Khamis, Disember 24, 2020

Ramalan 2021

Adakah 2021 bakal menjadi tahun keramat bagi komoditi perak?

Perak sebagai bahan mentah digunakan terutamanya dalam pembuatan smartphone dan juga teknologi solar selain kegunaan industri komponen elektronik yang pelbagai dan meluas itu.

Pendek kata perak adalah teramat penting bagi industri. 

Sejak berpuluh tahun kebelakang ini harga perak terlalu murah (berbanding emas) sehingga tahap tidak masuk akal.

Sesiapa yang mahukan pulangan yang lumayan pada tahun 2021 saya sarankan anda mula melabur dalam perak seberapa banyak yang anda mampu. Harga perak sekarang ini masih terlampau murah.

Anda boleh semak harga kami di laman www.publicgold.com.my 

Boleh hubungi saya untuk buka akaun pelaburan samaada emas atau perak. Serendah rm100 sahaja ya. 

Rabu, Disember 23, 2020

Target 2021

20 Januari 2021

Ini adalah target : Pada hari ini 20 Januari 2021 saya telah mendapat "gaji" secara bank in ke dalam akaun CIMB saya buat kali ke dua daripada syarikat Public Gold. Kali pertama ialah semasa saya mendapat kenaikan pangkat ke Priority Dealer baru-baru ini. 

Tahniah kepada anda, Ahmad Sadli Ibrahim. Saya bangga dengan anda. Tingkatkan usaha ya.  

Selasa, Oktober 06, 2020

cuak wei

Serius aku cuak. Semalam kami technician meeting dengan Cik Syed. Aku berada dekat juga dengan dia, sebelah kalau nak kira. Dan Cik Syed juga ada batuk-batuk. Dan tak pakai mask.

So hari ni kena tunggu result dari sample B. 

Isnin, Oktober 05, 2020

tewas

Isnin. Abang Naz cuti. 
Petangnya meeting dengan Boss cik Syed. 
Lepas meeting pukul 5 turun bawah. 
Sempat dengan Pie. 3 set. Aku tewas dengan Pie.
Dr Zul (Menteri) diberitakan positif. 
Ada contact dengan. Dato DR Fadillah. 
Dr Fadillah selepas tu ada datang GMI. Boss ada close.
Aku pulak close dengan Boss. 

Khamis, Oktober 01, 2020

Game 1350 rating


Game rating 1350. Sampai Suku Akhir saja. Aku lawan Fattah. Tewas teruk 3 game tanpa balas. 

Fattah punya back hand padu yang mantap, laju dan cantik. Aku tak mampu lagi nak lawan level Fattah. Back hand aku masih tak sehebat dia. 

Fattah ke separuh akhir, namun dia juga kandas di tangan Fahim yang menggunakan long pips cobra.

Aku balik agak lewat dengan komuter dan sampai Kajang aku naik bas.

Apa pun aku rasa puas dengan pencapaian ini. 

Rabu, September 23, 2020

DSAI move

Beliau membuat pc di Hotel Meridien KL. Beliau memberitahu sudah ada numbers. Well, esok drama ni akan berlanjutan. Kes cov19 sudah naik semula. Ekonomi akan menjadi sukar. PM umum bantuan lagi. Duit memang membantu tapi kita perlukan ekonomi yang betul bergerak. Duit kertas tak boleh ganti komoditi. 

Sabtu, September 12, 2020

Tayar bukan pancit dah, pecah terus


Dalam sejarah aku pakai kereta ni, biasanya beberapa kali aku akan alami tayar kempis. Tayar kempis dengan sedikit lubang bocor halus oleh paku, besi atau benda tajam yang lain. Biasanya boleh tampal tanpa perlu tukar tayar. 

Tetapi kali ini Bukan pancit biasa tapi koyak terus. Aku pun jadi koyak juga. Duit kat tangan tinggal 200 je. Tayar dua biji pecah. Harga tayar baru sebiji dalam 200 juga kalau tak silap aku.

Tayar spare tak boleh harap sangat, lama sangat tarikh dia, sampai 2004.

Kedai suruh pakai tayar second hand sahaja. Aku tak berapa gemar pakai tayar second hand ni, tapi memandangkan bajet agak ketat, aku tak punya banyak pilihan. 

Aku suka kedai ni. Boss dia baik tapi pekerja dua garang nak mampos. Ha ha aku ok jer. Dua biji tayar second hand baru rm 100 saja. 

Mulanya aku sangka setakat tu ajer ujian, rupanya selepas itu ada ujian lagi bila kereta tak boleh start pulak di Bandar Baru Bangi, betul betul kat area PKNS tu.

Terpaksa la aku panggil towing untuk tarik kereta ke workshop. Aku almost give up la nak repair kereta ni. Ni last straw ok, lepas ni kalau tak ok gak, aku nak cari kereta baru lah. Proton iswara pun iswaralah. Janji aku beli kereta tak payah ambil loan bank. 

Jumaat, September 04, 2020

Harga emas 282, turun sedikit

Harga emas akaun GAP hari ini. Kalau anda berminat nak buka akaun emas GAP boleh contact saya ya. 

Akaun GAP di back up dengan emas fizikal 24 karat. Akaun ni macam anda buka akaun bank, bezanya anda boleh keluarkan emas dan akaun di kemaskini dalam gram emas. 

Setiap nilai rm duit anda akan ditukar kepada berat gram kepada 4 titik perpuluhan. Boleh buka akaun minima rm100. Jom, jangan bertangguh sebab emas semakin mahal ya. 

Sabtu, Ogos 29, 2020

Cik Ti datang

28 September 2020 akan jadi penentu. 

Jumaat, Ogos 28, 2020

Wife ni susah nak faham

Masih baik prestasi silver. Aku ke Kajang CIMB untuk ambil sedikit duit asb. Malam ni nak ambil peluang offer FB live cik Syukor.
Masih sedikit mengantuk. 

Khamis, Ogos 27, 2020

Ada orang ugut aku

Hantar mesej melalui FB messenger. Mintak duit. Bila aku senyam dia bengang dan kata "jaga kau"
Aku takut jugak ni. 

Ya Allah, lindungilah aku. 

Selasa, Ogos 25, 2020

Kerja

Mesti yakin dan mesti buat. Itulah rules ping pong. 

Isnin, Ogos 24, 2020

Ahad, Ogos 23, 2020

servis kereta (sabtu)


Aku ke KIA centre Kota Bharu. Dekat saja rupanya pusat servis KIA ni dengan Public Gold. 

Alhamdulillah kereta diservis dengan baik. Walaupun kena 260 lebih tapi aku puas hati dengan layanan staff yang begitu baik dan ramah. (rm263.80)

Bersama layanan mesra oleh staff dan juga masa kerja yang boleh dikatakan pantas dari kebiasaan aku servis kereta kat tempat macam gini. 

Sempat aku berborak dan bertukar pendapat dengan Kak Ja servis advisor KIA.

Ha dalam gambar yang tengah menyapu tu lah dia. 

Aku ada masa sehari jer untuk lepak (ahad) sebelum begerak esok (isnin). 

Thank you Allah. 

Khamis, Ogos 20, 2020

Rabu, Ogos 19, 2020

This is huge

Sel otak bergetar wei


Aku tak faham hati aku. Kenapa dia suram. Kenapa dia muram. Entahlah. Kalau hati sendiri pun aku tak faham, inikan pula hati orang lain. Oh tuhan. 

Selasa, Ogos 18, 2020

Isnin, Ogos 17, 2020

Prestasi harga perak

Prestasi yang memberangsangkan untuk peratus kenaikan harga perak. Jauh sangat cemerlang kalau nak bandingkan dengan ASB. 

Lutut aku ada sikit kena, lupa tongkat motor. Nasib baik tak ada audience brader2 biasa situ menengok. Kalau tak malu kuasa dua la aku.

Peringatan untuk diri sendiri ialah jangan makan buah waktu malam kalau tak nak semput.

I failed to control myself for the million th times perhaps. 

Malam tewas dengan Abg Lan 0-4. Ok la kalah dengan tok guru kan. Teroks.

Kaspul dan Yus muncul setelah lama menyepi. Benda pertama Kaspul tanya aku ialah pasal yuran. Segan aku dowh. 

Ahad, Ogos 16, 2020

Ke Mitsui Outlet, Sepang

Hari ni wife ajak ke Mitsui. Ikut jalan belakang Jenderam. Tapi tak lalu jalan biasa. Ada lencongan sikit masuk kampung orang, hu hu baru aku tahu, first time lalu. Jalan kecik pulak tu. 

Jarak dia kiranya jadi dekat la juga kalau banding jalan yang selalu aku ikut. Biasa aku akan lajak dan rentas kolej MIAT sampai keluar di pekan Salak Tinggi. Dari pekan Salak baru menuju ke KLIA. 

Tapi tadi tak lalu sampai pekan Salak. Kami ikut Jenderam saja dan terus keluar potong jalan kampung, keluar keluar saja dah dekat sangat dengan area KLIA.

Harga kasut kat Mitsui ni kira murah jugak. Mereka kata harga kilang. Kasut yang aku minat jenama Camel, sayang tak ada saiz kaki aku. Kat shopee 300 tapi sini jual 150. Murah betul. 

Akhirnya aku beli kasut yang payah nak jumpa saiz kaki aku. Pakai saiz 5 pun masih besar ya Allah, itulah saiz paling kecik pun yang ada. Kalau nak lagi kecik aku terpaksa pakai kasut perempuan lah jawabnya.

Kasut loafer Polo ada diskaun beli 2 pasang rm150. Ok lah tu buat pakai hari hari pergi kerja jer pun. Esok kerja, tak taulah kenapa rasa semangat agak kendur. Kepala berat fizikal penat.

Balik singgah beli durian. Lepas makan durian aku bingung dan esok pagi semput.
Inilah kasut tu. Saiz 39 @ 5. Kalau pakai stokin dia ada sikit lagi space, hu hu. 
Masih banyak ruang tu, hu hu. 




Sabtu, Ogos 15, 2020

Pam Sistem Otak

Ya malam tadi aku pam sistem otak lagi. PSO. Aku harap aku akan dapat berhenti PSO sebab aku ada banyak kerja lain yang perlu dibuat. 

PSO ni penat dan memakan banyak masa dan tenaga aku. Tenaga yang patut digunakan untuk mencari duit. Bangun pagi pun kepala aku rasa macam blur blur. Penat tahap maksimum. 

Harap aku tak perlu lagi update aku PSO. Aku nak bebas dari semua itu. 

Jumaat, Ogos 14, 2020

Sakit kepala pagi jumaat

Entahlah, memikirkan persoalan hidup. Aku jadi tak keruan lagi. Hati tak mampu untuk tenang. Walaupun dah habis hutang. Ya Allah, berilah aku ketenangan.

Kenapa ya?

Aku selalu memikir benda di masa hadapan yang belum pasti. Aku memikirnya dengan penuh rasa risau dan ketakutan yang amat sangat, serius. Aku terlalu takut. Takut menghadapi masa depan. 

Malam aku kepenatan tapi aku masih melayan hobi yang entah apa faedahnya selain dari keluar peluh dan penat badan. Apa yang aku dapat? Kepuasan? Kepuasan yang bagaimana tu? Aku sendiri pun kurang faham dengan diriku sendiri. 

Khamis, Ogos 13, 2020

Meeting dengan Boss

Jam 315 petang turun meeting. Sessi pertama habis agak lewat jadi kami kena tunggu dulu sebentar. Abis meeting aku terus turun ke L5.

Sam datang melayan sampai penat baru Pie dan Mai datang. Sukar juga melawan Sam tambah kalau aku tak fit. Dada macam nak semput. 

Rabu, Ogos 12, 2020

Parti Baru

Pejuang diasaskan Tun M adalah parti melayu terbaru yang ditubuhkan selepas Tun M kini tidak ada parti lagi selepas beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu.

Tun M cuba menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai pengerusi bersatu tetapi sudah terlambat. 


Khamis, Ogos 06, 2020

Kesilapan terbesar dalam hidup

Ya, aku anggap inilah kesilapan terbesar ku dalam hidup. Aku jual perak aku. Sekilo perak pada harga 2700. Hari ni harga dia dah jadi 4100 dah. 😭😭😭

Simpan jadi kenangan bila ia berlaku kelak

Bila ini berlaku aku jual. 

Selasa, Ogos 04, 2020

Menteri Datang

Tadi Menteri Pembangunan Luar Bandar datang ke GMI, siap pakai baju GMI lagi. YB Dato Dr Latiff nama beliau kalau tak silap aku. Ini sempena official berita bahawa GMI akan berada sepenuhnya di bawah MARA. 

Abang Naz punya la bangga, siap puji secara terbuka dalam group wasap. Bangga la kan Menteri kot datang GMI pakai baju korporat GMI. 

Itu kan tandanya Menteri tu sayang pada GMI. Dah la GMI sekarang memang berada bawah MARA, iaitu sebuah agensi di bawah kementerian Menteri Dato Dr Latiff iaitu Kementerian Pembungunan Luar Bandar. 

Staff kena masul awal, so aku bersyukur berjaya masuk awal sebelum 730 aku dah punch card dan siap beli 2 bungkus nasi lemak dari gerai pak Haron.

Tengahari sempat juga melayan sepapan dua dengan Mahid. Petamg 530 aku gerak pulang dan esok aku cadang nak setup getah. Getah lama jer pun, cuma swap posisi saja. Harap misi aku akan berjaya. 

Rabu, Julai 29, 2020

Backhand push la sikit

Aku tak attack bila guna back hand. Hanya block, block dan block.

Second round bila dah panas dan lead dengan banyak aku masih lewa. Akibatnya aku tumpas jua.

Third round sekadar game pemenuh masa kita main 3 set saja. Itupun aku hanya menang duce set. 

Aku memang tak boleh agresif back hand agaknya. 

Tengahari aku sepatutnya keluar ke Bangi (plan asal) tapi kepenatan menyebabkan otak aku jadi macam jemmed atau beku. Aku pun cuak nak bertindak.

Harga emas dunia lagi 5 dollar wei nak jadi 2000. Masak masak masak.

Hari ni kat tempat kerja agak sunyi sebab ramai dah cuti nak sambut raya Aidiladha. 

Selamat lah ya semua. Tengok kat FB jalan ke Kelantan macam jem jer. Biasalah tu. 

Bayu pun balik ke Kelantan jugak kali ni. Tak apalah, aku try esok buat return board. Try ya.

Aku lemah. Aku insan yang lemah. Please be positive. I cannot because I am weak. Oh please help. 

Selasa, Julai 28, 2020

Tarikh keramat

Hari ni banyak benda berlaku. Aku tak mau cerita pasal hal orang. Tapi pasal harga emas. Hari ni rekod lagi.

Harga GAP bergerak 3 kali. Dalam keadaan normal harga GAP bergerak sekali saja setiap sehari. Ini sampai 3 kali dia bergerak. Panas sangat harga emas. 

Mungkin sebab suasana politik juga turut panas. Dengan kes bekas PM yang mana hari ini keluar keputusan mahkamah. 

Cik Syukor aku rasa buat sales dahsyat hari ni berdasarkan fb live dia yang meletup dengan lebih 1k tontonan. Aku pun teringin gak nak beli tapi rasanya aku kena selesaikan dulu hutang aku dengan kad plastik. 

Abang Naz hari ni last sebelum cuti raya Haji esok. Aku akan kerja macam biasa sebab aku tak ambil cuti. Ada lagi 2 power supply yang perlu dibaiki. Aku tadi berjaya kesan semua kontak board power supply yang Abg Naz pening semalam. Kena bertenang baru boleh repair rupanya, hu hu. 

Esok kalau ada masa sekejap sebelum kerja 830 aku akan try buat video penerangan tentang Public Gold. Sila layari laman you tube aku untuk melihat video tersebut dan video video lain. 

Ok lah, jom tidur awal, esok aku kerja lagi walaupun staff lain ramai juga yang dah start cuti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. 

Selamat Hari Raya Aidil Adha, yang bakal disambut jumaat ini. 

Begitulah.. 


aku mahu bermula cemerlang dari sekarang.

Jom jadi manusia cemerlang, yang mempunyai kawalan terbaik. Yang membuat kebaikan, yang senantiasa positif. Kaya dengan senyuman dan budi bahasa. 

apa nak dikata

Harga emas rekod tertinggi. Emas akan naik ke 2000 USD kata analisa. Ada juga yang kata akan naik ke 10000 USD. 
Harga emas dalam USD disebut setiap Oz. 

Di Malaysia kita tukarkan ia kepada RM setiap gram. 

Inilah rekod tertinggi emas setakat ini. Sangat mahal namun ia bakal menjadi bertambah mahal, berdasarkan analisa semasa. 

Kita tidak tahu masa depan benar, tetapi kita ada data yang kukuh. Maka kita boleh membuat telahan yang terhampir. 

Begitulah. 

Balik main ping pong jam 12. Aku kepenatan macam biasa dan agak sukar untuk tidur. Esok aku ada misi dengan bankers. 

Ahad, Julai 26, 2020

Dekat mana jual buku Azizi Ali

Kenalkah anda dengan penulis kewangan tersohor di Malaysia yang bernama Azizi Ali?

Saya yakin pastinya ramai yang pernah mendengar nama beliau. Beliau adalah antara nama besar dalam bidang penulisan buku kewangan dengan buku pertama yang mempopularkan beliau sehingga kini yang bertajuk "Jutawan dari Planet Jupiter". Buku ini menceritakan bahawa untuk menjadi jutawan kita mestilah menjadi  "lain" dan jangan ikut arus ramai. 

Saya sendiri dahulu pernah membaca buku tulisan beliau. Buku beliau telah banyak mencorak bagaimana saya bertindak dan berfikir dalam bidang kewangan peribadi. Berani saya katakan antara punca saya kini mempunyai kewangan yang agak baik adalah hasil membaca buku tulisan Azizi Ali.

Kini kalau anda berminat untuk membeli buku-buku tulisan Azizi Ali anda boleh dapatkan secara online di platform PG Mall. Kalau anda masih belum mendaftar sebagai ahli PG Mall maka anda bolehlah mendaftarkan diri secara percuma sahaja di link berikut. 👇

Bila sudah daftar bolehlah anda ke laman web PG Mall dan cari saja kata kunci "Azizi Ali" InshaAllah anda akan ketemu dengan koleksi buku-buku jualan Azizi Ali. PG Mall juga boleh di aksess melalui applikasi Google Apps. 

Misteri Hidup

Peluang untuk bertaubat dan membaiki diri sentiasa terbuka. Tuhan selalu saja memberi peluang itu berkali kali. Memberi peluang kita untuk sedar betapa kerdilnya diri ini.

Itulah misteri kehidupan. Ada kitaran roda kehidupan yang kadang kala sukar untuk kita fahami. Hanya masa yang akan kadang kadang mampu memberikan sedikit tanda untuk kita belajar dari sejarah.

Dua hari ni aku tak mampu keluar buat kerja. Entahlah, kesan kerja dulu masih berbekas. Tanganku, masih belum hilang kesan panahan mentari yang pijar itu. Yang peliknya ia bukan sekadar menjadi hitam tapi siap menggelupas kulit tu. 

Khamis, Julai 23, 2020

Perut Lapar

Ingat tak nak makan, tapi perutku lapar. So kena la keluar cari nasik. Kebetulan aku ajak Mahid main ping pong dia tak ada. 

Petang Tengku naik sekejap. Lepak dan sembang sambil aku dan Abang Naz membaiki power supply. 

Pagi tadi aku repair 7 Segment nasib baik OK. Mula mula tu susah jugak nak bukak IC. Tapi kali ke dua buat aku dah expert dah. Siap suck dan solder lagi kemas level kilang dah, hu hu. 

Petang macam gelap semacam, tapi tak hujan. Dah banyak petang dah aku tak main ping pong, hu hu. Asyik kerja jer sebab banyak benar barang nak kena repair. 

Hidup ini adalah satu perjuangan. Antara yang hak dan yang batil. Kadang ada masanya kita tewas. Tewas pada desakan dan tewas dengan cabaran. Kekuatan haruslah datang dari dalam diri sendiri. Yang kuat sebenarnya datang dari dalam.

Aku ini sentiasa mudah mengalah pada keadaan. Sebenarnya diriku sendiri yang lemah. Aku suka salahkan keadaan. Aku suka beri alasan.

Positif
Positif
Positif

Jom jadi positif. 

Rabu, Julai 22, 2020

Repair tak dapat dapat

Jenuh aku mencari dan membelek power supply tu tapi tak dapat jugak mencari punca kerosakan. Lagi parah ada la. 

Dah hampir nak surrender dah. 

Abang Naz selamba jer repair. Lepas satu satu. Sambil rileks menyanyi nyanyi lagi. 

Aku punya la fokus apa pun tak jadi. Agaknya aku memang tak ada bakat kot dalam bab repair merepair ni. 

Nak melayan ping pong petang-petang pun tak sempat. Mujur tengahari dah sempat juga sepukul dua dengan Mahid. Boleh lepas gian nak backhand dengan Mahid si Backhand power. 

Petang aku sambung habiskan lagi repair Digital 7 segment pulak. Repair benda yang mudah jer aku mampu. Esok sambung sikit lagi, ada dua unit. Lepas siap aku akan buat testing IC programmable pulak.

Harga perak hari ni naik mencanak sampai 3200 sekilo. Aduhai aku jual hari tu baru 2700. Aku rugi dekat 500. Bertahun tahun harga dia duduk main 2500 saja. Alih alih bila naik 2700 dan aku jual, dia mencanak sampai lebih 3000 pulak. 

Emas pun tengah mencanak naik ni. Hmm ini semua bukanlah berita gembira bagi para ahli ekonomi. Semua ni adalah tanda bahawa wang kertas sedang menyusut nilai atau dengan kata lain hilang kuasa beli. Less buying power for the same amount of money compared with years ago.

Hmm... aku digoda 

Perjuangan belum selesai

Jangan cepat mengalah. Kau harus kuat. Kau harus tabah.

Sesekali kau tersilap namun cepat2 lah bangkit. Usah direnung masa lampau dengan muram. Jadikan ia satu tauladan.

Jangan buang masa bergaduh benda remeh temeh di Facebook. 

Teruskan saja apa yang kau rasa terbaik untuk diri sendiri. Buat apa pun haters akan sentiasa ada. Biarlah dia. 

Selasa, Julai 21, 2020

Mata dah mengantuk ni

Hidup ni kena ada disiplin baru boleh berjaya. Tak kira apa bidang sekalipun. Bisness atau sukan.

Perlu ada kawalan diri yang tinggi. Bukan senang ya nak kawal dan bukan senang nak dapat fokus. 

Contoh paling mudah ialah tabiat menulis ni. Bukan senang nak maintain walaupun benda mudah. 

Mood kita kadang kadang ada naik turun dan semangat pun ada pasang surut. Semua tu kena pandai pandai la nak uruskan. 

Semua orang boleh berjaya kalau fokus dan percaya pada diri sendiri. Kurangkan buat benda yang seronok tapi tak ada hasil. 

Hidup ini penuh cabaran tapi fikiran mestilah positif dan ceria. Jangan terlalu ikut perasaan. Kasih sayang sesama insan dan hidup dengan semangat ingin berbakti. InshaAllah barulah hati akan tenang. 

Jangan dengki, jangan cuba cari jalan mudah. 

#ceritahariini
Lawan Lee, menang straight set. 
Lawan Bayu kalah 3-4.
Cuba baiki blok, dan sesekali attack pun tak mengapa.

Harga perak tengah mencanak naik ni..
Hmmmmm...... apa daya aku dah jual. 😭😭😭😭😭😭

Khamis, Julai 16, 2020

Harapanku Sabtu ni

Aku mahu lepas group dan kalau boleh paling paling pun sampai semi. Aku tak akan kalah, ok. Dah banyak kali aku try, harap kali ni tak lah hampa sangat ya. 

Selasa, Julai 14, 2020

Berkarat habis

Aku peratikan jer tayar kereta aku. Sejak isnin aku dah cabut sambungan bateri. Sampai jumaat ni kot aku akan  biar dia tersadai. Maklumlah, aku gi kerja naik motor jer. Tapi tu lah, tayar dia berkarat tak ingat dunia punya. Lantak pi lah. 

Hari ni abg Naz cuti MC selama 3 hari. Dia suruh aku repair power supply yang tersadai tu. Sampai terbakar power supply tu aku kerjakan hu hu 😂.

Balik lewat jugak hari ni sebab Mai dan Sam teruja nak main sampai lewat 530. Balik aku kepenatan dan kelaparan. Ada jeruk 2 botol Bi belikan, boleh la buat pengubat hatiku yang duka lara 😂.

Rambut pun dah panjang dan serabai. Anak2 pun dah nak start sekolah. Banyak gak benda nak kena fikir, hmm. Semoga aku tabah dan bertindak dengan matang.

Sedih jugak dengan kes Naya Rivera. Dia meninggal kes lemas dalam tasik. Sebelum meninggal dia selamatkan anak lelaki dia. 

Emas edisi istimewa Marvel

Emas Public Gold edisi Marvel bakal keluar tak lama lagi. Untuk edisi khas ini Public Gold perlu diberikan kebenaran secara istimewa dan khusus oleh pemilik asal hakcipta Marvel iaitu Walt Disney. 

Jadi edisi ini pastilah sangat istimewa dan harga pun mestilah lebih daripada harga satu gram yang biasa-biasa. 

Sesiapa yang berminat bolehlah booking awal awal ya. Tempaan emas ini adalah terhad kepada 20 ribu keping sahaja.
 

Isnin, Julai 13, 2020

Gerimis pagi namun tetap kebasahan

Aku menanti hujan teduh di bawah jambatan. Beginilah nasib mat motor. Ada masa dia mencelah, ada masa dia terpaksa berhenti seketika.

Semoga hujan ini cepat reda, aku perlu bergerak segera menuju ke tempat kerja.

Akhirnya aku terpaksa bergerak juga walaupun hujan belum reda. Sampai kat tempat kerja boleh tahan lenjun jugak. Sejuk aku dalam bilik. Air cond macam peti sejuk dah. 

Petang aku kena selsema tahap Gaban. Telan ubat pun tak jadi apa.

Aku singgah kejap rumah Iza hantar raket Wan. Tak masuk pun, mata aku dah merah gila dan hidung gatal tahap nak koyak. Mai nampak aku pun perasan yang aku tak sihat, walaupun aku cuba cover.

Aduh sakit.

Malam layan lagi PPH. Lawan Pie aku tewas 3-4. Lawan Mai menang 4-1. Main beregu menang 2 kali. 

Ahad, Julai 12, 2020

Jom berusaha

Mari berusaha mencari rezeki. Jangan cepat putus asa. Walau ada pelbagai rintangan.

Ke hulu dan ke hilir. Ada juga hamba Allah yang memberi aku tips. Semalam akak di Taman Tenaga dan hari ni akak di Taman Bukit Mewah. Mereka tak berkira sangat seringgit dua. Aku doakan mereka dilimpahkan rezeki yang tak putus dari yang Maha Pencipta.

Ada juga yang "buli" aku, memberikan alamat yang kurang tepat, dan yang lagi sakit, expect aku untuk return semula bawa balik bekas dia yang kosong. 

Aku rasa ni first time kena macam ni dan aku tak sure macam mana nak react. Aku buat keputusan untuk pulangkan jugak barang dia. Akibatnya beg aku dah tak boleh isi barang dan aku terpaksa return semula tanpa ambil job. 

Petang aku hanya lepak dan dah hilang semangat nak ride walaupun ada lagi beberapa job masuk. Badan dah lemau, lagipun esok dah start kerja dah. 

Sabtu, Julai 11, 2020

Niat hati nak kerja

Aku kerja part time buat runner dengan Lala Move. Esok Sabtu boleh jugak try buat sikit kalau badan tak penat. Ni dah 12 lebih tak tidur lagi. Badan kepenatan main ping pong siang dan malam.

Tapi malam ni harap boleh tidur lena la sebab dah menang tadi, huhu. Menang dengan C jalan Reko. Single dan double partner aku Mai saja. C partner Lokman. 

Malam malam aku sendiri. Masih punya semangat gagah. 

Tadi baca mayor Seoul bunuh diri sebab bekas staff dakwa dia melakukan pencerobohan seksual. Begitulah bahaya seksual pada lelaki atas sifatnya yang sukar dikawal. 

Kerja sampai lewat Zuhur saja. Lepas makan terus tidur macam orang pengsan. Jom belajar belajar agar hidup jadi insan berguna. 


Jumaat, Julai 10, 2020

Sejuta Impian

Semua orang pasti ada impian. Impian dan pengharapan dalam hidup adalah lumrah kita insan di alam fana.

Impian saya ialah nak memiliki sebuah banglo sederhana mewah dengan kawasan yang lapang sedikit untuk berkebun dan bersukan. Tak perlu terlalu gah. Cukup untuk hidup dengan sedikit rasa gembira. Ada kawasan lapang untuk saya letakkan sebiji meja ping pong. Mungkin ada sikit ruang untuk anak bermain badminton. Mudah saja impian saya kan.

Tapi untuk merealisasikan impian mudah itu mungkin agak sukar juga dengan faktor harga rumah zaman sekarang. Kalau di Kota Bharu, ibu negeri Kelantan untuk mendapatkan apa yang saya impikan itu kos yang diperlukan adalah sekitar sejuta Ringgit Malaysia.

Mampukah saya mengumpulkan duit sebanyak sejuta sedangkan nak kumpul 100 ribu pun saya hingga saat ini masih belum dapat. Masa pun bukan ada banyak sangat.

Jumaat mulia ini sangat indah dalam dakapan kesejukan saya berkongsi impian saya dengan anda. Bermimpilah apa jua impian. Mimpi boleh jadi realiti andai kita berusaha dengan sehabis daya.

Jom kejar mimpi itu sama-sama. 😍😘

Tambah satu lagi nak mimpi, boleh? Toyota Cross new SUV. Thailand dulu sampai. Harga 120k boss. 

#apaceritahariini
1. Majlis ringkas sempena persaraan Dr Zubi, aku jadi emcee. 
2. Malam melayan PPH. Menang dengan C dan C partner  Lokman (kali pertama turun lepas PKP) aku partner Mai. 

Khamis, Julai 09, 2020

Seribu kesal, sejuta hampa

Ya begitulah hidupku ini. Penuh kesal dan ada ketikanya hampa dengan apa yang terjadi. Namun hidup perlu terus. Tak usah pandang belakang. Jalan terus. Usah dibuai gelora rasa.

Mungkin akan ada silap sana sini. Ada terbuat benda yang tak sepatutnya buat. Itulah aku manusia biasa yang lemah. 

Tiba-tiba teringat aku kat lagu To Ki. Bab dia tarik kau kau... "kemunafikan, makhluk bernama manusia...."

Semalam harga emas naik tinggi menjulang. Harga perak pun ikut sama naik. Namun aku tetap masih belum mahu jual emas. Sayang aku pada emas begitu menebal. Walaupun harga emas dah naik gila-gila. Namun akhirnya aku ambil keputusan untuk jual perak.

Malam tadi aku jadi bingung. Bingung lalu aku membuat perkara yang tak patut. Aku menyesal. Hidup aku penuh dengan sejuta kekesalan. Oh, kenapakah harus begini. 

Maaf kan aku (minta maaf pda diri sendiri).

Tengahari aku berlari dengan Honda Future ku ke Bangi. Sampai sana guard kata tak boleh masuk kalau tak buat appointment. Aku cepat2 terangkan yang aku datang nak serahkan perak sekilo. Nasib baik dia ok dan benarkan aku masuk. 

Masalah kedua resit pembelian aku dah hilang. Aku beritahu Zahrah (staff Public Gold Bangi). Dia kata tak apa asalkan ada tag asal pada silver tu. Fuh lega lagi.

Jadi begitulah hari ni aku berjaya jual semula sekilo perak yang aku beli lama dulu kepada Public Gold. Untung tak banyak sangat tapi jadi la sebab target harga yang aku tetapkan dah tercapai. Balik kat office aku monitor harga perak tengok dia naik lagi mencanak-canak.

Aku senyum jer lah. Duit akan masuk dalam akaun bank aku selepas tiga hari bekerja kata Zahrah. Kalau pakai Maybank cepat sikit. Aku bagi akaun CIMB so kena tunggu lama sikit.

Apa apa pun misi aku success. 

Rabu, Julai 08, 2020

Jom menulis blog dengan phone, hu hu.

Gambar aku dan bang Naz di tempat kerja. 




Kelakar la aku ni. Hari ni harga perak start naik, tapi aku bertindak terlalu awal. Aku dah jual perak aku yang sekilo tu. Hmmm sedih gak rasa. Namun apa daya, benda dah berlaku. Lagi pun target harga aku dah capai. 2700 saja target aku. Malam dia naik mungkin tak lama dia akan cecah 3000 tu. Tak pe la. 



Isnin, Mei 25, 2020

Raya 2020 dalam PKP


Nampaknya kita beraya kali ini masih dalam keadaan PKPB. Tidak dibenarkan rentas negeri. Cuma boleh beraya sekadar keluarga terdekat dan tidak boleh melebihi 20 orang. Mesti amalkan SOP dan penjarakan sosial juga. Tidak boleh bersalam.

Jadi semalam aku pergi beraya di dua tempat sahaja. Satu rumah adik di Damansara dan yang kedua rumah di Shah Alam rumah kakak ipar. Anak perempuan dia (kakak ipar aku) punya lah bagus, siap lepak kat luar jer, tak mau masuk dalam rumah pun. Dia sedang mengandung dan suami dia pula alahan pada kucing.

Aku dan keluarga pun dah datang dari jauh ni kita orang masuk juga. Tak ramai pun rumah kakak ipar aku, cuma ada suami dia. Aku pun ini pertama kali berjumpa dengan suami baru dia. Seorang yang agak otai dengan memakai baju melayu merah siap degan kain samping berlambang UMNO.

Aku pun rasa agak segan takut tak pandai nak berbual maklumlah dia ni otai tapi aku akhirnya boleh jer masuk sembang-sembang santai sahaja. Jadi tak payah la bercerita panjang ya, kita layan jer gambar-gambar ni.





















Ahad, Mei 17, 2020

Bateri kereta buat hal lagi


Tadi lepas asar nak keluar beli lauk, tiba-tiba kereta dah tak boleh start. Nampaknya bateri buat hal lagi. Baru December lepas aku tukar, ni baru Mei, tak sampai setahun pun, bateri keretaku dah "kong" semula.

Sebenarnya aku dah syak benda ni akan berlaku bila hari tu lampu belakang kereta aku tak padam. Walaupun aku dah pastikan lampu aku dah padamkan, tapi entah ada short kat mana, lampu belakang ni dia tetap menyala. Bila nampak tu aku dah risaukan bateri.

Dengan seminggu lagi nak Raya, dan motor pun masuk bengkel. Esok aku dah kerja nampaknya kena la cari kenderaan awan seperti GRAB. Aku tak punya banyak pilihan nampaknya. Nasib baik jugalah, pasar tempat aku dan isteri nak pergi tu tak jauh sangat, jadi kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. 

Untuk lebih jimat, aku rasa baik aku order bateri secara online dekat Lazada. Tapi aku kena pastikan dahulu saiz bateri sebab kalau beli salah saiz nanti masalah lain pulak akan timbul. Sebelum panggil pomen untuk repair apa salahnya aku cuba dahulu buat apa yang boleh kan, manalah tahu kan kalau jadi, syukurlah.

Begitulah, bila dekat nak Raya ni macam-macam ujian melanda. Aku perlu banyak bersabar dan berlapang dada.

Ramai degil nak balik kampung


Hari raya kali ini nampaknya berbeza dari biasa. Kali ini Hari Raya bakal disambut dalam keadaan kita masih berada dalam PKP (B). Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Merentas negeri adalah dilarang oleh pihak kerajaan.

Namun hujung minggu ni begitu ramai yang masih cuba untuk balik kampung dengan merentas negeri. Disebabkan kedegilan ini maka kerajaan kini bertegas akan mengkompaun atau denda sesiapa yang tertangkap cuba melakukan kesalahan cuba balik kampung.

Ya kita faham hasrat anda mahu berhari raya di kampung bersama ibu dan bapa. Kita faham anda mahu berjumpa sanak dan saudara di kampung halaman. Tapi anda harus tahu yang kita bukan berada dalam keadaan normal. Kita masih berperang dengan virus yang mampu membunuh dengan ubat masih belum dijumpai.

Kenapa anda masih cuba juga melakukan perkara yang dilarang? Kenapa anda harus buat-buat tak faham? Kenapa anda berfikir semuanya akan OK? Kita selalunya berfikir begitu. Kita fikir semuanya akan OK. Tapi hakikat hidup bukan begitu. Dalam hidup ini kadang-kadang ada ujian yang datang. Kadang-kadang ada tragedi yang berlaku. Dan kadang-kadang benda itu menimpa kita.

Kita tidak seharusnya berfikir untuk kepentingan diri sendiri. Ya hari Raya cuma setahun sekali. Tapi bukankah selama ini sudah bertahun-tahun dan sudah berkali-kali kita menyambut hari Raya dengan sempurna. Kalau sesekali kita terpaksa berkorban demi negara dengan hanya kali ini sahaja kita tak balik kampung, apa salahnya? Takkanlah pengorbanan yang sebegitu kecil itu pun kita tak mampu lakukan?

Lihatlah selama ini pasukan hadapan saban tahun sudah biasa berkorban bekerja pada hari Raya. Polis, askar, jururawat, mereka ini sudah biasa bekerja pada hari Raya. Jangan lah kita ini begitu manja dan begitu pentingkan diri sendiri.

Negara kita masih belum tamat berjuang untuk melawan musuh yang tidak kelihatan ini. Marilah kita sumbangkan apa saja yang kita mampu. Janganlah kita pula menjadi selut yang mahu mengeruhkan lagi suasana.   

Jumaat, Mei 15, 2020

Jangan alpa


Hidup ini penuh dengan cabaran. Keadaan di Malaysia ini masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga. PKP B ini pun masih belum tamat lagi tempohnya. Aku sendiri masih merasa takut untuk keluar dengan sewenang-wenangnya.

Harga emas hari ini kembali naik ke paras tertinggi dalam ringgit malaysia. Harga GAP ialah 159.

Keadaan ekonomi Malaysia nampak masih OK secara luarannya, namun kita tahu banyak juga yang terkesan dan kehilangan pekerjaan.

Jangan kita alpa. Keadaan pandemik yang melanda belum pulih sepenuhnya. Namun sudah banyak premis-premis yang sudah mahu beroperasi sepertti biasa. Semasa saya cuba masuk ke Tesco Semenyih tadi, ramai orang yang beratur untuk masuk maka saya batalkan hasrat untuk masuk.

Minggu depan ada seminggu  lagi saya akan bekerja sebelum menyambut Hari Raya. Hari Raya kali ini sedikit berbeza kerana tiada lagi amalan kunjung mengunjung. Kita mesti terus berjaga-jaga dan jangan alpa.     

Jumaat, Mac 06, 2020

Nak jadi jutawan dengan ASB? Ini faktanya






















1. Anda hanya boleh membeli unit ASB hanya sehingga RM 200 k sahaja. Kalau dah capai 200 k maka apa yang anda boleh buat ialah tunggu sahaja ia berkembang sehingga ke angka sejuta unit.

2. Untuk menunggu sehingga sejuta anda perlu menunggu sehingga 26 ke 27 kali pembahagian dividen asb atau bersamaan jangka masa sekitar 26 hingga 27 tahun!

3. Jika anda bermula dengan 200 k simpanan semasa berumur 20 tahun, anda akan mempunyai harapan menjadi jutawan semasa beumur 50 tahun.

4. Kiraan ini adalah tepat dengan syarat kadar dividen ASB mestilah paling sikit 6 peratus dan ke atas.

5. Segalanya adalah matematik dan ini bukanlah khayalan untuk menjadi jutawan.

6. Sekiranya ada orang bersembang nak jadi jutawan, pastikan dia ada duit 200 k dan masa sekitar 26 tahun untuk mencapainya.

7. Untuk capai lebih cepat dari 27 tahun, anda bolehlah berniaga contohnya dengan syarikat pg mall.




Rabu, Februari 26, 2020

Tempoh sukar buat Malaysia


Ini adalah satu tempoh yag sukar buat negara Malaysia.

Sejak isnin lepas negara tiada Perdana Menteri bila Tun M meletak jawatan secara mengejut, tanpa diduga oleh sesiapa. KDYMM Agong telah berkenan menerima perletakan jawatan Tun M tetapi terus melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim.

Sebagai rayat biasa aku hanya berdoa yang baik baik saja.

Aku pun sokong dan ada pendirian. Sayangnya aku bukanlah seorang MP jadi aku tak boleh nyatakan sokongan pada mana2 pihak. Maksud aku, buat masa ini hanya pendirian seramai 222 orang MP yang bakal diambil kira  untuk membentuk kerajaan. Semoga kerajaan selepas ini adalah antara yang terbaik juga. 

Ahad, Februari 09, 2020

Best ke Lazada ?


Saya percaya ramai yang sudah biasa membeli di laman e dagang tersohor Lazada. Pelbagai barangan ada di Lazada. Dari yang murah hingga paling mahal seperti motorsikal, ya ada semua tu.

Bagaimana pengalaman anda membeli di Lazada? Pasti best bukan? Saya sendiri sangat suka membeli di Lazada. Antara paling besar pernah saya beli ialah hand phone sebanyak 2 kali. 

Ada seorang rakan kerja saya ni bila dia dah mula kenal Lazada, macam ketagih dia nak membeli. Kalau tak membeli boleh ushar-ushar saja pun dah jadik, hu hu.

Dia dulunya seorang yang skeptik dengan pembelian secara online. Tapi selepas dia kenal Lazada, semunya berubah. Malah dia ni, berani saya katakan kini telah menjadi antara pembeli tegar barangan dari Lazada. Kalau dalam masa beberapa lama tak beli dari Lazada, macam tak sah, hu hu.

Lazada adalah antara website e commerce yang tersohor di Malaysia selain dari Shopee. Saya biasa beli Lazada tapi Shopee tak biasa lagi. Dengar cerita Shopee ni pun hebat juga, maklumlah Ronaldo kot yang jadi duta Shopee, jadi memang powerlah.

Tahukah anda, selain dari 2 laman sesawang e commerce tersebut, terdapat satu lagi laman e dagang yang bagus iaitu PG Mall. Apa itu PG Mall? Konsep dia sama jugak macam Lazada, iaitu laman web e dagang, bezanya ialah ia adalah syarikat Malaysia.

Saya percaya suatu masa nanti PG Mall akan mampu bersaing, lalu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Lazada dan Shopee. Untuk makluman anda, PG Mall ini ialah anak syarikat kepada Public Gold yang berpangkalan di Pulau Pinang. Kalau anda sebagai rakyat Malaysia mahu menjual produk anda sendiri, maka platform PG Mall juga adalah satu pilihan yang bagus.

Apa yang bagi saya best tentang PG Mall ialah ia berkolaborasi dengan sebuah kedai buku yang kebetulan memang saya suka kedai itu. Kedai yang saya maksudkan itu ialah bookxcess. Bookxcess mendakwa mereka adalah kedai buku terbesar di negara ini. Di Tamarind Square ia di buka 24 jam guys! Saya suka bookxcess sebab harga buku dia murah tetapi berkualiti.

Saya selalu juga lepak di kedai bookxcess Cyberjaya. Tempat itu bagi saya memang happening jugak. Harga buku di bookxcess bagi saya murah sangat dan sangat berbaloi-baloi. Kalau anda kaki buku atau ulat buku sangat rugi kalau anda tak pernah sampai ke bookxcess. Serius saya berani katakan setakat ni saya belum jumpa lagi kedai buku yang lebih best daripada bookxces, dari sudut tawaran buku dan harga.

Bookxcess cawangan Cyberjaya  terletak di dalam Tamarind Square Cyberjaya. Ada macam-macam kedai yang happening kat dalam Tamarind Square ni guys. Kalau tak percaya try lah ushar dalam tweet berkenaan Cyberjaya, nama Tamarind square pasti naik.

Saya cerita panjang pun tak guna, anda kena selidik sendiri lah ya. Ok Ciaow.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.