Hari ni jumpa bro Naz kali pertama sejak dia balik dari menunaikan ibadat Umrah di Mekah. 3 minggu juga Naz on leave.
Bro Naz nampak sihat dan ceria saja. Syukurlah. Dia siap belikan sedikit cenderamata untuk aku.
Aku pula seminggu AL. Selepas menyambut merdeka di Kota Bharu, nyata begitu banyak kejutan berlaku hari ini.
Banyak rombakan peringkat kabinet. Antaranya ialah technician lab akan dipindah ke department lain, dalam satu pool.
Petang sempat dengan Lan. 2 set akhir tewas. Kena berani buat twiddle.
Balik dekat maghrib. Tak ada apa kena order lauk kat luar dengan Grab.
Kena terus berusaha.