Memakai jubah yang di hadiahkan oleh adik aku Iza.
Di Kelantan, pada setiap pagi jumaat, ada majlis ilmu di Medan Ilmu, Kota Bahru. Betul betul di tengah bandar, siap tutup jalan tempat ceramah.
Aku pun pergi lah.
Sarapan pagi di Din Tokyo. Kedai Din Tokyo ni antara kedai sarapan pagi yang paling popular di bandar Kota Bharu.
Lepas sarapan terus ke Medan Ilmu. Jalan kaki jer.
Berpeluang berjumpa dan dengar sendiri ceramah secara live yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Panglima Perang, Dato Nasuruddin Daud.
Lepas ceramah sempat salam dengan Dato MB.
Lepas tu masuk kedai Jaafar Rawas jap. Banyak barang kat sini. Aku minta Bi belikan madu kelulut. Rm 35 juga sebotol.
Lepas ceramah ke AEON Mall KB. Mall ni pada hari jumaat dia akan tutup sekejap pada jam 12 30 untuk menghormati solat jumaat. 2 30 petang baru buka semula.
Semayang jumaat di masjid kampung Sireh.
Masuk balik 2 30 pm AEON Mall.
Asar di rumah abah Telaga Bata.