Sabtu, September 09, 2023

program di sekolah rendah Firas. SK KU

Mimpi malam tadi, nak pajak emas sekilo. Sekali hilang da. Panik la jugak. Rupanya aku bermimpi. 

Sarapan di kedai area sekolah agama Firas. Nak mendaki tu kereta macam sangat struggle. Enjin bunyi kuat dan ada bau semacam. 

Jumpa Faiz rakan pingpong Mara. 

Lepas sarapan terus ke sekolah Firas, ada majlis senam robik dan gotong royong. Lepas senam terus balik. Tak larat nak gotong royong. 

Kereta bau semacam. Aku buka bonet depan. Rupanya minyak gearbox melimpah keluar. Terus gi bengkel. Pomen ketatkan tuil penutup dan topup minyak gearbox. Kena rm 40.

Lepas tu ke kedai tayar pula. Ada 2 tempat bocor skru. Fuh, dua sekali. Tampal dua dua. Kena rm 14.

Tengah malam Firas terjaga dan batuk agak teruk. 
Malam second.

Jumaat, September 08, 2023

altec game internal. Target : survive group

Target tak tercapai. 

Truth is.... 
Its not easy.
Without proper training, without fully commitment, without spirit, the journey will be quite tough and painful. 

Grup C ada 5 orang. 
Menang 2 game tewas 2 game.

It's was so near, yet so far. 
Tewas dengan Zul twiddler penhold 
3 set berbalas 0.
dan Jukie or Marzuki spinner shakehand all rubber

The setting was perfect.. With 2 win, I only need to beat Marzuki and went to second round. 

But it did not happen. 

With Jukie it was duce at the end of 2 all games. So the loss was a bit painful, all because I cannot be a bit patient at the end. 

Anyway, I feel satisfied with myself. But I will always live with that memory of that ending game with Marzuki. Forever in state of regrat. 
Quarter finalist dapat beras
Zul was third, he won cash money. 

Thinking about this made me in tears. It's ok though. This game is not planned to join but last minute I did enter.

Need to stay back for a while looking for my phone and talking with Zul. 

Khamis, September 07, 2023

to Hospital Serdang again

I applied AL so that I could come here bringing my son for appointment. 

Al applied on monday from old boss, old department before restructuring was announced. 

This coming 15 Sept 2023 we tech will be under new boss, new department. 

I'm not asking much. 

Just hope I can do my job, that's all. Nobody is excited about change. 

Too tired, or lazy to go back practice table tennis

Next appointment in three months time.

I will try my best for tomorrow night tournament. 

Same group with my old nemesis. 

Rabu, September 06, 2023

moments before sneeze

Meeting for the first time with new boss. 
Attended also by Cik Zul and Mr Halim. 

Good info sharing. 

At evening lost to Pie. 
Lost last game to Lan.

Once in a while it happen.

Selasa, September 05, 2023

in state of confusion

Thinking about work made me worried. I even thinking about finding another job. Yes, that's the severity and graveness of the situation. 

Before sparring, I made about more than 100 rope jump. And it was intense. Yes, I can feel the flow of adrenaline.

Late night fruit made me got asthma in the morning.

Life, however, must goes on. 

Isnin, September 04, 2023

memulakan tugas selepas seminggu off

Hari ni jumpa bro Naz kali pertama sejak dia balik dari menunaikan ibadat Umrah di Mekah. 3 minggu juga Naz on leave. 

Bro Naz nampak sihat dan ceria saja. Syukurlah. Dia siap belikan sedikit cenderamata untuk aku. 

Aku pula seminggu AL. Selepas menyambut merdeka di Kota Bharu, nyata begitu banyak kejutan berlaku hari ini. 

Banyak rombakan peringkat kabinet. Antaranya ialah technician lab akan dipindah ke department lain, dalam satu pool. 

Petang sempat dengan Lan. 2 set akhir tewas. Kena berani buat twiddle. 

Balik dekat maghrib. Tak ada apa kena order lauk kat luar dengan Grab.

Kena terus berusaha. 

Ahad, September 03, 2023

subuh di telaga Bata, maghrib Kajang

Gerak awal pagi sebab sarapan pun awal. Ma bangun awal pagi, dalam pukul 5 pagi dia dah bangun. 

Aku dah sedar cuma masih melekat di katil lagi. Tak mampu aku nak tulis la betapa besarnya ma punya kebaikan pada aku dan anak2 nya. 

Sebelum gerak gi jumpa Su dulu di Bunohan. Dari rumah Su baru kami terus gerak lalu ikut Jeli. Nampak juga kelibat abah. 

Aku agak risau dengan kereta, berani sebab harap back up dari adik aku Che Su je kat belakang. 

Alhamdulillah perjalanan lancar cuma bila di Karak nak ke Gombak kereta memang terlalu banyak yang tahap luarbiasa. 

Sampaikan aku panik juga sebab risau keadaan kereta. Nak memanjat bukit di Janda Baik tu sedikit sukar sebab kena naik slow slow, kereta penuh atas jalan. 

Apa yang aku risau ialah sistem gear kereta aku macam tak berapa kuat. Gear 5 nak naik bukit dia macam semput dan sangat susah. Masalah ni dulu tak ada. Boleh je layan bukit kawasan Janda Baik ni pada gear 5. Entahla kenapa macam semput pula kali ni. 

Sampai Kajang dalam pukul 8 malam. Solat di masjid jamek Kajang. 

Lepas maghrib terus gi makan sate Samuri di stadium. Lepas tu baru sampai rumah dalam 9 lebih. 

Sabtu, September 02, 2023

last day in Gerong

Esok dah nak gerak balik ke Kajang. Hari ni bersiap siap je lah apa yang patut. 

Plan asal nak gi ke Salor Pasir Mas tapi rasa malas la pulak 20km kena menapak. Lagipun kerja rumah banyak lagi. 

Yeah, that's my old, trusty car. Kereta ni lama (2005) tapi lawa kalau pandai jaga. Tukar wiper belakang, tukar tinted. Itu perancangan aku la. Kia body dia ok. 

Keluar cari kedai gunting. Beberapa kedai agak ramai orang. Kedai ke 3 di Pasir Pekan baru dapat yang lega sikit. Tunggu sorang je. 

Makan tengahari di Nasken Pasir Pekan. 
Nanti nak tanya Saiful, kalau kipas rumah rosak apa punca dia.

Hantar Irfan dekat pukul 6.

Lepas hantar Irfan terus ke bandar Tumpat nak beli beras

Siap cari beras, cari pulak kedai gunting rambut untuk Firas. Masa ni dah lewat petang. Banyak kedai tapi semua dah nak rehat. 

Lepas solat maghrib beratur lagi nak gunting rambut Firas. Pun agak lama juga. Siap azan Isyak berkumandang la. 

Sampai di Telaga Bata dekat pukul 10 malam. 

Jumaat, September 01, 2023

ke medan ilmu Kota Bharu

Memakai jubah yang di hadiahkan oleh adik aku Iza. 
Di Kelantan, pada setiap pagi jumaat, ada majlis ilmu di Medan Ilmu, Kota Bahru. Betul betul di tengah bandar, siap tutup jalan tempat ceramah. 

Aku pun pergi lah. 

Sarapan pagi di Din Tokyo. Kedai Din Tokyo ni antara kedai sarapan pagi yang paling popular di bandar Kota Bharu. 
Lepas sarapan terus ke Medan Ilmu. Jalan kaki jer. 

Berpeluang berjumpa dan dengar sendiri ceramah secara live yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Panglima Perang, Dato Nasuruddin Daud.

Lepas ceramah sempat salam dengan Dato MB. 

Lepas tu masuk kedai Jaafar Rawas jap. Banyak barang kat sini. Aku minta Bi belikan madu kelulut. Rm 35 juga sebotol. 

Lepas ceramah ke AEON Mall KB. Mall ni pada hari jumaat dia akan tutup sekejap pada jam 12 30 untuk menghormati solat jumaat. 2 30 petang baru buka semula. 

Semayang jumaat di masjid kampung Sireh. 

Masuk balik 2 30 pm AEON Mall. 

Asar di rumah abah Telaga Bata. 

Khamis, Ogos 31, 2023

try to find a good breakfast @Gerong

Today is national holiday. 
Merdeka day, 31 August 2023.

So we should expect that not much shop will be opened today. Anyway, let's go out, see and try to find one that's open. 

My definition of good breakfast is the drink. Yes, drink must be really good. I likes tea very much. I usually made my own tea at home. And my tea is good. That's why I put much fuss when drinking tea out. 

In Gerong, one kedai kopi named alibaba, the coffee shop was indeed opened. 

Situated right beside the Nurul Hidayah mosque at the main road, it was hard to miss this place if you drive by the road. 

Lots of old people who are coming back from mosque frequented that shop. 

And the atmosphere was lively also with many small kids wanting to be old man. The food are plenty. The tea is a bit sweet though. 

After breakfast we went to Laundry shop. 

Sambil berdobi kami layan sekejap perarakan merdeka kat TV. Banyak badan kerajaan terlibat. Aksi motorsikal oleh pihak berkuasa pun gempak juga. 

Badan swasta pun ada. Nampak juga kontigen swasta seperti maxis, agro bank dan air asia, yang menonjol pastinya pramugari air asia.

Petang ke Geting ada kenduri sedara K Lind.

Jumpa. Ustaz yi. Otai geting. Bekas ustaz saya.

                     Iklan: Shopee

Usia beliau sudah 67 tahun. Tapi masih gagah dan sihat lagi.

Lepas kenduri bi ajak gi Pengkalan Kubur tapi manusia ramai ngat.

Terus balik rumah abah. 

Adik aku jiji dah gerak naik KL.

Adik bongsu pula baru sampai dari KL.

Tak lama Cah pun sampai dengan Irfan bawa budak2 gi berjalan. Mandi kolam. 

Rabu, Ogos 30, 2023

a day before merdeka

Tak kena pam. Malam tadi tidur lewat juga sebab balik agak lewat malam dari Gerong. 

Pagi follow abah tengok tanah abah di kampung Nechang. Tanah depan jambatan dan air nampak tenang je. Tanah luas seekar juga. 

Lepas zuhur gerak ke Gerong untuk bermalam. Cari belerang susah benar nak jumpa. Last last sebelah petang abg Pi singgah bawa belerang

Pak Muda Pa dah mesin rumput, cuma tunggu nak racun pula lagi seminggu.

Malam keluar nak sambut merdeka. Singgah makan malam di kedai Thai di KB. Orang boleh tahan sampai penuh kedai. Order perut pun siap kena batalkan sebab dah habis. 

Tapi balik awal tak larat nak layan. Jalan jem teruk dan tak ada tempat nak parking secara selamat.

Nak tengok suasana je. Pasti ada bunga api. Banyak motor dan basikal keluar di jalan utama. Traffic to stadium was at standstill. 

Anyway, Selamat Merdeka 66 Malaysia. 

Iklan :Air Asia

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.