Sebagai manusia kita tidak dapat tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Namun kita boleh belajar dari sejarah dan juga membuat jangkaan berdasarkan data semasa yang kita ada. Semakin jauh kita melihat ke belakang, semakin jelas dapat kita belajar sesuatu.
Harga emas akan naik. Kenyataan setakat itu hampir pasti seratus peratus. Yang kita tidak tahu ialah berapa. Cuba lihat sendiri berapa hutang negara Malaysia. Semakin hari semakin laju. 600 Billion bukan kecil anak. Malah untuk membayar bunga sahaja pun kerajaan dah berpeluh.
Cuba lihat apa berlaku bila nilai duit semakin jatuh. Harga rumah melambung tinggi. Harga barang komoditi juga turut naik. Bila duit terlalu banyak berlegar maka nilai duit itu akan jatuh.
Harga emas global hari ini masih murah pada paras 1300+ Dollar se aun. Harga tertinggi pernah dicapai ialah 1800+ USD se aun. Masih ada peluang untung 500 USD kalau anda beli emas sekarang. Ingat ya.....500 USD itu belum di tukar nilainya kepada ringgit Malaysia yang sangat lemah itu. Kalau ditukar agaknya berapa banyak untung yang anda mampu jana? Cubalah hitung.