Rabu, Januari 31, 2024

matahari mula meninggi

Semalam tiga kali juga pam. Setiap pam tiga puff. Tadi lepas solat subuh pun kena pam. 

Mujur t hari dan petang tak semput sangat. Sikit2 je tapi tak sampai kena nap.

Hari ni Naz cuti mc 2 hari. 

So ok la hari ni. Cuma malam la aku semput balik. 

Selasa, Januari 30, 2024

Isnin, Januari 29, 2024

kerja

Petang turun tak ada orang. Dengan Lan je 5 30.

Ahad, Januari 28, 2024

ke 3 plate

Tewas dengan Zali lagi. Lagi tak dapat melayan serve dia. Serve dia tak la susah sangat pun. Spin je lebih. Pakai pimple la lain kali. 


Sabtu, Januari 27, 2024

Jumaat, Januari 26, 2024

Khamis, Januari 25, 2024

public holiday

Kayuh leha leha sikit je sebab lama dah tak kayuh. Leha pun penat gak la. 

Rabu, Januari 24, 2024

matahari agak segan

Pagi2 aku cuba berjemur mencari cahaya matahari, tetapi matahari agak segan pada pagi ini. Ya, maafkan aku matahari.
Mandi dah agak lewar, dah dekat 8am. Nasib baik sempat. Pagi Mai dah ajak minum tapi tak apa lah. 

Selasa, Januari 23, 2024

jom kerja

Petang 4 lebih hujan lebat juga. Terengganu dengarnya banjir juga di kawasan bandar KT. 

Balik hujan lagi, aku redah juga. Sampai rumah sedikit kebasahan. 

Isnin, Januari 22, 2024

Naz mc

Aku kerja seorang diri je sebab Naz ambil MC. Gout katanya. 
TTO minta sediakan barang student. Hari ni aku kemaskan dan kira berapa baki yang ada. Esok baru order mana yang tak cukup. 

Ahad, Januari 21, 2024

bi buat social work

Pagi2 dalam pukul 10 lebih hantar wife aku ke pusat silat hari ni, ada gotong royong bersihkan gelanggang.

Lepas habis silat, terus balik. Kami semua flat, melepak je di rumah sampai waktu asar.

Dekat waktu asar aku semput lagi, 2 kali pam.

Petang keluar cari lauk sikit walaupun duit dah kering. Cucuk 100 di atm guna credit. 

Sabtu, Januari 20, 2024

kenduri ibu Asmah

Kenduri ibu Hasmah di Melor Garden, Sungai Ramal. Ibu Hasmah ni jiran kami dan juga pengasuh anak2 kami semasa kecil. 

Lepas habis kenduri kami terus gerak pula ke Sepang untuk majlis Hi Tea di Movenpick. 

Majlis ni dijangka sampai pukul 4 petang. Lepas hantar Bi ke Movenpick aku gerak ke Banting konon nak tengok wayang sambil tunggu nak ambik Bi pukul 4. 

Tapi rupanya wayang dah bangkrup. Las pula kerja, ingat nak ajak mengopi. Nak call Herman takut dia kerja. Jadi gerak balik semula ke Kajang.

Jumaat, Januari 19, 2024

jumaat ramai tak ada

Asri belanja pagi ni tapi ramai tak ada. 
Syed Mizi, Zul, Ahmad. Bang Naz pula tak turun walaupun dah panggil.
Panggil Saiful dan Taufik mujur mereka ada. Alhamdulillah habis 6 tosai 3 teh tarik. 

Khamis, Januari 18, 2024

teruk batuk

Masih batuk dengan agak teruk sekali. Cuma tak la sampai kena nap. Tapi kahak dan lendir agak teruk. 
Pagi tak keluar matahari, segan agaknya. 
Petang dan pagi buat kerja AF. 


Rabu, Januari 17, 2024

vitamin D

Matahari memberi sinar kekuatan padaku walaupun pagi tadi rasa macam teruk sangat. Gigil habis. Semput tahap tertinggi juga. Tapi tak boleh berjemur lama2, pelik pulak orang nampak.

Hari ni aku order kelulut liar, mungkin dalam minggu depan baru sampai.

Petang tak turun sebab badan masih lemah.

530 balik jumpa Lan. 

Selasa, Januari 16, 2024

ke serdang

Pagi2 gerak ke Hospital Serdang, appointment Firas. Aku minta time off saja. 

Naik kereta ke GMI dulu sebab nak apply dan submit borang time off. Jalan atas jambatan sesak. Terpaksa jibble atas jambatan dalam kereta. Dah 830 am masih jem atas jambatan. 

Di Serdang pagi2 nampak ada polis traffik. Apa nak buat memang tak ada tempat parking. Kalau nak ke hospital memang kena parking tepi jalan je. 

Check power Firas kena pakai la. Hari ni petang dah semput. Muka pucat dan tak larat. Keadaan agak merisaukan. 

Isnin, Januari 15, 2024

muda lagi ke

Nampak tua la muka, hu hu. Badan belum kuat lagi akibat serangan lelah. 

Ahad, Januari 14, 2024

kadang perlu kompromi

Hantar Bi silat. Badan agak lemah jadi aku stay aje kat rumah. Burn duit 30 untuk sarang tournament. 

Sabtu, Januari 13, 2024

Jumaat, Januari 12, 2024

Khamis, Januari 11, 2024

Rabu, Januari 10, 2024

Selasa, Januari 09, 2024

bz dengan audit

Audit iso rasuah pulak. 

Ahad, Januari 07, 2024

bi mulai kelas silat

Dalam 10 am aku hantar my wife ke gelanggang / kelas silat Kajang Utama. Bulanan 40 tahunan 60.

Sabtu, Januari 06, 2024

Khamis, Januari 04, 2024

sarapan jom

Hari ni dah jumpa balik beg dan passport. Alhamdulillah.
Letak dekat kotak student dalam vilik fyp rupanya. Dah tak mau fikir apa apa yang penting beg dah jumpa. 

Rabu, Januari 03, 2024

pasang tayar

Pagi2 aku pasang tayar kat subwoofer Tengku. 

Selasa, Januari 02, 2024

hari kedua 2024

Bila gunting rambut macam ni baru lah nampak terserlah yang aku ni beruban teruk. 

Naz yang 50an pun tak beruban seteruk macam ni. Aku ok je. Minat pula style macam ni. Walau ada ubat pewarna tak perlu bagi aku. 

Masa keluar tengah hari selisih dengan Lan. Dia dah tanya pasal ping pong dah.

Kat tempat kerja hari ni nampak bertenang je mungkin sebab masih ramai staff yang cuti.

Petang layan dengan Lan. Tewas set terakhir. 

Isnin, Januari 01, 2024

selamat tahun baru

Pagi2 aku bawa Firas gunting rambut. Sebab tak ada orang lagi, dan rambut aku pun dah panjang, aku pun potong juga rambut. 

Lepas tu ke pasar Kajang nak cari lauk, tapi pasar tutup. Ingat nak beli daging. Daging sejuk beku ada lah, nak beli takut silap pula. 

Dari pasar aku ke pusat cuci kereta. Lepas cuci kereta aku terus hantar kereta kepada pemiliknya di Sungai Tangkas.

Lepas hantar kereta cari lauk lagi bajet sikit di kedai Acheh. Pun dekat 20 juga.
Balik rumah lepak saja dan kelaparan.

PM dan kerajaan nampak stabil je.
Kita yang berniaga barang ni mesti terus.

Pokok terung dah nak berbuah tapi bena pulak banyak. Kena guna spray anti bena la agaknya.

Dalam pukul 4 Cik Ti sampai. Terus beri duit yang ma kirim. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.