Di negara sebelah Asia, kita memang tahu bahawa rakyat Jepun dan Korea sememangnya terkenal dengan budaya kuat bekerja.
Kali ini kita fokuskan pada Korea.
Di Korea, suasana dan tekanan kehidupan itu sendiri menyebabkan keadaan tempat kerja seolah olah menjadi sebuah medan pertarungan siapa yang paling hebat, kreatif dan produktif.
Pemenangnya pasti akan meraih kekayaan dan kemasyhuran.
Secara tak langsung keadaan ini memberi tekanan kepada mental. Ya kita faham material, wang dan kebendaan itu penting, tapi mental yang sihat juga penting.
Korea adalah antara negara yang mencatat angka kematian akibat bunuh diri yang tinggi. Mereka yang membunuh diri adalah golongan muda yang masih panjang perjalan kehidupan.
Mereka juga kadang kadang adalah artis popular yang sedang sukses dalam kerjaya. Kenapa ini boleh berlaku?
Satu hakikat yang kita perlu faham. Semakin banyak duit yang kita kumpul bukan berarti semakin gembira kehidupan kita.
Kerana gembira itu adalah keputusan diri kita sendiri. Gembira adalah pilihan. Maka, kita harus belajar untuk sentiasa memilih untuk gembira.
Kaya pun gembira. Tak kaya sangat pun gembira. Menang gembira, kalah cuba lagi, atau jangan putus asa. Permainan ciptaan manusia tapi perasaan kita yang kawal.
Ada orang yang fikir untuk menjadi kaya harus bekerja kuat. Ya, itu mungkin ada betulnya.
Tetapi untuk kaya kita perlu tahu bahawa kaya itu terletak pada nilai. Kalau pada kerja kuat semata, kerbau juga kerja kuat.
Jadi nilai apa yang boleh kita tawarkan. Semakin banyak nilai yang kita boleh tawarkan maka semakin kayalah kita.
Nilai tawaran itu termasuklah nilai khidmat yang baik, nilai produk yang bermutu tinggi, nilai ilmu yang bermanfaat bahkan apa saja nilai yang orang mahu atau perlu dalam kehidupan.
Itulah kefahaman sebenar bagaimana mahu menjadi kaya.
Saya beri contoh nilai tawaran negara seperti Korea.
Mereka tawarkan nilai teknologi tinggi pada produk mereka seperti
Samsung,
LG dan sebagainya.
Mereka tawarkan nilai kreatif yang tinggi melalui drama drama Korea. Mereka tawarkan nilai hiburan yang hebat melalui artis K Pop.
Mereka tawarkan kualiti pada pembuatan pesawat tempur mereka. Mereka tawarkan kepercayaan pada jenama buatan Korea.
Itulah nilai yang membuat Korea sebagai negara kuasa ekonomi ke 11 dunia. Hingga negara Malaysia pun membeli pesawat tempur dari Korea.
Dengan kepercayaan sebegini maka tak hairanlah bila syarikat seperti
Casio dari Jepun telah melantik artis Korea, Itzy sebagai duta syarikat mereka.
Tamat.
==================================
Turun level 3 belanja Sepul yang tolong aku semalam grill kan mangga rumah.
5 keping roti tampal untuk 5 orang tech.
Alhamdulillah.