Selasa, Februari 23, 2021

Kereta Cah update

Hari ni cuci kereta Cah. Banyak kena getah pokok. Aku risau takut melekat jer getah tu. Dah nak dekat bulan 3 ni aku kena pulangkan semula kereta Cah. Harap kereta ni ok la ya.

Nanti aku kena la fikir nak pakai kereta apa pulak lepas ni. Mungkin kereta proton je la aku mampu. Kalau kereta axia pun ok tapi rasa tak selamat la dengan anak kat belakang naik kereta kecik ni.

Sabtu, Januari 30, 2021

Batteri baru Bezza

Petang aku beli dengan ane rm 170. Ok lah walaupun murah sikit dan tak ada jenama asal spec dia betul cukup lah. 

Tengahari tadi aku survey kedai bateri ni kat depan highway jenama korea katanya rm350. Masa pergi kedai ane pun aku dah bawak siap2 duit dalam rm400. 

Aku pasang sendiri saja. Syukurlah tak ada masalah aku test pusing satu round taman tak ada masalah.

Harap lepas ni dia ok dan baik baik saja. 

Ahad, Januari 24, 2021

Kisah semalam

Aku dekat Seksyen 4 Bangi. Baru lepas hantar barang dan dapat rm5 duit brader tu bagi. 

Lepas tu Dapat job kena pergi ke Bandar Baru Bangi. Aku fikir mesti ada Jalan yang lebih dekat. Aku follow Google. 

Rupanya keluar kat simpang besar seksyen 4 Bangi yang sebelah yang ada golf club tu. Tapi kena cross jalan besar.

Masa nak lintas tu aku toleh macam lepas. Tapi rupanya kereta banyak dan ada yang laju. Dengan motor aku yang tak berapa confident pick up dia, aku terpaksa break mengejut sebab aku nampak macam tak lepas. 

Masa brek tu la rupanya kat belakang aku ada kereta Honda Accord. Kereta tu pulak tengah nak pecut. Dia belakang aku. So dia tak sempat break juga. Dia. Sondol aku. Nasib baik dia pun tak laju sangat. 

Motor aku patah mud guard. Kereta dia pecah bumper. Dia salahkan aku sebab break mengejut. 

Aku cuma bersyukur sebab tak ada apa yang serius sangat. 

Tapi aku masih takut dan berdebar. Lemah semangat nak jadi rider dah. 



Jumaat, Januari 22, 2021

topik malam ni follow up

Bersama tuan Syukor.

Khamis, Januari 21, 2021

Fat Cat Bangi meletop


Kedai makan terbaru yang meletup kat Bangi. Aku datang pukul 4 30pm, sampai dekat pukul 6 lebih baru siap satu order. Dah la ramai lagi rider2 dok menunggu dan kat dalam penuh. 

Orang ramai sangat serbu kedai ni. Maklumlah hari pertama dia beroperasi. Cat pun belum kering. 

Cawangan Fat Cat Bangi ni terletak di tengah bandar Baru Bangi. Sebelah klinik gigi. 

Aku sabar menunggu 2 order hari ni. Satu lagi order pizza San Francisco kat Bangi jugak. Alhamdulillah semua settle walaupun aku hampir nak marah menunggu.

Ni pagi tadi Irfan pergi test PS masuk sekolah khas. 

Sabtu, Januari 16, 2021

Semput dan batuk

Menjelang subuh aku semput lagi macam biasa. Terpaksa aku ambik neb sepam dua.

Masa nak mandi subuh terasa kepala aku ringan. Macam penat sangat. Biasanya bila aku ambil neb aku akan mengalami keadaan seperti halusinasi dan mimpi ynag agak pelik. 

Solat subuh pun aku habiskan cepat cepat. Lepas solat jer aku terus tersandar di kerusi. Sedar Sedar je Bie dah siapkan nasi goreng.

Lepas tu dua bersiap2 nak pergi sekolah pula. Hari ni sabtu ingat nak keluar tapi terpaksa lah aku tunggu Bie balik dulu. 

Jumaat, Januari 15, 2021

Hari ke 3 PKP duduk rumah

Ya dah hari ke 3 PKP. Duduk rumah sahaja. Nak keluar memang tak berani la. Tapi wife aku pergi sekolah. Esok sabtu pun dia pergi juga.

Esok Kelantan akan mula PKP. Esok sepatutnya Hamdi buka tapi tak tau lah macam mana. Hamdi pun belum call aku lagi. Dia pun mungkin dah malas nak call aku banyak kali. 

Baru abis kelas dengan atok Sukor Hashim. Biasalah lepaa kelas memang semangat tapi nanti yi dia lemau la semula. Entah lah.

Mungkin esok aku kena call Hamdi tanya khabar. 

Selasa, Januari 12, 2021

Patin lagi

Tengah malam ini akan bermula lagi PKP 2021 pula. Tak boleh rentas negeri dan daerah. Kali ini PKP aku berada di Kajang. Kalau PKP 2020 March dulu aku berada di Telaga Bata. Tekanan dia berbeza sikit. 

Wife pergi buat kerja di sekolah. Selepas hantar dia pagi2 tu, aku hantar Irfan pula yang nak buat IC tapi ramainya orang di JPN Hentian Kajang ni. Pegawai tu suruh buat appointment dulu. Boleh guna mykid lagi sampai umur 16 tahun katanya.

Tengahari tak tengahari sangat la, dalam pukul 2 gitu layan patin lagi. Order dengan foodpanda jer. Patin Temerloh ni memang sedap tak ingat dunia. Kena lagi dengan puyu pekasam dia, pergh. 

Sebab esok dah PKP jadi aku hantar anak lebih dahulu ke rumah sepupu dia, kononnya jumpa melepas rindu lepas ni PKP terperuk lama dalam rumah kan. Angah yang buka pintu lepas puas aku call tak ada siapa angkat. 

Balik dari Hentian Kajang aku ke kedai MD2. Beli air jus nenas tadi 4 botol jugak. Kata kakak pembantu kedai situ, dia pun tak pasti esok akan buka atau macam mana.

Krisis kesihatan ni dah lama sangat ni, marilah kita bersatu. Sudah2 la berpolitik masa ni tak sesuai. Kita perlu sokong segala usaha kerajaan. Bukan senang nak atasi tapi kalau kita bersatu peluang menang lebih tinggi. 

Isnin, Januari 11, 2021

Hamdi call

Katanya kereta KIA dah ok. Masalah timing belt salah setting. Input dengan output. Syukurlah. Aku cakap test la dulu. Esok lusa boleh ambik katanya.

Aku sebenarnya tak expect dia boleh repair secepat ini. Maklumlah kereta aku tu kereta lama sangat dan dah agak uzur juga. 

Kalau anda nak tahu tips bagaimana dapatkan kereta terbaik boleh baca di sini.


Ini kereta adik aku aku pakai dulu sementara kereta aku siap. Kalau nak beli cover kereta boleh klik gambar atas tu ya. 

Sabtu, Januari 09, 2021

Hamidi call aku

Petang semasa aku sedang berdobi dengan wife di Kajang Utama, Hamdi call aku tanya bagaimana dan apa berlaku dengan kereta semasa aku balik dari KL ke Kelantan.

Tak banyak yang aku boleh ceritakan, hanya sekadar basic saja. Nampak effort dia untuk cuba juga merepair kereta aku. Hmm. 

Aku harap kau akan berjaya Hamdi. Aku akan mengenang kau Hamdi Hamka. 

Jumaat, Januari 08, 2021

35 rm dari jeli ke Kajang

Semalam dari Tanah Merah aku naik ke Jeli. Hajat nak ambik barang, ingatkan dah ambik semua barang yang penting tapi masih tertinggal valve dan spanar, juga spek mata hitam aku. 

Hari ni aku pergi semula ke Jeli isi minyak di petronas Jeli. Sampai Grik dan terus ke Kajang langsung dah tak isi dah. 

Topup rm 35 saja minyak kereta ni!!!! . Dalam tank dah memang ada minyak tapi half je. 

Bayangkanlah dari kampung aku Tumpat naik tanah merah, pergi Jeli, balik semula tanah merah. Esoknya dari tanah merah naik semula ke Jeli, naik Titiwangsa, Kuala Kangsar, naik highway plus terus gerak ke kajang. 35 sahaja aku topup minyak dia. Memang gila tak pernah la. 

Power gila kereta bezza ni.

Sampai kat pukul 7 sebab biasa lah kereta banyak bila nak sampai KL.

Apapun aku bersyukur..


Inilah kereta kia aku yang tersadai di Jeli. Hamka trading. 
Terima ksih Pok Teh yang bantu aku dan aku menumpang di Rumah pok teh selama 5 malam. 

Selasa, Januari 05, 2021

Hari ke dua AL masih di Tanah Merah

Aku masih di sini (Tanah Merah, Kelantan). Semalam aku beli baju dan seluar ni kat area Pasaraya Pantai Timur Tanah Merah. 

Call Hamka Trading dia kata masih tengah buat. Kalau apa2 dia akan call. So petang ni tiada sesiapa yang call aku. 

Hujan lebat juga kat sini. Sejak pagi, membawa ke tengahari (sangat lebat), dan petang pun masih renyai renyai. Nak keluar berjalan meme agak sukar. Tapi aku keluar jugak ke pasar malam. Suasana pun agak suram tak ada orang pun, hujan kan. 

Cik Ta begitu concern, siap mesej tanya keadaan aku, hu hu terharu rasa. 

Oklah tu, kan. Tak dapat merasa kerata mini dapat baju kereta mini pun seronok juga. Kalau nak beli model kereta mini pun boleh, hu hu. 

Ada yang nak beli emas ke? Boleh wasap aku www.wasap.my/60129108905 

Isnin, Januari 04, 2021

Terkandas di Jeli dan Tanah Merah.


Hari ke 2 aku di Tanah Merah, rumah Pok Teh. Sejak semalam kereta aku tersadai di Jeli. Perasaan bercampur baur. 

Semalam petang Pok Teh datang ambik kami di Jeli selepas puas aku lepak kat bilik kedai Hamidi Hamka. Kami juga mencari tempat repair kereta sampai naik atas bukit bagai dalam keadaan yang panik juga. 

Alhamdulillah jumpa kedai yang agak besar dan sanggup pula nak tengok kan kereta yang kuat meragam. Ma kat kampung pun dah risau, siap nak suruh Cah hantar kereta. 

Setakat ni masih belum ada berita tentang kereta. Banjir besar pula melanda Raub. 
Izram yang kerja Bentong pun tak boleh balik ke Raub. Dengar cerita paling teruk dalam tempoh 40 tahun. 

Setakat ni aku minta cuti dua hari dulu, iaitu hari ni dan esok. Tak pastilah lepas atau tidak, maksud aku cukup tak dua hari nak selesaikan masalah ni? Aku pun tak tahu. 

Pok Teh masak dan sediakan makanan kami. Siap sembelih ayam Kampung. 

Khamis, Disember 24, 2020

Ramalan 2021

Adakah 2021 bakal menjadi tahun keramat bagi komoditi perak?

Perak sebagai bahan mentah digunakan terutamanya dalam pembuatan smartphone dan juga teknologi solar selain kegunaan industri komponen elektronik yang pelbagai dan meluas itu.

Pendek kata perak adalah teramat penting bagi industri. 

Sejak berpuluh tahun kebelakang ini harga perak terlalu murah (berbanding emas) sehingga tahap tidak masuk akal.

Sesiapa yang mahukan pulangan yang lumayan pada tahun 2021 saya sarankan anda mula melabur dalam perak seberapa banyak yang anda mampu. Harga perak sekarang ini masih terlampau murah.

Anda boleh semak harga kami di laman www.publicgold.com.my 

Boleh hubungi saya untuk buka akaun pelaburan samaada emas atau perak. Serendah rm100 sahaja ya. 

Rabu, Disember 23, 2020

Target 2021

20 Januari 2021

Ini adalah target : Pada hari ini 20 Januari 2021 saya telah mendapat "gaji" secara bank in ke dalam akaun CIMB saya buat kali ke dua daripada syarikat Public Gold. Kali pertama ialah semasa saya mendapat kenaikan pangkat ke Priority Dealer baru-baru ini. 

Tahniah kepada anda, Ahmad Sadli Ibrahim. Saya bangga dengan anda. Tingkatkan usaha ya.  

Selasa, Oktober 06, 2020

cuak wei

Serius aku cuak. Semalam kami technician meeting dengan Cik Syed. Aku berada dekat juga dengan dia, sebelah kalau nak kira. Dan Cik Syed juga ada batuk-batuk. Dan tak pakai mask.

So hari ni kena tunggu result dari sample B. 

Isnin, Oktober 05, 2020

tewas

Isnin. Abang Naz cuti. 
Petangnya meeting dengan Boss cik Syed. 
Lepas meeting pukul 5 turun bawah. 
Sempat dengan Pie. 3 set. Aku tewas dengan Pie.
Dr Zul (Menteri) diberitakan positif. 
Ada contact dengan. Dato DR Fadillah. 
Dr Fadillah selepas tu ada datang GMI. Boss ada close.
Aku pulak close dengan Boss. 

Khamis, Oktober 01, 2020

Game 1350 rating


Game rating 1350. Sampai Suku Akhir saja. Aku lawan Fattah. Tewas teruk 3 game tanpa balas. 

Fattah punya back hand padu yang mantap, laju dan cantik. Aku tak mampu lagi nak lawan level Fattah. Back hand aku masih tak sehebat dia. 

Fattah ke separuh akhir, namun dia juga kandas di tangan Fahim yang menggunakan long pips cobra.

Aku balik agak lewat dengan komuter dan sampai Kajang aku naik bas.

Apa pun aku rasa puas dengan pencapaian ini. 

Rabu, September 23, 2020

DSAI move

Beliau membuat pc di Hotel Meridien KL. Beliau memberitahu sudah ada numbers. Well, esok drama ni akan berlanjutan. Kes cov19 sudah naik semula. Ekonomi akan menjadi sukar. PM umum bantuan lagi. Duit memang membantu tapi kita perlukan ekonomi yang betul bergerak. Duit kertas tak boleh ganti komoditi. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.