Isnin, Januari 19, 2015

Pagi isnin nan syahdu


Pagi isnin ni aku start cuti annual leave selama seminggu. Aku habiskan balance annual leave aku sebab tak lama lagi aku akan berhenti dari Amkor. Aduhai bercampur baur perasaanku, yang pasti ialah rasa sedih yang amat. Hampir 15 tahun aku kerja sini. Rasa takut pun ada. Umur aku baru 37 tapi dah rasa macam orang pencen la pulak.

So aku punya banyak masa free, jadi pagi-pagi aku pergi klinik Kajang. Pergh orang dah ramai gila dekat kawasan pesakit luar walaupun pagi masih awal, bank pun belum bukak lagi dik. Nasib baik ada satu tempat parking yang strategik untuk aku.

Aku terus naik ke atas bahagian klinik gigi. Seperti yang aku agak, orang tak ramai. Semua takut nak datang klinik gigi kot. Tapi aku kena gak la tunggu giliran dalam 6 orang sebelum aku. Maklumlah klinik kerajaan yang free mesti ada orang punya walau macam mana sekalipun. Tak lama pun aku tunggu sebab ada dua bilik rawatan yang nampak cepat uruskan pesakit. Takde kes serius kot.

So masuk bilik rawatan, ada dentist perempuan rupanya. Tak pastilah cun ke tak sebab dia pakai mask. Laju je dia periksa gigi aku. Lepas tu proses cuci gigi. Tanpa rasa kasihan dia terus rodok gigi aku dengan mesin dia hingga berdarah-darah keluar. Hu hu ngeri la jugak kalau kau tak pernah buat benda ni.

Dulu masa aku buat kat swasta pun macam ni jugak cuma doktor swasta tu lebih caring dan cakap suruh aku tahan ngilu sikit. Buat pun macam lemah lembut je. Biasalah, swasta bayar mahal, so kena la buat baik-baik. Hakikatnya ia adalah proses yang sama saja.

Proses scaling ni simple saja. Tak lama pun dia buat. Belum sempat aku rasa lenguh, dah siap. Dulu masa adik aku (dentist klinik sungai chua) yang buat aku rasa lama dan mungkin lebih detail. Entahlah mungkin sebab tak ada hubungan maka dentist kajang ni buat ala kadar. Bila aku balik check, memang ada kesan plak yang paling degil masih lekat  kat gigi aku.

Proses membersihkan gigi atau scaling ni memang tersangat penting untuk memastikan gigi kekal cantik dan gusi sihat. Kalau kau biar plak gigi tu macam tu jer, maka gusi akan mula terkesan. Mula-mula merah, bengkak, dan lebih serius, akan menjadi masalah gusi kronik yang mana gigi pun longgar dan kesihatan terganggu.

Ini bukan sebab gigi kotor, tapi sebab bakteria yang ada kat situ boleh membahayakan kerana ia boleh merebak ke bahagian lain. Ingat, dari mulut makanan masuk dan bersambung ke perut. Bakteria ni bila dia lemah tak pe lah. Bila dia dah beranak pinak dan dah mula terasa diri power, maka sistem imun badan akan mula penat untuk melawan. Dari situlah banyak penyakit lain boleh datang. Paling dahsyat kanser mulut la kot.

Dulu cara aku bersihkan gigi ialah dengan mengunyah chewing gum. Sungguh-sungguh aku kunyah gula-gula getah ni. Rupanya kaedah ini ada kesan sampingan yang tak baik. Kebanyakan gula-gula getah ni mengandungi gula tiruan yang dipanggil aspartam. Aspartam ni bahan kimia merbahaya yang boleh merosakkan saraf dan sel. Akibatnya aku kini menghadapi masalah asma yang agak teruk dari semasa ke semasa. So berhati-hatilah kalau korang suka makan chewing gum.

Dentist tu cakap ada gigi yang berlubang tapi dia kata hari ni kita cuci saja dulu. Ya lah doktor. Akupun memang nak cuci jer. Bab tampal gigi yang berlubang ni mungkin aku akan buat kat klinik swasta. Bukan apa, klinik swasta ada pilihan sikit. Kalau ko simen kat klinik kerajaan dia akan guna amalgam maka gigi yang kena tampal tu akan kelihatan berwarna perak dan pastinya nampak janggal dan hodoh. Kalau swasta dia ada bahan lain supaya warna simen tadi seakan-akan warna gigi.

Sebenarnya amalgam ni aku tak mahu bukan pasal masalah hodoh atau janggal. Masalah sebenar amalgam ialah bahan amalgam itu sendiri. Korang tahu tak amalgam ni mengandungi merkuri. Adik aku sendiri mengesahkan benda ni tapi dia cakap sikit jer merkuri dalam amalgam. Korang tahu tak merkuri tu apa? Merkuri ialah bahan toksik paling merbahaya kepada manusia selepas plutonium.

Kebanyakan doktor gigi tahu pasal ni, tapi alasan mereka sama macam adik aku iaitu sedikit sahaja dan ia tidak terurai sebab ia bergabung dengan bahan lain. Mungkin mereka betul, tapi aku cuma nak beritahu merkuri tetap merkuri. Kenapa nak ambil risiko jika ada pilihan lain?

Berkenaan merkuri yang paling aku ngeri ialah ia boleh merosakkan saraf otak. Bila dah masuk bab ni aku rasa benda ni serius. Benda lain takpe tapi otak?

Dulu aku pernah simen gigi pakai amalgam. Aku sanggup pergi swasta dan korek buang amalgam tadi dan ganti dengan bahan lain. Masalah gigi ni kalau makin dibiar makin melaratlah jadinya. Sebab tu bagi aku jumpa doktor gigi ni penting. Yang lebih penting ialah korang kena komunikasi dengan doktor gigi itu.

Sekarang ni aku kalau setakat berdarah cuci gigi aku dah anggap macam perkara biasa walaupun masih takut. Makin lama korang biar gigi tak dicuci maka makin banyak lah darah bila korang buat scaling. Maka rajin-rajinlah pergi buat scaling. Bila gigi dah maintain bersih, buat scaling dah jadi aktiviti rutin dan InsyaAllah darah pun tak ada banyak.

Senyum.
gigi yang amat payah nak jaga

Padihutan.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.