Selasa, Ogos 20, 2024

selasa

Pagi ni kerja di dewan. Ok je layan walaupun semalam aku rasa macam stress sikit. 

Sempat sembang dengan Rahmat dan Naz. Rahmat terer la matematik. Bab peratus dia lagi terer dari aku. 

Lepas siap kerja bro Naz ajak minum. Roti canai dan teh tarik. Sampai 2 keping. Dia belanja. Dah lama kat GMI ni tak ada roti canai. Ni baru muncul balik. Siap ada roti telur goyang tu.

Tengahari tak makan, dah kenyang. Kuih aku bagi kat Saiful di L3. Lepak kejap je dengan Shamsul dan Aseri, sebab mereka pun nampak cam busy je. 

Tapi petang terasa lemah. Rasa tak bertenaga. Memang sebab tengahari tak makan nasi aku rasa. 

Balik dalam gerimis dari tempat kerja, aku sempat singgah kedai Acheh cari lauk sikit. RM 25 juga beli udang, sotong dan pisang. 

Begitulah. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.