Isnin, Mei 01, 2023

10 Syawal: isnin, labour day

Isnin cuti hari pekerja. 

Pagi semput teruk juga. Terpaksa juga
3 kali neb. 

Nak melala rasa agak ragu. Takut pun ya. Duduk je lah kat rumah, lagipun esok dah start kerja.
Cadangan asal sebenarnya, aku nak mula puasa 6 Syawal start hari ni. Tapi bangun pun waktu dah subuh. Tak bersahur apa, jadi esok je lah start puasa. 

Petang ke Evo mall cari makan. Makan di kedai kopi jiwa. 
Ni semalam kat laman rumah abang Naz. Boleh tahan luas, rumah tepi. Ada  pokok kelapa mataq kat laman rumah dia. 

Untung la kan, nak minum air kelapa petik je. Jom tanam kelapa mataq. Kelapa muda mahal sekarang nak oi. Tanam pokok umpama tanam duit. Pokok berbuah umpama duit berbuah. 

Petang keluar ke evo cari lauk nak puasa esok. 

Ternampak pulak satu produk ni semasa Bi tengah buat kad evo yang baru. Produk minyak wangi dengan Aaron Aziz dan Nasha Aziz sebagai duta. Mereka bukan adik beradik ya. 

Sementara tunggu Bi aku bergambar dengan figura aktor Aaron Aziz dan Nasha Aziz. Kalau nak try minyak wangi mereka, klik je bawah. 

Iklan: Oud by Aaron Aziz

Ahad, April 30, 2023

Raya ke 9: 3 tempat beraya


Ada 3 tempat undangan yang harus ditunaikan. 
Rumah cikgu kawan bi. Rumah Abg Naz. Rumah Cik Ti adik aku. 

Balik dari beraya rumah Cik Ti di Woodbury terus ke Metro Point pula, nak potong rambut Irfan. Kelam kabut juga lah takut tak sempat hantar Irfan naik bas jam 8 malam. 

Pukul 8 malam ni kena hantar Irfan ke Kelantan naik bas di Hentian Kajang. Bas Mutiara. 

Bas sampai lewat. Sebab jem katanya. 
Jadual asal 8 pm. Terpaksa balik dulu tengok Firas. Dekat 11 pm baru gerak. 
Apapun Alhamdulillah Irfan selamat sampai di Kelantan. 
Rumah abg Naz. 
Rumah adik aku Ti. 
Dewan tuan rumah cikgu Indah. 

Apapun selesai urusan. Beraya rumah cik ti my sister, abg Naz my colleague dan kawan Bi, cikgu. 

Malam agak kepenatan. Penat menunggu bas. Bas bas lain pun struggle nak sampai on time. 

Sabtu, April 29, 2023

Raya ke 8: kenduri hj malek

Tak pasti boleh pergi ke tak. Nak gi tapi boleh ke bawa anak isteri? 

Lepas hantar barang badan penat dan kaki lenguh. Hantar sate willy 3 tempat, sampai satu kereta bau sate. 

Herman kata nak datang beraya, jadi aku stay je lah kat rumah. Tak hadir kenduri hj Malek nampaknya. Bi masak tengahari. Herman tak datang pulak. 

Petang semput sikit. 2 kali pum neb. 

Tan Sri Annuar Musa kata nak umum parti baru. Mungkin masuk PAS. Kelantan apa ada hal. PAS kuat. Janji ada parti. 

Jumaat, April 28, 2023

Raya ke 7: appointment Firas

Bawa Firas ke Hospital Serdang.

Raya ke 7. Keadaan terkawal, orang tak ramai lagi. 940 pagi dah siap. Biasanya bawak ke tengah hari. Lagi 2 bulan baru kena jumpa semula.

Mula mula ragu gak dengan keputusan balik awal, tapi ok lah kalau macam ni. Hari biasa jangan harap la. 

Ubat yang ambik di emergency pun boleh ambil pagi, jadi tak perlu nak datang lagi sebelah petang.

Petang keluar ke Alamanda. Sebenarnya niat nak ke IOI. Hujan lebat yang amat, aku kelam kabut juga bawa kereta, sebab penglihatan terhad bila hujan terlampau lebat. Akibatnya terlajak sampai Alamanda. 

Di Alamanda layan cerita super mario bro. 

Khamis, April 27, 2023

Raya ke 6: gerak ke kajang


Kalau ikutkan hati masih mahu stay kat kampung lagi, sebab sekolah pun belum lagi buka. Tapi kena gerak sebab esok Firas ada appointment hospital di Serdang. 

Lepas sarapan pagi kami gerak. Ma jalan kaki pergi beli nasi bungkus untuk kami.

Gerak slow slow je. Dalam 12 PM sampai di rnr Gua Musang. Berhenti makan di Mc Donald Gua Musang. Musim raya tapi ok la orang tak terlalu ramai. 

Lalu ikut Jeli. Tahan la sikit jem sebab jalan belakang walaupun jauh sikit. Cuma jalan teruk sikit di kawasan Rantau Panjang. 

Dalam 3 PM sampai di Raub, rumah Biah, my sister in law. Suami dia tak ada sebab bertugas. Biasa la PDRM susah nak cuti.

Banyak juga hal kena uruskan. Esok pagi2 kena gi hospital dulu. Lepas tu baru fikir banyak hal nak kena settle. 

Rabu, April 26, 2023

Raya ke 5: jom cari roti canai

Mana nak cari roti canai. Kat Gerong ni kedai favourite yang aku selalu pergi belum buka. Terus lajak ke Wakaf Bharu. 

Pagi pagi makan nasi di Wakaf Bharu. 

Lepas tu ke Pengkalan Kubor. Orang ramai di kedai bebas cukai Pengkalan Kubor. Sampai beratur panjang kereta nak masuk aku nampak bila aku keluar.

Balik Pengkalan Kubor singgah Bunohan nak cuci kereta. 

Semasa solat di masjid Bunohan aku terlupa ambil jam G Shock selepas selesai wuduk. Tak lama lepas masuk dewan solat ada orang datang tanya "bang ni jam awak kan...?"

Alhamdulillah. Jujur orang2 kampung Bunohan. Cuci kereta car wash tepi masjid. Cuci luar saja, kena rm 10. Bi beri duit raya pada 3 orang anaknya. 

Selasa, April 25, 2023

Raya ke 4: kedai buka ke?

Hari raya dah masuk raya ke 4. Jom kita siasat keadaan dia macam mana di Kelantan ni. Kedai dah buka ke, sebab kerajaan negeri masih cuti. 

Ketika aku berada di Kota Bharu (kb mall), dalam 10 lebih dapat berita ayah Cik Miah, adik ipar aku telah meninggal dunia. 

Arwah kena stroke pada pagi hari raya pertama. Terus masuk ward hospital Tumpat, kemudian pindah Hospital Besar Kota Bharu. 

Ada darah beku di otak, mana kala stroke pula berlaku sebelah kiri, bahaya sebab ada jantung. 

Doktor kata kena operate (berisiko tinggi). Kalau tak operate pun berisiko juga. Keluarga pilih tak operate. 

Innalillah. 

Semoga urusan keluarga Miah dipermudahkan. InshaAllah petang ni aku pergi melawat. 

Ni pagi, waktu cari sarapan. Sebenarnya cari kopitiam meletup, tapi jumpa kopitiam ni pulak, kopitiam galoq. 
Masa nak parking aku masuk 50 sen dalam mesin. Tapi mesin buat hal, tekan tak bagi reaksi. Tapi hari ni cuti ok la kot. 
Ini kat KB Mall, minum lagi. 

Ubat dah habis tapi kaki masih ada luka. Kalau ada tongkat best sikit aku berjalan. Asyik pegang bahu bini jer, segan jugak. 

Ini lepas asar, aku terus ke perkuburan Kg Talak. Masuk kampung, aku tanya orang surau. 
Ini adik aku, suami kepada Miah. 

Malam terus ada majlis tahlil, aku sempat juga hadir.

Sampai rumah penat juga la badan. 

Isnin, April 24, 2023

Raya ke 3: mana nak sarapan?

Kedai makan mana yang best area Tumpat? 

Try pusing pusing kawasan Gerong, kedai tak banyak lagi yang buka. Kalau ada pun barisan beratur boleh tahan, nampak agak panjang. Ya la, baru raya ke 3 kot. 

Selepas cuba usha kedai di Gerong, jalan jalan lajak sampai KB. Kedai Din Tokyo pun belum buka. 

Jadi kami cuba ke Kopitiam Kita. Ya buka walaupun baru raya ke 3. Orang ramai melimpah sampai ke luar. Staff pun tak ramai lagi yang masuk. 

Irfan nyaris tak mahu beratur. Aku pujuk dia agar sabar sekejap. Sebab kedai ni tersusun dan bersistem maka dapat la juga kami tempat duduk selepas beratur. 

Kalau yang sampai lewat tu jenuh la jugak nak menunggu. 
Inilah menu utama paling famous di kopitiam kita, roti titab nama nya.
Ini bukti betapa barisan yang masih panjang selepas kami siap sarapan. Ada yang batalkan niat la sebab ramai sangat. 
                           Iklan : G Shock
Anda kena try, kedai kopi paling viral di Kota Bharu, Kelantan. Nak tahu kenapa dia viral, kena datang sendiri.
Nota: Mazda merah tu bukan kereta saya. 

Ahad, April 23, 2023

Raya ke 2: Ke Gerong pagi ni.

Pagi ni family Harraz akan turun, jadi kami gerak dulu ke Gerong.

Dinihari neb 2 kali.

Plan asal nak gerak pagi. Tapi dari pagi membawa ke zuhur. Lepas zuhur baru gerak ke Gerong. Singgah di Supermas. 
Iklan
g shock


Kehidupan kadang kadang memang sukar untuk membuat keputusan. Apa yang penting ialah lapangkan dada dan terimalah ketentuan dan ketetapan dari tuhan yang sudah tertulis sejak azali. 

Terus berfikiran positif dan terus berusaha. Belajar dan terus belajar. Memberi dan menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara. Selebihnya, tak perlu dikesalkan. 

PRN semakin dekat. KJ belum menyertai mana mana parti. Terlalu sukar nampaknya untuk membuat keputusan. Tapi dalam politik bermain selamat bukanlah pilihan tepat. 

Jom simpan emas dengan Public Gold. Wasap me. 012.9108905
Kami di majlis raya anak kelantan perantau. 
Tunggu sampai majlis habis dekat pukul 11 malam juga. Sebab nak tunggu lucky draw motor

Ha ha susah la nak dapat, mujur sangat kalau dapat. Time balik beratur juga nak keluar dari balai islam Lundang. 

Sabtu, April 22, 2023

Alhamdulillah, Aidil Fitri 1444

Dinihari semput, terpaksa 4 kali pum neb. Apapun dapat jua beraya Aidil Fitri dengan sekadarnya dan sesederhananya.
Biarlah gambar yang berbicara. 

Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dapat berjumpa lagi pada Hari Raya yang seterusnya. 

Dapat berbual dengan Tok Ayah Ali. Dia agak uzur juga sebab last jumpa dulu dia tak boleh berjalan tapi kali ni dia gagahkan diri berjalan nak beri duit raya pada cucu cucu. 

Walaupun tak sekuat dulu, dia tetap bersemangat nak berbual dengan anak cucu. Topik pun agak terkini seperti Wakaf Bharu new road and traffic situation. 

Begitulah suasana Raya, ada suka dan ada duka. Ada yang seronok berbual. Ada yang suka berjalan jalan sahaja. Semuanya gembira dengan cara sendiri. 

Petang singgah rumah Su. Lepas tu nak pergi rumah Abor. Siap Su tolong bawakan, tapi Abor tak ada.

Iklan
                  GShock GShock GShock

Secara umumnya, raya di Kelantan ni meriah dalam suasana yang sederhana. Mungkin ramai yang kepenatan melayan jem. 

Dan selepas beberapa hari beraya akan kembali semula bertarung dengan jem.



Jumaat, April 21, 2023

last puasa hari ni

Selepas sebulan puasa. Hari ni masih puasa. Hari terakhir bulan Ramadhan. 

Semalam ma dah siap bungkus ketupat, menu wajib setiap kali menjelang hari raya. Ingatkan mek yang tolong bungkus, rupanya ma upah orang untuk bungkus. 

Biasanya Bi yang tolong bungkus. Tapi kali ni sebab kami sampai lewat, tak sempat nak menolong. 

Esok InshaAllah, baru kita sambut bulan Syawal dan seterusnya Berhari raya bersama sanak saudara. 

Aku banyak duduk dan berehat je sebab kaki masih sakit. Tak mampu bergerak jauh sangat. Bila duduk tak buat apa macam ni, mata mula lah asyik minta tidur jer. Aku memang begitu. 

Malam tadi kanak2 keriangan bermain bunga api.

Berbuka puasa di Ramadhan yang ke 30. Semoga kita dapat bertemu lagi di Ramadhan yang seterusnya. 

Cantik gambar hasil bidikan camera Oppo Reno. Nampak jelas berbeza kualiti gambar yag berbeza, gambar pertama guna kamera honor vs gambar kedua, guna oppo


Advertisement:

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.