Sabtu, September 02, 2023

last day in Gerong

Esok dah nak gerak balik ke Kajang. Hari ni bersiap siap je lah apa yang patut. 

Plan asal nak gi ke Salor Pasir Mas tapi rasa malas la pulak 20km kena menapak. Lagipun kerja rumah banyak lagi. 

Yeah, that's my old, trusty car. Kereta ni lama (2005) tapi lawa kalau pandai jaga. Tukar wiper belakang, tukar tinted. Itu perancangan aku la. Kia body dia ok. 

Keluar cari kedai gunting. Beberapa kedai agak ramai orang. Kedai ke 3 di Pasir Pekan baru dapat yang lega sikit. Tunggu sorang je. 

Makan tengahari di Nasken Pasir Pekan. 
Nanti nak tanya Saiful, kalau kipas rumah rosak apa punca dia.

Hantar Irfan dekat pukul 6.

Lepas hantar Irfan terus ke bandar Tumpat nak beli beras

Siap cari beras, cari pulak kedai gunting rambut untuk Firas. Masa ni dah lewat petang. Banyak kedai tapi semua dah nak rehat. 

Lepas solat maghrib beratur lagi nak gunting rambut Firas. Pun agak lama juga. Siap azan Isyak berkumandang la. 

Sampai di Telaga Bata dekat pukul 10 malam. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.