Isnin, Ogos 19, 2024

kerja isnin


Hari sabtu lepas. Tok Ali, suami mek Pehi dah pergi buat selamanya. Waktu perginya sekitar 11 malam. Berita dari adik aku Sabri.

Tok Ali ni bapa tiri kepada ma aku, kiranya datuk tiri aku. Dia sangat rapat dengan kami dan dah macam datuk sendiri pun.

Hari ni aku di tempat kerja dengan sedikit lemah. Lemah semangat dan ketakutan. Aku selalu begini bila ada peristiwa kematian. 

Ya Allah, kuatkanlah aku.

Aku sampai awal di tempat kerja. Dan sempat juga beli nasi lemak pak Harun. Pagi2 ada briefing tapi aku tak masuk sebab mereka dah mula awal pagi, sedang aku baru terhegeh hegeh nak cari air panas buat kopi.

Bila minum kopi memang kerap kencing dan berbau kopi yang pekat. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.