Khamis, Ogos 28, 2025

slided in the rain

Front Brake (almost) fail me. It could get worse. But somehow it's fine. It's so unpredictable situation. 

Just after bend, suddenly lot of cars lining and me in speeding mode. With wet and slippery road, my motor slide uncontrollably. 

I bumped into an Innova driven by a nice lady.

Yeah, trying to catch the 830 clock. And I clocked 831 instead. 

Rabu, Ogos 27, 2025

tewas dengan mr B

Good fight but loss 2 - 3

Selasa, Ogos 26, 2025

mr L in attack mode

Tewas beberapa set akhir, tak mampu menahan asakan. 

Isnin, Ogos 25, 2025

kerja

Ambil projector kat ICT

Ahad, Ogos 24, 2025

ke Tamarind

Makan di Boat Noodle. 
Lepak di bookxccess. 
Lepas tu petang lepak tasik Cyber. 

Sabtu, Ogos 23, 2025

Bi ada Ladap

Di sungai Tekala.
Aku plan nak ke PG Bangi tapi form pendaftaran dah penuh
Nak walk in tak strong pula. 
Jadi aku tidur je la. 

Jumaat, Ogos 22, 2025

appointment Firas

Hospital Tengku ampuan Rahimah. 

Pagi2 jibble dulu. Beli kuih dan nasi lemak.

Petang N dah tak ada. Entah busy kat mana. 

Lan and co ada. 

Khamis, Ogos 21, 2025

jom belajar

Belajar bahasa Jepun. Muka dah pucat macam Jepun. 

Rabu, Ogos 20, 2025

tenang tenang sudah

Ngak perlu ribut ya

Selasa, Ogos 19, 2025

susun kerusi

Kak M pun ada. Jadi yang lebih dulu makan garam pun sepatutnya ada. 
Benda mudah nak faham. Betulkan attitude sahaja. Kalau tak nak buat, beritahu. Yang tak tahan tu berlakon nak pergi tapi rupanya hilang. 

Isnin, Ogos 18, 2025

Ahad, Ogos 17, 2025

ke ioi

Layan ramen

Sabtu, Ogos 16, 2025

Jumaat, Ogos 15, 2025

Khamis, Ogos 14, 2025

malam ke sekolah

Bi ada perkhemahan

Rabu, Ogos 13, 2025

selamat sampai

Dari KLIA aku ambil tren ke Cyber. Dari Cyber cari Grab. Nasib baik ada abang Grab ni yang baik. 

Masuk kerja petang

Selasa, Ogos 12, 2025

bye bye Onagi river

Bergerak keluar dah. Seawal 9 am. Sebelum ke Haneda aku singgah dulu di Ueno. Dengan jaket Mizuno yang sangat function. 

Kejutan yang berlainan dari semalam.

Malam tak boleh tidur. Lepas subuh pun tak lelap sangat. 

Bersiap awal dan gerak awal je la.

Bila airport foreign ni rupanya tak boleh check in sendiri. 

Kena beratur secara manual melalui kaunter. Lepas check in aku blur kejap cari terminal depart. Nasib baik aku follow penumpang India yang sempat aku tengok di kaunter. 

Isnin, Ogos 11, 2025

berdobi

Makan sendiri di tepi sungai Onagi sambil merenung nasib diri. 

Ahad, Ogos 10, 2025

penat

Plan asal nak ke pasar karat Tokyo. Tapi hujan lebat juga. Sampai sana tapi tak ada orang. Jaket windbteaker Mizuno sangat function. 

Rasanya tak jadi buka pasar karat dalam hujan lebat begitu. Otak penat sampai aku pergi lepas phone.

Terus aku plan ke Masjid Yokohama. Sampai dari stesen area Yokohama, aku agak kaget sebab pertama kali. 

Berjalan dekat 2 km dalam hujan, kemudian 1 km lebih dalam hutan taman pulak lepas Zuhur aku plan nak ke Buntai pula kot ada tiket.

Tapi betul la, semua tiket sold out. 
Balik Buntai terus flat depan pasaraya life.

Sabtu, Ogos 09, 2025

sampai di buntai Yokohama

Layan WTT Yokohama sampai muntah. Sampai awal tapi beratur panjang juga. 

Nasib baik proses dia smooth jer. 

Agak sukar awalnya tapi dapat juga cari kerusi, sebelah budak solo juga. 

Time nak balik aku boleh nampak stadium Yokohama, stadium legend tu kat Yokohama.

Jaket Mizuno sangat function.

Jumaat, Ogos 08, 2025

jumaat di shinkoiwa

Mandi dan solat subuh dalam cabin. Lepas subuh terus pack barang. 

Dah siap pack dan nak gerak keluar, nampak ada kopi free. Jadi layan dulu minum kopi percuma First Cabin. Ok gak. 

Lepas check out dari First Cabin aku terus menuju ke Masjid Shinkoiwa. Kena pula hari ni jumaat aku memang niat nak solat jumaat kat masjid Shinkoiwa. 

Alhamdulillah sempat sampai awal sebelum khutbah. Walaupun ada sedikit masalah nak cari stesen sebab dah lama tak datang Tokyo dan baru nak catch up balik sistem keretapi kat sini.

Imam menyeru supaya menderma sebab esok mereka nak beli tanah dan rumah kawasan sebelah masjid untuk membolehkan mereka besarkan masjid. Mampu derma 1000 yen, Alhamdulillah

Baju kimono ada offer pula 999 yen. Terus pasang niat nak beli. 

Khamis, Ogos 07, 2025

gerak pagi ni

Aku ke sekolah dahulu beritahu Bi aku nak berangkat. Betul2 short notice ni. Macam on the spot notice je. 

Bertolak dari KLIA 2.

Flight berstatus "on time". Aku terpaksa masuk awal ke gate dalam 1 10 dengan belum zuhur walaupun sikit lagi nak masuk. Rasa terkilan juga sebab surau dekat juga dengan gate.

Flight bergerak ke Tokyo dan di jangka sampai malam. Aku tak ada tempat nak solat. Ruang dalam flight juga terlalu sempit dan aku berada paling tengah. Baris tengah dan kerusi tengah.

Di apit pula oleh dua budak Jepun yang buat hal mereka sendiri. Aku hanya bangun sekali saja untuk ke toilet. 

Seorang pramugara India tegur aku, "datang dengan group ke?" Dia terkejut bila aku beritahu datang seorang je. 

Sampai di Tokyo check out berlaku lancar dengan sedikit saja masalah. 

Dari terminal 3 aku beli suica card dan terus ke terminal 1 dengan monorail. Aku menginap dulu di First Cabin untuk merehatkan badan. 

Sebenarnya nak gerak malam ni rasa cuak dan penat juga. First Cabin agak kecil dan aku terpaksa solat di atas katil saja. Dalam kos perjalanan aku, first cabin antara yang paling banyak makan duit. 

Rabu, Ogos 06, 2025

rabu yang hangat

Hangat wei. Kipas pun tak jalan wei. 

Selasa, Ogos 05, 2025

Isnin, Ogos 04, 2025

kalah dengan P dan L

Tak mengapa. Asalkan perform.

Ahad, Ogos 03, 2025

Jumaat, Ogos 01, 2025

simpan emas sekarang

Mari simpan emas.

Register Public Gold

Lepas register contact aku ye. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.