas tu tidur.

Khamis, Mei 12, 2016

32.39


Semalam menang 3-0 tapi hari ini kalah pula 0-3.

Aku belum punya kepantasan yang cukup ampuh untuk mengimbangi game Lan.

Serangan juga agak melalut dengan banyak peluang senang di sia-siakan kerana terlalu "eager" nak menang.

Walaupun cuma latihan biasa tapi aku tetap ada perasaan teragak-agak untuk melakukan serangan.

Rabu, Mei 11, 2016

Banjir kilat di Bangi


Petang tadi hujan dengan begitu lebat menyebabkan banjir kilat melanda Bangi. Kawasan rendah nampaknya agak teruk juga dengan air masuk ke dalam rumah.

Kilat sabung menyabung pada waktu petang.

Tengku yang sedang berlatih gitar pun terpaksa membatalkan sessi latihan kerana takut ada renjatan elektrik.

Bila aku sampai ke sport kompleks lampu semua tak boleh dihidupkan. Mujurlah ada Popoi yang memanggil guard kerana bilik switch riser dikunci dengan mangga.

Dapat jugalah layan exercise pada waktu petang ni.

Bila nak balik hujan lagi dan masa tu baru aku sedar banjir kilat pada petang itu sebenarnya agak teruk juga.  

Hari ni EPF datang ke GMI. Sambutan dari staff agak kurang memberangsangkan.

Walau bagaimanapun EPF telah membantu aku mengaktifkan semula i-akaun dan kini aku sudah boleh log in ke i-akaun. Password baru pun aku dah tukar. Harap kali ini aku tak lupa lagi password nya kalau tidak kena gantung lagi macam dulu.

Password i-akaun EPF aku kali ini senang jer, korang nak tahu ke?

Nama penuh adik ipar ND. Ha ha korang carilah siapa ND dan siapa pulak nama adik ipar dia. Itulah password aku.

Selasa, Mei 10, 2016

Celcom First Gold, Pelan yang bagus


Celcom First Gold ialah plan yang aku pakai. Bayaran plan ini ialah RM 80 setiap bulan. Nombor aku masih kekal 012 tapi bukan Maxis sebaliknya aku pakai Celcom post paid dengan plan First Gold. Cas untuk guna nombor lama tapi tukar port ialah RM5.

Kelebihan plan ini ialah aku boleh call semua nombor semua syarikat telekomunikasi tanpa had. Tanpa had maksudnya tanpa had juga tapi takkanlah aku nak bergayut 24 jam kot, mati la. Sebenarnya had yang Celcom beri ialah RM 400 dengan kata lain kalau kredit kau sembang sampai RM 400 maka sampai situ jelah tanpa limit dia.

Aku ni pulak bukan kaki bersembang paling lama pun aku call 5 minit jer, itu pun dah lama gila. Jadi limit yang celcom beri ni dah lebih dari cukup.

Selain itu pelan ini juga memberikan data internet sebanyak 10 Giga dengan pembahagian 5 Giga hari minggu dan 5 Giga hujung minggu. Ini pun kira banyak juga sebab kat tempat kerja aku dah ada wifi free jadi 5 Giga ini pakai pun sikit-sikit saja.

Itulah 2 ciri utama pelan ini. Yang lain tu cuma nak sedapkan cerita sahaja. Oh ya lupa SMS pun tanpa had juga. Ada lagi ke orang guna SMS?

Secara keseluruhan aku puas hati dengan pelan ini cuma apa yang tak puas hati ialah kena bayar bukan RM80 sebulan, tapi RM84 sebab ada lagi cas GST.

Ini bulan pertama aku pakai, dia punya line pun ok saja, tak ada masalah.

Isnin, Mei 09, 2016

32.39


Selamat tinggal Maxis. Aku dah tukar line telefon kepada Celcom.

Kenapa?

Entahlah, aku memang dah lama sakit hati dengan Maxis. Bukan salah Maxis. Salah aku sendiri.

Bila aku melanggan data internet aku selalu lupa nak tutup bila masa yang Maxis beri sudah habis. Akibatnya bila aku terlupa, macam terlupa tutup paip la. Kalau ada duit kredit dalam phone tu semuanya Maxis telan. Tanpa rasa kasihan, tanpa amaran, tanpa ada apa-apa tanda.

Maxis tak salah. Aku yang salah sebab pelupa. Maxis baik, Maxis bagus. Aku yang tak bagus.

Aku pakai post paid pulak. Tapi nombor aku masih sama nombor Maxis yang lama, cuma aku tukar line Celcom.

32.39 adalah duit hasil aku menulis blog.

Terima Kasih.

 

Ahad, Mei 08, 2016

Bil air melambung tinggi, apa nak buat

Ini adalah panduan asas tentang apa yang anda perlu buat sekiranya bil air anda melambung naik tinggi sehingga paras luar biasa, melebihi dari kadar purata setiap bulan. 

Bayangkanlah rm 1000 lebih bayar bil padahal kalau nak beli rm 50 kat shopee pun kita berkira bagai nak rak. 

Dalam kes yang benar-benar berlaku pada saya, jumlah bil air tersebut ialah melebihi RM 2000. Ia berlaku bukan sekali, tapi dua kali. Kali pertama dan kali kedua. Inilah kisah benar yang berlaku pada saya sendiri.

Ia berlaku dua kali kerana kesilapan saya yang tidak mencari punca sebenar kenapa bil air naik. 

Saya hanya pergi ke pejabat SYABAS dan minta mereka tukar meter. Selepas meter ditukar, bil memang turun sekejap tapi lepas tu bil yang sampai 2 ribu datang balik.   

Sekiranya anda menghadapi situasi ini, yang pertama ialah jangan panik. Cuba berfikir dengan tenang dan matang. 

Sebenarnya bila bil naik melambung macam ni puncanya boleh dicari dengan agak mudah. Tinggal lagi nak kena selesaikan kaedah bayaran bil. 

Punca masalah ini mesti berlaku SELEPAS meter maksudnya di sebelah anda sebagai pengguna bukan SEBELUM iaitu di sebelah pembekal samada SYABAS atau mana mana syarikat pembekal air. Jika ada bocor dan anda hanya biarkan lama, memang lah akan berlaku masalah bila meter naik bacaannya.

1. Ada kebocoran  pada salur paip tanpa sedar seperti bawah tanah atau dalam dinding simen.
2. Ada "overflow" atau limpahan pada tangki. 

Untuk punca 1, anda boleh periksa sendiri melalui pemerhatian sahaja. Bila bocor di mana-mana biasanya kita boleh nampak. Boleh tengok pada meter, adakah berlaku pertukaran nombor secara laju semasa semua paip telah ditutup. Jika tak jumpa boleh cari kontraktor paip yang boleh cari air bocor. 

Untuk punca 2, overflow pada tangki berlaku biasanya kita lambat untuk kesan dan sedar kerana tangki rumah pangsa berada di paras atas sekali. Sekali lagi, cara nak kesan ialah tengok meter paip, adakah ia bergerak laju padahal paip telah tutup semuanya.

Sesetengah penghuni rumah jenis pangsa atau flat, mereka kadang-kadang tak tahu pun yang manakah tangki adalah kepunyaan unit yang dia diami. Kalau tak tahu macam mana nak tahu bila ada masalah limpah atau sebagainya? 

Overflow berlaku di bahagian atas ni boleh berlanjutan tanpa ada sesiapa tahu kerana, ia berada di tempat yang tinggi, biasanya kena panjat pakai tangga. 

Dalam kes saya ia berlaku punca yang kedua ini.  

Tangki yang biasa kita gunakan  ada sistem pelampung dengan injap untuk mengawal paras air dari bekalan SYABAS atau mana mana pembekal. Bila pelampung terlampau lama ia akan rosak, terutama kalau pelampung jenis plastik yang kurang tahan dan tidak berkualiti. 

Macam kes saya anggaran usianya dah lebih 10 tahun jadi memang patut ia rosak. Maksud rosak ialah pelampung gagal berfungsi kerana sama ada masuk air atau injap sudah tak berfungsi. Pelampung saya tenggelam bawah paras air! 

Alhamdulillah, selepas saya menukar pelampung tangki besar bersama injap kawalan sekali, masalah ini terus saja selesai. 

Tak perlu nak anda berfikir atau merancang nak pergi mengamuk di pejabat SYABAS kerana ia tidak akan membantu memulihkan keadaan. 

Saya sendiri sangka mungkin pegawai SYABAS akan merasa simpati pada saya. Tapi tidak sama sekali. Tidak walau setitis air mata pun. Apa yang mereka pinta cukup mudah. Bayar lah. Itu saja? Ya lah, apa lagi boleh buat?

Jadi anda cubalah berfikir dengan waras dan matang. Cari punca kejadian. Tengok meter anda sama ada meter mempunyai kelajuan yang luarbiasa. Cari kalau-kalau ada kesan kebocoran yang mungkin kecil tapi air meleleh setiap masa. 

Contohnya bila nak pergi kerja, semua orang dah tak ada kat dalam rumah, tapi meter tetap bergerak jugak, itu memang tanda masalah.

Adakah meter anda berputar laju walaupun semua paip telah ditutup? Kalau ini belaku, bermaksud ada kebocoran. OK... Tapi di mana? Kena cari sendiri. (SYABAS takkan tolong). 

Anda dinasihatkan supaya mencari tukang paip yang boleh diharapkan atau bertauliah. Saya sendiri agak susah nak cari tukang paip. Ada yang saya call tapi tak mau layan sebab kena panjat tangki atas. Anda boleh semak senarai tukang paip ada di paparkan di laman web SYABAS.

Mujur ada tukang paip yang sanggup nak panjat tangki dan periksa.

Pergi ke tangki atas rumah. Tengok pelampung dalam tangki. Saya sendiri panjat ke loteng atas rumah bersama tukang paip dengan menggunakan tangga. Kalau tak ada tangga, sila beli tangga di kedai. 

Tukang paip pertama saya panggil tak mahu panjat pun. Saya tak salahkan dia, badan dia gemuk dan bahaya kot kalau panjat. Tukang paip kedua yang saya panggil mujurlah dia kurus sikit, jadi dia sanggup panjat.

Rupa-rupanya injap pelampung sudah rosak, air sudah melepasi paras pelampung lalu air keluar sehingga melimpah keluar dari tangki. 

Bila pelampung rosak, air (daripada SYABAS) akan sentiasa saja mengalir tanpa henti masuk ke dalam tangki. Meter akan bergerak "nonstop".

Sebab itulah bil air saya naik gila-gila.

Apa yang anda perlu buat ialah tukar injap pelampung. Selepas tukar, pastikan injap dan pelampung berfungsi, iaitu air dari pembekal berhenti bila tangki penuh. 

Panggil saja tukang paip kalau tak pandai buat. Carilah tukang paip berlesen. 

Senarai tukang paip berlesan boleh anda cari dari laman web SYABAS. Itu pun kena pandai pilih sebab bukan semua pandai buat kerja.

Bayar tukang paip.

Bayar bil anda. Selesai. 

Kalau bil air Rm 1200 macam ni?








































































Pun anda kena bayar jugak. Itu memang hukum alam. Bil kita, kita lah yang kena bayar, tiada sesiapa akan tolong bayarkan. Itu fakta yang kejam. Kecuali anda ada kawan yang baik. 

Kalau air mata keluar? Kesat saja dan "move on". 

Cubalah buat surat rayuan kepada pihak atasan SYABAS, atau minta pertolongan wakil rakyat.

Boleh juga minta simpati saudara-mara kalau mereka sudi pinjamkan dahulu duit. 

Saya nasihatkan anda kena ada sedikit duit simpanan kecemasan dalam menghadapi situasi luar jangka seperti ini. Belajarlah mengurus kewangan dengan lebih tersusun.  

Kalau nak balik kampung dan bercuti lama, lebih baik anda tutup meter supaya kalau ada masalah masih boleh dikawal dan bil melambung tidak melarat sampai ribu riban. 

Kalau tak ada duit simpanan boleh merana jugak lah.

Lagi satu, bil air tertunggak ada kena buat sesuatu kalaupun belum mahu bayar lagi, jangan biar saja sebab air akan kena potong. 

Kena lah bincang dengan SYABAS minta bayaran ansuran atau minta bayaran berkala. Jangan buat bodoh saja dengan niat nak bayar sikit sikit tanpa memberitahu syarikat SYABAS.

Dapat sesuatu? Itulah kisah saya yang pahit tapi penuh pengajaran. 

Sabtu, Mei 07, 2016

bill air berapa?


Meter aku rosak lagi. Kali ini bill air mencanak naik.

Aku panik juga tapi masih berfikir secara waras. Kalau tak waras mungkin aku pergi mengamuk di pejabat SYABAS. Bukan apa, saja bagi SYABAS pulak panik.

Dulu pun aku dah kena. Seribu lebih untuk bill air sebulan. Aku pergi ke SYABAS suruh mereka tukar meter.

OK sekejap.

Kali ini aku kena lagi. Bill air seribu lebih sebulan.

Ya memang salah aku.

Paip aku yang bocor. SYABAS dengan muka selamber berkata; bayar, bayar, bayar.

OK baik.

Ahad, Mei 01, 2016

Kadar broadband terkini 2016


Nampaknya kadar broadband di Malaysia menjadi semakin murah.

Di bawah ini ialah apa yang saya tulis pada penghujung tahun 2015.


"Celcom plan prepaid broadband RM 60 menawarkan 4.5 Gigabyte data untuk sebulan. 

Maxis plan prepaid broadband RM 65 menawarkan 4.5 Gigabyte data untuk sebulan. 

Digi plan prepaid broadband RM 30 menawarkan 3 Gigabyte data untuk sebulan. 

U mobile plan prepaid broadband RM 68 menawarkan 8 Gigabyte data untuk sebulan. 

YES plan RM 68 menawarkan 7.2 Gigabyte data untuk sebulan."


Update terkini 2016

"Celcom plan postpaid broadband RM 80 menawarkan 10 Gigabyte data untuk sebulan. Apa yang menarik: Unlimited call all network boleh sembang sampai meleleh air liur.
Yang tak menarik: Ada kekangan masa untuk data internet. 5 Giga hujung minggu. 

Maxis plan prepaid broadband RM 68 menawarkan 8 Gigabyte data untuk sebulan.
Apa yang tak menarik: 10 Gigabyte tapi ada kekangan masa seperti hujung minggu, waktu manusia tidur baru boleh dan sebagainya. 

Digi plan prepaid broadband RM 65 menawarkan 10 Gigabyte data untuk sebulan. 
Baca: Sebenarnya 4 giga jer. Lagi 6 giga ialah semasa luar waktu puncak, masa tidur.
U mobile plan postpaid broadband RM 68 menawarkan 7 Gigabyte +  5 Gigabyte video
data untuk sebulan. 

YES plan RM 68 menawarkan 10 Gigabyte data untuk sebulan 
Apa yang menarik : 10 Gigabyte semua masa untuk sebulan. 
Apa yang tak menarik: Tempat kerja saya tak ada line YES.


Tepuk dada tanya budget. Prepaid atau postpaid semuanya kena paid.

Nota:  Kadar adalah tepat semasa waktu post ini ditulis sahaja. Syarikat telekomunikasi sentiasa membuat tawaran menarik dari masa ke semasa.

Sila baca terma @ syarat dengan teliti sebelum melanggan mana-mana pakej broadband.

Khamis, April 28, 2016

ZTE Blade V6


ZTE Blade is a smart phone indeed. But I got some issue with it.

It cannot pull internet signal from Maxis. I can confirm this because using the very same SIM Card with another old Samsung phone there was no problem at all. But with same SIM card put into ZTE Blade the result is so sad. It can pull internet signal but with speed of snail.

After spending more than 600 I don't expect this problem at all.  I feel frustrated actually because the phone really look nice but nice look got nothing when it cannot do basic function such as pulling internet signal.

If I can go back in time I would not buy this ZTE Blade V6. I would rather use a simple Lenovo or Huawei.

For now I need to find out what actually go wrong with this phone or my hard earned 600 is spent in such a silly manner.

Poor me.

Selasa, April 26, 2016

Hari gaji


Ini ialah kisah benar, tapi cerita sini habis sini jelah ya. Hari ini ialah hari aku dapat gaji. Sekitar pukul 12 tengah hari aku cucuk belum masuk. Dekat pukul 3 petang aku cucuk baru ada.

Serius, bila aku cucuk nak tengok baki duit yang aku ada dan bila aku nampak jumlahnya kau tahu apa yang aku rasa? Serius aku rasa diri ini sangat bangsat.

Maaflah kalau ayat ini sedikit kasar. Aku teringat kata-kata Perdana Menteri. Kata beliau kalau UMNO kalah melayu akan jadi bangsa yang terbangsat. Apa maksud kata-kata PM itu aku pun sukar nak faham.

Hari ni walaupun hari gaji tapi masak aku dibuatnya sebab duit habis digunakan untuk repair kereta dah RM500. Bayar pulak kad kredit RM400.

Nampaknya aku terpaksalah menulis untuk mendapatkan duit tambahan untuk menampung kehidupan bulan May yang bakal mendatang ini.

Aku harap dapat menulis setiap hari dengan penuh kerajinan dan juga dapat berjimat cermat dengan sedikit duit gaji aku yang masih berbaki ini.

Oh ya korang nak tahu ke berapa gaji aku? Serius nak tahu?

Gaji aku hasil menulis blog ialah 7 sen sehari. Serius. Itu jer yang aku boleh bagi tahu. Gaji aku sebagai juruteknik GMi pula adalah rahsia kerajaan. Kalau aku bagi tahu aku boleh kena tangkap tau, maklumlah kerajaan ada akta rahsia rasmi.

Akhir kata, walau banyak atau sikit gaji anda, bersyukurlah dan jangan lupa memberikan sedikit kepada anak-anak yatim. Rezeki ada di mana-mana, kalau anda berusaha inshaAllah ada. Kerja biarlah ikhlas dan hati biarlah lapang.




Isnin, April 25, 2016

One man hero named Dave


If you want to see a real hero there is one guy named Dave Hakken. Dave is a real hero. You should go to his website and see who is Dave for yourself.

You should spread Dave good deeds to as many people as  possible so that Dave's dream would be accomplished.

I am quite similar to Dave in terms of appearance and attitude, but Dave got a better live skills compared to me.

Dave is a designer from Holland. I admire Dave so much, that's why I came out with this article. This is all I could do to support Dave. I think you too, should support Dave.

If Dave is some sort of political leader I think this world would be a better place. But Dave is just an ordinary person with extraordinary effort. What I admire most about Dave is that he don't see money like many of us see. Dave left behind a comfortable house to pursue real adventure in life. Dave is not crazy, he is just too passionate with his effort to make this world a better place.

I could not thank Dave enough for all of his efforts.

So this is Dave website. Click HERE.


Tahniah Filem Munafik

Ucapan tahniah kepada filem Munafik dan pengarah hebat Syamsul Yusof yang sekali lagi berjaya memecah panggung dengan kutipan mencecah 18 juta RM ( masih berjalan).

Nampaknya rezeki Syamsul begitu mencurah-curah dan melimpah ruah. Aku hanya mampu melihat dengan rasa teruja.

Begitulah kehebatan pengarah muda yang mampu bergelar jutawan hasil usaha dan kerja keras beliau sendiri. Walaupun beliau anak pengarah Yusoff Haslam yang sudah berjaya, tapi beliau membuktikan kehebatan beliau adalah hasil titik peluh sendiri. Aku kagum.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.