Bio asli

Monday, July 28, 2008

Cara buat duit di internet.

Ramai orang berimpian untuk mencari duit melalui internet. Cara cari duit di Internet ada banyak tapi anda kenalah berusaha juga. Apa yang anda perlu buat ialah belajar dahulu asas yang mudah. Kemudian anda bolehlah mempraktikan kaedah seperti di bawah ini. Cuba berusaha dengan tekun dan bersungguh sungguh. Tidak ada jalan yang mudah. Itulah hakikatnya. Namun sudah ada yang berjaya. Irfan Khairy adalah contoh yang baik. Tanyalah dan belajarlah dari beliau.

Melalui program "affiliate."
Apa itu affiliate? Secara mudahnya affiliate ialah reseller. Sebagai contohnya bila kita menjadi affiliate syarikat A, kita akan cuba sedaya upaya menjual barangan yang dikeluarkan oleh syarikat A sebanyak mungkin kerana setiap barangan yang terjual, affiliate akan mendapat percent daripada jualan tersebut. Jumlah percent ini berbeza dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain dan terpulanglah kepada kebijaksanaan sendiri untuk menjadi affiliate kepada syarikat mana.
Program affiliate ini popular kerana syarikat yang menawarkan program ini akan dapat menjual produk secara lebih cepat dan lebih banyak lagi. Ianya merupakan situasi menang menang bagi pihak syarikat dan juga pihak yang menjadi affiliate. Produk yang dijual juga ada pelbagai dan tidak terbatas kepada produk produk fizikal sahaja. Ada juga produk yang berbentuk perisian atau perkhidmatan juga antara yang di "affiliatekan". Contoh yang paling senang ialah e-book. Ia menguntungkan kerana kos dari segi logistik adalah minima.

Apa itu "Adsense"?

Adsense secara mudahnya ialah kita menjadi "affiliate" kepada syarikat Google. Apa yang unik di sini ialah program Adsense tidak perlu sampai tahap menjual barang, cukup dengan hanya dengan "klik" sahaja iaitu Google membayar affilitenya kepada setiap "klik" yang mereka dapat.Caranya mudah sahaja, letakkan iklan Google pada laman web peribadi kita , dan Google akan membayar kepada kita setiap satu "klik" pada iklan itu. Untuk berjaya dalam program ini, syarat atau kriteria utama ialah laman web itu mestilah popular dan ramai pengunjung kerana dengan adanya pengunjung yang ramai sahaja barulah akan ada "klik" yang banyak untuk menjadikan ianya berbaloi.

Melalui ebay
Ebay adalah satu portal lelongan di mana ahli boleh menjual dan juga membeli di kalangan mereka.Pelbagai jenis barangan ada di ebay dan harga barangan juga bergantung pada ahli ahli sendiri, di mana barangan akan dijual kepada sesiapa yang menawarkan harga tertinggi selepas sesuatu tempoh(seminggu biasanya) akan dapat membelinya. Agak kejam bunyinya namun cara itulah yang membolehkan penjual mendapat harga yang terbaik untuk setiap barangan yang mereka jual. Ramai yang berjaya menjual pada harga tinggi barangan yang pada keadaan normal biasanya murah sahaja.

Melalui MLM.

Di Malaysia terdapat banyak sekali syarikat MLM. Ada yang kekal dan ada juga yang gulung tikar. Ada yang mudah dan ada yang senang. Ada yang betul dan tak kurang juga yang tipu.
Contoh terbaik ialah BIO-ASLI
Jadi ahli kepada mana mana syarikat MLM dan buat yang terbaik.
Menjual sendiri produk
Jika ada produk sendiri dan ada laman web sendiri. Usaha sendiri untuk cari pasaran dan hasilnya, juga adalah untuk diri sendiri. Anda jadi boss sendiri dan jadi kuli pada masa yang sama.

1 komen:

kbguy said...

Saya dah cuba banyak kali tapi barangkali kesemua tak sesuai dengan saya.