Khamis, Ogos 22, 2024

khamis

Petang aku ke JPJ di Seksyen 7.
Bi nak hidupkan lesen L

Rabu, Ogos 21, 2024

rabu

Pagi2 sempat aku buat video. 
Abang Naz MC.
Aku turun dewan. Training dengan team takraw pulak. 
Penat juga main takraw di usia lewat ni. 
Tapi killer seorang ni (kapten) memang seorang ahli takraw yang sejati. Umur lewat juga tapi dia punya tenaga kalah orang muda. 

Semuanya adalah mind set. 

Petang Firas ajak keluar, makan. Lepas maghrib kami keluar ke metro point Kajang. Makan ramen di kedai Korea. 


Selasa, Ogos 20, 2024

selasa

Pagi ni kerja di dewan. Ok je layan walaupun semalam aku rasa macam stress sikit. 

Sempat sembang dengan Rahmat dan Naz. Rahmat terer la matematik. Bab peratus dia lagi terer dari aku. 

Lepas siap kerja bro Naz ajak minum. Roti canai dan teh tarik. Sampai 2 keping. Dia belanja. Dah lama kat GMI ni tak ada roti canai. Ni baru muncul balik. Siap ada roti telur goyang tu.

Tengahari tak makan, dah kenyang. Kuih aku bagi kat Saiful di L3. Lepak kejap je dengan Shamsul dan Aseri, sebab mereka pun nampak cam busy je. 

Tapi petang terasa lemah. Rasa tak bertenaga. Memang sebab tengahari tak makan nasi aku rasa. 

Balik dalam gerimis dari tempat kerja, aku sempat singgah kedai Acheh cari lauk sikit. RM 25 juga beli udang, sotong dan pisang. 

Begitulah. 

Isnin, Ogos 19, 2024

kerja isnin


Hari sabtu lepas. Tok Ali, suami mek Pehi dah pergi buat selamanya. Waktu perginya sekitar 11 malam. Berita dari adik aku Sabri.

Tok Ali ni bapa tiri kepada ma aku, kiranya datuk tiri aku. Dia sangat rapat dengan kami dan dah macam datuk sendiri pun.

Hari ni aku di tempat kerja dengan sedikit lemah. Lemah semangat dan ketakutan. Aku selalu begini bila ada peristiwa kematian. 

Ya Allah, kuatkanlah aku.

Aku sampai awal di tempat kerja. Dan sempat juga beli nasi lemak pak Harun. Pagi2 ada briefing tapi aku tak masuk sebab mereka dah mula awal pagi, sedang aku baru terhegeh hegeh nak cari air panas buat kopi.

Bila minum kopi memang kerap kencing dan berbau kopi yang pekat. 

Ahad, Ogos 11, 2024

Ogos hampir separuh

Hampir separuh Ogos telah datang dan pergi. Banyak jabatan sudah memasang bendera Jalur Gemilang. Bersedia menyambut merdeka. 

Aku pula sibuk memanjang. Banyak konsert berlangsung tapi langsung tak sempat nak layan. 

M Nasir, Awie, Ella.. Fuh..

Hari ni gi ambik mek kepada Erin, bawa dia mengurut Cah di rumah Iza.

Keadaan aku pula, Alhamdulillah lepas 3 hari maka ubat keadaan asma aku agak terkawal. Malam dah boleh tidur nyenyak.

Sabtu, Ogos 03, 2024

Ogos yang lucu

Lucu kerana aku tersilap tarikh kejohanan. 

Jauh juga la pergi ke USIM di Nilai. Sekali salah da.. 

Dah la dengan panik cari dewan tempat bertanding. 

Apapun ok lah, esok masih ada. Esok kita cuba yang terbaik. 

Khamis, Ogos 01, 2024

membelah kedinginan Ogos

1 Ogos menjelma lagi. Bulan merdeka. Merdeka kah kita...
Cuaca pagi ini sangat baik. Matahari bersinar cerah.

Malm tadi aku pam banyak juga, sampai 4 x 4.
4 sebelum gi kerja 
4 dinihari.

Tengahari mulai semput balik.
Balik jumpa bro Naz dalam lif, bersama TTO baru yang di sangka student. 

Sebelum tidur aku pakai pencegah 2 puff. Harap dapat la tidur ye. 

Rabu, Julai 31, 2024

membelah dingin pagi

Aku bergerak agak lewat. Dah dekat 8 am baru terhegeh hegeh. Ngam ngam untuk sampai 8 30. 

Kepenatan sebenarnya, jadi aku terlelap di kerusi. Malam tadi kepenatan akibat semput sehingga ke pagi. Pam banyak kali juga. 

Sempat singgah Shell isi minyak. Nampak macam sikit je tapi dalam rm5 lebih juga. Apasal ye belum tekan nozzle minyak dah bersepah kat tank motor aku. 

Sempat ambil trolley dari bawah lepas tu nak ambik air di level 7 tapi macam biasa awal pagi machine penapis air tak function.

Nasib baik siang hari aku ok. Tak tahu lah kenapa masuk je waktu malam aku akan semput. Biasanya awal pagi. Akan terjaga. Dan terpaksa pakai neb bagi lega sikit pernafasan. 

Selasa, Julai 30, 2024

pagi nan sepi

Malam tadi dah siap balut kereta. Nampak agak tak muat sebab bahagian bawah masih agak terdedah. Tapi ok la daripada tak ada. 

Pagi ni aku sampai tempat kerja agak awal. Sampai je terus kemas tempat kerja yang ada lagi sisa span putih. 

Semalam masih semput. Kena pam waktu pagi dan juga awal pagi. 

Layan kopi dulu sebelum gerak. Keletihan semalam masih ada. 

Harap hari ni dapat rehat sikit.

Pagi Chan datang hantar barang circuit breaker. Barang dah ada tak tahu bila nak mula buat. Chan bersembang di bilik kami sehingga hampir 12 tengah hari juga 

Sebelah petang nampak mendung pula. Teringat baju hujan aku yang masih bersepah bawah seat motor. 

Isnin, Julai 29, 2024

gerimis pagi

Pagi tadi gerimis turun. Aku mulanya nak pergi sarung kereta, tapi bila hujan aku pula yang pakai sarung baju hujan. Motivasi nak buat tu hilang bi hujan dan si tukang tiup dah mula kerja. 

Awal pagi lagi tukang kebun dah start tiup daun. Dekat pulak dengan kereta. Habis berhabuk lagi lah kereta. Baru je cuci tu, ni naik balik la habuk.

Semalam aku semput teruk juga di IOI. Membawa sampai ke pagi ni.

Semalam Bi beli nap di farmasi. Hampir bergaduh juga kami sebab aku terlampau parah juga. Ya, serius aku semput tahap tak boleh berfikir dengan tenang.

Balik dari IOI terus ambik Firas kat rumah Iza. Tak dan lepak dah sebab aku tengah weng. Sampai taman singgah jap beli nasi pasar malam. Aku makan sikit dan Bi habiskan. 


tewas dengan Lan

Tewas 2 - 4

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.