Hari ke 2 aku di Tanah Merah, rumah Pok Teh. Sejak semalam kereta aku tersadai di Jeli. Perasaan bercampur baur.
Semalam petang Pok Teh datang ambik kami di Jeli selepas puas aku lepak kat bilik kedai Hamidi Hamka. Kami juga mencari tempat repair kereta sampai naik atas bukit bagai dalam keadaan yang panik juga.
Alhamdulillah jumpa kedai yang agak besar dan sanggup pula nak tengok kan kereta yang kuat meragam. Ma kat kampung pun dah risau, siap nak suruh Cah hantar kereta.
Setakat ni masih belum ada berita tentang kereta. Banjir besar pula melanda Raub.
Izram yang kerja Bentong pun tak boleh balik ke Raub. Dengar cerita paling teruk dalam tempoh 40 tahun.
Setakat ni aku minta cuti dua hari dulu, iaitu hari ni dan esok. Tak pastilah lepas atau tidak, maksud aku cukup tak dua hari nak selesaikan masalah ni? Aku pun tak tahu.
Pok Teh masak dan sediakan makanan kami. Siap sembelih ayam Kampung.