Madu kelulut adalah sejenis madu yang terhasil dari perut lebah kelulut.
Beza ketara lebah kelulut berbanding lebah biasa ialah dari segi saiznya yang lebih kecil dan juga sifatnya yang tidak menyengat. Ada yang memanggilnya sebagai lebah lalat.
Sifat madunya sedikit berbeza iaitu lebih cair dan kurang pekat. Ini menjadikan madu ini lebih senang sebenarnya untuk diamalkan secara konsisten.
Rasanya sedikit masam manis, berbeza dari madu biasa yang manis sahaja.
Pengalaman saya sendiri selepas mengamalkan madu kelulut nampak memberikan kesan baik pada kesihatan.
Sebagai seorang pesakit asma yang perlu mengambil pam, saya berani memberikan testimoni bahawa madu jenis kelulut ini memberikan kesan yang baik kepada kesihatan.
Banyak kajian telah dilakukan dan banyak yang menyatakan madu kelulut punya kelebihan tersendiri.
Bahkan kebaikan madu ini diceritakan dalam rancangan National Geographic Society, antaranya selain penyelidikan akademik di universiti terkenal.
Oleh kerana sifatnya yang tidak menyengat, kelulut lebih dekat kepada manusia dan ia dipelihara serta dijadikan perusahaan ternak.
Diceritakan bahawa madu kelulut lebih berkhasiat kerana saiz kelulut yang lebih kecil menjadikan ia mampu ke tempat yang lebah biasa tidak boleh capai.
Bergantung pada musim dan bunga jenis apa yang kelulut itu berhampiran maka madu yang terhasil adalah pelbagai tingkat kualiti.
Ada dakwaan megnatakan madu kelulut mampu memberikan kekuatan tenaga zahir dan batin. Boleh membantu kencing manis, jantung dan sakit sakit sendi.
Pun begitu janganlah anda cepat percaya, kerana hanya anda yang perlu merasai sendiri dan ceritakan kisah anda.
Madu kelulut yang saya amalkan adalah jenis kelulut liar dari hutan Belum di Perak.
Jangan risau, anda boleh dapatkan madu kelulut liar ini secara online dari shopee.