Khamis, Disember 31, 2015
Merah Kuantan
Merah sungai Balok airnya,
Ikannya tak dapat kita makan,
Mereka cuma mahu makan kertas bergambar raja,
Sayangnya kertas bergambar raja tak boleh dimakan seperti ikan.
Ini baru nak masuk 2016. Sedihnya bila pantai indah bertukar merah.
Ada apa dengan Melaka
Bermula tahun 2016 Melaka bakal menguatkuasakan pengharaman sepenuhnya penggunaan beg plastik.
Kalau anda ke pasaraya seperti Tesco, Giant dan sebagainya anda perlu membawa sendiri beg dari rumah.
Perkara ini dah dibuat di tempat lain cuma bukan sepenuhnya. Dalam seminggu ada satu hari khusus tanpa beg plastik.
Tindakan ini adalah sangat bagus kerana beg plastik adalah bahan yang sukar lupus. Apa yang sedih ialah semua plastik ini bakal berakhir di lautan lepas.
Semoga dengan langkah ini sungai Melaka akan kembali mengalir kencang lagi jernih seumpama sungai Melaka di zaman empayar Melayu Melaka yang gah dahulu.
Semoga negeri lain pun akan mengambil langkah yang positif ini juga.
Selasa, Disember 29, 2015
Me'nate steak bakal ke Bangi
Berita baik untuk orang Bangi, lepas ni tak payah la nak turun Ampang.
Kedai steak Me'nate yang sedia tersohor tetapi menjadi lebih popular selepas Azwan Ali menyangka Me'nate ialah perkataan bahasa kesat kini bakal membuka cawangan baru di Bangi.
Me'nate steak house bukan kedai steak biasa kerana chef Me'nate ialah chef di raja yang pernah bekerja di istana Buckingham Palace, UK.
Harga steak Me'nate boleh tahan juga kalau sesekali nak makan boleh la try. Orang besar seperti Kuli (tengku Razaleigh) pun pernah makan di Me'nate. Kalau macam aku, hmm, kena menyimpan duit dulu la baru berani masuk.
Malam tadi la balik dari Bangi aku nampak kedai dia tengah buat persediaan di kawasan Bangi Central. So macam-macam tempat makan dah tumbuh di Bangi. Kena bersaing la, kedai Fizo Omar ada, Zawara Coffee ada, kini Me'nate steak pula.
So apa lagi, mula menyimpan duit dari sekarang. Saya dah ada RM 29.70
Kemaskini 28/1/2016 : Gambar dari Facebook Me'nate dah selamat pun di buka. Last aku lalu dengan wife aku dia tengok ramai orang kat situ.
Sesiapa yang nak merasa Me'nate steak boleh la datang Bangi. Ni lah dia lokasi Me'nate steak Bangi. Antara orang Bangi yang turun di sini ialah tokoh agama tersohor Ustaz Haron Din.
Kredit Gambar : Facebook Me'nate steak hub
Jom kita beramai-ramai ke Me'nate steak Bangi.
Isnin, Disember 28, 2015
Perbandingan pakej internet broadband prepaid Maxis vs Celcom
Rakyat Malaysia golongan bawahan (macam saya) biasanya akan menggunakan internet broadband prepaid sahaja. Apakah tawaran terkini yang paling menarik dari 2 gergasi ISP iaitu Maxis vs Celcom?
Celcom plan prepaid broadband RM 60 menawarkan 4.5 Gigabyte data untuk sebulan.
Maxis plan prepaid broadband RM 65 menawarkan 4.5 Gigabyte data untuk sebulan.
Keputusan segment kategori bulanan pakej sederhana : Celcom ternyata lebih jimat untuk kategori 4.5 Gigabyte data selama sebulan.
Saingan terdekat 2 syarikat di atas iaitu Digi pula menawarkan
Digi plan prepaid broadband RM 30 menawarkan 3 Gigabyte data untuk sebulan. Masih menarik juga berbanding plan Maxis.
U Mobile pula agak hebat juga kalau kawasan anda ada liputan u mobile. Apa yang u mobile tawarkan sebenarnya adalah harga yang paling kompetitif dengan data broadband yang tertinggi.
U mobile plan prepaid broadband RM 68 menawarkan 8 Gigabyte data untuk sebulan.
Sebagai perspektif, plan YES yang mereka dakwa sebagai termurah sekalipun cuma menawarkan
YES plan RM 68 menawarkan 7.2 Gigabyte sahaja.
Keputusan keseluruhan ialah plan broadband U mobile memang paling berbaloi cuma satu kelemahan U mobile ialah liputan mereka masih di belakang Maxis dan Celcom.
Jadi syarikat mana yang anda pilih terpulanglah pada budget dan juga kawasan anda berada. Macam saya di Kajang Celcom cukup kuat liputannya, jadi saya tak ada masalah dan setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Celcom. Dengan maxis saya ada bengkak sikit.
Kalau anda malanggan pakej harian memang lah nampak murah, tapi untuk jangka panjang ia akan jadi mahal juga, jadi ada baiknya anda ambil saja pakej sebulan kalau anda tahu kawal penggunaan internet broadband anda.
Kalau nak lagi jimat ambillah pakej unlimited data. Pakej unlimited data yang menarik seperti P1 dengan melanggan pakej tanpa had bermula dengan RM115.54 (termasuk GST) sebulan.
Nota kaki : Catitan ini hanya tepat semasa tarikh ditulis, segala pindaan atau tawaran baru tertakluk pada budi bicara syarikat terbabit yaitu Maxis, Celcom, Digi, U mobile, YES dan P1
Penulisan blog sebagai sumber pendapatan
Menulis blog untuk mencari sumber pendapatan bukan lagi suatu perkara yang asing di Malaysia. Sudah ramai yang berjaya membuktikan mereka mampu menjana pendapatan melalui penulisan blog. Namun, pastinya ramai yang belum sampai ke tahap professional di mana mereka berani mati dengan berhenti kerja dan menulis blog sepenuh masa.
Realitinya, menulis blog untuk mencari sumber duit bukanlah semudah disangka. Bukan semudah menulis luahan hati dan menempelkan gambar, secara automatis orang yang datang akan "like" dan share apa yang anda "post"kan.
Kalau anda mengharapkan sumber dari nuffnang sebagai contoh, bukan semudah itu anda dapat menjana pendapatan. Kalau anda menulis sambil lewa, besar kemungkinan blog anda hanya akan menambahkan lagi semak sampah sarap berbagai genre blog yang sedia ada di Malaysia ini.
Apa yang mustahak ialah anda mesti punya satu hala tuju dengan skop yang begitu spesifik tentang tujuan anda menulis. Ada yang berkongsi resepi, ada yang bercerita hal sendiri, itu semua tak jadi masalah selagi apa yang anda tulis itu sesuatu yang bermanfaat untuk dibaca.
Sifat tidak mengejar nama perlu ada kerana menulis blog bukan akan menyebabkan anda popular dalam sekelip mata. Orang akan membaca dan menilai sikap anda melalui tulisan anda. Ada penulis blog yang sekerat jalan sahaja, kemudian berhenti kerana mereka bosan agaknya blog kurang sambutan. Bertimbun banyak blog yang hanya tinggal nama sahaja.
Cubalah curahkan sepenuh hati menulis dengan ikhlas, maka dengan cara itu anda boleh bertahan lama. Tulislah secara bersahaja dan tidak menghentam orang lain tanpa usul periksa.
Kalau dah tak ada idea sangat tulis sahajalah tentang perjalanan hidup anda sendiri. Seumpama menulis biodata diri. Kalau dah tua nanti anda pastinya akan dapat menoleh kembali sambil tersenyum mengenangkan kenaifan diri sendiri.
RM 29.70 adalah pungutan dari nuffnang setakat ini. Harap impian RM 30 sebelum tahun 2016 akan tercapai.
Isnin, Disember 21, 2015
Jumaat, Disember 18, 2015
Ke Semenyih lagi
Pagi-pagi lagi aku dah ke Semenyih, atau arah Semenyih la. Sebenarnya aku pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Teknologi Kajang yang dah nak dekat dengan Semenyih. Hantar Bie dengan Firas ke klinik untuk temujanji Firas.
Perancangan tu dah cantik dan betul, cuma aku tertinggal hand phone kat rumah. Nasib baik cepat perasan. Bila dah siap hantar Bie, aku terus patah balik dan masuk semula ke rumah untuk ambil phone.
Disebabkan kesilapan kecil itu, aku pun sampai lambat ke tempat kerja dan punch card untuk bulan 12 ini yang sepatutnya cantik dah ada satu dot merah. 8.32 minit pagi. 2 minit jer lewat. Kesilapan sendiri la tu.
Apapun, pengajarannya ialah kita hanya mampu merancang sahaja, tuhan yaang menentukan.
Khamis, Disember 17, 2015
Untung la orang Semenyih
Aku ke Semenyih untuk ambil keputusan ujian darah Firas. Janji dengan wife pukul 6 petang nak gerak. Tapi balik kerja dah lewat dan jalan pun nampaknya jem. So kami tunggu buat maghrib dulu sebelum keluar.
Klinik tu terletak berhampiran kawasan Tesco Semenyih. Ada wifi percuma kerajaan negeri Selangor.
Sesiapa yang tinggal berdekatan kawasan Tesco Semenyih seperti Taman Pelangi Semenyih cukup beruntung kerana dapat aksess wifi percuma kerajaan Selangor. Nak download video dari youtube pastinya dah tak payah berkira-kira nak melanggan data broadband dari Maxis atau Celcom.
Kawasan aku yang paling dekat pun kawasan Hentian Kajang, terlalu jauh untuk dapat signal. Kalau nak wifi free aku biasanya akan pergi ke perpustakaan awam Hulu Langat.
Kalau nak tahu adakah kawasan anda terpilih untuk wifi percuma silalah layari website kerajaan negeri Selangor.
Maxis pastinya goyang. Jangan asyik buli orang ya Maxis.
Sedikit rasa risau
Dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi aku terpandang sebiji rumah sederhana dan agak kecil dalam kawasan asrama student. Rumah warden agaknya. Nampak cantik dan comel pula bila rumputnya di trim dengan kemas. Aku terfikir, dapat rumah yang sedrhana macam ni pun dah ok dan bersyukur sangat. Rumah di kawasan Bangi ni sememangnya mahal yang amat.
Aku rasa sedikit risau. Keadaan ekonomi.
Sampai bila harga segala benda akan menjadi semakin mahal. Macam mana anak dan juga cucu (akan datang Insya Allah) nak hadapi?
Sebenarnya benda ni dah lama. Tapi keadaan semakin ketara sekarang. Nanti yang tinggal hanya dua kelompok sahaja.
1. Terlalu kaya.
2. Terlalu miskin.
Anda tidak ada pilihan selain dua itu sahaja. Tidak ada jalan tengah dalam hal ekonomi kapitalis. Itulah masa depan yang kita tujui bermula dari sekarang.
Nampaknya keadaan menjadi terbalik. Sepatutnya makin lama makin senang dan makmur. Tetapi keadaan macam makin lama makin sukar. Harga rumah terus naik dan naik.
Cara melawan pemain pimple
Getah pimple ialah istilah untuk getah ping-pong yang berbintik luar. Getah ini biasanya dipakai oleh pemain yang bertahan. Ada pimple panjang dan ada pimple yang pendek. Pimple pendek lebih kepada serangan manakala pimple panjang lebih kepada bertahan.
Pemain professional jarang yang memakai getah jenis ini kerana mereka memakai getah licin yang berspan tebal kerana mereka mahu power dan control dalam permainan. Pun begitu ada juga pemain ternama yang menggunakan getah pimple.
Di Malaysia getah pimple agak popular kerana tahap ping-pong Malaysia adalah biasa-biasa sahaja. Dalam tournament, pemain pimple biasanya selalu menang kerana tahap ping-pong yang masih sederhana di mana pemain penyerang mudah buat silap.
Melawan pemain getah pimple bukan mudah. Akan tetapi pemain getah pimple boleh saja dikalahkan. Apa yang penting ialah anda faham konsep getah pimple dan kenapa dia memilih pimple. Pemain memakai getah pimple kerana mahu lebih "defensive", dan kurang "attack". Pemain yang otai lebih suka main pimple sebab ia tak banyak guna tenaga untuk spin.
Tapi ada juga pemain pimple yang menyerang juga. Bila mereka serang bola yang pergi adalah berdesup, kurang lantunan dan beratnya bertukar seolah anda sedang memukul bola tennis. Boleh bayangkan? Jadi macam manalah nak lawan kalau bet anda jenis kayu lembik dan anda juga tak mampu layan bola chop yang berat.
Melawan getah pimple dengan strategi biasa menarik bet untuk spin sekuat mungkin dan halakan bola ke tempat sukar adalah mudah dengan lawan getah licin. Tapi bila melawan pimple kaedah yang biasa ini membuatkan anda kepenatan. Jika tahap permainan anda adalah sederhana, dengan kekuatan spin yang sederhana dan ketepatan yang belum konsisten, dengan mudah sahaja pemain pimple akan menewaskan anda tanpa memerlukan dia berpeluh. Jika tak kena gaya, anda akan kelihatan seperti orang pening.
Cara melawan pemain pimple ialah dengan berfikir "di luar kotak". Anda tidak boleh berfikir cara biasa sebagaimana bila berlawan dengan getah licin. Anda harus faham bola yang datang kepada anda bila di pancung dengan getah pimple akan datang dengan gegaran yang luarbiasa dan juga pusingan amat laju. Adalah silap jika anda hanya menunggu sahaja bola itu bertindak ke atas bet anda yang licin. Apa yang anda perlu buat ialah pastikan bet anda yang bertindak ke atas bola itu, bukan bola itu datang ke bet dalam keadaan bet menunggu bola.
Sedikit kesabaran perlu bila berlawan dengan pimple. Ini kerana pemain pimple biasanya tidak selalu menyerang, dia cuma menang kerana dia menunggu pihak lawan buat silap. Pemain pimple yang baik biasanya tenang dan sabar sahaja. Dia akan melayan semua bola walau apa keadaan spin sekalipun dengan rileks sahaja. Pemain yang suka spin akan terus saja spin dalam keadaan geram dan marah. Akibatnya banyak kesilapan yang akan terjadi. Bila sudah jauh tertinggal dari segi mata, keyakinan diri akan mula goyah. Dalam keadaan ini senang sahaja pemain pimple menghancurkan semangat melawan yang masih berbaki.
Pemain antarabangsa yang hebat seperti Cina bila berlawan dengan pimple pun agak goyah. Tapi mereka atasi dengan spin konsisten berselang-seli dengan placing dan "chopping" yang menyebabkan pemain pimple terpaksa berlari-lari dari belakang ke bahagian depan meja.
Mereka mampu melayan pimple kerana pukulan spin mereka cukup ampuh lagi mantap. Mereka mengawal tempo permainan dan tidak memberi ruang pemain pimple duduk rileks. Bila serangan bertali arus menjadi, pemain pimple ini pula yang geram kerana mereka seperti orang "pengutip bola". Akibatnya mereka yang sepatutnya "defend" mula bertindak "attack" yang menjadikan mereka lari dari konsep pimple. Bila emosi dah tinggi, banyaklah kesilapan berlaku.
Tahap kawalan perlu mantap untuk melawan pemain pimple. Anda perlukan stamina yang tinggi. Pengalaman bermain dengan pimple akan membuat anda faham bahawa bola getah pimple tidak boleh di layan cara biasa, iaitu tarik bet untuk spin. Boleh main spin tapi jangan attack berturut-turut kerana anda perlu spin dan spin semakin kuat dan akibatnya bola sangkut di net.
Spin attack dan pastikan bola terus mati, untuk sekali atau dua kali attack sahaja. Kalau sudah lebih dari itu, dengan ralli yang terlalu lama maksudnya anda tak mampu "kill off the game" dan anda tak mampu attack dengan ampuh. Cubalah selang-selikan attack dengan "chop". Kalau nak terus chop dan chop saja pun tak ada masalah. Dalam tournament main cantik tak siapa pandang. Yang penting menang.
Bila training, main saja dengan pemain pimple dan jangan takut kalah. Pemain pimple ni sebenarnya dia yang takut kalah, sebab itu dia guna pimple. Dia mahu menang dengan apa cara sekalipun.
Lagi satu anda mesti biasakan diri melayan bola chop. Bila anda dah biasa melayan bola chop maka anda akan biasa juga melayan getah pimple. Ini kerana bola chop juga seakan pimple yang datang dengan pusingan laju dan sukar untuk di spin. Anda perlukan skil chop yang lebih lagi untuk mengatasi pemain pimple berkenaan. Cari training partner yang boleh melatih anda menigkatkan kualiti anda melayan bola chop.
Kalau anda rajin berlatih Insya Allah anda akan faham sangat kerenah getah pimple ini. Ia memang nampak sangat mengancam pada mulanya tapi bila anda sudah faham anda akan tahu cara melayan getah pimple dengan baik. Lagipun bola getah pimple ini tidaklah selaju getah licin dari segi speed, cuma ia datang dengan isi yang berat dan ada sifat "wobble" iaitu bola bergetar secara rawak. Kalau anda juga ada isi di dada, Insya Allah anda boleh saja kalahkan pemain pimple tanpa banyak sangat masalah.
Kalau dah tak boleh juga, maka nampaknya terpaksalah anda juga guna getah pimple. Cuba pakai sebelah dulu seperti backhand. Tujuannya ialah supaya anda sendiri faham akan feel dan kerenah getah pimple yang sebenarnya. Ini membolehkan anda alami atau rasai sendiri kelemahan getah pimple itu secara langsung dan kuranglah rasa gerun yang keterlaluan pada getah pimple.
Kalau tak biasa memang sakit hati bila berlawan dengan pimple. Untuk maju dalam ping-pong, anda kena tahu layan pimple. Itulah cara nak naik. Kalau anda mabuk pimple maknanya anda belum faham sepenuhnya konsep getah ping-pong. Bukan setakat mabuk, tapi tengok sendirilah gambar getah pimple yang saya letakkan gambar berdarah tu, apa maksudnya anda fikirlah sendiri.
Selamat berlatih.
Rabu, Disember 16, 2015
Kenangan skuad emas 2015
Acara ping-pong adalah salah satu acara yang dipertandingkan dalam karnival sukan tahunan GMI. Inilah
pemain-pemain yang mewakili pasukan staff dalam karnival sukan GMI pada 12 November 2015.
Setelah berhempas-pulas dan sedikit rasa gabra, akhirnya kami berjaya menang pingat emas.
Tahniah kepada semua pemain dan manager.
Skuad paling handal di GMI. Ok la tu, lawan student jer pun...ki ki ki.
RM 29.47
Income setakat hari ini dari Nuffnang adalah RM 29.47
Memandangkan ada banyak lagi hari sebelum menjelang 2016, Insya Allah target untuk RM 30 sebelum tahun baru akan tercapai.
Jadi untuk tahun depan boleh la merancang untuk target baru. Menulis blog untuk menjana pendapatan bukanlah sesuatu yang mudah, terutama kalau anda bukan personaliti popular atau ahli politik berpengaruh. Apapun kalau anda berusaha dengan gigih, Insya Allah akan ada hasilnya nanti.
Kalau dapat buat RM 30 sebulan pun dah kira hebat. Jadi itulah target saya untuk Januari 2016. RM 30 sahaja. Ikutilah blog ini untuk mengetahui adakah saya akan dapat mencapai sasaran berkenaan. Terima Kasih atas sokongan anda yang sudi membaca blog ini!
Selasa, Disember 15, 2015
Dari Rm 8 ke 8 sen dalam sekelip mata
Pagi tadi sambil lepak nak sarapan aku cek baki prepaid Maxis aku. Ada RM 8 lebih. Fuh banyak gak tu untuk rakyat biasa macam aku.
Sampai kat tempat kerja aku buka e-mel dekat komputer takut-takut ada informasi atau arahan terbaru dari boss.
Suasana di GMI pagi ni sunyi sepi bagai dilanda garuda sebab students tengah final exam di "main hall."
Aku buka whatsapp, sembang sikit-sikit dengan geng IKM.
Tengok telegram pulak ada satu group ni hantar video yang banyak.
Tanpa berfikir panjang aku tekan "download", baru teringat rupanya plan data Maxis dah habis (atau hampir habis, aku tak pasti). Cepat-cepat aku cancel download. Tiba-tiba dapat warning dari Maxis. Aku fikir fuh nasib baik aku dah cancel download.
Tak kisah lah, bukan video apa pun, kat GMI ni pun ada wifi, aku boleh tengok bila free nanti.
Sekali bila aku cek balance dah tinggal 8 sen. Pergghhhhh.....
Bagus kau Maxis. Terbaik lah. Terima kasih Maxis!
Kadar Tol Lebuhraya di Malaysia
Terdapat berbagai lingkaran lebuhraya di Malaysia di bawah seliaan Lembaga Lebuhraya Malalysia, LLM.
Dari utara ke selatan, dari timur ke barat, begitu juga dalam kawasan bandar Kuala Lumpur, menuju ke Klang, Shah. Alam dan sebagainya penuh dengan lebuhraya. Semua lebuhraya ini mengenakan kadar tol tersendiri dengan kadar harga yang berbeda.
Kalau anda merancang untuk berjalan jauh di kawasan semenanjung Malaysia tidak kiralah samaada untuk bercuti makan angin atau balik ke kampung halaman, menyeduiakan duit tol adalah satu perkara yang tidak boleh diabaikan.
Jadi adalah penting bagi pengguna lebuhraya untuk mengetahui kadar tol lebuhraya Malaysia. Pastikan kad touch n go masih berbaki agar perjalanan anda lancar.
Untuk menyemak kadar bayaran tol, bolehlah anda ke laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Saya juga lampirkan link terus ke kadar tol lebuhraya Malaysia yang di ambil dari Lembaga Lebuhraya Malaysia. Sila klik link yang di bawah ini. Sekian, selamat membayar tol demi negara yang tercinta.
Isnin, Disember 14, 2015
Rindu tak terbendung (edisi gambar)
Adik aku Yati dan suaminya.
Irfan dan makcik-makciknya
Senyum..
Abah tenang saja...
Ma dan abah mendoakan anak dan menantu
Pengantin lama pun nak tumpang semangkuk
Ahad, Disember 13, 2015
The depth of Chinese strength in table tennis
It's the end of the year guys, and table tennis world tour will achieve it's climax in Lisbon, Portugal, where the penultimate International Table Tennis Federation World Tour Grand final is currently in progress.
At the time of writing, we are about to see the semi final stage where all available 4 slots were already filled up by Chinese peddlers for men category.
At 1345 Lisbon time, Ma Long will face Zhang Jike while
at 1515 Lisbon time, Fan Zhendong will face Xu Xin.
For women category, from the 4 available slots, 3 are Chinese peddlers with one go to Korean peddler.
That is the depth and magnitude of Chinese strength of Chines table tennis.
I mean, if their coaches ever decide to go back to main land China to attend to something else, they are already guaranteed of a certain Silver medal for woman (worst case scenario) while for men events their coaches are already guaranteed of gold, silver and bronze medals all safe in Chinese team camp.
What will be decided in man events is just a matter of who will get what medals. That is the depth of Chinese table tennis squad.
About 45 minutes from now, Zhang Jike, the current gold Olympic holder of table tennis will face Ma Long, the captain.
My prediction for final is Ma Long vs Xu Xin. This is just prediction. For actual result, please follow it yourself at ittf tv. There will be an online streaming. Just Google ittf tv and make sure you have adobe flash-player already installed on your pc.
My pick for winner is Xu Xin. Again, this is only a prediction. I shall update the actual result later on.
Azman Ching kembali popular?
Dato Azman Ching, itulah gelaran orang ramai kepada seorang lelaki cina bernama Dato Ching Eu Boon.
Bagaimana beliau mendapat gelaran Azman adalah kerana beliau rapat dengan orang melayu di kawasan beliau iaitu Pandamaran.
Di Klang beliau tersohor sebagai peniaga MLM yang berjaya dengan syarikat CNI. Terdapat gedung CNI yang besar di Jalan Nenas, Klang, tempat beliau berniaga.
Beliau petah berbicara dan memikat hati orang yang mendengar.
Beliau pernah mencuba nasib dalam arena politik dengan menjadi calon MCA bagi kerusi ADUN Pandamaran. Bagaimanapun, populariti dalam bidang perniagaan belum cukup untuk menjulang beliau sebagai ahli politik apabila beliau kalah kepada calon DAP dalam PRU 13.
Rindu tak terbendung
Hari sabtu (semalam) telah selamat berlangsung majlis kenduri sebelah pihak lelaki merangkap adik iparku yang telah berkahwin dengan adikku Yati.
Majlis ini telah membawa aku ke sebuah daerah di Pahang yang terkenal dengan ikan patin iaitu Temerloh, bandar ikan patin.
Ma, abah dan adik-adik juga datang berkumpul di Temerloh. Dua biji rumah home stay sederhana memuatkan kami sekeluarga yang besar. Hanya adikku Kamal yang tak berkesempatan datang, yang lain termasuk Su (makcik) dan dua anaknya pun ada.
Kadar sewa homestay di Temerloh boleh tahan juga. Rumah abah duduk RM 170 semalaman. Rumah Iza (adik) pula RM 180 semalaman. Homestay ini berada dalam kawasan perumahan sekitar hospital Temerloh. Suasana tenang dan sunyi saja. Kalau nak rileks tenangkan minda bolehlah cuba homestay kawasan Temerloh ini.
Seekor kerbau dan ikan patin masak lemak adalah menu istimewa majlis kenduri ini.
Aku hanya dapat makan dengan kadar yang sederhana disebabkan aku masih dilanda selsema tahap gaban.
Sempat juga Azrul (cousin) membawa adik-adik dan Su (makcik) berjalan di Mentakab yang berdekatan dengan Temerloh.
Azrul yang pernah tinggal di Temerloh semasa Cik Na (adik) bertugas di Hospital Temerloh nampaknya dah biasa dengan jalan di Temerloh.
Irfan (anak) lah yang paling seronok berjumpa sepupu sepapatnya.
Akhirnya bila majlis dah selesai kami semua pun pulang membawa haluan masing-masing.
Ma dan Abah pulang ke Kelantan membawa bersama Irfan. Rindu Irfan pada kampung halaman, datuk dan neneknya ternyata sudah tidak terbendung lagi.
Aku dan Azizi (adik) pulang ke Lembah Klang untuk menyambung apa yang perlu dilaksanakan.
Lewat petang sabtu (dah malam pun) aku sampai dan merancang nak berehat sehari hari Ahad. Alih-alih Selangor menang piala Malaysia dan natijahnya diisyhtiharkan hari Isnin Selangor cuti.
Jadi nak berjalan ke mana hari ni?
Walaupun esok cuti nampaknya tempat kerja aku sudah membuat jadual mereka yang mana final exam bakal berlangsung. Jadi esok GMI tak ada cuti, maaf ya, cuti ditangguhkan. Inilah nasib orang makan gaji.
Apapun, sekalung tahniah buat skuad bolasepak Selangor, juara piala Malaysia edisi 2015.
Khamis, Disember 10, 2015
Sukan IPT 2016
Sukan peringkat Institut Pengajian Tinggi 2016 atau Sukipt 2016 bakal bermula pada 25 Januari 2016 dan berakhir pada 5 Februari 2016. Sukan dwi tahunan ini bakal di adakan di UTM Skudai, Johor. Sukipt 2016 di UTM Skudai kali ini adalah buat kali yang ke 3.
Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama majlis-majlis sukan IPT adalah pihak yang mengambil inisiatif untuk mengajurkan sukan ini bagi mencungkil bakat sukan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di peringkat IPT di Malaysia.
Apa yang menarik tentang sukipt ini ialah hampir semua IPT yang ada di Malaysia sama ada IPT awam atau IPT swasta telah dijemput menyertai sukan ini. Khabarnya ada juga IPT luar Malaysia turut dijemput.
Yang paling menarik sehingga aku pun cover topik ini ialah German Malaysia Institute, GMI tempat aku bekerja juga telah dijemput menyertai sukan ini.
Sebanyak 25 acara sukan bakal dipertandingkan kali ini, antaranya rugbi 7 sebelah dan juga ping-pong.
Harapan GMI dalam acara ping-pong tampak tipis kerana kolej lain yang menghantar wakil pemain cina sudah pastinya bakal mengungguli acara ini.
Pesta Sukan dalaman GMI baru-baru ini juga menyaksikan pasukan ping-pong staff GMI membelasah teruk pasukan-pasukan student yang kebanyakannya kurang latihan dan pendedahan dalam sukan ping-pong.
Apapun kepada pasukan athlet sukan GMI amnya dan pasukan ping-pong khususnya, aku ucapkan selamat berjuang demi mengharumkan nama GMI dalam arena sukan.
Untuk jadual acara, ini yang aku capture di skrin komputer aku.
RM 28.25
Syukurlah matlamat aku untuk 2015 boleh dikatakan hampir tercapai.
Apa pula matlamat untuk 2016?
Bolehkah aku buat matlamat untuk capai RM 35 pada 1 Januari 2016.
Aku hanya mampu mencuba.
Sesekali berangan
Masa pergi kerja tadi nampak Nissan Navara bergerak dengan mantap sekali membuat aku terasa seperti berangan nak pakai 4 wheels drive.
Kalau tak dapat Navara dapat Hilux pun ok.
Senarai kereta yang aku berkenan.
1. Toyota Hilux
2. Nissan Navara
3. Volksvogen MPV, tak ingat nama dia.
Lambat lagi kot baru boleh pakai. So setakat ni boleh berangan je lah. Sekian.
Jumaat, Disember 04, 2015
Secret of Chinese power in table tennis
Table tennis is a sport where the dominance is without doubt held by Chinese, whether it is in the form of China National Table Tennis Team or Chinese people representing other country.
So what is the secret of Chinese dominance in the table tennis sport? Why European nation like Germany could only be a formidable challenger without ever actually beating the Chinese National team? Why China is so strong in table tennis? What is the secret behind all these things?
What is actually the formula of China success in table tennis? Why other powerful nation cannot beat the China National team?
From my humble opinion and observation, the Chinese success factors in table tennis are speed, determination, hard work, focus and believe.
Table tennis is not an easy game. It might look fun and simple in an evening outing but in a real tournament table tennis is full of tension and deception. You might end up looking like an idiot if you face a formidable player who shows no mercy.
Speed
National players for Chinese team retire around early 30s, a relatively young age. This is simply because at that age they might loose some speed although their skill is intact. It is hard to find a Chinese player who plays defensively. They are mostly attack-minded and they will attack upon receiving the first ball without even thinking about the suitability to attack. Bruce Lee is a good example of speed that could beat bigger opponents. China adapt it into table tennis because table tennis is about speed and precision.
Determination
The China national table tennis team is treated like golden son by Chinese government. Fans look upon them like some sort of god. So all players dream to be in the team and all selected are determined to defend their position. They do not tolerate mistake and they do not see some fun outing as fun, all they want is to play perfect table tennis. In Olympic London 2012 final, Ma Long slapped his own face for making a silly mistake although he was leading the game at that time.
Hard work
It is not fair to say that other nation such as German does not work hard to train their table tennis athletes. Somehow, China give it all their heart by not simply work hard but they rather die trying than giving a half-heart attempt. Just look at how dangerous Qi Gong training, Kung Fu or even acrobatic arts, but they are willing to endure all the pain to achieve success. They applied the same principle in table tennis. They started at the very young age and never look back.
Focus
The players who represented China in table tennis do not marry until some time later on. They do not have much fun other than training like a soldier. Nobody complaints nevertheless. They respect their coach like an emperor. They set a certain target for each player and achieving it is a must without any excuse. They train hard in physical and also mental department. They are human after all, but a hardened athletes nevertheless. Look at Ma Lin who cried after winning gold medal in 2008 Olympic final beating his compatriot Wang Hao. No words here could explain it. Look at it yourself.
Believe
For Chinese, dragon is a major influence. This mystic figure is very much associated with Chinese culture. In a competition, especially against foreign player, Chinese player do not look like a normal human being. They mostly look like a human being possessed by a fierce dragon. If you don't have a self believe, you simply cannot play competitive table tennis.
It will be hard for other nation to catch up with Chinese but if they are willing to learn and copy the formula from their Chinese counterpart, table tennis can be a competitive sport again. Until that time arrive, we must simply stay put to think that when it come to table tennis, God simply choose China as His preferred team!
Ahad, November 29, 2015
Senarai Plaza Tol Lebuhraya yang tidak menerima duit tunai
Bermula 13 Januari 2016 10 plaza tol berikut TIDAK lagi menerima bayaran tunai untuk tol.
- Plaza Tol Salak Selatan - Maju Expressway MEX
- Plaza Tol Putrajaya - Maju Expressway MEX
- Plaza Tol Seri Kembangan - Maju Expressway MEX
- Plaza Tol PJS2 - New Pantai Expressway NPE
- Plaza Tol PJS5 - New Pantai Expressway NPE
- Plaza Tol Pantai Dalam - New Pantai Expressway NPE
- Plaza Tol Batu 9 - Grand Saga
- Plaza Tol Batu 11 - Grand Saga
- Plaza Tol Seri Muda - LKSA
- Plaza Tol Alam Impian - LKSA
Untuk pengesahan sila hubungu Lembaga Lebuhraya Malaysia di talian 1800-88-7752
Jumaat, November 27, 2015
Pendirian saya tentang MLM
MLM atau multi level marketing ialah satu benda bagus. MLM boleh buat duit. Hasil MLM boleh pakai BMW. Aku tak nafikan itu semua.
Kalau anda mahu buat MLM silakan. Anda mahu meeting dari malam sampai pagi itu hak anda.
Saya sokong anda. Saya gembira anda berjaya.
Anda memang hebat. Anda insan luar biasa.
Teruskan hidup dalam dunia anda yang serba hebat itu.
Saya tak kacau anda.
Jadi kenapa anda nak kacau saya? Itu saya tak faham.
Saya tak mau join mlm. Sila cari orang lain.
Terima kasih.
Khamis, November 26, 2015
Gaji hari ini
Gaji keluar hari ini. Sudah bulan 11, begitulah cepatnya masa berlalu.
Bermakna sudah sekitar 7 bulan aku kerja di GMI dan masih belum confirm. Bilakah agaknya aku akan mendapat berita gembira?
Ah lupakan semua itu, yang penting hari sabtu ni aku mesti cuba yang terbaik. So berilah peluang aku berehat. Ini pun aku balik lewat sebab jaga budak test.
Aku harap aku akan dapat pergi ke peringkat yang membanggakan pada hari sabtu ini.
Selasa, November 24, 2015
Kejohanan ping-pong Putrajaya 2015
Penduduk Putrajaya atau mereka yang bekerja di kawasan Putrajaya sila ambil perhatian sekiranya anda atau keluarga anda adalah peminat sukan ping-pong.
Satu kejohanan ping-pong tertutup akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan atau juga dipanggil masjid besi akan dianjurkan untuk edisi 2015 pada hari sabtu dan ahad ini bermula 28 November 2015 hingga 29 November 2015. Sabtu untuk lelaki manakala wanita hari Ahad.
Hanya mereka yang menetap atau bekerja di Putrajaya sahaja boleh menyertai kejohanan ini. Setiap peserta perlu mengemukakan bukti bertulis bersama borang penyertaan. Yuran penyertaan cuma RM5 untuk perseorangan dan RM10 untuk beregu.
Jadi datanglah membawa keluarga untuk bersama-sama menyaksikan aksi peserta yang tidak kurang hebatnya. Ada yang tahap "naga" ping-pong dan ada juga yang tahap biasa-biasa. Itu tak jadi masalah, yang penting, mereka semua minat sukan ping-pong.
Pemain kelab ping-pong dari Presinct 8 dan 9 Putrajaya biasanya akan mendominasi kejohanan ini. Mereka ini walaupun bukan pemain professional, tapi mereka sudah biasa menjelajah ke seluruh pelusuk negeri untuk bermain ping-pong. Di mana saja ada kejohanan ping-pong, maka muka-muka mereka dari kelab ini lah yang anda akan jumpa.
Jom asah semula bet ping-pong anda yang dah berkarat tu mana tahu ada peluang untuk mendapat title juara ping-pong peringkat masjid, jadilah kan.
Jumpa anda pada hujung minggu ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang terletak di Precinct 2 Putrajaya.
Silalah war-warkan warkah ini agar kejohanan ini akan mendapat sokongan dan sambutan yang hangat dari peminat sukan seluruh kawasan Putrajaya. Datanglah ke Masjid Besi untuk beribadat sambil beriadah menghilangkan stress kerja dan sebagainya.
Untuk keterangan yang lebih lanjut silalah ke website masjid Tuanku Mizan atau sekiranya masih tak puas hati bolehlah pergi sendiri ke pejabat urusan Masjid Tuanku Mizan yang terletak di dalam kawasan masjid itu sendiri.
Sekian, majulah sukan untuk negara.
Isnin, November 23, 2015
Kenapa harga barang dan rumah naik
Harga barang terus saja naik dan naik saban tahun. Harga rumah sekarang, terutama yang di bandar berada pada tahap tiada manusia (biasa) mampu membelinya lagi. Contoh mudah di kawasan saya Kajang harga rumah yang paling basic pun sudah menjangkau 400 ke 500 ribu RM. Projek Kajang 2 pula jutaan ringgit harga sebuah rumah. Kalau kerja biasa makan gaji memang tak ada harapan langsung la nak beli.
Sampai bilakah harga rumah akan terus naik? Adakah bila semuanya naik menjadi 5 juta Ringgit Malaysia maka yang mampu beli rumah di Malaysia cuma orang elit dari Eropah? Apa akan jadi pada masa itu? Mungkin kita belum sedar yang ekonomi sekarang memang gawat dan secara perkiraan matematik biasa ekonomi bakal musnah akibat sistem buatan manusia itu sendiri.
Kalau dulu harga rumah yang basic sekitar 70 ribu RM sahaja. Kini semua terpaksa bekerja berganda-ganda usahanya untuk membeli rumah yang sama kini dah naik harganya kepada 200 ribu RM. Orang tetap beli kerana mereka kata tak apa, nanti harga akan naik lagi, 200 ribu ni kira murahlah. Jadi kita pembeli cuma diam sahaja. Walau kita sudah dirompak tapi kita tetap berada dalam sistem yang bakal hancur ini.
Akibatnya anak cucu kita nanti memang sah-sah la tak akan beli rumah kalau gaji bawah 10 ribu. Mana mereka nak duduk? Pernahkah anda terfikir akan hal ini?
Siapa yang bersalah? Kerajaan agaknya?
Kerajaan juga adalah pelanggan dan mereka juga tidak suka membeli benda yang mahal walaupun mereka (kononnya) ada banyak duit.
Pihak yang bersalah ialah mereka yang membeli rumah. Mereka bersalah kerana tidak melawan. Mereka beli walau apa sekalipun harga yang penjual letakkan. Letaklah berapa pun, mereka tetap beli. Mereka tak kisah ambil pinjaman riba sebanyak manapun dari bank. Yang penting ialah dapat beli rumah, tak kira berapa gila sekalipun harga rumah itu.
Itulah punca harga rumah naik.
Bila duit berlegar berebut sumber yang sama, harga barang akan naik secara automatik. Mana duit yang berlegar itu datang? Ia datang dari duit bunga riba si pembeli rumah.
Ahad, November 22, 2015
Chrome vs Opera
I used to browse using Firefox, which was really cool, but the arrival of chrome changed everything.
Only occasionally I would look back to see what happened to Firefox.
I have always use Google Chrome after that. All these while I'm facing no problem whatsoever with chrome. They are really smooth and browsing with chrome is like riding the best browser on planet earth!
However I faced a small but significant problem yesterday. I cannot upload my cute photos into Facebook. I still can browse Facebook without any problem minus only that I cannot upload my pictures.
I tried to check the setting which was normal, nothing unusual. I even tried to check whether my adobe flash player somehow got any bug. I browse for answer on internet with no success. My laptop got no issue as far as I am concerned. A more remote possibility is that my Facebook was hacked which was really a nonsense because I am a nobody.
So lastly I tried to use Opera browser. That's all I need to do! First try and my pictures uploaded without any glitch. So Chrome got something they need to look into.
My Facebook notification icon also got some issues with chrome but with opera things with facebook is smooth.
I still trust chrome wholeheartedly but this problem got me thinking.
Google Chrome is after all, was not so perfect.
Isnin, November 02, 2015
Asma
Aku masih dilanda asma saban malam. Aku terpaksa pakai inhaler. Malam 2 pam. Pagi 1 pam.
Begitulah tahap asma aku yang tidak reda. Keadaan jerebu agak reda sebab malam-malam hujan.
Tapi masih ada lagi manusia bodoh yang membuat pembakaran terbuka.
Hari ni training bermula dengan orang Jerman. Aku makan kena jaga. Apatah lagi musim training ni makan semua orang sediakan, kali ni siap bawak naik tingkat 10 lagi.
Stevia ialah ubat yang bagus untuk asma.
Esok harap semuanya berjalan lancar. Aku mahu bangun awal dan singgah rumah Iza adikku.
Sabtu, Oktober 31, 2015
Pendapatan ciput seorang blogger
Inilah hasil seciput menulis blog yang tak seberapa ni. RM24.33 selepas lebih kurang 10 bulan struggle menulis.
Itu pun belum boleh cash out sebab minimum RM50 baru boleh cash out. Dah separuh jalan ni.
Kalau dapat boleh la aku buat bayar tol atau topup duit minyak.
Kesimpulan, kena menulis novel atau jual minyak kelapa dara.
Kalau nak harap pendapatan dari blog ni berjanggut la, nak beli sebijik mouse pun belum tentu lepas.
Untuk jadi seorang blogger ternama mesti berani menulis bahan yang kontroversi. Aku belum lagi sampai tahap tu.
Sekarang dah penghujung bulan 10. Aku harap semuanya akan berjalan lancar.
Selasa, Oktober 27, 2015
Idola terbaru saya
Ini kisah idola terbaru saya.
Saya mengenali beliau di majlis Maal Hijrah peringkat MARA yang di adakan di IKM Beranang yang kini dikenali sebagai MARA-Japan Industrial Institute.
Beliau ialah Dato Sri Zakaria Jaafar yang baru saja bersara dari jabatan kerajaan dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Pesuruhjaya SPRM selepas lebih 30 tahun berkhidmat. Satu jawatan yang cukup tinggi dan penting dalam negara.
Berasal dari Kelantan dan memiliki 11 orang anak!
Kenapa saya kagum dengan beliau?
Kerana beliau seorang yang tinggi ilmu, luas pengalaman dan juga banyak bercakap dan berpesan soal akhirat. Suatu kualiti yang agak jarang ada pada pegawai berpangkat tinggi kerajaan.
Satu lagi kualiti beliau ialah semasa bersara beliau tidak ada hutang dengan bank. Bagaimana begitu?
Menurut beliau hidup ini cuma pinjaman dan akhirat lebih utama. Beliau tidak berhajat pada rumah besar yang gah. Beliau menyewa sampai pencen!
Menurut beliau buat apa beli rumah besar yang banyak bilik, sampai tak tahu nak duduk bilik mana, akhirnya pilih bilik yang paling dekat dengan tandas sebab dah tua dan tak larat! Pesan beliau cuba beli tanah dan buat rumah ikut kemampuan.
Dalam tulisan sebelum ini saya ada menulis yang orang semacam ini agak jarang ada.
Bayangkanlah kalau berhutang 30 tahun, dan beban hidup lain, bila ada peluang duit kotor pasti ramai yang gelap mata.
Kisah menakjubkan yang beliau kongsi semasa beliau masih muda dan berada di "front of line" ialah kisah menangkap seorang berjawatan CEO yang mana bukti sudah cukup dan hanya menunggu untuk ditangkap sahaja.
Ini mungkin rahsia SPRM tapi sebab beliau dah cerita mungkin saya boleh kongsi. Modus operandi menangkap SPRM ialah dengan prinsip "first light enter".
"First light enter" ialah mereka menangkap pelaku rasuah di pagi hening sebaik saja lampu pertama di buka pada waktu pagi. Dalam keadaan ini pelaku atau pesalah masih "blur" dan mereka kebiasaannya tidak akan melawan.
Dalam kes ini, CEO yang bergaji 5 angka ini mereka tunggu untuk masuk awal pagi, tapi peliknya lampu pertama yang di buka bukan lampu bilik tidur tapi lampu ruang tamu. Menggunakan prinsip "first light enter" mereka serbu masuk juga.
Di sinilah terjawab kenapa lampu ruang tamu yang di buka dan bukan lampu bilik tidur.
Di kaki CEO itu seorang anak kecil sedang menangis meminta susu dan ada anak-anak lain (4 orang kalau tak silap) sedang terbaring. Ibu mertua CEO itu juga ada disitu. Rupanya isteri beliau baru seminggu meninggal akibat barah payudara. CEO itu merayu agar jangan menangkap beliau di depan anak dan ibu mertuanya.
Apa anda akan buat kalau anda yang menjadi pegawai yang berada di situ? Sadis bukan, tapi salah tetap salah.
Ikuti pengalaman beliau dalam sebuah memoir bertajuk "Man Ana" yang bakal keluar nanti.
Isnin, Oktober 26, 2015
Hari gaji
Hari ni ialah hari gaji untuk bulan 10. Rasa seronoknya cuma sekejap. Bila dah bayar segala yang perlu, rasa panik pun datang. Panik sebab gaji dah tinggal sikit.
Dah 6 bulan aku bekerja di GMI. Aku masih belum dapat surat confirmation pun.
OT kat sini tak sekencang kerja kilang. Aku terpaksa berjimat-cermat. Kalau nak ikutkan duit gaji ni tak cukup untuk hidup secara sederhana pun. Kena hidup di bawah tahap sederhana. Tahap apa tu?
Semalam Irfan dan Firas kurang sihat. Muntah dan cirit-birit. Mujur juga Hospital Kajang buka hari Ahad. Hantar mereka untuk pemeriksaan. Terpaksa tunggu lama sebab ramai pesakit di bahagian pesakit luar.
Sabtu pula aku menjaga mereka sebab ibu mereka ada hal sekolah. Lepas tu makan kat luar, itu agaknya punca keracunan makanan? Entahlah. Tapi tempat yang kami pergi tu nampak bersih dan OK. Harganya pun mahal. Tempatnya juga "standard". Hmm.. entahlah.
Jadi hujung minggu lepas berlalu pantas.
Hari isnin pagi tadi agak kelam kabut sebab first day maka semuanya "blur".
Kalau tak nak blur kena bangun awal. Esok bangun pukul 5 pagi boleh?
Sabtu, Oktober 24, 2015
Jerebu masih, sebuah puisi
Jerebu masih ada tahun ini sangatlah lama.
Aku seperti bermimpi berada di zaman terakhir tamadun manusia.
Banyak sekolah tutup minggu lepas buka cuma sehari terakhir hari jumaat.
Banyak yang sakit.
Kenapa sebegini teruk?
Manusia membakar hutan. Manusia mengumpul duit. Semua mau cepat dan segera seperti Mek Donald. Semua mau cepat kaya. Semua kejar duit. Ya.
Duit cumalah kertas yang ditulis nilai.
Tengoklah duit kertas Malaysia. Bank negara sendiri tak berani cetak tulisan
"wang ini sah diperlakukan dengan nilai ......" ia tidak dicetak dengan ayat nyata. Cuma ayat tergantung dan simbolik.
Wang bukan segalanya, tapi manusia tetap cari wang, kumpul wang, bakar hutan, buat jalan tol melentang.
Bila pokok habis dan bila ikan dah tak ada, bila lembu makan ketulan simen barulah manusia sedar wang cuma kertas, mana mungkin mahu makan kertas? Semua dah lesap habis punah.
Yang tinggal hanyalah duit bertimbun dalam bank. Sangat banyak tak terhetong. Billion agaknya. Tapi sayang, semuanya dah tak ada apa nak beli lagi.
Hutan punah, laut rosak, bukit, sungai semua keroh. Tiada lagi sungai mengalir laju. Semua lesu.
Yang tinggal masih kukuh cuma plastik beg Tesco.
Khamis, Oktober 22, 2015
Meniti usia 37
Alhamdulillah masih diberikan kesempatan usiaku 37 tahun. Banyak tahap telah dilalui namun hidup dan perjalanan masih dalam visi perjuangan.
Kalau pemain bola usia ini dah kira pencen kekal, tak ada lagi yang bermain di peringkat perdana. Tapi aku cuma pekerja biasa yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Ada sekitar 15 ke 18 tahun lagi sebelum boleh fikir pasal pencen.
Aku masih berusaha mengumpul harta dunia yang tak boleh di bawa masuk kubur.
Datuk yang aku panggil cik sudah pergi mengadap ilahi pada awal September lepas. Nenek yang aku panggil mok pula meninggal hampir dua tahun sebelum cik.
Begitulah hidup ini, ada masa suka dan ada masa kita diuji. Akhirnya kita semua pun akan ke destinasi akhir yang sempit dan gelap.
Abah pun dah masuk usia 60 an. Ma pun semakin meningkat usia.
Sampai bila aku akan berada jauh di sini, aku pun tak tahu.
Khamis, Oktober 15, 2015
Cara bebas dari hutang
Ramai orang berangan-angan untuk bebas dari hutang, tapi terpaksa mengalah pada tuntutan hidup. Katanya, hidup ni mahu tak mahu kena berhutang. Tak berhutang tak boleh hidup. Betulkah begitu?
Aku sendiri pernah berhutang. Zaman dulu. Zaman remaja. Macam-macam hutang aku ada. Hutang kad kredit, hutang personal, hutang kereta, hutang belajar, hutang dengan member, dan sebagainya.
Sebenarnya ada cara untuk bebas dari hutang. Caranya taklah susah sangat. Apa yang aku kongsikan ini bukanlah tips seperti baca buku. Tips baca buku bersifat cantik tapi tak praktikal. Tips ini adalah brutal dan real sebab aku sendiri buat apa yang aku tulis ni.
Caranya ialah dengan kembali semula pada asas Islam. Islam mengharamkan riba. Maksudnya haram makan dan haram memberi riba. Jadi jauhilah hutang yang ada riba. Hiduplah secara sederhana dan zuhud. Hidup atas kemampuan sendiri, jangan hidup nak ikut gaya orang.
Sebenarnya aku ada terbaca kisah Mat Salleh ni yang hidup tanpa wang. Lepas tu ada beberapa lagi orang (juga orang putih). Tapi kena buat secara solo. Tak ada family kot. Makan apa yang boleh. Tinggal dalam van buruk. Masyarakat pandang serong kot. Macam orang terbuang. Orang ingat dia ni gila atau sewel.
Kalau tahap hidup tanpa wang ni aku pun kira dah ekstrem sangat. Sampai tahap kena jadi orang zaman gua batu lah. Tapi ada yang boleh dan sanggup buat tu, gila betul.
Jadi aku cuba satu level yang lain. Ia ekstrem juga tapi tak lah seteruk macam diaorang.
Hidup tanpa hutang. Hidup aku masih perlu wang. Aku masih cari wang, masih kumpul wang, cuma aku menjauhkan diri dari berhutang dengan bank. Level ni aku boleh buat. Tapi kena ada support dari isteri, yang juga bekerja makan gaji.
Hidup sederhana. Makan gaji tapi ada bisness sampingan.
Tinggal di kuarters kerajaan. Pakai kereta biasa-biasa harga 10 ribu je.
Anak tak boleh ramai sangat, so plan.
Duit simpan untuk diri dan anak setiap bulan.
Harta tak ada sangat tapi hutang pun tak ada.
Kena juga hadapi soalan seperti "kau tak beli rumah? sampai bila kau nak menyewa?" atau "bila kau nak beli kereta baru?"
Pandai-pandai la macam mana nak jawab.
Bagi aku prinsip aku senang saja. Biarlah apa orang nak kata, katalah. Aku dengan hidup aku yang aku jalani.
Serius, aku sekarang tak ada hutang yang tertunggak dengan bank, waima satu sen.
Amacam, ada berani?
Hari ini dalam sejarah
Kadar bayaran Tol naik lagi hari ini.
Highway SILK yang saban pagi penuh sesak dengan kenderaan dari Semenyih ke Putrajaya, kini berharga RM 1.80 berbanding harga biasa RM 1.00
Aku berada di tengah. Nak pergi Semenyih kena. Nak pergi Putrajaya pun kena.
Menteri yang bijak kata kalau tak mahu bayar jangan pakai highway. Guna jalan biasa atau jalan kampung.
80 sen bagi seorang Menteri apalah sangat.
Tapi untuk aku agak perit juga. Dahla naik masa tengah bulan. Gaji lambat lagi.
Inilah nasib orang makan gaji.
Nota kaki- Saifuddin Abdullah bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hari ini menyertai PKR.
Rabu, September 23, 2015
Salam Aidiladha 1436 Hijriah
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam.
Selamat pulang ke kampung halaman kepada semua yang merantau di kota.
Selamat berhari raya bersama keluarga tercinta.
Kepada yang berkorban, semoga amalan kebaikan anda akan mendapat ganjaran setimpal.
Berhati-hati semasa memandu dan bertimbang rasalah di atas jalan raya.
Ahad, September 13, 2015
Ada berani?
Dato Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Naib Presiden PAS diberitakan telah menasihatkan Dato Kamaruddin yang telah "bercerai" dengan PAS agar pergi ke mahkamah syariah Kelantan untuk menyemak status perkahwinan beliau.
Ini kerana perjanjian sumpah setia bagi sesiapa yang menjadi calon PAS ialah "kalau bercerai dengan PAS maka automatik kamu bercerai dengan isteri kamu".
Berat atau tidak bukan soalnya tapi itulah isi perjanjian maka bila sesiapa yang berani berjanji maka mestilah berani tunaikan.
Soalnya, adakah sumpah @ nazar sebegini sah pada hukum syarak?
Adakah Dato Amar akan merasa puas jika Dato Kamaruddin benar-benar bercerai dengan Datin Yushaslinda yang berkahwin pada 2011?
Ambo tak berani.
Jumaat, September 11, 2015
Politik Tumpat kembali panas
Politik di Tumpat menjadi panas bila ahli parlimen Tumpat, Dato Kamaruddin Jaafar mengumumkan beliau menyertai PKR. Sebelum ini khabar angin menyatakan Dato Kamaruddin akan menyertai parti serpihan PAS yang dipanggil GHB.
Dato Kamaruddin sebelum ini pernah menjadi setiausaha Agong PAS. Pilihan dalaman PAS yang terbaru mengakibatkan PAS pecah kepada 2 kelompok iaitu yang kekal dalam PAS dan yang masuk GHB.
Apakah ini langkah terbaik buat Dato Kamaruddin? Yang pasti, PKR bukanlah parti yang kuat di Kelantan. Bahkah di Tumpat parti UMNO masih gagah seperti terbukti dalam pilihanraya kecil Pengkalan Kubor baru-baru ini, yang merupakan sebuah DUN dalam kawasan Tumpat.
PAS pastinya merasa tidak puas hati kerana parti mereka iaitu PAS telah memberi tempat untuk Dato Kamaruddin bertanding pada tahun 1999 atas tiket PAS walaupun Dato Kamaruddin pada waktu itu baru saja masuk PAS setelah keluar parti UMNO kerana orang kuat dan boss Dato Kamaruddin iaitu Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO secara tiba-tiba.
Tindakan ini bermakna kerusi parlimen PAS di Tumpat kini dipegang oleh PKR.
Permainan politik Tumpat sememangnya sukar ditelah. Namun perkara ini bukanlah terlalu ajaib, ia umpama sejarah kembali berulang. Sejarah PAS yang menggunakan orang ada pengaruh untuk menang kerusi. Sebelum ni PAS dah kena dengan Ibrahim Ali di Pasir Mas.
Nota kaki: Dato Kamaruddin boleh dikira otai dalam politik Tumpat, usia Dato Kamaruddin hampir sebaya dengan abah aku (lahir 1951). Selamat berjuang kepada Dato Kamaruddin.
Khamis, Ogos 20, 2015
Tambah pendapatan dengan berniaga
Cara paling bagus untuk tambah pendapatan ialah dengan berniaga. Semua orang boleh dan mampu untuk berniaga sebenarnya. Kalaupun anda masih bekerja, masih ada jalan untuk berniaga.
Berniaga secara online ialah satu pilihan bijak. Perniagaan secara online lebih mudah diuruskan kerana tidak perlukan kedai secara nyata. Kedai yang sebenar perlu anda datang untuk buka kedai, dan pada penghujung hari anda kena pula tutup kedai. Berniaga secara online anda dah tak perlu buat proses ini.
Berniaga secara online bermakna membuka kedai setiap masa setiap hari 24 jam tanpa henti. Sudahlah begitu, customer pula tidak terhad kepada pelanggan yang duduk berhampiran sekitar anda sahaja. Kalau kena gayanya, anda boleh dapat pelanggan dari hujung dunia sekalipun.
Hari tu saya terbaca ada pemuda cina membuka perniagaan online menjual military tag yang dibuat secara custom. Dia sanggup mengeluarkan modal membeli mesin untk membuat military tag itu sendiri. Itulah ciri seorang usahawan yang ingin berjaya. Dia sanggup keluarkan modal tapi setelah dia membuat kajian secara teliti.
Kalau anda mahu berjaya dalam perniagaan anda mestilah cekal hati, fokus dan sentiasa ligat berfikir mencari jalan untuk berjaya. Kejayaan itu tidak akan datang dengan mudah.
Jumaat, Julai 24, 2015
Rancangan selepas Raya
Nampaknya hari raya Aidilfitri 2015 bersamaan Syawal 1436 Hijrah telahpun berlalu. Hari ini jumaat 24 July 2015 bersamaan 8 Syawal 1436.
Mood dan suasana beraya masih ada lagi pada sesetengah orang. Aku pula sibuk berfikir tentang perancangan selepas hari raya.
Perkara yang sering aku fikir ialah tentang duit. Ya aku berfikir untuk menambah duit. Aku perlu cari duit untuk membeli sesuatu yang berharga. Iaitu rumah.
Semasa balik beraya hari tu ada saudara dekat yang nak jual tanah dan rumah. Harganya dalam 300k. Aku belum mampu buat masa ini untuk sediakan jumlah itu. Aku merasakan harga itu padan dan aku pun sebenarnya berkenan sangat.
Sepuluh tahun lagi adakah harga itu akan berubah semakin naik? Hanya masa mampu menjawabnya.
Jumaat, Julai 10, 2015
23 Ramadhan
Tinggal kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Ramai yang berkira-kira untuk mula balik kampung.
Balik kampung beraya adalah sesuatu yang mejadi tradisi untuk mereka yang merantau jauh mencari rezeki. Pun begitu keadaan ekonomi yang agak getir boleh menimbulkan rasa gundah juga. Yang paling baik ialah dengan bersederhana sahaja. Yang paling mustahak ialah berjumpa mata dengan orang tua dan saudara.
Aku pun tak boleh lama sangat di kampung sebab hari raya ke 6 Syawal dah kena kerja semula sebab ada student baru masuk daftar di GMi. Aku diberi tugas untuk "guide" budak baru masuk ke asrama.
Raya tahun lepas aku agak teruk diserang asma hingga pucat. Dah 2 malam aku bertahan tak pakai inhaler. Aku ambil ubat stevia dan Alhamdulillah nampaknya agak berkesan merawat asma.
Kepada yang bersiap nak balik, aku ucapkan selamat memandu dan berhati-hati di jalanraya. Tak perlu nak "rushing" sangat rasanya sebab kereta pada musim begini akan penuh atas jalan. Kalau semua orang memandu dengan lapang dada dan bersikap "sporting" rasanya tak banyak masalah akan timbul.
Selamat balik kampung.
Khamis, Julai 09, 2015
10 tanda awal kencing manis
Berikut adalah 10 tanda awal penyakit kencing manis. Segera dapatkan rawatan jika anda mengalami tanda-tanda berikut secara ketara.
1. selalu merasa haus dan kerap kencing
2. selalu merasa lapar
3. selalu lemah dan letih
4. berat badan turun dengan ketara
5. selalu merasa kebas
6. pandangan ada kalanya menjadi kabur
7. luka lambat sembuh
8. selalu kena jangkitan kuman seperti ulser mulut, tekak
9. kulit kering dan merekah
10. mood menjadi tidak stabil, mudah marah
Tol lebuhraya utama tidak terima duit tunai
Bermula 9 Septermber 2015 atau 9/9/2015, Tol plaza untuk lebuhraya utama berikut tidak lagi akan menerima duit tunai.
Bermula tengahari 9 September 2015 hanya bayaran secara elektronik akan digunakan.
Plaza tol yang terbabit adalah seperti berikut
Plaza tol Jitra (PLUS)
Plaza tol Bukit Kayu Hitam (PLUS)
Plaza tol Lunas (Butterworth Kulim)
Plaza tol Kubang Semang (Butterworth Kulim)
Plaza tol Jambatan Pulau Pinang
Plaza tol Gombak (KL-Karak)
Plaza tol Bentong (KL-Karak)
Plaza tol Dato Keramat (AKLEH)
Plaza tol Air Panas (DUKE)
Plaza tol Pasar Sentul (DUKE)
Plaza tol Batu (DUKE)
Plaza tol SMART Highway.
Jadi pergi la cepat-cepat cari kad Touch n Go ker, Smart Tag ker atau kad PLUSMiles. So pada tarikh tersebut dan kemudian selepas itu, jangan la pulak bawak duit cash nak bayar tol, mereka tak akan terima duit tunai OK.
Maklumat ini boleh anda sahkan dengan menghubungi sendiri pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia atau Malaysian Highway Authority melalui talian bebas tol mereka di 1-800-88-7752 atau terus ke laman website mereka di LembagaLebuhrayaMalaysia
Pada pendapat saya masih ramai pengguna lebuhraya yang terlibat di atas masih tidak tahu tentang perkara ini. Pihak Lembaga lebuhraya Malaysia masih perlu bekerja keras untuk mewar-warkan hal ini agar keadaan tidak menjadi kecoh bila ia dilaksanakan kelak.
Ahad, Jun 28, 2015
Krisis ekonomi
Adakah anda faham apa yang berlaku dengan Greece di Eropah dan kenapa ia dipanggil krisis?
Greece berada pada tahap lumpuh di mana kerajaan tidak mampu sama sekali membayar hutang walau satu sen. Ini kerana jumlah hutangnya yang terlalu besar. Apa yang boleh Greece buat ialah
1) pinjam lagi (untuk bayar hutang) atau
2) berhenti berhutang tapi default (tak bayar hutang).
Apa yang boleh dibuat oleh along besar (IMF) ialah memaafkan Greece jika Greece pilih jalan no 2.
Tapi ini adalah mustahil. Along tak boleh buat begitu. Kenapa?
Sebab semua negara eropah lain pun berhutang dengan berat. Kalau Greece dibenarkan tak bayar, maka yang lain pun nak (macam tu) juga.
Apa yang along boleh buat ialah berikan lagi pinjaman kepada Greece walaupun lubang Greece dah sangat dalam dan ikut perkiraan matematik tak akan mampu bayar. Masalah tidak selesai dan Greece akan terus tenggelam.
Krisis ini sangat runcing sebab bukan Greece sahaja yang banyak hutang. Semua negara Eropah berhutang. Greece tumbang yang lain pun bakal tumbang kerana ekonomi Eropah bergabung di bawah ECB (european central bank).
Bapa kapitalis USA sendiri pun berhutang. 18 Trillion.
Bahkan semua negara dalam dunia berhutang. Kebanyakan individu Malaysia, tak kira kaya atau miskin semuanya berhutang. Kalau Greece dimaafkan (default) maka sistem kewangan akan kucar-kacir. Jadi beri hutang lagi supaya Greece boleh bayar hutang. Tapi sampai bilakah penipuan ini?
Itulah dia natijah hutang. Itulah natijah riba.
Kerana hutang kawan jadi lawan. Semasa nak berhutang mulutnya manis. Bila tiba masanya nak bayar hutang maka timbullah perkara seperti kucing sakit, gunung berapi, suami meninggal, mak mertua pengsan, ikan saya lemas, tak ada masa sebab kerja syif, dan seribu satu masalah lain yang tak pernah terfikir dek akal.
Jauhilah hutang. Jauhilah riba.
Khamis, Jun 25, 2015
Tambah pendapatan secara part time
Mencari pendapatan tambahan adalah sesuatu yang perlu hari ini dengan keadaan ekonomi yang mencabar dan harga barangan yang melambung tinggi.
Jika anda berhasrat untuk menambah pendapatan secara part time, berniaga adalah salah satu aktiviti terbaik. Berniaga yang saya maksudkan ialah berniaga secara online. Ia lebih mudah dan tidak terlalu memenatkan.
Jika anda seperti saya yang bekerja sepanjang minggu tetapi punya masa lapang sabtu dan ahad, pastinya anda terfikir apa nak buat pada hari sabtu dan ahad ini. Dalam suasana ekonomi yang mencabar hari ini, agak sempit kalau anda bergaji kecil dan tiada sumber lain untuk menyokong anda.
Saya sendiri terfikir untuk kerja secara part time. Tapi bila fikir balik, kerja hujung minggu pastilah penat dan kalau dapat gaji pun pastinya tak berbaloi. Lagipun, hari sabtu dan ahad sajalah masa untuk bersama keluarga setelah semingu penat bekerja. Kalau keluar lagi pergi kerja jugak, alamatnya anda memang buat isteri anda masam muka. Mereka pun nak berjalan dan melepas penat. Jadi baik saya berniaga secara online.
Saya akui, gaji saya sebagai technician hanya sekadar cukup makan sahaja. Untuk bergaya sikit pun tak mampu, serius. Kalau nak harap gaji saja, agak sukar nak membeli barang seperti hand set atau kamera baru. Nak beli kasut atau baju baru pun fikir berpuluh kali.
So nasib baik ada platform untuk berniaga secara online yang genuine. Maksudnya, berniaga jual barang, bukan jual air liur. Dapat jugalah top up pendapatan saya yang tak seberapa ni.
Jika anda nak berniaga macam saya saya boleh beri panduan. Anda hanya perlu mendaftar secara percuma di laman web berikut
www.bioasli.com
Anda masuklah ke laman web itu dan anda nilailah sendiri. Saya sendiri pun dah lama dengan syarikat ini dan dah buat banyak jualan.
Jom kita berusaha tambah pendapatan kerana bila pendapatan kita bertambah pasti banyak benda yang boleh kita buat dan selesaikan.
Selasa, Jun 23, 2015
Ahad, Jun 21, 2015
Puasa day 4
Dah masuk hari ke 4 kita puasa. How fast!
Setakat ni buka puasa kat rumah saja. Buka puasa kat rumah ni jimat sikit. Kuih muih pun tak de sangat, cukup dengan kurma. Bukan la kedekut, tapi menghayati makna puasa, iaitu menahan diri.
Dengar cerita orang Amkor dapat bonus. Amkor yang merupakan tempat kerja lama aku pastinya memberi bonus satu bulan lebih. Sektor kerajaan pun bakal dapat bonus.
Tempat kerja baru aku sekarang pulak nampaknya senyap saja. Takpelah, itu kan ketentuan rezeki masing-masing.
Aku masuk GMI pada bulan 4 sempena pelaksanaan GST. Kos hidup selepas GST kini semakin meningkat. Kacang hazel yang seciput pun dah belas ringgit. Tak jadi aku nak beli.
Pagi tadi aku tukar minyak hitam motor cub kena cas Rm18.
Nampak gayanya lepas ni aku kena beli minyak hitam dan tukar sendiri.
Ubah gaya hidup.
Kalau dah teruk sangat mungkin aku terpaksa naik basikal pergi GMI.
Sabtu, Jun 20, 2015
Ramadan day 3
Dah hari ke 3 puasa. Begitulah pantasnya masa.
Sabtu hujung minggu keluar ke IOI putrajaya.
Dari pemerhatianku, harga barang di sini agak mahal. Barang makanan seperti kacang hazel berada pada tahap tak tergamak nak beli.
Begitu ketara sekali sehingga bila anakku nak ambil kacang chipsmore aku melarang dan suruh ambil saja pek kecil.
Menu hari ini, sotong sumbat. Lepas tu layan durian D24. Makan sikit je pun.
Dengan pembelian tanpa perancangan sedikit barang makanan dan beberapa barang keperluan asas seperti sabun, jumlah pembelian sudah hampir rm140.
Aku termenung. Macam mana kalau orang yang gaji sekitar rm1000 nak survive di bandar? Maksud aku ini baru barang keperluan asas?
Jumaat, Jun 19, 2015
Ramadhan Day 2
Hari jumaat aku balik awal dengan Wan cari makan area Sungai Tangkas.
Menu hari ini nasi lemak dendeng abg Nazri. Nasi lemak campur daging. Rm4 sebungkus. Beli 3 bungkus.
Jala Reko hala ke Kajang jem dengan teruk sekali walaupun belum pukul 6.
Geleng kepala aku.
Khamis, Jun 18, 2015
Puasa day 1
Selamat berpuasa semua untuk tahun 2015 atau mengikut tahun Islam ialah 1436.
Hari ni suasana kat tempat kerja aku senyap sunyi. Student semalam dah habis wrap-up mereka punya Final Year Project. Semalam juga mereka celebrate tamatnya segala struggle mereka. Ada yang celebrate dengan agak bahaya seperti memanjat ke anjung yang agak tinggi sekitar tingkat 4.
Hmm..begitulah orang muda.
Secara rasminya esok adalah hari terakhir student untuk semester tahun ini. Kemudian bermulalah cuti semester sehingga pertengahan Julai dimana student-student baru akan masuk.
Student yang sedang belajar pula memang bertuah sebab cuti semester mereka kena dengan timing puasa. Mereka akan sambung pengajian semula kira-kira seminggu selepas raya. Aku sebagai staff pula tak boleh la nak cuti macam mereka.
Sepanjang bulan puasa dengan ketiadaan student ni bolehla aku buat apa-apa yang patut seperti kemaskan lab dan sebagainya. Untuk hari ni hari pertama puasa aku cuma duduk dekat bilik sahaja.
Staff dapat sekotak kurma so aku dah pergi ambik tadi. Semester depan mungkin ada lagi staff baru yang akan masuk sebab tempat letak punch card tadi sedang ditambah oleh Lan.
Tepat pukul 5.15 aku dah bersiap-siap nak balik. Alhamdulillah tahun ni kerja dah office hour so takdelah macam tahun lepas berbuka atas jalan raya atau kat stesen minyak jer, hu hu.
Singgah kat bazar Ramadhan kawasan Sungai Tangkas. Abang Nazri pun berniaga kat area ni. Aku cuba gak cari gerai dia tapi tak kesampaian sebab gerai dia hujung sangat malas lak nak menapak.
Hari ni beli nasi kandar. Mahal der. Rm8 sebungkus. Kakak yang berniaga tu cakap sebab nasi dan lauk banyak. Tapi memang banyak gila aku tengok. Beli 2 bungkus jadi rm16. So itu jelah juadah aku buka puasa petang ni, InsyaAllah. Tak ade kuih bagai semua. Mujurla ada jugak buah kurma maryami kat rumah.
Oklah puasa rajin-rajin ya semua.
Rabu, Jun 17, 2015
satu soalan
Tak mau cakap pasal 1MDB.
Tak mau cerita pasal MAS.
Tak mau ungkit Perwaja.
Mau cerita pasal syarikat lain yang juga berkait kerajaan seperti.
Syarikat Prasarana Negara.
MIMOS
KTM
Amanah Raya
Jambatan Kedua
Indah Water Konsortium.
Cyberview
Jaring (dah tutup kedai)
Kesemua mereka beroperasi dalam kerugian yang banyak hingga jutaan wang hangus.
Soalan: Adakah boss mereka ada belajar matematik dan tahu kira?
Come on.
Ahad, Jun 14, 2015
Contoh ayat power yang membuat anda cair
Contoh ayat power.
Syarikat x
"Diorg dah bermula...dah isi borang...dah ready nak dapat duit hari-hari dgn sistem kami.!!!
Tahniah ...Minimum rm105-rm1000 SEHARI!!!
Anda bila lagi? Jangan tunggu lagi. Bertindak segera.
012-9108905"
p/s-cara dapat duit tidak diberitahu tapi kena jumpa dikedai mamak untuk dapat penerangan.
Contoh ayat tak power
Syarikat kami menjual minyak kelapa dara. Sertai kami dan mula menjual segera dengan keuntungan bersih rm20 untuk setiap produk yang anda jual. Ini laman website syarikat kami.
Yang manakah anda fikir lebih ramai orang akan minat nak join?
Rasanya mungkin yang pertama sebab pulangan adalah lebih lumayan kan.
Tapi yang mana ada ciri-ciri nak berniaga lama.
Yang mana ada ciri-ciri nak menipu?
Syarikat mana jual barang?
Syarikat mana jual harapan?
Syarikat mana jual barang?
Syarikat mana jual harapan?
Saya sendiri tak ada jawapan tepat tetapi kalau yang pertama tu betul macam tu hmm mungkin syarikat Permodalan besar seperti PNB dengan produk seperti ASB pun terpaksa gulung tikar sebab tak boleh lawan pulangan hasil yang dijanjikan oleh syarikat x.
Jumaat, Jun 12, 2015
Tun yang saya kenali
Tun Mahathir adalah tokoh besar negara kita. Semasa zaman Tun memerintah saya sangat bangga menjadi rakyat Malaysia. Siaran langsung di televisyen persidangan Agong Umno adalah sesuatu yang sangat mengujakan saya.
Tun adalah pemimpin yang tersendiri dan punya keberanian melakukan hal-hal yang perlukan "courage" atau kekuatan dalaman yang tinggi untuk dilaksanakan.
Saya akui, semasa Tun memecat Anwar saya merasa kecewa dan marah dengan Tun.
Tapi bak kata mereka, "time heal all wounds". Perasaan itu boleh dikatakan tiada lagi.
Semasa Tun datang ke tempat kerja saya di GMI baru-baru ini saya adalah antara staff yang teruja nak berjumpa dan bersalam dengan Tun.
Tun sudah bersara dan umurnya pun begitu lanjut. Tiada apa lagi yang hendak dikejar oleh Tun. Tiada apa lagi yang belum dibuktikan oleh Tun. Tun boleh saja hidup selesa "without a care" for anything that should happen.
Tapi hari ini Tun masih berjuang. Tun masih bersuara demi kepentingan negara. Bukan sedikit orang yang membenci Tun. Arena politik adalah gelanggang yang sadis dan kejam. Saya yang tak ada pangkat ni di panggil anjing hanya kerana saya menyokong Tun dengan ikhlas.
Hari ini saya dah tak minat dengan perhimpunan Agong Umno. In fact, saya tak pernah memberi undi pada mana-mana parti.
Akhir-akhir ini bila Tun lantang mengkritik kerajaan banyak media yang cuba mendedahkan kembali kononnya Tun semasa jadi PM dahulu buat macam-macam hal yang tak betul. Adakah mereka cuba buat lawak? Maksudnya Tun dahulu buat begitu dan begini, maka hari ini pun nak buat juga begitu dan begini?
Come on.
Isnin, Jun 08, 2015
1 billion
1 billion ialah satu ribu kali sejuta atau seribu juta.
Artis rap Nicki Minaj bila ditanya bila dia akan dapat mengumpul 1 billion, dia mensasarkan tahun 2025 yakni sepuluh tahun dari sekarang.
Pendapatan Nicki tahun lepas hanyalah 14 juta.
Nicki telah melancarkan 3 album.
Nicki menjual 3 jenama minyak wangi.
Nicki juga berlakon filem Barbershop 3.
Majalah Vogue mengiktiraf Nicki sebagai artis rap wanita terbaik sepanjang zaman (most visible female rappers of all time).
Nicki menyatakan dengan hanya menjual album belum mampu menjadi billionaire. Apa yang perlu untuk menjadi billionaire (seribu juta) ialah dengan bisness, pelaburan, membuka syarikat, majukannya dan menjual syarikat itu kepada pelabur.
Begitulah susahnya Nicki Minaj berusaha untuk mengumpul 1 billion.
Usia Nicki Minaj ialah 32 tahun.
Kita ada ????
Kita ada 1MDB.
Rabu, Mei 27, 2015
Zaman paranoid
Kita hidup di zaman yang pelik. Zaman tahun 2015. Kalau anda menonton Filem "back to the future" tahun 2015 adalah tahun future yang paling jauh kedepan mereka pergi. Tapi kita sekarang sampai ke tahun yang kononnya paling jauh itu hingga terpaksa naik mesin masa untuk sampai. Tapi kita dah sampai juga akhirnya tanpa mesin masa.
2015, apa yang istimewa dengan 2015. Kalau 15 tahun lepas masa nak masuk ke tahun 2000 kecoh dengan Y2K, kononnya sistem komputer akan "collapse" kerana tak boleh baca tahun 00.
15 tahun berlalu jua. Apa yang terjadi? Banyak benda. Banyak hal. Banyak cerita.
Tahun 00 aku mula bekerja dengan Toshiba dan aku berhenti pada tahun 2015.
Tahun 00 harga rumah masih dalam kemampuan tapi tahun 2015 harga rumah (area KL) sudah tak masuk akal. Adakah harga rumah akan naik lagi pada masa depan? Mungkin ya. Naik sehingga sejuta atau berapa? Masa tu mungkin kita dah tak boleh gelak macam kita gelak dekat duit rupiah yang selalunya main juta saja. Setiap kali harga barang naik setiap itulah nilai duit jatuh.
Tahun 00 syarikat penerbangan MAS adalah syarikat GLC besar yang gah. Siapa kerja MAS pastinya bangga bila orang kampung tanya "kau kerja apa?" Tahun 2015 MAS rugi teruk dan terpaksa buang ramai pekerja.
Tahun 00 tak ada GST. Tahun 2015 GST datang dengan seribu keluhan.
Tahun 00 wawasan 2020 begitu gah. Tahun 2015 tinggal 5 tahun sebelum 2020 Malaysia terkial-kial nak bayar hutang. Pengambilan kakitangan kerajaan dibeku. Dana negara terpaksa cover pelbagai syarikat yang rugi. Bila syarikat rugi mereka buang orang bawah. Kenapa? Orang atas bijak sangat kot. Orang bawah pandai-pandai la nak hidup. MAS siap ambil mat salleh lagi jadi boss.
Banyak benda boleh berlaku dalam 15 tahun.
Bagi aku 2015 adalah zaman paranoid. Technician nak beli IC semua direkod, takut buat bom katanya. Kesian senior tech aku, pening kepala fikir bila nama kena submit Interpol untuk rekod. Beli IC untuk student belajar jer pun.
2015.
Itulah dia zaman paranoid.
Masih belum ada mesin masa pada tahun ini.
Jumaat, Mei 15, 2015
Broadband prepaid termurah di Malaysia
Apakah syarikat yang memberikan data yang paling banyak dengan nilai wang anda?
Dibawah ini saya quote dan unquote apa yang saya tulis lebih 2 tahun lepas iaitu pada 21 Februari 2013.
"Untuk pakej RM68 maxis anda diberi data sebanyak 3 Gigabyte.
Untuk pakej RM68 YES anda diberi data sebanyak 5 gigabyte.
Untuk pakej RM68 u-mobile anda dapat data sebanyak 6 Gigabyte.
Untuk isian RM50 Digi anda dapat data 300 mb sehari selama 50 hari.
TM streamyx Wifi - Serendah RM 110 sebulan data tanpa had pada kelajuan 1 Megabit per second
Wifi Kedai mamak- Free"
Fast forward ke hari ini, 15 May 2015, Maxis nampaknya ada membuat sedikit tawaran menarik melalui monster bytes promo
dimana ia mula menjual 1 Gigabyte pada harga RM 5. (untuk sehari)
Jadi harga ini agak menarik kerana jika kita tengok harga prepaid biasa di senarai atas, 3 Gigabyte pun Maxis jual Rm68 iaitu sekitar RM22 lebih untuk 1 gigabyte.
Jadi RM 5 untuk 1 Gigabyte (Maxis) tu kira tersangat murah, secara perbandingan.
RM 5 kalau u mobile baru dapat 500 Megabyte,
(500 Megabyte+500 Megabyte=1 Gigabyte)
so kiranya Maxis lebih memberikan data pada nilai RM5.
Melalui moster bytes promo juga Maxis menjual 2 Gigabytes data pada harga RM7, dimana ini bersamaan dengan RM3.50 untuk 1 Gigabyte data.
Pada pandangan saya 1 Giga dengan RM3.50 adalah broadband paling murah di Malaysia setakat hari ini setakat yang saya tahu.
Tambah pula lagi signal Maxis memang power. So ini bukan nak up Maxis, sekadar berkongsi fakta sahaja ok.
Kalau anda tahu broadband internet yang lebih murah sila berkongsi kerana kita semua pun mahu tahu juga.
Monster bytes dari Maxis ini adalah promosi terhad dari Maxis, jadi baik anda ambil peluang ini selagi promosi ini masih berjalan.
Buat masa ni saya kecewa dengan u mobile. Saya tak tahu apa masalah u mobile. Signal u mobile di kawasan saya (kajang) pun kini dah merosot dan tak laju macam dulu.
Nota: Kadar harga broadband (prepaid) di atas tertakluk pada perubahan mengikut budi bicara setiap syarikat dan bakal berubah dari semasa ke semasa.
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.