Semalam ma dah siap bungkus ketupat, menu wajib setiap kali menjelang hari raya. Ingatkan mek yang tolong bungkus, rupanya ma upah orang untuk bungkus.
Biasanya Bi yang tolong bungkus. Tapi kali ni sebab kami sampai lewat, tak sempat nak menolong.
Esok InshaAllah, baru kita sambut bulan Syawal dan seterusnya Berhari raya bersama sanak saudara.
Aku banyak duduk dan berehat je sebab kaki masih sakit. Tak mampu bergerak jauh sangat. Bila duduk tak buat apa macam ni, mata mula lah asyik minta tidur jer. Aku memang begitu.
Malam tadi kanak2 keriangan bermain bunga api.
Cantik gambar hasil bidikan camera Oppo Reno. Nampak jelas berbeza kualiti gambar yag berbeza, gambar pertama guna kamera honor vs gambar kedua, guna oppo.
Advertisement: