Sabtu, Oktober 01, 2016

188. Kenapa perlu menyimpan emas?


Semua orang tahu bahawa emas adalah benda yang mahal dan berharga. Perompak yang tak belajar ekonomi pun tahu bahawa dia perlu cari emas. Jadi, walaupun sesusah mana sekalipun hidup anda, cubalah untuk menyimpan emas kerana emas adalah aset yang akan meningkat naik dari segi harga.

Emas bertindak sebagai pelindung kepada duit apabila duit itu anda tukar kepada emas. Emas adalah penyimpan nilai yang hakiki kerana emas tetap bernilai tinggi walau apa pun keadaan ekonomi dunia. Emas kekal sebagai komoditi yang dihargai dan dihormati semua bangsa dan agama.

Duit anda boleh dirompak secara terhormat dalam sekelip mata sahaja tanpa anda mampu berbuat apa-apa. Bila harga minyak naik, semua perkara akan turut naik. Duit semakin lama akan menjadi semakin hilang kuasa beli. Dahulu nilai 50 adalah tinggi tapi kini nilai 50 tidak boleh bertahan lama. Petang tadi di Tesco Seremban Jaya harga manggis ialah 9.99 sekilo gram. Dulu saya beli manggis 4.00 sahaja sekilo gram. Kuasa duit sebanyak RM 4 tidak lagi dapat membeli sekilo manggis. 

Sekarang ini ekonomi berada di ambang krisis. Banyak pelabur yang risau dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Apatah lagi nilai hutang yang semakin hari menjadi semakin laju dan tidak mampu dikejar oleh perolehan wang itu sendiri. Kalau cetak wang pula, masalah inflasi pula timbul. Penyelesaian masalah ekonomi semakin hari menjadi semakin rumit. Tak lama dahulu Lehman Brothers tapi hari ini yang sedang tergugat ialah Deutche Bank pula.

Harga emas global hari ini masih lagi murah pada paras USD 1300 ++ se Aun. 
Harga emas global pernah sampai ke paras tertinggi dalam sejarah kepada USD 1800  ++ se Aun.

Jadi anda masih ada masa kalau ingin melabur dalam emas tetapi ingat, masa sudah semakin suntuk. Deutche Bank bakal mengikut jejak Lehman Brothers seperti krisis tahun 2008 dahulu. 

Keadaan ekonomi adalah seperti telur di hujung tanduk. Ini bukan mahu menakutkan sesiapa. hakikatnya negara US kini mengheret hutang mencecah 20 Trillion. Jangan kata Malaysia tak terlibat kerana Bank Negara Malaysia menyimpan sebahagian besar duit dalam US Dollar. 20 Trillion adalah nilai yang tak terbayar. Bahkan Malaysia sendiri mempunyai hutang yang menggerunkan jumlahnya. 

Nasihat dari saya ialah beli dan simpan emas secepat mungkin. 

Ahmad Sadli Ibrahim
Authorized Dealer Public Gold. 

Code: PG739321 
whatsapp: 012-9108905

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.