Di mana-mana tempat sekalipun di dalam dunia ini, emas adalah sama. Yang berbeza ialah jenama sahaja. Contohnya di Malaysia ada emas jenama Poh Kong, Wah Chan, Habib Jewel, dan banyak lagilah. Jadi persoalannya emas apakah yang terbaik.
Jawapan. Selagi emas itu adalah emas tulen itulah emas terbaik. Jangan pula ada unsur penipuan dari segi berat emas itu. Emas perhiasan perlu dicampur logam kerana mahu membuat dia keras, itu kena faham. Tapi kalau emas jongkong dicampur besi kemudian dijual dengan berat besi, itu penipuan namanya.
Untuk mengelak dari terkena tipu maka anda kenalah mencari syarikat emas yang telus berniaga dan diiktiraf. Tidak sukar untuk mengenalpasti ciri-ciri syarikat emas yang telus.
Syarikat emas yang baik secara umumnya mestilah memiliki ciri-ciri seperti berikut.
1. Telah lama bertapak dan dikenali luas di kalangan masyarakat. (Public Gold bermula sejak 2008)
2. Mempunyai cawangan yang banyak di seluruh negara. (Public Gold memiliki 18 cawangan di Malaysia, satu di Indonesia, dan satu Singapura) serta masih berkembang lagi.
3. Harga jual dan beli dipaparkan dengan jelas dan telus. (lihat paparan website Public Gold)
4. Harga terikat dengan pergerakan harga emas spot sedunia yang bergerak. (Harga emas LBMA Public Gold dimuat naik setiap 20 minit - kecuali sabtu ahad)
5. Menjalin kerjasama dengan syarikat yang ternama. (Public Gold bekerjasama dengan Pos Arrahnu Malaysia)
6. Memiliki pelanggan yang ternama (Public Gold menempa emas pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong)
7. Emas dikeluarkan adalah berstandard LBMA (Public gold menempa emas berstandard LBMA-London Bullion Merchant Association)
8. Memiliki pelanggan yang ramai. (Public Gold memiliki lebih 90 ribu pemegang kod PG akaun)
9. Harga yang kompetitif (public gold tidak dikenakan GST serta tiada upah tukang)
10. Senang dipajak (emas public gold diterima pajak Pos Arrahnu) Pos Arrahnu hanya terima 2 syarikat untuk pajak emas jongkong.
Ini ialah jongkong emas satu kilo keluaran Public Gold. Harganya hampir 180 ribu RM. Muat di atas tapak tangan.
Paparan harga emas yang telus.
Kesimpulan: Public Gold adalah antara yang terbaik di Malaysia. Public Gold adalah pilihan tepat untuk anda yang mahu menceburi bidang pelaburan emas jangka panjang dan sederhana.