Isnin, Februari 28, 2022

last of feb 22

Naik motor walaupun niat nak naik kereta. 
Firas dan irfan kat rumah iza. Petang inshaAllah gi jenguk. 

Ahad, Februari 27, 2022

ke pasar dulu sebelum ke sungai buloh



Gambar sebelum gunting rambut, lepak tepi parit Kajang kat pasar. Nampaknya tak adalah botak sangat kepala aku. Tapi barber tu kata botak tengah? 

Siap suruh beli tonik rambut lagi. 
Akhirnya aku terbeli juga. Harga mahal nak mampus tu. 89 siap offer bagi 85. Boleh jadi ke? Entahlah, aku bukan kisah sangat kalau botak pun. Seriusly, dah usia agak tua ni looks are not everything. 


Sabtu, Februari 26, 2022

ke mana

Hidung mula pedih. Tekak sakit juga. 

Bersin. Pedih hidung. Gatal.

Nak buat apa hujung minggu macam ni.

Pergi ke cyberjaya kayuh basikal keliling tasik. Agak besar juga tasik nya. 

Lepas tu ke depulze layan cerita syahdan. Cerita seni persilatan melayu. Tak ada orang tengok. Serius, hanya kami sekeluarga 4 orang sahaja yang layan. Begitu nasib cerita melayu yang tiada pelakon bintang. Cerita ni bagi aku sedap juga. 

Jumaat, Februari 25, 2022

hari gaji..


Nak balik hujan lebat la pulak. Sini duduk sesorang pun seram beb. Asyik nampak putih jerr..

630 hujan tak berenti lagi nak tak nak kena gerak jugak. Masuk plastik semua benda penting.. settle

Sampai rumah kebasahan. Mandi dan panaskan badan. Lepas maghrib keluar pulak beli sup ekor suhaila. 

Khamis, Februari 24, 2022

emas naik mencanak russia masuk Ukraine


Aku settle kan SEMUA hutang kredit kad. Guna duit agro bank. Pagi2 cucuk 3k. Baki ada 1k jer, esok plan nak ambik. 

RM0 CIMB: 3rd Party Transfer RM2360.00 to ****8040/AHMAD SADLI on 24-Feb-2022, 08:07:18. Call the no at the back of your card for queries.

Hari ni dalam sejarah: russia military mula masuk ke ukraine.


Rabu, Februari 23, 2022

ke agro bank jalan reko

Special betul la bila kau ada emas. Bilik ar rahnu special tu. 
Aku letak 20gram.



Selasa, Februari 22, 2022

menteri datang today

petang hujan macam lebat... Aku redah sebab dah janji nak jumpa kawan di Fat Cat Bangi..siap pakai baju hujan bagai. Nasib baik tak basah teruk. 

Dari kol 6 sampai 630 jugak la aku menunggu.

Siap cucuk duit kredit kad rm 200 la sebab kawan punya pasal.


Isnin, Februari 21, 2022

kembalikan hak pada yang hak


Bergegas jugak pagi2 aku hantar Bi ke Bandar Teknologi Kajang. SPM dah start ujian awal untuk pendengaran. Bi pergi dengan cikgu Yus. Tekan habis. 

Sempat singgah juga rumah Iza hantar kunci kereta wira. Ketuk jer Azizi ada rupanya.

Kat tempat kerja aku sambung lagi upload video ke telegram Tengku Band. 

Ahad, Februari 20, 2022

cuba yang terbaik saja

Kepenatan selepas semalam aku keluar sehari ke pandan jaya MPAJ

Sabtu, Februari 19, 2022

mus satira




Aku tumpang kereta Saga abg Naz ke kompleks MPAJ. Sampai awal kedai Mus Satira belum bukak. Pukul 1 baru bukak. 
Jadi abg Naz dan aku melencong dulu. 

Kebetulan dah dekat dengan Shamelin. Sempat singgah di GMI lama. Abang Naz mahu mengimbau kenangan tempat kerja lama dia. 

Lepas tengku datang kami pun masuk ke tempat mus satira. Sampai petang jugak la. 





Jumaat, Februari 18, 2022

kegatalan hidung


Hari ni jibble ada masalah teknikal. Banyak kali buat pun tak masuk. 

Lepas jumaat aku ke bank rakyat di unikeb. Baru tahu ada bank rakyat kat unikeb tu. 

Sekali tak boleh buat la urusan dia... Sebab semua kena melalui appointment. Dah tak boleh nak main redah cam tu jer. 

So tak leh buat apa lah. Mungkin aku kena cari agro bank. Agro pun ada rahnu. Siap ada lelong, nanti boleh usha. 

Malam makan poktek order dari Suhaila. Food Panda tak menyabor. 
RM 40.14

Khamis, Februari 17, 2022

kena dua pam malam tadi


Ok barang GIT dah sampai. 
Ngam 7 hari. 
Terbaik dari ladang la Public Gold. 

10 feb khamis aku buat git. 
17 feb khamis dah dapat. DHL call aku turun terus naik lif, tak sedar lift bergerak. 
💪💪👍👍
Ni gambar yang rider tu capture. 




Rabu, Februari 16, 2022

tidur yang cukup, Alhamdulillah


Selepas beberapa malam bergantung pada inhaler, malam tadi ok sikit. Dapat tidur lena sikit. Ya, hanya pengidap asma jer akan faham benda ni.

Petang aku teruk kembali. Hidung pedih. Turun bawah cari member tapi member off. 

Hari ni dapat nombor tracking yang aku buat git itu hari, ok. Lega dah sikit ada nombor tracking ni.

Hari ni kes paling tinggi la pulak. Dah tahap 27k.

Badan dah lama tak berpeluh.

Selasa, Februari 15, 2022

muka mengantuk



Hari ni mengantuk tahap gaban. Kepala pun lain macam berat dan urat macam tarik. 

Abg Naz pun tak sangka dalam lewat pagi dia keluar dan terus MC. 

Petang layan makan waffle. Order dari food panda. 

Wawa cimb call. 

Isnin, Februari 14, 2022

lambat sikit punch in


Punch out pun nyaris tak buat sebab aku ingat dah buat, sekali data belum capture. Nasib baik sempat.

Kat tempat kerja aku sistem yamg digunakan ialah jibble. 
Jibble ni ialah sistem masa pekerja in out. 
Tempat kerja aku guna software ni sebab ia antara paling kos efektif, aku rasa lah. 

Ahad, Februari 13, 2022

pedih hidung


Siapa nak beli shaver. 
Pedih la hidung. 
Ahad gais. 

Hujung minggu macam ni aku biasanya mengalami kepedihan hidung yang teruk, siap dengan pakej bersin yang ekstrem dan bertalu talu sehingga badan menjadi lemah. 

Akibatnya dalaman juga menjadi lemah. Malas nak bergerak. Walaupun kat Semenyih saja, ada game ping pong. 

Apa buat hari minggu. 

Kaki ping pong gi main ping pong, tournament naga. 
Kaki pancing gi mancing sampai dapat motor. 
Kaki hiking gi hiking sampai Kinabalu. 
Kaki shopping gi shopping.
Aku ulat buku kot. Hu hu... 

Sabtu, Februari 12, 2022

bersihkan rumah sampai tak larat


Terlalu banyak sangat barang dalam rumah. Barang lama yang tak pakai.
Surat khabar lama dan majalah lama. 
Dah jual pun satu trip masih tak cukup. Ada lagi. Bertimbun. Buku pun banyak. 
Penat juga. Sampai tertidur, lepas zuhur sampai asar. 


Jumaat, Februari 11, 2022

give ur best, everyday


So its friday and Im not shaving. That's why my performance in table tennis is not so smooth. 

Khamis, Februari 10, 2022

hari ni buat pilihan (option) git (gold in transit)

Kita tengok berapa lama dia punya rekod masa yang bakal di ambil ...
alamat aku guna gmi.. iaitu alamat tempat kerja.

GIT tu apa? 
Gold in Transit.. 
Maksud dia emas yang ada dalam akaun GAP tu boleh claim keluarkan emas fizikal. Pemilik akaun berdaftar Public Gold boleh memilih option ini, iaitu GIT untuk mengeluarkan emas mereka yang mana emas itu akan diposkan ke alamat yang di beri. 

Pos ini adalah berinsurans. Sebab itu pelanggan hanya boleh memilih sehingga paling berat 5 dinar sahaja. Kalau anda mahu keluarkan emas yang lebih berat seperti 50 gram maka kena ambil serahan tangan di pejabat Public Gold.

Paling besar boleh pos ialah 5 dinar. 
5 dinar ialah 21.25 gram emas. 

Kalau anda mahu buka akaun GAP boleh klik link di bawah.


Selepas siap daftar boleh hubungi saya untuk panduan beli dan jual. 



Sebelum balik aku turun bawah kejap. 




Rabu, Februari 09, 2022

tak pakai baju korporat


Kat tempat kerja aku kena pakai baju korporat setiap hari rabu. Tapi tadi tak jumpa pulak baju korporat. Jadi pakai baju ni jer.

Pagi dalam pukul 9 ada majlis bacaan Yaasin dan tazkirah oleh ustaz. 

Selasa, Februari 08, 2022

latest credit statement


Banyak juga out standing balance kad kredit aku. 
Sekali tengok memang menggerunkan. 
Jangan la buat hutang banyak macam ni, terutama dengan kredit kad bank. 
Kalau pinjam dari ar rahnu lain sikit psikologi dia. 
Bayangkan bila kau settle bayar hutang kau dapat emas. 
Kalau settle bayar kad kredit kau tak dapat apa2. 
Jom. Simpan emas dengan Public Gold

Isnin, Februari 07, 2022

Ahad, Februari 06, 2022

padu teruk hutang bulan Feb ni


Mungkin ini yang paling last aku buat, harapnya begitu. Tapi sukar aku percaya. 

Khamis, Februari 03, 2022

Plan la nak buat apa

Duduk sekejap di Kampung.

Rabu, Februari 02, 2022

still in kemaman

Without any specific reasons other than to delay my arrival time at Kelantan, so I went and deliberately try to find a hotel, any hotel at all, in Kemaman...or more exact Bandar Chukai. 

So the noble reason that I stated is I'm here in Kemaman in a sacred mission, searching for a long lost friend..

At the riverbank in Chukai there were quite clean but I could pick one or two trash. 


Kemaman is a decent district but somehow the airbnb service here is a bit disappointing, at least for me. I got two books at airbnb just ignored. No response from owner. Imagine if I have no other choices. 

Lucky for me that day I could muster the courage to find a decent hotel. So I stayed at Chukai view. Not really a worthy hotel but good enough for me to take a good rest after a long drive. 

Sleep is a good thing. Quite a moments there in Kemaman or more exact, Chukai. There is also a decent beach here named pantai monica bay or pantai mok nik. 


Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.