Isnin, Jun 30, 2008

Bagaimana mahu sihat dan kaya

Semua orang mahu jadi kaya. Semua orang juga mahu sihat. Inilah dua perkara yang paling penting dalam hidup. Sihat dan kaya. Kalau hanya boleh pilih satu saja, yang mana satu anda mahu ? Sihat atau kaya? Ambillah kedua duanya, apa salahnya?
Ada suatu pepatah yang pernah saya dengar.

Kalau anda hilang harta anda hilang sesuatu. Kalau anda hilang kesihatan anda hilang segalanya. Jadi kesihatan adalah lebih utama iaitu sihat dahulu , perkara yang terpenting ialah sihat. Tapi apa salahnya kalau ada kedua duanya pada masa yang sama. Bukankah hidup akan lebih sempurna? Sihat sahaja pun kalau tak kaya susah juga. Jadi macam mana mahu memiliki kedua duanya? Gunalah cara yang betul dan konsisten berusaha tanpa jemu.

Antara cara terbaik ialah dengan menyertai MLM yang berteraskan barangan kesihatan. Ini kerana kita akan berpeluang menggunakan barangan kesihatan dan pada masa yang sama kita boleh mendapat pendapatan dari segi bonus dan sebagainya. Jadi kita dapat dua faedah melalui satu usaha yang dibuat. Antara MLM yang terkenal dengan barangan kesihatan yang ada di Malaysia ialah CNI , Mayfirst , Amway, Cosway, dan banyak lagi . Produk produk kesihatan mereka ini adalah berkualiti dan memberi faedah kesihatan yang baik. Ada satu syarikat bumiputera yang berasaskan MLM tapi ianya meggunakan kelebihan jaringan internet sebagai kaedaah mengembangkan perniagaan. Cara ini ternyata lebih berkesan atas faktor kecepatan pengembangan dan penjimatan dari segi masa dan kos.

Syarikat berkenaan ialah BIO-ASLI yang kini telah pun mencecah usia dua tahun. Syarikat Bio Asli mengeluarkan barangan kesihatan yang berasaskan minyak kelapa dara. Antara barangan menarik yang di keluarkan oleh syarikat ini ialah teh herba. Teh herba Bio Asli adalah berkesan untuk meningkatkan tenaga dan pada masa yang sama membersihkan sistem tubuh manusia. Selain rasanya yang sedap, ia juga amat baik untuk kesihatan dan mampu mencegah penyakit jantung.

Kelebihan syarikat bumiputera ini ialah ia merupakan syarikat MLM yang berasaskan konsep "affiliate" atau reseller di mana adanya perkongsian keuntungan di antara ajen dengan syarikat. Pemasarannya juga lebih efektif di mana segala proses dijalankan secara online dan ajen tidak perlu bersusah payah mengusung produk ke sana ke mari. Tidak perlu bersusah payah bukanlah bermakna tidak perlu bekerja, goyang kaki duit masuk, konsep ini amat tidak betul. Maksud di sini ialah syarikat cuba seboleh mungkin untuk menyenangkan ajen. Apa yang ajen perlu buat ialah berusaha mencari pasaran secara online di internet. Jadi selamat berusaha! Kita jumpa di puncak kejayaan.

Ingat, kesabaran dan kecekalan adalah bekalan paling ampuh untuk berada di kemuncak kejayaan. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Jom tengok rancangan pemasaran Bio asli kat sini.

Rabu, Jun 25, 2008

Peluang Berniaga dan Tambah pendapatan

Ini ada peluang hebat kepada pengguna internet yang mahu berniaga. Hari ini di Malaysia ramai yang sudah biasa pakai Internet. Ramai orang yang mempunyai impian atau berangan-angan untuk menjadi usahawan internet dengan mencari peluang kekayaan melalui jalan perniagaan internet dengan harapan untuk menjadi kaya dan bebas seperti Irfan Khairi. Mereka yang lebih berpendidikan dan biasa melayari internet sudah pasti selalu terjumpa macam2 peluang untuk cari duit.

Ada pelbagai jenis dan corak seta peluang perniagaan ditawarkan di internet. Ada yang bercorak MLM. Ada yang jual saham, jual emas dan sebagainya. Ada yang kononnya buat survey sahaja boleh dapat beribu ringgit. Kita juga boleh jual macam2 barang di ebay, lelong.com dan sebagainya. Itu pun kena ada modal dan saingan harga kita perlu ingat bukan calang-calang. Itu belum masuk kos pos udara dan laut. Masa banyak terbuang tapi untung tak seberapa. Saya tahu sebab saya dah pernah buat semua tu.

Selain itu, ada juga yang berkonsepkan pelaburan seperti Up Trend umpamanya. Orang akan cepat tertarik kepada sesuatu yang boleh mencapai kejayaan atau pulangan dengan cepat dan lumayan tanpa perlu "struggle" sangat. Namun hakikat yang sebenar ialah untuk berjaya dalam apa jua pun, tidak akan ada jalan singkat atau mudah.

Kejayaan dalam internet biasanya hanya untuk mereka2 yang betul2 gigih berusaha serta mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam. Tak hairanlah kita dengar ramai juga yang tertipu dengan pelaburan cepat kaya seperti pelaburan Swiss Cash dan seumpamanya. Mereka tertipu kononnya inernet memberi peluang kepada semua untuk berjaya. Itu belum masuk lagi kes-kes penipuan melalui e-mel dan facebook.

Kita harus sedar satu perkara. Wang itu ada nilainya. Nilainya terletak pada kepercayaan. Untuk mendapat wang kita kena ada beri sesuatu nilai. Sama macam dunia perniagaan di luar internet. Nak beli barang kena ada duit yang sepadan nilai. Kalau nilai itu sekadar janji manis sahaja, itu bukan nilai yang mutlak. Perniagaan mesti ada produk yang ada nilai yang jelas. Jadi carilah nilai itu. Kalau sekadar tabur duit dan tunggu hasil, itu bukan usahawan yang sejati. Baik anda simpan ASB, setidaknya ada juga jaminan kerajaan Malaysia.

Bukan senang mahu senang. Bukan susah mahu susah. Melaburlah di tempat yang betul. Carilah syarikat yang benar-benar menjalankan perniagaan internet secara betul dan berlesen. Syarikat yang seperti ini bukan tak ada. Kita kenalah usaha cari syarikat yang betul dan boleh beri peluang untuk tambah pendapatan melalui perniagaan yang telus dan mengikut undang-undang. Janganlah kita "join" semata-mata atas dasar janji manis itu dan ini. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang.

Antara syarikat yang boleh dijadikan contoh ialah BIO-Asli. Bio-Asli ialah syarikat MLM secara online yang menjalan perniagaan secara sah dan berlesen. Ia akan produk yang khusus untuk di jual. Ia juga ada sistem yang spesifik tentang bagaimana mahu mendapat bonus. Anda perlu ada downline yang aktif dan anda mesti maintain belian untuk mendapat bonus. Bunyi macam biasa kan? Mana-mana MLM anda pergi pun itulah formulanya. Yang unik dengan Bio-Asli ialah sebab ia guna sistem online dan kuasa internet untuk menjana keuntungan melalui jaringan downline secara internet. Anda di beri laman web dan anda perlu usaha cari downline melalui internet. Jadi anda boleh melebarkan sayap ke seluruh Malaysia, bahkan seluruh dunia!

Saya dulu jumpa BIO-ASLI terus tanpa ragu-ragu buat dan berusaha tanpa menoleh ke belakang lagi. Apa takut, nak join pun free! Hari ini down line saya dah beribu. Ada yang hidup dan ada yang mati. Saya tetap maintain dan setia dengan Bio-Asli. Hari ini, Alhamdulillah bonus saya tak mati RM15o (minima) setiap bulan. Sikit je kan? tapi siapa nak bagi duit buta-buta kat kita bang? Saya pun kerja lagi makan gaji dengan swasta. Inilah peluang untuk kita. Jom sama-sama kita buat duit hari ini juga! kalau ini bukan peluang, saya pun tak tahu lagi apa yang anda boleh buat.

Sabtu, Jun 21, 2008

Fokus masalah @ Fokus penyelesaian


Ada satu kisah yang berlaku di sebuah firma kosmetik terkemuka Jepun yang menghadapi masalah "costumer claim" kerana satu daripada kotak sabunnya entah macam mana telah tertinggal kosong tanpa sabun dan hanya kotak kosong yang dijual untuk pasaran. Ini menyebabkan imej syarikat terjejas. 

Jadi pihak top management telah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Macam mana mahu mempastikan atau memeriksa kotak samaada kosong atau tidak. Engineer- engineer mereka yang paling kanan dan hebat telah dipanggil untuk membuat / mencari solusi bagi mengatasi masalah ini. Maka mereka bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah modal yang banyak untuk membina alat pengimbas (scanner) yang canggih agar tidak ada lagi kes kotak sabun yang kosong akan berulang. 

Kakitangan yang ada juga ditambah untuk menjaga mesin pengimbas itu. Selesailah masalah mereka akhirnya walaupun banyak modal dan wang habis dan mahal harganya. Yang penting masalah selesai kan?

Tiba-tiba ada seorang pekerja bawahan biasa yang memberi cadangan yang jauh lebih praktikal dan murah serta mudah. Guna kipas angin yang besar dan kuat, tiup saja mana-mana kotak, yang kosong akan terbang sahaja tanpa masuk ke dalam packing seterusnya untuk custumer! Jimat tenaga manusia dan jimat duit berbanding mesin scanner yang mahal itu!

Satu lagi kisah ialah tentang angkasawan Amerika (NASA) yang menghadapi masalah bila pen yang di bawa ke angkasa tidak dapat berfungsi kerana dakwat biasa tidak dapat mengalir seperti biasa kerana tiada tarikan graviti. Jadi mereka mengkaji dengan kos berjuta2 demi mencipta dakwat pen yang boleh mengalir di angkasa lepas dan juga pen canggih yang boleh disesuaikan dengan dakwat istimewa itu. 

Pun selesai juga masalah meraka setelah banyak duit dihabiskan dan masa untuk mengkaji teknologi itu. Pada masa yang sama, pihak Russia telah pun menggunakan kaedah mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah yang sama. Mereka gunakan Pensil!

Jadi kita tentukanlah cara kita sendiri untuk selesaikan masalah. Gunakan cara orang-orang bijak pandai atau cara kita sendiri yang tak kurang pandainya.

Selasa, Jun 10, 2008

Krisis minyak, ke mana haluan Malaysia?

Harga minyak di pasaran dunia terus melambung. Suatu ketika dahulu kita melihat prospek untuk minyak dinilai pada harga 100 us dollar setong dengan ketakutan dan ngeri, kini harganya sudah pun lebih 130 dollar setong. Ini bukan lagi tahap ngeri, ini tahap dah tak boleh bernyawa. Malah ia bakal terus naik lagi hingga sampai 150 dollar setong dan yang terkemuncaknya 200 dollar setong. Kerajaan Malaysia pun tak mampu lagi untuk meneruskan pemberian subsidi jika tidak mahu kekeringan wang dengan kadar terbanyak dalam sejarah. Namun usaha kerajaan untuk membendung krisis ini masih dipertikaikan oleh rakyat.Kerajaan pula di saat ia sedang bergelut dengan pelbagai krisis dalam negara terpaksa pula berdepan krisis minyak antarabangsa yang melambung ekoran permintaan minyak yang amat banyak dari Cina dan India. Keadaan ini amat sulit kerana kita semua suda terbiasa dengan minyak murah dan tanggapan negara kita pengeluar minyak. Tapi hakikatnya kita tak punya kuasa ekonomi yang mapan untuk mengemudi krisis ini. Kita bukan negara maju yang boleh menentu haluan ekonomi dunia. Kalangan rakyat masih menunggu langkah selanjutnya dari kerajaan.

Ahad, Jun 08, 2008

Coffee Mate haram?

Emulsifier 471 atau E471 yang terdapat dalam senarai bahan bahan perasa makanan adalah haram kerana ia dibuat daripada lemak babi.Itu adalah maklumat daripada mel yang baru aku dapat dari abang ipar aku. Kalau tengok pada label Coffee Mate memang ada ditulis senarai bahan E471. Tapi ada pulak tanda cop halal. Sebenarnya ianya agak meragukan, tambahan pula ada tulisan thai pada cetakannya.Maaf kalau ada yang marah sebab coffee mate ini popular, aku tahu, tapi kita haruslah menjaga pemakanan yang syubahat.

Rabu, Jun 04, 2008

Harga minyak naik lagi.


Harga minyak naik lagi. Kenaikan yang begitu banyak iaitu sebanyak 78 sen. Sebagai rakyat biasa, tak mampu nak buat apa-apa. Malahan nak balik kampung kena fikir berpuluh kali sekarang ni.

Kenapa kerajaan gagal berbuat sesuatu untuk menghindarkan kesempitan ini?

Kenapa asyik bagi alasan dengan kata2 harga minyak malaysia antara termurah di asia tenggara?

Kenapa suruh rakyat ubah gaya hidup. Aku memang dah lama ubah dah, pergi kerja naik motor je, kereta pakai bila nak bersiar2 jer. So nak ubah apa lagi? Naik basikal? Bukan tak boleh, tapi kat kilang aku yang naik basikal ialah bangla, kiranya rakyat malaysia kena ubah dan jadi macam bangla la? Macam tu ke? Kalau ya pun nak naik, kenapa banyak sangat?

Lagi satu, kenapa buat keputusan melulu? Sama macam buat keputusan tarikh pilihanraya dulu. Kenapa suka cakap2 yang manis, lepas tu tiba2 naikkan harga barang? Macam ni susah la rakyat. Asyik nak kena main teka teki jer. Semua harga barang dah naik, bila dah naik ni jangan mimpi la nak turun, tak akan adanya.

So inikah pengurusan ekonomi yang cekap dan berhemah?

Kenapa semacam terdesak sangat? Sebab Selangor ke? Sebab Penang ke? Aku tak nampak lagi apa2 kemajuan yang boleh dibanggakan, yang ada cuma sungutan sebab ada saja harga naik. Hidup menjadi susah. Bila minyak naik, benda lain pun ikut naik.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.