Rabu, Mei 31, 2023

last day of may

One of my colleagues is resigning today. Hope I can catch a picture of me with him.
Photo taken with Huawei Honor x7

Last day of anuar. No picture of him today. 

Also last day of MD. I helped Nazri to pen a farewell note to our MD. 

Then I went down to fight sword with Lan. 

A great fight. I lost the last set. I feel good though. 

Selasa, Mei 30, 2023

mimpi selepas neb

Ke kl dengan linda dan kawan dia.
Pukul 5 aku turun. Mai datang kejap. Lepas tu Lan.
Game menarik, cuma aku masih tewas.


Isnin, Mei 29, 2023

kena gitu je


Tewas main ping pong. 
Dengan partner aku. 

Baik. Cuba sukan lain pulak. 
Siapa nak main golf. Beli putt sendiri main kat rumah jer. 


Ahad, Mei 28, 2023

Malaysia world Skill Junior


Semalam lagi Irfan ajak keluar. Tapi tak boleh la keluar sebab dekat gmi hari ni bertugas sebagai ajk pertandingan Robot

3 hari bertugas mulai jumaat sabtu ahad.
Sabtu dah bagi tugas pada orang lain jadi hari ahad ni je yang aku datang. 

Petang lepas asar keluar juga ke ioi. Layan polis evo 3.
Sempat bergambar depan kedai Lego di IOI ni. 
Sebelum wayang makan ramen di Sukiya. 

Sabtu, Mei 27, 2023

jom ke pasar


Beli daging jenis batang pinang. 
Rm 44 sekilo. Batang pinang kat pasar Kajang ni aku suka beli sebab dia lembut bila makan. Sesuai la untuk aku yang suka daging lembut. 

Ayam separuh 
10.90

Sayur brokoli
8.50

Bawa rm90 baki rm20. 

Kalau malas nak beli kat pasar, boleh beli daging kat shopee.. 

Petang ke pasar Evo Bangi pula. 
Harga susu pekat manis FN dah naik 4 ringgit lebih. 

Malam ambil Irfan yang sampai dengan bas dari Kota Bharu. Naik bas Mutiara. 

Jumaat, Mei 26, 2023

mimpi, lucid dream

Bila aku terbangun pada awal pagi, sekitar 4 ke 5 pagi dan amik neb, biasanya aku akan alami lucid dream selepas itu. 

Berikut adalah lucid dream tersebut, setakat yang aku dapat ingat. 

- (masa aku taip ni, bi surah buat sesuatu, akibatnya bila aku terus menaip dia mengamuk) 
---------------------------------------------------------------
Aku hadir jamuan raya, tapi duduk tepi birai je dengan student, sebab aku dah beritahu tak hadir. Staff lalu aku buat buat tak nampak. 

Ada staff baru yang macam aku, kaki pong pong. Aku tegur dia

Dia duduk tempat yang pelik namanya macam teluk apa ntah katanya. 

Bila Bi lalu tepi aku cuba nak impress dengan student pulak. 

Pergi ke negara asing dengan abah. Ada bas datang dan buat U turn. Pun aku cuba nak impress.

Bas tu macam ada beberapa biji dan ada pemandu bas yang tak puas hati. Tiba2 ada satu bas yang tiba dengan laju. 

Lepas tu tiba2 ada kat KL. Dengan hutan misteri. Ada kereta tergantung. Suasana pun pelik semacam. Tapi aku suka suasana tu. 

Itulah mimpi.

Bila ambil neb memang aku akan alami gangguan dari sudut saraf, selalu alami mimpi mimpi pelik yang lucid.

Agaknya itulah kesan ubat neb (a type of drug) pada otak dan saraf. 

-------------------------------------------------------------------
Iklan POCO 

Petang lepas solat jumaat terus ke KT 3 untuk siap dewan world skill belia. 

Kena angkat kerusi meja juga lah. Boleh tahan la banyak. Itu ada bantuan tu. Sorang student. 

Ahad je aku akan turun bertugas. 


Khamis, Mei 25, 2023

Transformasi Korea Selatan


Tahukah anda, Korea Selatan (seterusnya disebut Korea) adalah antara negara Asia yang mengalami transformasi yang agak besar dan radikal?

Sebagai perspektif, seawal tahun 1960an negara Korea adalah negara pertanian yang miskin, lebih miskin dari Yaman dan Haiti (Etopia). GDP Korea ketika itu hampir sama dengan negara Rwanda saja.

Namun menjelang 1980an, negara Korea mula bangkit dari status negara pendapatan rendah kepada negara kelas pertengahan. Ini berlaku bila Korea mula membuat polisi ekonomi yang berorientasikan eksport.

Korea melabur dalam penyediaan fasiliti bagi industri berat, kimia dan elektronik. Mereka mengeksport bahan seperti skrin dan komponen elektronik. 

Sejak itu kadar GDP Korea terus naik, secara purata melebihi 8% setiap tahun.

Bermula dari GDP US$2.7 billion pada 1962 kepada US$230 billion pada 1989, lalu mencecah paras trillion dollar US pada awal 2000s. 

Kemuncaknya, pada tahun 2016 Korea berada pada tangga ke 11 keseluruhan ekonomi dunia berdasarkan GDP.

Siapa yang boleh lupa zaman internet mula pesat naik seawal tahun 2000an, handset jenama Samsung adalah penanda aras no 1 bagi pembeli telefon bimbit ketika itu.

Samsung jauh mengatasi jenama seperti Sony Ericcson dan Nokia yang mulai berkubur. 

Samsung bukan sekadar telefon bimbit, tapi TV flat, komputer riba, mesin basuh dan segala macam alatan electronic tercanggih. 

Selain Samsung, syarikat elektronik besar seperti LG juga berasal dari Korea. Hyundai, Kia adalah sekadar menyebut beberapa nama yang masyarakat kenal, tapi sebenarnya banyak lagi syarikat besar Korea seperti SK dan CJ.

Hingga hari ini pun jenama Samsung masih gah. Harga phone Samsung cecah RM4000, belum jatuh walaupun ada saingan dari telefon Apple dan segala brand Cina. 

Nak tahu bagaimana Korea bangkit?

Berikut adalah antara faktor kebangkitan Korea. Mungkin kita boleh belajar sesuatu. 

1. Dasar kerajaan Korea yang merancakkan iklim perniagaan. 

2. Dasar kerajaan Korea yang menggalakkan inovasi. 

Dana besar digunakan untuk RnD. Bahkan pembangunan RnD Korea mengatasi USA dari sudut pertumbuhan. 

3. Dasar kerajaan Korea yang memastikan kontrak dipatuhi dan hutang dibayar.

4. Rakyat Korea juga secara umumnya benci pada budaya rasuah.

Kes feri Sewol pada 2014 menjadi simbol bila rakyat Korea bersatu membuatkan bukan saja syarikat Sewol terduduk, malah president Korea sendiri ketika itu terpaksa meletak jawatan. 

Bank Dunia pada 2018 meletakkan Korea Utara sebagai No4 paling mudah berbisness, lebih tinggi dari US, China dan Jepun.

Bukan saja Korea mengeksport teknologi, malah budaya Korea juga menjadi ikutan dan kegilaan seluruh dunia.

Bermula tarian kuda Psy, Gangnam Style yang memecah rekod YouTube.

Budaya muzik K Pop menjadi kegilaan. Drama Korea, Black Pink, Running Man, Squid Game, apa saja Korea buat menjadi trend, bahkan melancong ke Korea menjadi simbol cinta!

Alat solek Laneige adalah dari Korea.. 
Hail Husaini dah bertukar muka Korea. Kalau buat pembedahan plastik, kena pergi Korea. 

Kemuncak kepopulariti budaya Korea ini terbukti bila Casio, sebuah syarikat Jepun telah melantik kumpulan KPop Itzy (gambar) sebagai duta BabyG / GShock, sebuah simbolik yang bukan kecil bagi syarikat Jepun yang begitu lama dan penuh tradisi.
Itzy Band

Oh ya, esok di acara Lima, TUDM akan mematerai perjanjian membeli 18 biji pesawat tempur FA-50 buatan Korea!
Korea juga maju dari segi ketenteraan.

Contoh jelas bila Syarikat Hyundai juga membuat kapal ketenteraan sendiri. 
Kredit Gambar : ASEAN Security Observer.

Ramai pemerhati ekonomi telah meramalkan bahawa Korea akan memotong ekonomi Jepun dari sudut GDP jika Jepun tidak melakukan perubahan. 

Badan dunia seperti IMF meramalkan bahawa Korea akan memintas Jepun dari sudut ekonomi, sepenuhnya pada 2026.

Begitulah 

감사합니다

Ahmad Sadli Ibrahim. 
x staff Amkor. 
(American Korea)

Tahniah Irfan

Irfan dapat anugerah pengetua MRSM. Aku tengok live fb je. Abah (atuk Irfan) yang pergi ke sana.
Siap ada performance nyanyi tu. Cuma kesian student kena tengok lirik susah benar sebab tak ada skrin depan. 

Lepas zuhur turun level4. Ada student ambil barang. Kemudian terus sambung ko ko pukul 5. 

Lan sampai pukul 6. 

Rabu, Mei 24, 2023

Bekerja kuat seperti Korea


Di negara sebelah Asia, kita memang tahu bahawa rakyat Jepun dan Korea sememangnya terkenal dengan budaya kuat bekerja. 

Kali ini kita fokuskan pada Korea. 

Di Korea, suasana dan tekanan kehidupan itu sendiri menyebabkan keadaan tempat kerja seolah olah menjadi sebuah medan pertarungan siapa yang paling hebat, kreatif dan produktif. 

Pemenangnya pasti akan meraih kekayaan dan kemasyhuran. 

Secara tak langsung keadaan ini memberi tekanan kepada mental. Ya kita faham material, wang dan kebendaan itu penting, tapi mental yang sihat juga penting.

Korea adalah antara negara yang mencatat angka kematian akibat bunuh diri yang tinggi. Mereka yang membunuh diri adalah golongan muda yang masih panjang perjalan kehidupan. 

Mereka juga kadang kadang adalah artis popular yang sedang sukses dalam kerjaya. Kenapa ini boleh berlaku?

Satu hakikat yang kita perlu faham. Semakin banyak duit yang kita kumpul bukan berarti semakin gembira kehidupan kita. 

Kerana gembira itu adalah keputusan diri kita sendiri. Gembira adalah pilihan. Maka, kita harus belajar untuk sentiasa memilih untuk gembira. 

Kaya pun gembira. Tak kaya sangat pun gembira. Menang gembira, kalah cuba lagi, atau jangan putus asa. Permainan ciptaan manusia tapi perasaan kita yang kawal. 

Ada orang yang fikir untuk menjadi kaya harus bekerja kuat. Ya, itu mungkin ada betulnya. 

Tetapi untuk kaya kita perlu tahu bahawa kaya itu terletak pada nilai. Kalau pada kerja kuat semata, kerbau juga kerja kuat.  

Jadi nilai apa yang boleh kita tawarkan. Semakin banyak nilai yang kita boleh tawarkan maka semakin kayalah kita. 

Nilai tawaran itu termasuklah nilai khidmat yang baik, nilai produk yang bermutu tinggi, nilai ilmu yang bermanfaat bahkan apa saja nilai yang orang mahu atau perlu dalam kehidupan. 

Itulah kefahaman sebenar bagaimana mahu menjadi kaya.  

Saya beri contoh nilai tawaran negara seperti Korea. 

Mereka tawarkan nilai teknologi tinggi pada produk mereka seperti Samsung, LG dan sebagainya.

Mereka tawarkan nilai kreatif yang tinggi melalui drama drama Korea. Mereka tawarkan nilai hiburan yang hebat melalui artis K Pop. 

Mereka tawarkan kualiti pada pembuatan pesawat tempur mereka. Mereka tawarkan kepercayaan pada jenama buatan Korea. 

Itulah nilai  yang membuat Korea sebagai negara kuasa ekonomi ke 11 dunia. Hingga negara Malaysia pun membeli pesawat tempur dari Korea. 

Dengan kepercayaan sebegini maka tak hairanlah bila syarikat seperti Casio dari Jepun telah melantik artis Korea, Itzy sebagai duta syarikat mereka. 

Tamat. 

==================================

Turun level 3 belanja Sepul yang tolong aku semalam grill kan mangga rumah. 
5 keping roti tampal untuk 5 orang tech. 

Alhamdulillah. 

Selasa, Mei 23, 2023

bi hilang kunci

Aku turun bawah minta tolong Saiful.
Dia datang rumah grill terus. 

Saiful siap singgah kedai DIY, suruh aku beli mangga. 

Lepas grill, buang terus mangga lama. Harga mangga baru ni dekat Rm 10 juga.

Sebenarnya aku nak cari mangga yang jenis numbering padlock. Tapi kat diy tu tak ada. Dah habis agaknya.

Balik aku nak topup minyak kereta Saiful tapi dia tak mau. 

Isnin, Mei 22, 2023

Itzy, famous K Pop from Korea


Jika anda mahu beli jam jenama casio di shopee pastikan anda ke kedai CASIO official store. Ini untuk mengelakkan anda daripada terbeli jenama Casio tiruan. 


Tahukah anda ini lah Casio Ambassador. Kumpulan k pop dari Korea. Itzy. Itzy menjadi model bagi jenama Baby g. 

Lawa je jam ni. 

Ahad, Mei 21, 2023

ahad kena ceramah

Kena tahan telinga la.

Pagi pagi aku penat nak bergerak. 
Terlampau tak ada motivasi. Hanya nak duduk. Hanya nak menikmati pagi. Nak bermalas malas kata orang. 

Nak gerak keluar pergi beli nasi yang dekat pun malas. Apatah lagi nak pergi ke  Raub, Pahang. Ya, aku dah janji nak pergi ke Raub hari ni. Tapi bila hari ni tiba, aku jadi malas. Tak tahu kenapa. Tak boleh kata apa. 

Pagi kena tahan telinga, kena dengar ceramah. Ya, salah sendiri. Tak mampu tunai janji. 

Petang keluar ke ioi. 


Sabtu, Mei 20, 2023

sabtu yang produktif

Sabtu gais. Jom jalan layan movie ke apa ke. Buat apa yang patut. 

Tengahari lepas zuhur kami ke ioi Putrajaya. Ramai orang keluar, sebab kerajaan dah gaji. Cuma aku swasta merana la sikit. Duit dah kering. Gaji lagi seminggu. 
CASIO official store. 
Kat ioi makan di restoren portugis. 
Boleh nampak tahun portugis datang ke Melaka. 







Jumaat, Mei 19, 2023

jumaat nan suci


Hari ni abg Naz nampak kepenatan sebab semalam perform dan balik lewat malam ke Semenyih. 

Walaupun aku berada di sana juga, tapi tugas aku sebagai camera holder tak la terlalu tertekan berbanding abg Naz yang kena menyanyi. Apatah lagi dengan kehadiran yang ramai kali ni. Juga vip seperti MD, DMD semua ada. 

Lepas rehat jumaat abg Naz terus balik sebab dia dah apply half day. 

So petang aku sorang sorang je. 

Tengahari order nasi cik Ani macam semalam. So dah dua kali order grab dari kedai cik Ani. Ok jer, cuma mahal la. 

Gaji belum masuk lagi, duit tinggal rm 50.


Ini pula semalam punya cerita. 
18 May 2024 birthday Firas. 
Sempat beli kek Secret Recipe dan sup cendawan, makan favourite Firas. 

Lawa jugak. CASIO ni. Warna Casio biru muda ni stailo jugak. 






Khamis, Mei 18, 2023

lukisan alam

Tips untuk membeli jam tangan Casio di shopee. Di shopee memang ada kedai casio official

Jadi beli di kedai casio official untuk mengelak dari terbeli jam jenama casio tiruan. Barulah anda puas hati membeli jenama casio. 

Tengok gaya aku pakai jam Casio. 


Malam aku turun jamuan raya student. Tengku band perform. Sampai pukul 11 30 pm juga. Dekat pukul 12 baru sampai rumah. 


Petang sempat belikan kek sikit untuk Firas. Birthday dia ke 10. 

Rabu, Mei 17, 2023

nice view


Serius la. Macam Lukisan pulak view belakang aku ni. 

Petang turun. Lepas siapkan wire dekat 8 meter untuk Doktor Nazrin. 

Mai tengah layan makan dengan Shila dan Mek La. Sam pulak busy nak distribute sijil. So Pie je boleh melayan.

Tewas dengan Pie 2-4.
Alasan, kasut licin.

Ok kalau nak beli jam jenama casio pastikan beli di Casio Official ya. Barulah original. Barulah puas hati. 

In politics, KJ was offered a post if he join Bersatu, yet KJ still not announcing anything. Not deciding is tantamout to a no. 

Selasa, Mei 16, 2023

seribu kali sayang


Jam tangan ditaja oleh Casio G Shock.
Jump rope sebelum kerja.
Selamat Hari Guru 2023.

Petang geng ajak main pingpong tapi rasanya agak sibuk uruskan pelbagai hal kerja dan masih terlalu awal nak On. 

Isnin, Mei 15, 2023

Jamuan Raya EED

Bersamaan 24 Syawal 1444. Mood raya masih membara dan berkobar. 
Gambar sepatutnya lagi banyak dan tersusun tapi selfie ni je dapat sebab kami terlalu sibuk, sampai hampir lupa nak bergambar, namun segalanya berjalan baik. 

Aku sampai dalam 830 pagi terus gerak angkat speaker dan setup segala. Bang Naz dah ada sampai awal dari aku, katanya 8 00 pagi lagi dah sampai. 

Tengku pula tiba tengahari sikit dan student Tengku pun ada stand bye. Tapi tak ada performance live band. Tengku tak ada mood nak perform. Tak pasti, sebab ada kelas atau kenapa.

Dengan speaker Tengku dan amp yang power, bunyi memang padu walaupun guna sikit jer dah kuat. Kadang kadang memang terkuat sikit. 

Asri, Abg Naz dan Nora hanya menyayi karaoke saja. Walaupun begitu, ia tetap meriah dan havoc.

Ada menu special kambing bakar. 

Kambing ni sekejap saja habis. Bila Doktor Farid tiba lewat sikit, dia tak sempat nak merasa kambing bakar.

Petang kami siap dalam pukul 4. Lepak dan rehat sebab kepenatan angkat speaker. Tengoklah semua wayar yang berselirat tu nak pasang, kemudian nak kemas. 

Ahad, Mei 14, 2023

nice background


Aku sempat melala sekejap waktu pagi sebelum ke IOI lepas zuhur, Bi ajak. 

Last job lala hantar buah ke kajang country height. Lepas tu terus lari balik. 

Kat ioi hanya Window shopping je la sebab duit dah kering.

Petang dapat berita kenalan technician lama di Amkor, Rosmdino aka Dino telah meninggal dunia. Tak tahu pula apa punca. Innalillah. Bila tanya Las, katanya kanser perut yang merebak. 

Sabtu, Mei 13, 2023

let's work


Laying down feels so good. But up to a certain point only. 

When the reality, creeps in, laying down is not worth a dime. And doing the work is better than doing nothing. 

Replace gas in the morning rm 32.

For the morning I will rest. Maybe in the evening I will work something.

I went for a delivery job. Late evening rain coming. Lucky I have brought a mediocre raincoat

Jumaat, Mei 12, 2023

middle of may


Yeah. It's not even middle of May. 
Yet all the money almost dry. 2 weeks before salary. 

Today me and bro Naz spent a lot of time in room 6 setting up and testing of sound system for next monday event. 

I'm not sure when bro Naz retire I will continue with the same enthusiasm as him. I'm not into sound and speaker

Tengku arrived late evening to the surprise of me and bro Naz. 

Khamis, Mei 11, 2023

20 Syawal 1444


Hujan lebat time nak balik. Baju hujan pun tak bawa. Stay back lah dulu sampai dekat 6 pm.

Hari ni assist setup speaker untuk open day raya EED. Tengahari Bang Naz payung makan di villa seafood.

Balik lenjun juga. Bersin la main hujan. Kaki pun semalam gatal teruk. 

Rabu, Mei 10, 2023

19 Syawal 1444

Masih beraya ke tu...Aku akan beraya sekali lagi esok, selepas berjaya berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Alhamdulillah. 

Kita ada lebih kurang dalam 10 hari lagi bulan Syawal. Isnin depan ada jamuan raya EE Department. Abg Naz diminta setup audio dan entertainment. 

Petang turun jap layan Pie. Tewas 3 - 4. After more than a month of not touching my pedal.

Balik kerja Telefon abah minta dia ke sekolah Irfan dan ambil Irfan petang.

Biasanya aku semput awal pagi je. Ini petang hari dah semput. Dia (penyakit aku) dah start mengarut ni.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.