Pagi semput teruk juga. Terpaksa juga
3 kali neb.
Nak melala rasa agak ragu. Takut pun ya. Duduk je lah kat rumah, lagipun esok dah start kerja.
Cadangan asal sebenarnya, aku nak mula puasa 6 Syawal start hari ni. Tapi bangun pun waktu dah subuh. Tak bersahur apa, jadi esok je lah start puasa.
Petang ke Evo mall cari makan. Makan di kedai kopi jiwa.
Ni semalam kat laman rumah abang Naz. Boleh tahan luas, rumah tepi. Ada pokok kelapa mataq kat laman rumah dia.
Untung la kan, nak minum air kelapa petik je. Jom tanam kelapa mataq. Kelapa muda mahal sekarang nak oi. Tanam pokok umpama tanam duit. Pokok berbuah umpama duit berbuah.
Petang keluar ke evo cari lauk nak puasa esok.
Ternampak pulak satu produk ni semasa Bi tengah buat kad evo yang baru. Produk minyak wangi dengan Aaron Aziz dan Nasha Aziz sebagai duta. Mereka bukan adik beradik ya.
Sementara tunggu Bi aku bergambar dengan figura aktor Aaron Aziz dan Nasha Aziz. Kalau nak try minyak wangi mereka, klik je bawah.
Iklan: Oud by Aaron Aziz