Rabu, April 30, 2025
Selasa, April 29, 2025
tak berani dah tinggal inhaler
Siang pun kena standbye sekarang.
Tengahari datang serangan asma kejap. Mujur tak melarat. Tapi teruk jugalah.
Isnin, April 28, 2025
semput hari ni
Biasa aku semput malam.
Hari ni pagi nak gi kerja masih semput.
Pagi reda sekejap.
Tengahari dia datang. Teruk juga la. Aku kat L4 sorang 2. Cepat2 keluar dan pergi solat zuhur. Penat juga.
Petang nak balik kena lagi. Sampai tak larat la nak turun gelanggan.
Malam pun masih ada.
Ahad, April 27, 2025
semput yang merisaukan
Malam tadi semput teruk juga.
Berlarutan sampai siang.
Tengahari lepas zuhur gagahkan diri beraya ke rumah Cik Zul di Jenderam.
Alhamdulillah masih berpeluang. Masakan sedap dari hasil air tangan cik Zul sendiri.
Sabtu, April 26, 2025
Raya bersama Public Gold
Raya Event Public Gold di Menara Public Gold KL. Kami sampai lewat jadi makanan dah tak ada. Lepas tengok2 emas kami ke mytown.
Kena bantu Syed isnin ni. Alhamdulillah dia dah uruskan sendiri. Isnin lebih kepada info.
Malam pula buka akaun untuk anak2 Iza.
Jumaat, April 25, 2025
appointment firas
Di hospital Tengku Permaisuri Nurashikin, Kajang.
Lebih besar dan selesa. Pantas. 10 30 dah siap. Kalau hospital Kajang dulu 12 30 dok menangis lagi.
Cuma parking je ngam ngam. Lewat sikit tak ada parking. Staff tak apa boleh chop.
Doktor nak jumpa lagi 4 bulan. InshaAllah selepas aku balik dari Tokyo.
Balik jumaat aku beli 2 aiskrim farmfresh. Tak tahu kenapa nak aiskrim, mungkin sebab tak merasa jamuan raya tempat kerja pagi tadi.
Petang semua tak ada.
Khamis, April 24, 2025
kerja dewan pula
Raya event jumaat ni. Kena pasang banyak meja bulat.
Malam tadi tak semput. Jarang berlaku macam ni. Selalu nya aku semput je setiap malam. Pelik.
Rabu, April 23, 2025
lab officiated
Perasmian Lab IOT L11. Sampai agak awal tapi VIP lagi awal. Apapun majlis berjalan lancar.
Inhaler jenis ni lain sikit kesan dia.
Dah tak semput tapi ada kesan batuk seumpama batuk kering. Agak merisaukan.
Selasa, April 22, 2025
under control
Masih batuk yang teruk. Cuma lelah nampak terkawal.
Petang ada rehearsal untuk majlis perasmian lab 11 esok.
Isnin, April 21, 2025
semput lepas subuh
Biasanya aku semput sebelum subuh.
Ini dia jadi selepas subuh pula, masa sebelum nak masuk kerja.
Hari ni N cuti.
Ahad, April 20, 2025
yes, it's painful
When you sacrifice even your most passionate things in life. The meaning of your existence.
But for a trifle thing.
Sabtu, April 19, 2025
hidung pedih
Hanya yang lalui akan faham.
Sakitnya.
Seksanya.
Aku telan ubat selsema yang mengantuk.
Lepas zuhur keluar open house shima di sekamat.
Dari sekamat terus ke evo.
Sampai evo lepas asar semput.
Jumaat, April 18, 2025
semput selepas subuh
Terbalik pulak. Biasa sebelum subuh semput. Ini selepas la pulak. Ubat semalam bertahan lama, tapi itulah waktu asma aku kacau pulak timing dia.
Hari ni kerja logistik di L 11 lab akan launching next week. Mujur lah larat juga walaupun agak berat kerusi.
Petang gelap nak hujan. Masa nak gerak balik hujan dah reda.
Khamis, April 17, 2025
semput teruk
Malam sampai dinihari, membawa ke pagi.
Suspek utama : Yogurt Anlene. Aku beli lepas hantar B ke klinik. Kenapa aku tak pernah serik? Kali ni aku insaf. Tapi aku selalu lupa.
Rabu, April 16, 2025
jamuan raya technician
Kak M ada walaupun puasa. Topek ada. Saiful ada. Kak Lin pun ada, siap ambikkan gambar kami.
Makanan sederhana tapi baik.
Petang turun gelanggan, P ada L ada.
Selasa, April 15, 2025
malam batuk teruk
Batuk teruk malam tadi. Tak boleh tidur dah dari dinihari.
Siapkan e filing 2024. Berasingan antara aku dengan B. Aku 0. B lebihan dalam 50 lebih sebab dia beri sumbangan kepada MAKNA.
Last time ye beli Tao Bin.
Singgah beli air untuk jamuan esok.
Isnin, April 14, 2025
batuk pula
Pagi hujan gerimis.
Buat kerja ganti diode. Banyak lagi kena buat. Sambung esok la.
Petang batuk melanda. Semput juga. Boleh layan sikit2 la game.
Ahad, April 13, 2025
fail as ever
Gagal waktu pagi. Gagal bangun dan move on.
Reason: malam tadi aku batuk teruk waktu dinihari. Dan tak dapat tidur.
Jadi lepas subuh aku memang kepenatan yang amat dan tak larat nak menapak ke KL awal pagi. Walaupun dah bayar 25 untuk boot camp.
Redup sampai ke petang.
Hidung pedih teramat.
Sabtu, April 12, 2025
aqiqah cucu cikgu Rafi
Di ecohill Semenyih.
Rumah tepi yang besar dan luas.
Dari Semenyih terus ke IOI. Layan cerita Syafiq, Blood Brothers Naga Bara.
Jalan cerita bagi aku lame.
Jumaat, April 11, 2025
dapat lena semalam
Khamis, April 10, 2025
Rabu, April 09, 2025
3 puff 3 pagi
Day 3 puasa 6.
Buat kerja L14 write off barang lama.
Berkotak kotak. Dari pagi sampai petang jugak lah.
Selasa, April 08, 2025
hari pertama kerja, pelik juga
Sepanjang di Kelantan aku bebas dari asma. Serius aku tak sentuh langsung ventolin (ubat asma).
Kat sini terus dia jadi. Terpaksa juga aku ambik neb.
Dalam pukul 11 lebih Bos panggil susun kerusi meja di Level 7. Dalam 12 lebih juga baru siap.
Menang 2 1 dengan P
Isnin, April 07, 2025
rehat di rumah
Rehat tu maknanya tidur la.
Bangun tido aku try start motor tak boleh. Terlampau sejuk seminggu lebih tersadai. Cuba banyak kali kepenatan. Terpaksa tolak ke bengkel. Nasib baik ada budak2 tolong tunda.
Tengahari baru gi GMI. TTO terkejut sebab aku cuti tapi datang.
Kebetulan jumpa Syed Mizi dia nak suruh ajar cara beli emas. Terus beli 2 gram.
Ahad, April 06, 2025
2 47 pm approaching Raub
Lepas sarapan kami gerak. Ma belikan nasi berlauk. Aku bawa 1 lagi buat bekal. Aku habiskan di RNR Gua Musang.
Dari situ gerak ke Raub.
Berenti solat dulu di masjid Tengku Abdullah, Kg Gali Raub. Lepas solat dah dekat nak masuk highway. Aku risau minyak sebab jalan depan ni akan mula jem.
Berenti di BP selepas tol Karak. Ikut kiraan minyak masih cukup tapi cuak juga sebab dah nampak jem ke depan nanti.
Lepas tol Karak memang bersusun kereta. Nasib baik la masih gerak walau pun perlahan.
Lepas tu terus je sampai Metro Point Kajang. Lepas Gombak dah ok sikit.
Makan dan solat dulu di Metro Point Kajang. Baru balik rumah.
Sabtu, April 05, 2025
hantar Fan ke sekolah
Hari ni tak keluar sarapan macam selalu, aku sorang je keluar cari sarapan tapau. Kedai biasa belum buka. Lajak sampai Palekbang juga cari nasi. Tapi ok la, nasi sedap.
Lepas makan pagi tu tidur sampai zuhur.
Balik rumah ma lepas singgah rumah abg Pi di Kok Majid. Dah sunyi rumah ma bila semua adik adik ku dah balik ke sarang masing2.
Jumaat, April 04, 2025
jom dengar ceramah di medan ilmu
Pertama kali sarapan di Kopitiam Seri Cemerlang Kota Bharu. Agak cemerlang juga sarapan sini. Vibe dia ok je, orang tak ramai macam Kita kopitiam jadi cool je. Makanan pun not bad la.
Medan ilmu cuti hari ni, sempena minggu Raya.
Lepas sarapan berdobi dan lepas dobi ke Mydin Tunjong. Ada dealer buat PG kat kawasan ATM, nampak ok gak. Aku kena buat macam mereka.
Layan kopi saigon di Mydin.
Solat Jumaat di masjid Sultan Mansor Lembah Sireh. Lepas jumaat terus balik ke rumah abah.
Cik ti dan Jiji dah gerak balik. Tinggal kama je.
Khamis, April 03, 2025
masih beraya lagi ke
Semua dah jumpa semalam, kecuali Nizam sebab dia keluar.
Sarapan pagi di Kita Kopitiam. Kita kopitiam ni ramai orang tapi kami layan je beratur. Dapat meja depan sekali pulak tu. Terlebih meriah la.
Rupanya dia tutup setiap hari rabu.
Rabu, April 02, 2025
raya ke 3
Jalan2 cari makan di Kota Bharu. Hujan renyai2 pagi ni.
Kedai ada tapi biasala baru raya ke 3, staff tak ramai lagi masuk.
Nasken Coffee Pengkalan Chepa buka lewat.
White house, tutup.
Din Tokyo, tutup.
White Coffee, tutup.
Kopitiam kita, tutup.
Ayang Cafe buka, tapi overcrowded. Air hujan pun siap masuk dalam kedai la. Kami beli bungkus je.
Singgah dobi dulu sebelum makan. Hujan semakin lebat. Lebat juga sampai risau air dah meninggi.
Pergi aeon KB makan kat sana. Lepas tu ke Ketereh rumah kawan B, ekin. Jauh juga dalam 20 km.
Dari Ketereh balik ke rumah ma, makan nasi dulu. Semua dah sampai. Kama, Jiji dan Ti. Nizam je keluar tak balik2 lagi.
Malam gerak balik Gerong.
Selasa, April 01, 2025
raya ke 2
Pagi masih di Telaga Bata.
Petang tunggu kawan Fan datang. Sekali tak dapat datang sebab motor rosak.
Gerak ke Kok Majid untuk jumpa Pok Tih Pija. Pok Tih tak boleh lama sebab malam tu juga dia kena masuk kerja.
Lepas Pok Tih balik kami stay sampai lewat petang juga, lepak rumah abe Pis.
Lepas tu terus ke Gerong. Bersihkan rumah yang banyak tahi cicak dan semut yang dah bersarang. Penat juga la.
Malam ingat nak gi perjumpaan perakan. Sekali tempatnya dah ubah jauh di Tunjong.
Tak jadi pergi, terus singgah KB Mall je cari makan. Kedai belum banyak pilihan sebab banyak lagi yang masih mood cuti raya. Beli laksa dan Gigi Kopi.
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.